Anda di halaman 1dari 20

PENDEKATAN APRESIASI SENI KBSR/KSSR

OLEH:

Nur Shapinatul Nashira binti Mohammad Nashir Liyana Binti Azman Saiyidah Sarah binti Ghazali Nurul atiqah binti Saiman

DEFINISI APRESIASI
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai
kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya

dan stail mereka

Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspekaspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.

Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan


bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan.

Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta


perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

PENDEKATAN APRESIASI
Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan

dalam apresiasi seni iaitu :


cara pendekatan secara logik pendekatan secara psikologi.

PENDEKATAN SECARA LOGIK


pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan aktiviti pendekatan secara logik ialah secara penerangan membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik

pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh

-bermaksud penerangan terhadap sesuatu karya seni yang berasaskan kefahaman intelek -berfaktakan dengan andaian dan munasabah dalam sesuatu

karya.
terdapat empat proses dalam pendekatan secara logik dalam apresiasi seni iaitu, -Penerangan -Pemerhatian -Perbandingan -Penghasilan

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI


-memberikan penerangan berdasarkan emosi, perasaan dalam terhadap sesuatu karya seni visual

-pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat


berkesan dan mendalam. cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi - proses inkuiri

- secara perbincangan dan perbandingan


- lawatan/pameran - koleksi buku-buku scrap dan lakaran - mengkritik hasil karya seni

APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH


Salah satu daripada fokus mata pelajaran seni visual. Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai


kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan

menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil


kerja.

Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita,

lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.


Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

PENDEKATAN APRESIASI SENI KBSR


Dalam objektif pembelajaran : - Tahun 1: mengenali serta menghargai hasil

kerja sendiri dan rakan.


- Tahun 3: Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan

- Tahun 4: Menghargai hasil kerja sendiri


dan rakan.

- Tahun 5: Menghargai sumbangan pelukis dan tokoh kraf tempatan .

- Tahun 6: Menghargai sumbangan pelukis tempatan


dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan Seni Visual. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman

pembelajaran dalam portfolio.

PENDEKATAN APRESIASI SENI KSSR


Tidak seperti KBSR, KSSR dilengkapi dengan empat Standard Kandungan. Standard Kandungan Keempat adalah

APRESIASI SENI VISUAL.


Standard kandungan tersebut membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait

seni visual dengan disiplin ilmu yang lain,


kehidupan dan kerjaya

BANDING BEZA ANTARA KBSR DAN KSSR

KBSR: Tidak dijelaskan secara khusus atau terperinci bagaimana apresiasi seni visual diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. KSSR: Apresiasi seni dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah.

Berdasarkan KSSR, standard kandungan apresiasi seni adalah elemen terakhir yang diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. - 1.1 Persepsi estetik - 1.3 Ekspresi Kreatif - 1.2 Aplikasi Seni - 1.4 Apresiasi Seni

Menerusi 1.4 Apresiasi Seni, murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahsa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan hasil karya seni yang dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMINJAMKAN TELINGA DAN MATA ANDA UNTUK MENJAYAKAN PEMBENTANGAN KAMI ^_^