Anda di halaman 1dari 9

ULUM SYARIYYAH TAHUN 5

ADAB MENOLONG GURU


Disediakan oleh:
Noor Salmi Binti Md. Nor SK BAGAN SERAI

ADAB MENOLONG GURU


Pengertian Guru ialah orang yang mempunyai ilmu dan menjadi pengajar, pendidik serta pengasuh. Guru mempunyai kedudukan yang istimewa dan dihormati oleh masyarakat. Kita wajib menghormati dan menjaga adab-adab ketika bersama-sama dengan guru.

Adab-adab menolong guru


Jujur dan ikhlas Menawarkan diri untuk menolong Mendahulukan memberi salam Bercakap dengan bahasa yang sopan Menjaga keselamatan harta benda guru Tidak mengharapkan balasan

Sebab-sebab perlu menolong


Mengenang jasa guru Menjadi seorang yang bertanggung jawab Dapat meringankan beban guru Menggembirakan hati guru Merapatkan hubungan murid dengan guru

Bentuk-bentuk pertolongan kepada guru


Mengumpul dan menghantar buku ke meja guru Mengawal kelas supaya tidak bising Membawa peralatan sukan Memadam papan hitam

Hikmah beradab menolong guru


Mematuhi perintah agama Mendapat keberkatan ilmu Dipercayai dan disukai Memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat Membentuk peribadi mulia Melatih diri menghormati orang yang lebih tua

Akibat mengabaikan adab menolong guru


Tiada keberkatan ilmu Pentingkan diri sendiri Tiada kerjasama Menyebabkan diri menjadi sombong Tiada disiplin diri Bersikap malas Rendah budi pekerti Tidak wujud kemesraan antara guru dan murid

Soalan Pengukuhan
Garis jawapan yang betul berdasarkan soalan yang berikut:
1. Kita hendaklah (gopoh/merungut/ikhlas ) ketika menolong guru. 2. Semasa menolong guru, kita mesti ( cuai /menjaga / meminjam ) keselamatan barang-barang tersebut. 3. Gunalah bahasa yang ( lembut / keras / nyaring ) ketika bercakap dengan guru. 4. Teguran daripada guru hendaklah didengar dengan ( sombong / marah / redho ). 5. Sekiranya kita mengamalkan adab menolong guru, kita akan dipercayai dan ( dibenci / disukai / dimarahi ).

Anda mungkin juga menyukai