Anda di halaman 1dari 82

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP ) SEMESTER 8 /2012 JABATAN PENDIDIKAN KHAS

( PKP 3117 )

NAMA KURSUS & OPSYEN MATA PELAJARAN AMBILAN NAMA PENSYARAH

: NORHARTINI BINTI MOHAMAD POZI (890630-02-5294) : PISMP SEM 8 PEMULIHAN (BM) : SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN (PKP 3117) : JANUARI 2009 : PN. SURAYA BINTI BAI

PANTUN

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya.

Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, dan pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara.
Maksudnya merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. (Kamus Dewan: 813).

Istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya, tuan umpama kilat cermin, di balik gunung nampak juga.

Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua.
Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.

Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pratulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

Perumpamaan dalam pantun

Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud umpama atau ibarat (Zaba,1965).

Ini dibuktikan melalui ungkapan yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud seperti atau umpama.
kami sepantun telur itik atau tuan sepantun kilat cermin

Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Seperti contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:akan sekarang adalah seperti pantun orang pagar makan padi .

Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris.

Contohnya:

Dari bentuk perumpamaan: Sudah gaharu cendana pula.

Menjadi pantun dua kerat:

Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:

Sudah gaharu cendana pula, Bedak bertemu dalam puan; Sudah tahu bertanya pula, Hendak bertemu gerangan tuan.

Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya.

Perkembangan pantun

Perkembangan bentuk pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun, sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya.

Walaubagaimanapun, pada kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai, karya Melayu tertulis yang dianggap terawal.
Namun satu fakta yang tidak dapat disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar luas secara lisan di dunia Melayu.

Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu. Mengikut teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul dari keperluan untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan meringankan sesuatu kerja. Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapanungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk mengendur situasi tegang semasa bekerja.

Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di kalangan masyarakat.

Jenis-jenis Pantun
Pantun dua kerat Pantun empat kerat Pantun enam kerat

Pantun lapan kerat

Pantun sepuluh kerat

Pantun dua belas kerat

Pantun budi

Pantun kanakkanak

Pantun kiasan

* Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun.

Pantun Dua Baris

Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas. Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan merana.

Pantun Empat Baris


Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan.

Pantun Enam Baris


Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu; Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, Adat dunia sudah begitu. Bukan cempedak kami katakan, Buah delima dalam pasu, Pisau lipat baru diasah; Bukankah telah kami katakan, Pandang pertama cinta palsu, Tiada dapat dibawa bersusah.

Pantun Lapan Baris


Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai; Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, Adik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai.

Pantun Dua Belas Baris

Anak jintayu dari hulu, Disambar ombak Laut Cina, Dibawa terbang ke perahu, Hinggap minum ke muara, Anak ikan berkeliaran; Kamilah tahu dari dahulu, Adik jauhari bijaksana, Membuhul tidak membeku, Mengulas tidak

Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sutan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi.

Tema/corak pantun
Nasihat Nasib
Kias & ibarat Peribahas a Jenaka Peranta u Kepahlawanan Percintaa n Kasih sayang

Adat

Agama Tekateki

Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami.
Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya.
Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan.

Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam.

Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.

Contoh bentuk dan jenis-jenis pantun Buah beluluk buah kepayang,


Jenis Pantun : Dua Kerat Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki Fungsi : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir Dimakan mabuk dibuang sayang. Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun : Empat Kerat Jenaka Fungsi : Semata-mata untuk hiburan

Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang
Burung merbuk membuat sarang,

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang

Jenis Pantun : Empat Kerat Nasihat

Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; I ndah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah. Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib

Jenis Pantun : Empat Kerat Perantau

Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat

SIFAT PANTUN

Alam dan kehidupan

Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau idea yang lengkap.

Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia.
Dari imejan sehingga idea atau persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia. Dengan demikian pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat manusia.

RIMA PANTUN

Dalam berpandukan hukum-hukum kelisanan, maka pantun dicipta. Bentuk pantun dengan demikian memanifestasikan seluruh puitika lisan. Barisnya yang bersukat dan seimbang, dengan pola rima di hujung dan di tengah baris (untuk pantun yang baik), malah pada tahap bentuknya yang awal setiap perkataan dalam pembayang berima dengan setiap perkataan dalam maksud. Sebagai contohnya;

Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata;


Mengata dulang paku serpih, Mengata orang aku yang lebih;

Apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafal dan dingat-balik.
Contohnya pantun-pantun di bawah dengan rima dalam dan rima hujung pada baris-baris yang berselang-selang, apabila diucapkan akan memunculkan ritma yang menarik:

Limau purut/ lebat di pangkal, Sayang selasih/ condong uratnya; Angin ribut/ dapat ditangkal, Hati kasih/ apa ubatnya?
Nasi lemak/ buah bidara, Sayang selasih/ saya lurutkan; Buang emak/ buang saudara, Kerana kasih/ saya turutkan.

CIRI-CIRI PANTUN

1.

Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea. Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata. Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga skema ringan yang sama iaitu aa;aa.

2.

3.

4.

5.

6.

Stuktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia.
Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap. Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

7.

8.

9.

Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dengan unit maksud.

Fungsi Pantun Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran.
Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.

Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun.

Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat.
Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar.

Untuk mendidik

Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik.
Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.

Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, pujipujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih

Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orangorang yang telah berjasa atau berbudi.

Untuk adat istiadat

Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat.

Untuk sindiran dan tempelak

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Untuk menguji minda

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki.

Untuk hiburan

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik.

Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui kerya mereka.

Diksi
i. Bermaksud pemilihan kata ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka.

Ayat
i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya. ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya.

Personafikasi
i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada bendabenda lain.
ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan.

iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir melambailambai dan rumput menari-nari ditiup angin.

Simile
i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu perkara. ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing,kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing.

Metafora
i. Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis. ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran.

Hiperbola
i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar.
ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi.

Sinkope
i. Bermaksud penyingkatan kata.
ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

Rima
i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir iii. Perhatikan rima pantun berikut: Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu, Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah di saun kayu.

Asonansi
i. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u dalam baris : 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

Aliterasi
i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k dalam baris: 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

Perlambangan
i.

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang lebih mendalam. Contohnya bunga melambangkan perempuan, senja melambangkan usia yang telah tua dan pagi melambangkan usia muda.

ii.

Inversi

Songsang /pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata atau frasa yang berbeza daripada susunannya yang lazim atau menyongsangkan struktur kata, frasa, atau klausa dalam ayat. Contoh:
Sungguh

cantik pemandangan itu. (Pemandangan itu sungguh cantik.)

Anafora

Pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat secara berturutan. Contoh:
Yang

bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang.

Paradoks

Suatu keadaan atau suasana yang berlawanan. Contoh:


Dalam

kesepian di tengah ramai. Mereka kedinginan di Kota Bharu yang kepanasan.

Epifora

Pengulangan kata, frasa beberapa kata pada akhir baris atau ayat secara berturutan. Contoh:
Sama

sendiri berpecah-pecah, Kenyanglah yu bila jong pecah.

Antanaklasis

Pengulangan kata yang sama bentuknya dalam ayat tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh:
Abu

dapur diangkat oleh Abu Bakar.

Apokop

Kata yang mengalami proses pengguguran huruf akhir, praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu perkataan. Contoh:
Ibunda
Jikalau

ibu jika

Depersonifikasi

Gaya bahasa yang sebaliknya daripada gaya bahasa personifikasi iaitu pembendaan insan atau manusia. contoh:
Kalau

kau menjadi bulan, biarlah aku menjadi bintang. Jika engkau bunga, biar aku jadi kembangnya.

Elepsis

Pengguguran frasa sendi. Contoh:


Permainan

diteruskan. (Permainan diteruskan oleh pengadil) Jaringan gol dibatalkan. (Jaringan gol dibatalkan oleh pengadil)

Eponim

Gaya bahasa yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat tertentu. Contoh:
Perangai

kamu ini tidak ubah perangai Pak Pandir yang tak kenal anak sendiri.

Litotes

Lawan kepada hiperbola iaitu pertentangan yang mengandungi pernyataan kecil-kecilan atau dikurangi daripada pernyataan yang sebenarnya. Contoh:
Kepulangan

mereka dari Mekah itu tidak beerti sama sekali kepada kami.

Sinis/sinisme

Sindiran tajam yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan. Contoh:


Tidak

ada orang lain di dunia ini yang lebih pandai daripada kamu.

Simplok

Gaya bahasa perulangan yang mencampurkan gaya bahasa anafora dan epifora. Contoh:
Sebelum

lompatan terakhir Sebelum degupan terakhir

Pantun Nasihat ( Bersatu Hati )


Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu ahti, Kerja yang payah menjadi senang. Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa.

Melangsir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.

Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.

Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.

MAKSUD PANTUN
Rangkap Maksud 1 Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama. 2 Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri. Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri. Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri. Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong. Tatasusila perlu dijaga dalam pergaulan.

3 4

5 6

TEMA Nasihat - menasihati sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


PERSOALAN i. Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan. Hal ini amat penting kerana dengan adanya muafakat kerja yang sukar akan menjadi mudah. Contoh: Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

BENTUK

Bentuk terikat.

Mempunyai 6 rangkap.
Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.

Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.


: Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan rangkap 3) Contoh : Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan rangkap 1)
Contoh

Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.


Contoh

: ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata rangkap 3) Contoh : ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)

Rima akhir a-b-a-b.

GAYA BAHASA
I. Asonansi Pengulangan vokal u Contoh: Nyiur muda dibuat pengat ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan g Contoh: Sungai Pahang sama direnang

iii. Peribahasa Contoh: kerana mulut badan binasa.


iv. Repitisi Contoh: bunga melati bunga pandan. v. Unsur alam contoh: nyiur muda

NILAI
i. Nilai bekerjasama. Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih mudah apabila wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat.

Contoh:
Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Nilai kebijaksanaan. Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak terjebak dalam perkara yang tidak elok.
Contoh: Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.

iii. Nilai berbudi pekerti. Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan menjaga tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata. Contoh: Tidak salah bergaul mesra, Tatasusila perlu dijaga.

PENGAJARAN
i. Kita perlulah bekerjasama ketika melakukan sesuatu kerana kerja yang sukar akan menjadi mudah dengan adanya muafakat. ii. Kita hendaklah berfikir secara bijaksana sebelum melakukan sesuatu kerana kesilapan dalam bertindak akan memberi kesan kepada diri.

iii. Kita hendaklah menjaga budi pekerti dan tutur kata dalam pergaulan kerana ketelanjuran tingkah laku akan menyebabkan diri menerima kesannya.

SEKIAN