Anda di halaman 1dari 16

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5 Set Induksi soal jawab

Langkah 1 - membaca dialog


Luqman : Fahmi, adakah semua penduduk menyertai kempen yang diadakan itu? Fahmi : Ya Luqman, kebanyakan penduduk menyertai kempen itu. Mereka umpama aur dengan tebing. Namun, ada yang seperti enau dalam dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Malah, ada juga yang seperti kera sumbang.

Luqman : Memang, ada juga yang menyertainya tetapi secara ala kadar. Fahmi : Bagaimana, rata-rata penduduk taman kita ini ringan tulang dan ringan tangan.

Luqman : Ya, menghulurkan bantuan dengan hati yang terbuka. Fahmi : Kita patut berasa besar hati dengan kemampuan kita menjayakan kempen itu.

Langkah 2
- Menyenaraikan peribahasa/simpulan bahasa dalam dialog(kad)
Umpama aur dengan tebing Seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing Ringan tulang
Klik pada peribahasa/simpulan bahasa untuk mendapatkan maksudnya

Ringan tangan

Seperti kera sumbang

Besar hati

Sila layari laman berikut untuk mempelajari simpulan bahasa dan peribahasa (A Z) http://wansalmah-blogcikguwan.blogspot.com/2011/12/koleksi-simpulan-bahasa-sekolah-rendah_12.html http://srpdnpjsengkarai.weebly.com/koleksi-simpulan-bahasa-b.html http://www.slideshare.net/mohamednaim/peribahasa-untuk-sekolah-rendah-1 http://www.slideshare.net/mohamednaim/peribahasa-untuk-sekolah-rendah-2

LangKAH 3
- Menyenaraikan 4 isi utama dan huraian
Isi 1 : Kebanyakan penduduk menyertai kempen itu

Huraian :
Mereka menjayakan kempen itu kerana mereka ingin melihat kawasan kediaman mereka bersih dan indah

Isi 2 : Terdapat sesetengah penduduk yang bersikap sambalewa. Huraian : Ada juga yang menyertainya tetapi ala kadar sahaja.

Isi 3 : Mereka menghulurkan bantuan dengan hati terbuka. Huraian : Bantuan yang dihulurkan berbentuk tenaga dan juga harta benda.

Isi 4 : Berbangga kerana dapat menjayakan kempen. Huraian : Tanpa mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, kempen tersebut tidak dapat dijayakan.

Langkah 4 - menghuraikan isi utama


Kebanyakan penduduk menyertai kempen itu. Mereka menjayakan kempen itu kerana mereka ingin melihat kawasan kediaman mereka bersih dan indah. Sikap tanggungjawab mereka amat dibanggakan. Namun begitu, sikap sambalewa masih terdapat pada sesetengah penduduk. Ada yang juga menyertainya tetapi secara ala kadar. Mereka menunjukkan sikap acuh tak acuh. Rata-rata penduduk menghulurkan bantuan dengan hati terbuka. Bantuan yang dihulurkan berbentuk tenaga dan juga harta benda. Bantuan yang diberikan banyak memberi manfaat kepada penduduk desa. Penduduk berbesar hati kerana dapat menjayakan kempen ini. Tanpa mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, kempen tersebut tidak dapat dijayakan.

penutup - melafazkan pantun

Memancing ikan di Sungai Juara, Enak sekali dimasak gulai, Manusia prihatin bumi terpelihara, persekitaran indah tidak ternilai.

Enak sekali dimasak gulai, Sudah makan menjilat jari, Persekitaran indah tidak ternilai, Dunia ini milik sendiri.

Sudah makan menjilat jari, Enaknya gulai masih terasa, Dunia ini milik sendiri, Perlu dipelihara sepanjang masa.

Enaknya gulai masih terasa, Mendapat pujian rakan dan taulan, Perlu dipelihara sepanjang masa, Agar keindahan terus berkekalan.