Anda di halaman 1dari 26

NAMA : NORZALIKHA BINTI OTHMAN (01349) NAMA PENYELIA : DR.

HJ AHMAD ABD GARNI BIN SAID

1.1 Pengenalan Penyelidik telah menjalani Praktikum Fasa tiga di sebuah prasekolah di sekitar Sungai Petani. Prasekolah ini mempunyai 20 orang murid, 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Terdapat dua kategori umur murid di prasekolah ini iaitu yang berumur lima dan enam tahun.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pemerhatian

dalam P&P Matematik, beberapa org murid tidak bersemangat dan tidak menumpukan perhatian - suka berjalan2, membuat bising, tidak dapat menjawab soalan yg ditanya. Objektif pengajaran tidak tercapai. Penyelidik dapati beberapa orang murid mula terpinga-pinga kerana tidak dapat mencari angka yang telah disebut.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Jean Piaget (1954, seperti yang dinyatakan dalam Haliza, 2009), pada peringkat umur 2 hingga 7 tahun (Pra Operasi) kanak-kanak sudah boleh menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah. Simbol yang digunakan termasuklah bahasa, isyarat, dan gambar. Simbol digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. beberapa orang murid masih tidak dapat menyebut dan mengenal simbol 1 hingga 10 apabila disebut secara rawak. Murid-murid hanya menghafal nombor 1 hingga 10 tanpa memahami nilai dan mengenal nombor tersebut.

Kaedah

pengajaran sangat penting dalam pembelajaran murid2.


Mengikut Montessori (1899, seperti dinyatakan dalam Azizah, 2002) kaedah pengajaran haruslah sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai deria.

menekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran

mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan

2.1 Isu Kajian Pertama, masalah tingkah laku murid mengganggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising, berlari dan merayau-rayau dalam kelas. Kedua, murid-murid tidak dapat memegang pensil, menulis dan menggunting dengan betul. Ketiga, murid tidak dapat mengenal nombor 1 hingga 10. Keempat, murid tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul.

2.2 Fokus Kajian Penyelidikan yang dijalankan ini berfokuskan kepada masalah murid yang tidak mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10.

merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam Pendidikan Awal Matematik seperti yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010).

2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian lisan. Pemerhatian - penyelidik meminta murid menyebut nombor-nombor yang terdapat di dalam kad imbasan nombor di bawah.

org murid tidak dapat menyebut nombor yang ditunjukkan guru.

Ujian

lisan I Senarai semak menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan.


Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Nama Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F Murid G Murid H Murid I Murid J Murid K Murid L Murid M Murid N Murid O Murid P Murid Q Murid R Murid S Murid T 1 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 2 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 3 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 4 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 5 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 6 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 8 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 9 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 10 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

Senarai

semak mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10 tidak mengikut urutan.


Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Nama Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F Murid G Murid H Murid I Murid J Murid K Murid L Murid M Murid N Murid O Murid P Murid Q Murid R Murid S Murid T 4 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 1 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 6 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 10 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 5 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 2 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 7 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 8 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 9 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / / 3 / / x / / / / / / / / / / / / / x x / /

Murid yang tidak dapat menyebut angka 1 hingga 10 tanpa mengikut urutan.
Bil 1. 2. 3. Nama Murid C Murid Q Murid R 4 x x x 1 x x x 6 x x x 10 x x x 5 x x x 2 x x x 7 x x x 8 x x x 9 x x x 3 x x x

Jadual di atas menunjukkan 3 orang murid gagal mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10. Hasil daripada ujian ini mengukuhkan lagi dapatan saya bahawa 3 orang murid ini sememangnya mempunyai masalah dalam mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10.

2.4

Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian Nor Azlan (1987, seperti yang dinyatakan dalam Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani, 2003), kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
Jean

piaget (1952, seperti dinyatakan dalam Nurul Amirah dan Zaidatun, 2008), menyatakan setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka.

Zaidatun dan Nurul Amirah (2011), menyatakan konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak prasekolah. Ia terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah. Pengetahuan berkenaan nombor memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik. Froebel (1837, seperti dinyatakan dalam Nani Menon, 2005), Froebel telah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanakkanak 4 hingga 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktivti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan pelbagai kemahiran.

Dewey

(1859, seperti dinyatakan dalam Azizah, 2002), menggalakkan kanak-kanak belajar dengan membuat learning by doing kerana kanak-kanak secara semula jadi adalah aktif. Belajar dengan membuat menjadikan kanak-kanak lebih bersedia dan lebih seronok.

Objektif Am : Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul supaya kemahiran ini dapat memudahkan murid-murid dalam mempelajari konsep nombor yang seterusnya.

Objektif Khusus: Penyelidikan ini dijalankan untuk membolehkan : 1)murid mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10 dengan permainan matematik Pancing ikan bernombor dan Ketengteng bernombor. 2)guru mengubah amalan pengajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

SOALAN KAJIAN 1) Bolehkah murid mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10 melalui permainan matematik Pancing ikan bernombor dan Ketengteng Bernombor ? 2) Bolehkah guru mengubah amalan pengajarannya menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan melalui permainan matematik ?

Penyelidik

mengadakan penyelidikan ke atas 3 orang murid. 3 orang murid ini berumur 5 tahun dan kesemuanya adalah lelaki. Mereka mempunyai masalah tidak dapat mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10. Pencapaian 3 orang murid ini dalam konsep nombor sangat lemah berbanding muridmurid yang lain.

1)

Permainan matematik 1 Pancing Bernombor


Pelaksanaan : Permainan ini dijalankan selama 10 hari dalam tempoh 2 minggu. Masa yang digunakan untuk melaksanakan permainan ini ialah 5 minit bagi setiap individu. Walaupun begitu, masa ditambah jika murid tersebut masih gagal melaksanakannya. Aktiviti ini diulang sebanyak 5 kali percubaan dalam seminggu. Dalam permainan ini murid mengenal 5 angka yang akan disebut secara rawak dalam 1 hari. Guru telah menyediakan satu carta nombor 1 hingga 10 kepada 3 orang murid yang terlibat dalam penyelidikan ini.

2) Permainan matematik 2 Ketengteng bernombor Pelaksanaan : Permainan ini telah dijalankan selama 4 hari dalam tempoh 1 minggu. Masa yang digunakan untuk melaksanakan permainan ini ialah selama 10 minit dalam 1 hari. Aktiviti ini diulang sebanyak 1 kali percubaan dalam 1 hari.

Penyelidik menggunakan kad skor nombor /pusingan dan senarai semak sebagai alat untuk mengumpul data mengenai subjek penyelidikan. mengadakan ujian lisan II kepada murid-murid kumpulan sasaran selepas melaksanakan intervensi. Ujian lisan II ini adalah untuk mengambil data terakhir tentang tahap pencapaian murid setelah kajian ini dijalankan kepada mereka. Keputusan Ujian Lisan I dan Ujian Lisan II yang telah dijalankan akan dibandingkan untuk mengetahui keberkesanan tindakan yang telah penyelidik laksanakan kepada kumpulan sasaran ini.

Penyelidik

membandingkan keputusan pencapaian Ujian Lisan 1 iaitu sebelum penyelidikan dijalankan dengan keputusan pencapaian Ujian Lisan II selepas penyelidikan dilaksanakan

Nama Murid Nombor Murid C Murid Q Murid R

PENCAPAIAN DAHULU

PENCAPAIAN SEKARANG

1 x x x

2 x x x

3 x x x

4 x x x

5 x x x

6 x x x

7 x x x

8 x x x

9 x x x

10 1 x x x / / /

2 / / /

3 / x /

4 / x /

5 / x /

6 / x /

7 / x /

8 / x /

9 / x /

10 / / /

Dapatan Kajian Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan soalan penyelidikan. Soalan pertama, bolehkah murid mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10 melalui permainan matematik Pancing Ikan Bernombor dan Ketenteng Bernombor?. Hasil analisis data menunjukkan dua orang murid dapat mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 10. Manakala seorang murid lagi didapati seorang hanya dapat mengenal dan menyebut nombor 1, 2 dan 10. Soalan kedua, bolehkah guru mengubah amalan pengajarannya menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan melalui permainan matematik ? Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan penyelidik dapat mengubah cara pengajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan melaui kedua-dua permainan yang telah dilaksanakan bersama kumpulan sasaran.

Penyelidik

boleh menggunakan perisian multimedia dan meminta murid mencubanya sendiri. Masa untuk sesuatu aktiviti dijalankan ditambah. supaya doh digunakan dalam aktiviti mengenal dan menyebut nombor. Penyelidik boleh meminta murid untuk membentuk nombor yang ditunjukkan. menggabungkan kumpulan sasaran dengan murid-murid yang lain dalam setiap aktiviti intervensi.

Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Azizah lebai Nordin. (1999). Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mook Soon Sang. (2008). Murid Dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mook Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Nani Menon, Rohani Abdullah. (2003). Panduan Kognitif Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah. (2005). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. MacDonald. (2007). Cepat Matematik 4-8 Tahun Permainan Dan Aktiviti Siri 1, 2, 3. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.

Fauziah Abdul Muin, Rohaida Yusof. (2010). Konsep Tadika / Prasekolah Dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Diperoleh Februari 26, 2012 dari https://www.google.com.my/#hl=en&output=search&sclient=psyab&q=matematik+zakiyon+2009&oq=matematik+zakiyon+2009&aq=f&aqi=&aql=&gs_l=hp.3...213191l219523l0l219880l 22l21l0l0l0l0l2003l7768l0j11j1j62j0j1j1l16l0.frgbld.&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&fp=87fe539d684f7a56&biw=1280&bih=697 Khalidah Masturah Binti Kalimin. (2007). Meningkatkan Kemahiran Mengenalpasti Nombor 1 hingga 10 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Murid Tahun Satu Melalui Pendekatan Permainan Roda Hikmah. Diperoleh Mac 23, 2012 dari http://www.scribd.com/doc/12778350/Meningkatkan-Kemahiran-ti-Nombor-1-Hingga-9-DenganSebutan-Angka-Yang-Betul-Melibatkan-5-Orang-Dari-8-Orang-Murid-Tahun-Satu-a-Melalui-Pendekatan-Perm Mohd Daud Hamzah. (1996). Bagaimana Kanak-kanak Belajar Matematik?. Diperoleh Februari 26, 2012 dari http://www.my-rummy.com/Kanak-kanak_belajar_matematik.html Nurul Amirah Mohd Razali, Zaidatun Tasir. (2008). RekaBentuk Sistem Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan Yang Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh Mac, 25 2012 dari http://teknologimalaysia.academia.edu/amirahrazali/Papers/371098/REKABENTUK_SISTEM_PEMBELAJARA N_KONSEP_NOMBOR_BERASASKAN_PENDEKATAN_PERMAINAN_YANG_MENERAPKAN_TEORI_PERKEMBANGAN_KOGNITIF_K ANAK-KANAK Zaidatun Bt Tasir & Nurul Amirah Binti Mohd Razali. (2011). Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Permainan Peringkat Prasekolah Bagi Tajuk Konsep Nombor. Diperoleh Mac 22, 2012 dari http://eprints.utm.my/12010/1/Pembangunan_Perisian_Multimedia_Berasaskan_Pendekatan_Permainan_Peringkat_P rasekolah_Bagi_Tajuk_Konsep_Nombor.pdf