Anda di halaman 1dari 65

AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja dan mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
(TB, 1995 : 552)

Ayat pasif merupakan ayat-ayat yang mementingkan benda yang kena oleh perbuatan ataupun objek ayat. Dalam ayat pasif, objek menjadi subjek ayat yang diletakkan pada awal ayat.

AYAT PASIF

1. AP dengan KGND 3 (Ayat Aktif) Aminah menyediakan laporan itu. (Ayat Pasif) Laporan itu disediakan oleh Aminah. 2. AP dengan KGND 2

(Ayat Aktif) Awak perlu menyelesaikan latihan ini.


(Ayat Pasif) Latihan ini perlu awak selesaikan. 3. AP dengan KGND 1 (Ayat Aktif) Kami akan memanjangkan tali itu. (Ayat Pasif) Tali itu akan kami panjangkan.

AYAT PASIF

4. AP dengan imbuhan ber.. (Ayat Pasif) Baju-baju itu belum berbasuh. 5. AP dengan imbuhan apitan ke--an (Ayat Pasif) Kami kehujanan ketika pulang dari sekolah. 6. AP dengan kata bantu kena (Ayat Pasif) Perompak-perompak itu kena tangkap polis semalam. 7. AP dengan imbuhan ter.. (Ayat Pasif) Guni beras itu tidak terangkat olehnya.

AYAT AKTIF (1 objek) - KGND3

1. Kamarul telah menyiapkan latihan Matematik. Latihan Matematik telah disiapkan oleh Kamarul. (Ayat Pasif) 2. Saleh mengepos sepucuk surat. Sepucuk surat dipos oleh Saleh. (Ayat Pasif) 3. Ibu telah membeli segugus anggur merah. Segugus anggur merah telah dibeli oleh ibu. (Ayat Pasif) 4. Petani itu menjual hasil pertaniannya di pasar besar. (ket) Hasil pertaniannya dijual oleh petani itu di pasar besar. (Ayat Pasif)

AYAT AKTIF (KGND 3) OLEH

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Pasif

.... menyiapkan + (objek)....


.... mengepos + (objek).... .... membeli + (objek).... .... menjual + (objek).... .... menjemur + (objek)....

.... disiapkan oleh ..... .... dipos oleh ..... .... dibeli oleh ..... .... dijual oleh ..... .... dijemur oleh .....

Teliti ayat-ayat berikut.


Kamarul Saya Awak mengecat menjemur mengelap pintu pagar. kain basahan. tingkap.

AYAT AKTIF (KGND 1, 2 & 3)

Ayat Aktif

Ayat Pasif

Kamarul mengecat pintu pagar. Pintu pagar dicat oleh Kamarul. Saya mengecat pintu pagar. Pintu pagar saya cat. Awak mengecat pintu pagar.

Pintu pagar awak cat.

AYAT AKTIF (2 objek) - KGND3

5. Hasbullah membelikan Salmah seutas gelang emas. Salmah dibelikan seutas gelang emas oleh Hasbullah. (Ayat Pasif) 6. Kakak menjahitkan ayah sehelai baju kemeja. Ayah dijahitkan sehelai baju kemeja oleh kakak. Pasif) (Ayat

7. Puan Aziyah menghidangi tetamunya kuih karipap. Tetamunya dihidangi kuih karipap oleh Puan Aziyah. (Ayat Pasif) 8. Ayah membelikan adik sebuah basikal BMX. Adik dibelikan sebuah basikal BMX oleh ayah. (Ayat Pasif)

AYAT AKTIF (2 objek) KGND3

Bandingkan ayat-ayat berikut. 9. Hasbullah membelikan Salmah seutas gelang emas.

10. Hasbullah membeli seutas gelang emas untuk Salmah. 11. Kakak menjahitkan ayah sehelai baju kemeja. 12. Kakak menjahit sehelai baju kemeja untuk ayah. 13. Puan Aziyah menghidangi tetamunya kuih karipap. 14. Puan Aziyah menghidangkan kuih karipap untuk tetamunya. 15. Ayah membelikan adik sebuah basikal BMX. 16. Ayah membeli sebuah basikal BMX untuk adik.

AYAT AKTIF (2 objek) - KGND3

LATIHAN KENDIRI :

16. Pak Salem akan mengetuai rombongan pengantin Encik Ali.

17. Kegawatan ekonomi dunia menjejaskan pendapatan negara.

18. Puan Sarimah menyidai pakaian anaknya di beranda rumah. 19. Pihak sekolah telah mengeluarkan senarai nama pelajar yang mendapat biasiswa.

AYAT AKTIF (1 objek) KGND 1 & 2

1. Saya telah menyiapkan latihan Matematik. Latihan Matematik telah saya siapkan. (Ayat Pasif) 2. Awak mengepos sepucuk surat. Sepucuk surat awak pos. (Ayat Pasif) 3. Kami telah membeli segugus anggur merah. Segugus anggur merah telah kami beli. (Ayat Pasif) 4. Kita menjual hasil pertanian ini di pasar besar. (ket) Hasil pertanian ini kita jual di pasar besar. (Ayat Pasif)

AYAT AKTIF (KGND 1 & 2) tiada OLEH

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Pasif

.... menyiapkan + (objek)....


.... mengepos + (objek).... .... membeli + (objek).... .... menjual + (objek)....

.... KGND 1 @ 2 siapkan ..... .... KGND 1 @ 2 pos ..... .... KGND 1 @ 2 beli ..... .... KGND 1 @ 2 jual .....

AYAT AKTIF (2 objek) KGND1 @ 2

5. Saya membelikan Salmah seutas gelang emas. Salmah saya belikan seutas gelang emas. (Ayat Pasif)

6. Aku menjahitkan ayah sehelai baju kemeja. Ayah aku jahitkan sehelai baju kemeja. (Ayat Pasif)

7. Kami menghidangi tetamu kuih karipap. Tetamu kami hidangi kuih karipap. (Ayat Pasif)

8. Awak membelikan Razman sebuah basikal BMX. Razman awak belikan sebuah basikal BMX. (Ayat Pasif)

Kata kerja meN--kan

Disediakan Oleh :

Akhirruddeen bin Awang. Guru Bahasa Melayu, SMK Sungai Soi, Kuantan.

OBJEKTIF KURSUS INI


Dapat mengenal pasti ejaan yang betul Dapat mengenal pasti kesalahan dalam ayat Dapat menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya Dapat mengenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan

KATA GANTI NAMA DIRI ORANG

ORANG KETIGA

ORANG KEDUA

ORANG PERTAMA SAYA AKU BETA PATIK KAMI KITA

IA
DIA MEREKA -NYA BELIAU BAGINDA

ANDA
ENGKAU AWAK KAMU TUAN PUAN

KGND dalam AYAT PASIF

KGND

KGND 1
____ lukis ____ beli ____ jemur

KGND 2
____ lukis ____ beli ____ jemur

KGND 3
dilukis oleh ___ dibeli oleh ___ dijemur oleh ___

KKT
melukis membeli menjemur

KGND dalam AYAT PASIF


KGND KKT
melengkapkan membelikan mengetuai mempelopori ___ lengkapkan __lengkapkan ____ belikan ____ ketuai ____ pelopori ____ belikan ____ ketuai ____ pelopori dilengkapkan oleh ___ dibelikan oleh ___ diketuai oleh ___ dipelopori oleh ___

KGND 1

KGND 2

KGND 3

KGND dalam AYAT PASIF


KGND KKT
menggoreng
mengelap mempercantik memperoleh

KGND 1
____ goreng
____ lap

KGND 2
____ goreng
____ lap

KGND 3
digoreng oleh ___
dilap oleh ___

____ percantik ____ percantik dipercantik oleh ___ ____ peroleh ____ peroleh diperoleh oleh ___

KGND dalam AYAT PASIF


Analisis ayat-ayat berikut :

Amirul melukis potret Perdana Menteri.

subjek

predikat

KKT

objek

Mempasifkan Ayat Aktif (KGND 3)

Amirul melukis potret Perdana Menteri.

Potret Perdana Menteri dilukis oleh Amirul.

Mempasifkan Ayat Aktif (KGND 1)

Saya melukis potret Perdana Menteri.

Potret Perdana Menteri

saya lukis.

Mempasifkan Ayat Aktif (KGND 2)

Kamu melukis potret Perdana Menteri.

Potret Perdana Menteri kamu lukis.

Rumusan : Perhatikan binaan strukturnya.

Amirul melukis potret Perdana Menteri. Potret Perdana Menteri dilukis oleh Amirul. Saya melukis potret Perdana Menteri. Potret Perdana Menteri saya lukis. Kamu melukis potret Perdana Menteri. Potret Perdana Menteri kamu lukis.

Kata Kerja

Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif Kata kerja pasif

AYAT AKTIF

Kata kerja meN--kan dengan satu objek

Kata kerja meN--kan dengan satu objek


subjek + kata kerja +
Predikat Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif

objek

Subjek 1 2 Ibu Saya

Objek (FN)

menidurkan menyampaikan

adik. salam kepada beliau. (ket)

Kata kerja meN--kan dengan satu objek


subjek + kata kerja + objek

Subjek

Predikat Frasa Kerja Kata Kerja Objek Transitif (FN)

3 4

Mawi Kenaikan harga getah

mewarnakan menstabilkan

lukisan itu. ekonomi negara.

Proses Pasif Kata kerja meN--kan 1 objek


SUBJEK KKT OBJEK

AA

Ibu

menidurkan

adik.

1a

AP

Adik

ditidurkan

oleh ibu.

Proses Pasif Kata kerja meN--kan 1 objek


SUBJEK KKT OBJEK

AA

Mawi

mewarnakan

lukisan itu.

3a

AP

Lukisan itu diwarnakan oleh Mawi.

LATIHAN 1 (MEMPASIFKAN AYAT AKTIF - 1 OBJEK)


1. Kenaikan harga getah menstabilkan ekonomi negara.

2. Felix memanggang ayam di halaman rumah.


3. Murid-murid membesarkan bulatan itu. 4. Ahmad mewarnakan lukisan itu.

Kata kerja meN--kan dengan dua objek


subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2
Predikat Frasa Kerja Objek Tepat
(FN)

Subjek

Kata Kerja Transitif

Objek Sipi
(FN)

6 7

Azeran Kassim

membelikan Borhan mencarikan Pak Dolah

sebuah buku. ubat sakit kepala.

Kata kerja meN--kan dengan dua objek


subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2
Predikat Frasa Kerja Objek Tepat
(FN)

Subjek

Kata Kerja Transitif

Objek Sipi
(FN)

8
9

Kakak
Masha

menjahitkan

ibu

membuatkan Awie

sehelai baju kurung. secawan kopi.

Kata kerja meN--kan dengan dua objek


subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2
Predikat Frasa Kerja Objek Tepat
(FN)

Subjek

Kata Kerja Transitif

Objek Sipi
(FN)

10 Guru

membacakan murid-murid karangan tingkatan tiga yang terbaik.

Kata kerja meN--kan


Dalam ayat-ayat (6) hingga (10) objek yang hadir sesudah kata kerja ialah objek tepat, manakala objek kedua ialah objek sipi. Binaan ini boleh mengalami penjudulan dalam proses pasif. Contohnya :

Proses Pasif Kata kerja meN--kan 2 objek


SUBJEK KKT OBJEK 1 OBJEK 2

AA Masha membuatkan Awie secawan kopi.


4 2 1 3

9a AP

Awie dibuatkan secawan kopi oleh Masha.

LATIHAN 2 (MEMPASIFKAN AYAT AKTIF - 2 OBJEK)


5. Kasim mencarikan Pak Dolah ubat sakit kepala.

6. Kakak menjahitkan ibu sehelai baju kurung.


7. Masha membuatkan Awei secawan kopi. 8. Cikgu Idayu membacakan pelajar-pelajar Tingkatan 4 Gemilang karangan yang terbaik.

Aspek makna apitan meN--kan

Maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya : 1. Para peneroka mendirikan rumah secara gotong-royong. 2. Dia meyakinkan saya tentang kebenaran cerita itu. 3. Yayasan itu merancangkan Projek Ikhtiar.

Aspek makna apitan meN--kan

Maksud kausatif atau menyebabkan sesuatu keadaan atau kejadian berlaku, contohnya : 4. Encik Ramli membesarkan rumahnya.

5. Perbuatan gadis itu memalukan keluarganya.


6. Kami memanjangkan tali itu.

Aspek makna apitan meN--kan

Maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek, contohnya : 7. Ayah membelikan adik buku. 8. Saya memasakkan tetamu gulai tempoyak. 9. Masha menjahitkan adiknya baju kebaya. 10. Anak itu membacakan bapanya telegram.

Aspek makna apitan meN--i dan perbezaannya dengan meN--kan


Fungsi apitan meN--kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN--i menandakan lokatif (tempat berlakunya perbuatan), contohnya : 11. Kassim Selamat menghadiahi Sabariah seutas rantai. 12. Kassim Selamat menghadiahkan seutas rantai kepada Sabariah.

Aspek makna apitan meN--i dan perbezaannya dengan meN--kan

Fungsi apitan meN--kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN--i menandakan lokatif (tempat berlakunya perbuatan), contohnya : 13. Shafinaz menghidangi tetamu itu sepiring kuih. 14. Shafinaz menghidangkan sepiring kuih untuk tetamu

itu. 15. Baginda mengurniai S. M. Salim bintang kehormatan.


16. Baginda mengurniakan bintang kehormatan kepada S. M. Salim.

Aspek makna apitan meN--i dan perbezaannya dengan meN--kan

Bagi KK tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-kan dan apitan meN-i

adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN--kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meNi menerima objek yang bernyawa, contohnya :

17. Saleh memberi kucing makanan.


18. Saleh memberikan makanan kepada kucing.

Aspek makna apitan meN--i dan perbezaannya dengan meN--kan

Bagi KK tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-kan dan apitan meN-i

adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN--kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meNi menerima objek yang bernyawa, contohnya :

Perkataan memberi dalam ayat (17) sebenarnya terdiri


daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN--i tetapi telah digugurkan i.

Aspek makna apitan meN--i dan perbezaannya dengan meN--kan

Bagi sebilangan kecil KK meN--kan dan meN--i, penggunaannya silih berganti tanpa contohnya: membezakan makna,

19. Mamat sedang membaiki kereta yang rosak. 20. Mamat sedang membaikkan kereta yang rosak. 21. Mereka cuba melupai peristiwa itu. 22. Mereka cuba melupakan peristiwa itu.

Kata kerja meN--i dengan satu objek


subjek + kata kerja +
Predikat Subjek Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif Objek (FN)

objek

23 Hujan

membasahi

jemurannya.

24 Golongan remaja

mencontohi

gaya pakaian bintang filem.

Kata kerja meN--i dengan satu objek


subjek + kata kerja + objek

Predikat Subjek

Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif Objek (FN)

25 Mekanik

itu 26 Debu kapur

membaiki mengotori

kereta saya. lantai bilik darjah.

Kata kerja meN--i dengan satu objek


subjek + kata kerja + objek

Predikat

Subjek

Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif Objek (FN)

27 Encik

Ismail

menjalani

kursus selama dua bulan.

Kata kerja meN--i dengan dua objek


subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2

IMBUHAN Ber dan Ber--kan


Pembentukan Imbuhan Ber Imbuhan ber tergolong dalam imbuhan yang membentuk kata kerja tak transitif (KKTT) yang tidak berpelengkap kata nama. KKTT seperti ini boleh berdiri sendiri tetapi dapat diperluas dengan menambahkan keterangan. Pada dasarnya kata kerja berimbuhan ber boleh menerima semua golongan kata. Namun ada juga kata kerja berimbuhan ber yang menerima pelengkap kata nama ataupun kata adjektif. Contoh :

A. Imbuhan Ber
Contoh : (1) Mereka sedang berjalan. (2) Mereka sedang berjalan di tepi pantai. (3) Datuknya yang sakit itu beransur sembuh. (4) Dia sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja.

ANALISIS AYAT
Ayat (1) tidak memerlukan pelengkap kata nama kerana boleh berdiri sendiri tetapi boleh diperluas dengan menambahkan keterangan seperti ayat (2).

Ayat (3) pula perlu menerima pelengkap yang terdiri daripada kata adjektif iaitu sembuh. Tanpa pelengkap sembuh, ayat (3) akan membentuk ayat tergantung.

Ayat (4) juga perlu menerima pelengkap baik selepas kata berbuat bagi membentuk maksud ayat yang sempurna. Kata kerja berimbuhan ber yang diperluas dengan keterangan perlu didahului oleh kata sendi nama ataupun kata hubung untuk membentuk struktur ayat yang sempurna. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung, ayat-ayat yang dibina tidak sempurna. Teliti contoh ayat berikut;

5. Hamedah menulis buku biografinya berdasar kepada pengalamannya sebagai guru. 6. Wan Ainudin tidak mahu bertanya kepada gurunya walaupun tidak faham akan cerita itu. 7. Dia bertemu dengan rakan lamanya. 8. Amin akan berpindah ke kota pada minggu depan.

*** Perkataan berimbuhan awalan ber juga membentuk ayat pasif apabila subjek ayat merupakan benda yang kena oleh perbuatan. Ayat-ayat pasif berawalan ber tidak menyatakan pelaku perbuatan. Teliti contoh ayat berikut; Contoh ayat pasif berawalan ber 9. Baju-baju itu belum berbasuh sejak semalam. 10. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup. 11. Telinga anak perempuannya telah bertindik. 12. Hadiah-hadiah itu sudah berbalut.

Analisis ayat;
Dalam ayat (9) baju merupakan benda yang belum kena basuh. Ayat (10) pintu pagar rumah

merupakan benda yang tidak kena tutup, dalam ayat (11) telinga merupakan benda yang kena tindik dan ayat (12) hadiah merupakan benda yang kena balut. Teliti juga tiada pelaku dalam keempat-empat ayat di atas.

Analisis ayat;
Ayat-ayat berikut juga tidak boleh menerima pelaku kerana ayat pasif berimbuhan ber tidak menerima

pelaku kerana sifat ayat pasif tidak mementingkan pelaku kata kerja (sebab itu dalam ayat pasif, pelaku diletakkan sebagai predikat ayat).
Contoh kesalahan ; 13. Baju-baju itu belum berbasuh oleh Samsiah sejak semalam. 14. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup oleh orang tua itu. 15.Telinga anak perempuannya telah bertindik oleh mak bidan. 16. Hadiah-hadiah itu sudah berbalut oleh Cikgu Rabayah

*** Ayat tersebut perlu menggugurkan pelakunya atau digantikan dengan bentuk ayat pasif pelaku kata ganti nama diri ketiga seperti berikut;

17. Baju-baju itu belum berbasuh sejak semalam. 18. Baju-baju itu belum dibasuh oleh Aminah sejak semalam. 19. Pintu pagar rumahnya tidak pernah ditutup oleh orang tua itu. 20. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup.

21. Telinga anak perempuannya telah bertindik. 22. Telinga anak perempuannya telah ditindik oleh mak bidan. 23. Hadiah-hadiah itu sudah berbalut. 24. Hadiah-hadiah itu sudah dibalut oleh Cikgu Rabayah.

B. Pembentukan Imbuhan berkan


Imbuhan berkan merupakan kata kerja intransitif berpelengkap kata nama. Namun, perkara ini harus dibezakan dengan pembentukan frasa kerja transitif berpelengkap kerana kata kerja berimbuhan berkan berpelengkap kata nama ini tidak boleh dipasifkan sebagaimana frasa kerja transitif berpelengkap kata nama.

Tanpa pelengkap kata nama, ayat-ayat yang dibina menjadi ayat tergantung. Imbuhan berkan juga menunjukkan maksud mempunyai ataupun menggunakan sebagai alat atau bahan perbuatan intransitif. Misalnya berbantalkan lengan bermaksud menggunakan lengan sebagai bantal. Manakala frasa berbuahkan emas pula bermaksud mempunyai emas sebagai buah.

Contoh kesalahan ;

25.

26. 27. 28.

Dia hanya bertilamkan semasa menyertai perkhemahan itu. Dia tidur berbantalkan. Mereka belayar di laut berpandukan di langit. Awaludin beristerikan setelah sekian lama membujang.

Semua contoh ayat di atas tidak sempurna maksudnya kerana tiada pelengkap kata nama yang menuruti kata kerja. Ayat-ayat di atas juga tidak boleh dipasifkan walaupun menerima pelengkap kata nama.

Ayat sepatutnya ; 29. Mereka hanya bertilamkan rumput semasa menyertai perkhemahan itu. 30. Dia tidur berbantalkan lengan. 31. Mereka belayar di laut berpandukan bintangbintang di langit. 32. Awaludin beristerikan gadis desa setelah sekian lama membujang.

Analisis ayat ;

33. Mereka menggunakan rumput sebagai tilam. 34. Dia menggunakan lengan sebagai bantal. 35. Mereka menggunakan bintang sebagai panduan. 36. Awaludin mempunyai isteri daripada kalangan gadis desa.