Anda di halaman 1dari 24

Penaksiran Pembelajaran

-Penaksiran Prestasi -Penaksiran Berasaskan Portfolio -Penaksiran Kendiri -Penaksiran Berasaskan Komputer
Disediakan oleh: Tengku Nabila binti Tengku Mohamad Nor Atiqah binti Muhammad Nur Nadia bt Ab. Rahim

Definisi Penaksiran
Penaksiran atau pentaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Dari segi definisinya pula, penaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000).

Salvia dan Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000)penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Kesimpulannya, penaksiran adalah satu proses di mana guru boleh mendapatkan maklumat tentang apa jua yang telah pelajarnya belajar dan sejauh mana tahap penguasaan pelajar, serta menjawab kepada dua persoalan yang timbul iaitu (i) Adakah pelajar belajar apa yang diajar? (ii) Adakah pengajaran berlaku dengan berkesan?

Penaksiran Pembelajaran
Penaksiran pembelajaran bermaksud satu aktiviti atau proses pengumpulan dan penafsiran maklumat berkaitan dengan pembelajaran. Aktiviti atau proses ini dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah dan sementara maklumatnya yang diperolehi digunakan untuk tujuan formatif dan sumatif berkaitan pembelajaran.

Tujuan Penaksiran Pembelajaran


a) Menentukan pencapaian pembelajaran seseorang pelajar melalui ujian dan pengukuran yang sesuai. b) Menentukan gred pencapaian pelajar (dari aspek pembelajaran) c) Memastikan pembelajaran sentiasa berlaku. d) Membantu guru merancang pengajaran untuk pembelajaran berkesan. e) Memberi manfaat kepada guru dan pelajar dalam bentuk maklum balas bagi tingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri Penaksiran Pembelajaran dalam bilik darjah


Arahan guru - guru menentukan apa yang hendak dinilai, bagaimana hendak menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tingkatkan P&P. Formatif - melalui penaksiran pembelajaran, guru membuat penambahbaikan dalam proses P&P. Berasaskan konteks pembelajaran yang spesifik penaksiran dalam satu-satu bilik darjah adalah sesuai dengan keperluan bilik darjah berkenaan sahaja. Ia tidak semestinya berjaya di dalam kelas yang lain.

Berterusan berlaku sepanjang proses P&P sebagai satu bentuk maklum balas yang memberi maklumat kepada guru tentang perkembangan pembelajaran. Amalan pengajaran yang baik pengajaran guru menjadi lebih baik dengan adanya maklum balas pembelajaran yang lebih sistematik, fleksibel dan berkesan.

Penaksiran Pembelajaran
Penaksiran pembelajaran telah dianggap sebagai penaksiran konvensional yang hanya menitikberatkan peperiksaan dan amalan dalam bilik darjah sahaja. Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilaksanakan pada tahun 2010 yang merangkumi penilaian keseluruhan perkembangan pelajar. Perubahan dalam sistem penaksiran ini telah melibatkan guru secara aktif.

Perkembangan dalam Penaksiran Pembelajaran


Penaksiran Prestasi

Penaksiran Berasaskan Komputer

Perkembangan dalam Penaksiran Pembelajaran

Penaksiran Berasaskan Portfolio

Penaksiran Kendiri

Penaksiran Prestasi
Penaksiran ini menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Ia turut menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung meliputi apa yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Dikenali sebagai penaksiran autentik. Penaksiran dapat dibuat melalui pemerhatian serta hasil produk. Contoh: keupayaan dalam menghujah, merancang dan melaksanakan sesuatu persembahan, mereka cipta dan sebagainya.

Penaksiran Prestasi dapat menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan penilaian serta memindahkan fakta dan idea. Guru juga boleh membuat penaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian secara berterusan sepanjang proses belajar. Guru boleh merancang P&P mengikut keupayaan pelajar. Komponen-komponen penaksiran autentik adalah: -Senarai semak -Portfolio pembelajaran -Laporan pembelajaran.

Ciri-ciri Penaksiran Prestasi


Pelajar terlibat dalam kajian atau aktiviti berbentuk autentik (asli dan kreatif) Tugasan kajian bermakna, aplikasi kemahiran dan pengetahuan aras tinggi Terdapat dalam dua bentuk iaitu berasaskan proses atau berasaskan produk. Tugasan berdasarkan keadaan sebenar, mencabar Guru sediakan langkah pelaksaan dalam urutan lengkap dan memandu pelajar melaksanakan tugasan.

Contoh-contoh Penaksiran Prestasi/Autentik


1) Persembahan Tarian 2) Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan-rakan sebaya 3) Demostrasi hasil karya dalam pameran seperti Science Fair atau Art Show 4) Menunjukkan ketrampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Penaksiran Berasaskan Portfolio


Portfolio adalah satu bentuk bukti perkembangan pembelajaran. Merupakan pengumpulan bahan pembelajaran, aktiviti proses pembelajaran, hasil kerja, produk reka cipta, dan sebagainya dalam satu folder. Penaksiran portfolio adalah prosedur merancang, mengutip, dan menganalisis pelbagai sumber data yang dimasukkan dalam portfolio.

Akronim CRADLE
C = collecting (membuat pengumpulan) R = reflecting (membuat refleksi atau catatan jurnal) A = assessing (membuat penaksiran) D = documenting (menyimpan, merekod, dokumentasi) L = Linking (membuat perkaitan) E = evaluating (membuat penilaian)

Ciri-ciri Portfolio
1. Komprehensif (Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai) 2. Terancang dan sistematik (portfolio yang baik adalah portfolio yang dirancang sebelum pelaksaannya) 3. Bermaklumat (maklumat yang disimpan di dalam portfolio mestilah bermakna kepada guru, pelajar, ibu bapa dan dapat memberi maklum balas serta bantu guru buat penilaian tepat) 4. Dibuat khusus (Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya)

Kenal pasti tujuan dan fokus portfolio

Laksanakan model penaksiran portfolio

Rancang isi portfolio

Prosedur Penaksiran Portfolio


Kenal pasti prosedur mengesahkan ketepatan maklumat Reka bentuk analisis portfolio

Sediakan tatacara penyampaian

Penaksiran Kendiri
Penaksiran ini melibatkan pelajar menilai diri sendiri, apa yang telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar menilai pembelajaran sendiri melalui proses membuat: - Refleksi terhadap pengalaman - Mengingat semula - Menggambarkan semula idea - Menentukan hala tuju akan datang - Berkongsi tanggungjawab belajar dengan sekolah.

Strategi P&P yang membantu pelajar membuat penilaian kendiri:


1. Modeling menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh, bimbing pelajar membuat perbandingan hasil kerja contoh dengan hasil pembelajaran, bantu pelajar melihat ciri-ciri yang ada untuk capai kejayaan. 2. Kemahiran Menyoal secara fokus galak pelajar bina soalan untuk dapat maklumat tambahan, bincang soalan dengan bimbingan, guru juga boleh mengajukan soalan untuk bantu pelajar membuat penilaian kendiri.

Strategi P&P yang membantu pelajar membuat penilaian kendiri:


3. Refleksi pembelajaran membuat catatan jurnal tentang apa yang dialami, kekuatan dan kelemahan serta bagaimana cara membuat penambahbaikkan. 4. Penilaian Rakan Sebaya Maklum balas daripada rakan, boleh dibuat dalam bentuk perbincangan kelas. 5. Portfolio digital Penggunaan ICT/TMK dalam penaksiran pembelajaran.

Penaksiran Berasaskan Komputer


Penaksiran berkomputer ialah penaksiran pembelajaran yang dibuat oleh komputer melalui perisian yang telah tersedia. Ia merupakan penaksiran yang disediakan, ditadbir dan disemak oleh komputer. Guru hanya perlu memasukkan aktiviti atau item soalan yang hendak diuji ke dalam program yang tersedia. P&P menjadi menarik kerana maklum balas diperolehi secara langsung.

Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer berdasarkan aras kesukaran soalan yang dapat dijawab oleh pelajar. Electronic Voting System membolehkan guru membuat penaksiran pembelajaran pelajar semasa P&P dan tahap penguasaan pelajar dapat diukur pada masa yang singkat untuk membolehkan sebarang tindakaln susulan dilaksanakan.

Rujukan
http://snfr-sitiedu.blogspot.com/2010/07/pku-3106pentaksiran-dalam-pendidikan_12.html www.ppdjempoljelebu.net http://www.scribd.com/doc/51438944/36782 598-Penaksiran-Prestasi

Anda mungkin juga menyukai