Anda di halaman 1dari 49

PENGENALAN KHSR

OLEH
UBAIDULLAH BIN MOHAMAD
2RBT4
DEFINISI KURIKULUM
Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin
“curriculum” yang bermaksud ruang tempat dimana
pembelajaran berlaku (Mok Soon Sang,2007).

Dari perkatan latin iaitu “currere” membawa maksud


laluan, jejak, siri atau episod. Dari definisi tersebut,
kurikulum adalah peluang bagi memperoleh dan
menambah ilmu pengetahuan dan secara tidak
langsung memperkembangkan potensi diri. Selain itu
ia juga boleh diertikan sebagai peringkat-peringkat
atau aras kesukaran pembelajaran yang dilalui oleh
para pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
 menurut Kliebard (1982). kurikulum
dalam perbendaharaan pendidikan
bahasa Inggeris sebagai ‘jurusan
pengajian yang diikuti di sekolah.
 Definisi daripada Kamus
Dwibahasa(1992) juga memberi
maksud yang hampir sama dengan
makna dari bahasa Inggeris,
perkataan “kurikulum” diertikan
sebagai bidang pelajaran di sekolah.
 William B. Ragan (Modern
Elementary Curriculum, 1960)
mengatakan kurikulum merangkumi
segala pengalaman yang sebenar
dalam hidup nyata.
 Ini menunjukkan bahawa isi
kandungan kurikulum itu haruslah
merangkumi segala pengalaman
kehidupan pelajar. Walau
bagaimanapun, pengalaman yang
terkandung dalam sesuatu
kurikulum itu mestilah dipilih
dengan teliti untuk memastikan
 D. Tawner & L. Tanner (Curriculum
Development Teory into Practice, 1975)
menyatakan kurikulum adalah mempunyai
organisasi pengalaman pembelajaran
(Planned Learning Experience).
Pengalaman yang dimaksudkan adalah
pengalaman yang mempunyai nilai praktik
dan sesuai dengan perkembangan pelajar.
 Posner(1995), mendefinasikan kurikulum
sebagai satu dokumentasi mengenai hasil
pembelajaran, silibus, kerangka kursus,
keseluruhan kursus atau program dan
pengalaman terancang
Defi nisi-d efin is i k urikulu m y ang
berasaskan ra ncangan d i p eri ngkat
sekolah
 Kerr J.K(1968) mendefinisikan
kurikulum sebagai semua pelajaran
yang dirancangkan dan dibimbing
oleh sekolah, sama ada dilaksanakan
secara individu atau kelompok, baik
didalam atau di luar sekolah.
 Hirst (1975) kurikulum sebagai satu
program yang mengandungi aktiviti-
aktiviti pembelajaran&disusun oleh
guru untuk membolehkan murid-
murid mencapai objektif yang
ditentukan.
 Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978)
mentakrifkan kurikulum sebagai
semua kesempatan pembelajaran
yang dirancangkan oleh guru-guru
untuk murid-murid sekolahnya.
 Daripada definisi-definisi tersebut,
boleh disimpulkan disini guru
merupakan perlaksana kurikulum
dan juga sebagai perancang
pembelajaran pelajar-pelajar mereka.
Itu terdapat juga pakar-pakar
pendidikan mentakrif kurikulum
berasaskan kepada rancangan bidang
pendidikan
 B. O. Smith, W. D. Stanley dan J. H. Shores
dalam buku Fundamentals of Curriculum
Development (1957) mentakrifkan
kurikulum sebagai pengalaman-
pengalaman yang dirancangkan dan
ditawarkan kepada murid-murid di bawah
bimbingan sekolah.
 J. G. Saylor dan W. M Alexander dalam
buku Planning Curriculum for Schools
(1974) mentakrifkan kurikulum sebagai
rancangan yang menyediakan semua
peluang pembelajaran dengan tujuan
kurikulum berasaskan
kepada objektif yang
ditentukan
 Tyler (1950) mentafsir kurikulum sebagai
pelajaran yang dirancang, dikelola dan
dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan
objektif yang ditentukan. Beliau juga
berpendapat sesuatu kurikulum yang
lengkap harus mengandungi perkara-
perkara berikut:
 Matlamat pendidikan yang harus dicapai
oleh negara atau sekolah.
 Isi pelajaran dipilih untuk mencapai
objektif yang ditentukan.
 Metodologi digunakan untuk menyusun
dan melaksanakan pengalaman-
pengalaman pembelajaran supaya
G. A. Beauchamp, Curriculum Theory (1968)
berpendapat kurikulum harus
mengandungi empat bahagian iaitu:
 Pernyataan tujuan-tujuan pendidikan
berasaskan aspirasi masyarakat yang
hendak dicapai melalui sekolah.
 Objektif-objektif dan organisasi isi
kandungan untuk setiap mata pelajaran.
 Panduan penggunaan kurikulum untuk
guru-guru (sukatan pelajaran)
 Skema penilaian untuk menilai
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran serta pencapaian objektif
dan matlamatnya.
 Menurut A. S. Robinson(1971) ,
kurikulum harus mengandungi
matlamat, objektif, isi kandungan,
proses, sumber dan cara penilaian
semua pengalaman pembelajaran
yang telah dirancangkan untuk
murid-murid di dalam dan di luar
sekolah, seperti lawatan, latihan
amali dan aktiviti kokurikulum.
KONSEP DAN JENIS
KURIKULUM
 Konsep adalah konsepsi pengertian
atau pendapat yg terbentuk dlm
fikiran mengenai sesuatu,
tanggapan, gagasan, idea. (kamus
DBP).
 Dari sudut kurikulum, ia boleh
diertikan sebagai definisi-definisi
yang dikeluarkan oleh pakar-pakar
pendidikan atau kurikulum
 Melibatkan guru, murid, kaedah atau
teknik pengajaran dan kandungan
pembelajaran, subjek, ataupun
silibus.
 Dari perspektif pengalaman, sesuatu
kurikulum itu haruslah merangkumi
segala pengalaman kehidupan yang
lepas dan kemudiannya digunakan
pada masa sekarang.
Terdapat banyak penulisan Inggeris
yang mengkonsepkan kurikulum
sebagai istilah pendidikan
 kurikulum sebagai pengalaman,
dimana kurikulum merupakan semua
pengalaman yang dirancang oleh
pihak sekolah.
 (Neagley & Evans, 1967)
pengalaman tersebut diutarakan
untuk membimbing murid
memperoleh hasil pembelajaran
yang ditetapkan terlebih dahulu
menurut kadar keupayaan masing-
masing dengan keadaan yang paling
 kurikulum sebagai usaha, terdapat
dua definisi yang menerangkan
kurikulum sebagi usaha iaitu:
 usaha menyeluruh yang dirancang
oleh pihak sekolah untuk
membimbing murid memperoleh
hasil pembelajaran yang telah
ditentukan(Inlow,1966)
 Menyampaikan prinsip dan unsur
utama sesuatu usul pendidikan
dalam keadaan yang terbuka kepada
penelitian kritis dan boleh
 kurikulum sebagai objektif .
kurikulum adalah tidak berkaitan
dengan apa-apa yang dilakukan oleh
murid dalam situasi pembelajaran. Ia
menitikberatkan keputusan
perlakuan dan bukan perkara yang
dilakukan
 Mengikut Johnson, 1967. Ia
menghuraikan keputusan proses
pembelajaran yang dijangka akan
tercapai melalui pengajaran.
 kurikulum sebagai isi mata pelajaran
. Kurikulum ialah dokumen bertulis
yang melakarkan isi mata pelajaran
yang akan diajar
 disusun dengan pelbagai kaedah
mengikut tahap dan pengalaman
pelajar. Walaupun disusun melalui
berbagai-bagai cara, namun isi mata
pelajaran merupakan teras kurikulum
(Beauchamp, 1968).
 kurikulum sebagai pembinaan insan.
Kurikulum ialah pengetahuan dan
pengalaman yang dibina semula oleh
pelajar
 Kurikulum mengaitkan proses
pembinaan semula pengetahuan dan
pengalaman pelajar dengan
kebolehan pelajar membaiki kawalan
tehadap pengetahuan dan
pengalaman sendiri (Tanner &
Tanner, 1986)
 kurikulum sebagai unsur
kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan
daripada berbagai-bagai unsur
budaya yang terdiri daripada ciri
sejagat, nilai am dan aspek khusus
sesuatu budaya (Burtonwood, 1986)
JENIS KURIKULUM
Kurikulum Rasmi
 Kurikulum ini merupakan kurikulum yang
terdapat atau terkandung dalam
dokumen rasmi. Kurikulum ini juga
dikenali sebagai kurikulum formal.
Dokumen rasmi yang dimaksudkan ialah
dokumen atau sukatan pelajaran yang
diterima oleh guru untuk dijadikan sebagai
panduan untuk membuat persediaan
ringkasan mengajar, meracang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta
sebagai panduan penilaian. Selain itu, ia
juga dijadikan sebagai panduan asas
Kurikulum Operasi
 Kurikulum ini juga dikenali sebagai
kurikulum pengajaran (teaching
curriculum) atau kurikulum praktik
(practical curriculum). Kurikulum ini
merupakan kurikulum yang
digunakan dalam bilik darjah.
Dimana guru melaksanakan apa
yang terkandung di dalam kurikulum
rasmi di dalam kelasnya.
Kurikulum Tersembunyi
 Kurikulum ini juga dikenali sebagai
kurikulum tersirat atau
tersisip.Kurikulum tersembunyi ialah
kurikulum diajar oleh guru semasa di
dalam bilik darjah tetapi perkara
yang diajar tersebut tidak
terkandung di dalam kurikulum
rasmi. Ianya meliputi segala bentuk
pengalaman yang dilalui dan
dipelajari oleh pelajar secara tidak
formal, seperti penerapan nilai
murni, peniruan tingkah laku guru,
nilai murni dalam mata pelajaran,
SAMBUNGAN..
 . P. W. Jakson, Life in Classroom,
berpendapat kurikulum tersembunyi boleh
diperolehi melalui pengaruh-pengaruh
daripada ciri aktiviti kumpulan dalam bilik
darjah, sistem ganjaran dan sruktur
kewibawaan
 Mengikut beliau, isi kandungan kurikulum
tersembunyi merujuk kepada bagaimana
pelajar dapat mempelajari semangat
hidup berkumpulan daripda penilaian guru
untuk membentuk tingkah laku, sikap,
pandangan dan nilai kemasyarakatan dan
daripada organisasi sekolah dan
perhubungan interpersonal untuk
Kurikulum Nol
 Kurikulum ini ialah subjek yang tidak di
ajar di sekolah. Sebagai contoh apabila
pelajar yang mengambil matapelajaran
atau subjek yang tidak diajarkan
disekolahnya seperti prinsip akuan. Pelajar
tersebut perlu berusaha sendiri. pihak
sekolah juga harus mencari jalan alternatif
untuk membantu pelajar tersebut sama
ada dengan meminta guru yang sedia ada
dan mempunyai pengetahuan atau
kemahiran yang diperlukan untuk
mengajar atau pun dengan meminta
bantuan dari sekolah yang ada
Ko-kurikulum
 Kurikulum ini merupakan kurikulum
pengalaman terancang di luar bilik
darjah. (Mok Soon Sang,2007),
kokurikulum juga dikenali sebagai
kurikulum tambahan ( extra
curriculum) atau pendidikan untuk
waktu lapang (education for leisure)
atau aktiviti kelas tambahan (extra-
class aktivites). Kokurikulum
merupakan sebhagian daripada
kurikulum formal dan ia merangkumi
KURIKULUM DAN
PENDIDIKAN
 Kurikulum dan pendidikan adalah
sesuatu yang sentiasa berkait rapat
di antara satu sama lain, saling
memerlukan dan masing-masing
mempunyai peranan yang penting
dalam proses kemajuan dan
pembangunan Negara dan sesuatu
tamadun
 kurikulum adalah perancang
pendidikan dimana ia menentukan
bentuk, subjek atau kandungan
 Pendidikan secara umumnya
merupakan suatu bidang yang luas
ruang lingkupnya dan mencakupi
bidang kurikulum, kaunseling,
penilaian, pengurusan dan intruksi
(Beauchamp, 1968). Pendidikan
berlaku sejak manusia itu baru
sahaja melangkah masuk kedunia
iaitu dari bayi sehinggalah mereka
meninggalkan alam dunia iaitu
kematian.
 Secara kesimpulannya, kurikulum
merupakan perancang kepada
pendidikan dan pendidikan pula
sebagai perlaksana atau medium
untuk menjayakan sesuatu kurikulum
yang telah dibentuk. Atau dengan
bahasa yang lebih mudah, sekiranya
kurikulum yang dirancang dan
dilaksanakan itu berkesan dan
berjaya, maka berjayalah pendidikan
disesebuah negara tersebut
LATAR BELAKANG FALSAFAH
DAN LIPUTAN KURIKULUM
 Perkataan falsafah boleh difahamkan
sebagai pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau
pandangan ini dihasilkan daripada usaha
kajian ahli falsafah dengan cara yang
saintifik, sistematik dan logikal.
 Setiap orang membina falsafah dengan
membuat spekulasi dan menaakul
berbagai-bagai aspek kehidupan yang
berkait rapat dengannya (frost, 1955).
Dengan kata lain, falsafah yang dibina itu
berdasarkan kepada pengalaman dan juga
 Ahli falsafah sebaliknya membina
falsafah dengan merumuskan
struktur kewarasan yang teratur dan
tertib berlandaskan kepada rangka
logik yang sekata untuk
menghasilkan huraian tentang
manusia, persektaran setempat dan
persekitaran sejagat
 Tujuan falsafah ialah mencari serta
membuktii kebenaran dan memberi
arah tuju atau pedoman untuk
perkara-perkara yang penting dalam
 Terdapat beberapa jenis rumusan
yang berkaitan dengan Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah di negara kita.
 Dan rumusan –rumusan kurikulum
tersebut logik alam ghaib, logik alam
semesta, falsafah berdasarkan Islam
dan logik alam Melayu
Falsafah berdasarkan Logik Alam
Ghaib
Logik Alam Rohani
 alam rohani ini boleh ditemui di
dalam sistem kepercayaan agama
yang berbagai di dunia ini sama ada
agama Islam mahupun bukan Islam.
Logik Alam Idea
 ditemui oleh Plato

 Plato mengusulkan bahawa idea wujud


dalam wilayah alam ghaib secara mutlak
dan tidak terikat pada deria
Sambungan…
 Falsafah idealisme menerima huraian
Plato dan menekankan penelitian terhadap
idea abstrak berungsi untuk mendapatkan
idea yang benar dan sempurna tentang
manusia dan persekitarannya (Selman,
1962).
 Secara kesimpulannya, kurikulum itu
mestilah meliputi pembelajaran yang
banya memerlukan pelajar untuk
menerokai alam idea mereka masing-
masing bagi membolehkan mereka
menyelesaikan masalah-masalah harian
atau rutin mereka. Selain itu , ia juga
Falsafah berdasarkan kepada
Logik Alam Semesta
Terbahagi kepada 2 iaitu:
 Logik Alam Semesta Statik

 Logik Alam Semesta Dinamik


Logik Alam Semesta Statik
 Diusulkan oleh Isaac Newton yang
merumuskan penyeluruhan prinsip
gerakan alam semesta melalui
rumus matematik. Rumus ini
meyimpulkan hujah bahawa alam
semesta merupakan sebuah mesin
besar yang beroperasi menurut
prinsip mekanik atau hukum alam.
 Terdapat dua jenis falsafah yang
berasaskan logik alam semesta
statik:
 Logik Athies menegaskan bahawa
hukum alam ialah kebenaran yang
tidak terdaya diubah oleh manusia.
Oleh itu, segala kebaikan hanya
diperoleh sekiranya tunduk dan
patuh kepada hukum alam.
 Logik ketuhanan menegaskan
bahawa tuhan mencipta alam
semesta dan membiarkannya
beroperasi mengikut hukum alam
yang telah ditentukan-Nya. Oleh itu,
takdir merupakan penentu kepada
Logik Alam Semesta Dinamik
 Muncul pada kurun ke-19 daripada idea
Chavalier de Lamarch (ahli zoologi),
Thomas Robert Malthus ( ahli ekonomi)
dan Charles Darwin (ahli sains alam
semulajadi).
 Mereka telah mengusulkan bahawa antara
benda benda wujud pergelutan untuk
hidup dan penyesuian dengan
persekitaran.
 Manusia perlu meneruskan hidup dengan
mengikut perubahan alam yang telah
ditentukan oleh hukum alam. Alam
mengukuhkan trait tertentu; hingga
Falsafah Berdasarkan Islam
 Islam muncul pada akhir zaman
apabila Nabi Muhammad s.a.w
menerima al-din lalu diutus oleh
Allah menjadi rasul sekalian alam
dan seterusnya menamatkan zaman
tersebut
 Terdapat dua jenis:
Falsafah Islam
Perspektif liberal-sederhana
Melayu
Falsafah Islam

 Falsafah islam ialah falsafah yang


dibina dengan logik berdasarkan
Islam.
 Falsafah ini menghuraikan ontologi
kenyataan itisari yang Maha Esa,
Mutlak dan Kekal dengan kenyataan
maujud, relatif, ciptaan, berbilang
dan fana.
 Kenyataan mutlak wujud sendirinya
dengan kenyataan relatif bergantung
kewujudan kepadanya menjadikan
 Falsafah Islam menghuraikan tentang
yang Haq (kebenaran yang mutlak) dan
juga yang Batil relatif (semua yang dicipta
olehNya).
 Kebenaran mutlak diketahui melalui dua
cabang ilmu iaitu ilmu fardhu kifayah dan
juga ilmu fardhu ain.
 Dari segi pendidikan, falsafah Islam
menekankan perkembangan seimbang diri
individu dari segi rohani, intelek emosi dan
fizikal (Qutb, 1984;Rahman & Zakaria,
1988;Hasan, 1986) yang membawa
kepada individu beriman,berilmu,
berakhlak, bertaqwa dan beramal soleh
Kesimpulannya, kurikulum itu mestilah
meliputi pendidikan tauhid, intelek,
akhlak, aqidah, emosi, estetik da
jasmani yang digabungkan atau
disatukan bersama ilmu fardhu ain
dan fardhu kifayah.
Perspektif liberal-sederhana
Melayu
 Perspektif liberal-sederhana Melayu ialah
pendekatan logik yang dianuti oleh
sesetengah orang Melayu yang arif
mengintergrasikan falsafah Islam dan
sufisme sebagai asas untuk menghuraikan
ontologi, epistemologi dan aksiologi.
(Mohd. Daud Hamzah, 1993
 Epistemologi perspektif ini memperakukan
kebenaran mutlak (Haq) dan penampilan
kebenaran relatif (batil) yang diketahui
melaui jalan tarekat (jalan untuk mengenal
Allah) dan syariat menerusi proses
pengetahuan hati, rasa, ilham, mimpi,
intuisi dan berbagai-bagai pemerhatian
 Apa yang dapat disimpulkan disini
ialah, kurikulum di Malaysia khasnya
bagi pendidikan teknik dan
vokasional di dalam ruang lingkup
Kemahiran Hidup perlu mengambil
kira tentang kesesuaian budaya dan
hukum hakam yang berkait dengan
agama rasmi negara iaitu agama
Islam.
Falsafah berdasarkan Logik Alam
Manusia
 Aksiologi logik alam manusia
mengusulkan kebagusan yang
bersifat relative yang terdiri daripada
kesan pengalaman subjektif yang
dinilaikan sebagai positif oleh
seseorang (Mohd Daud Hamzah,
1993).
 Falsafah pragmatisme ialah falsafah
yang berasaskan logik alam
manusia. Falsafah ini ditemui oleh
Charles Sanders Pierce (1889-1914)
 Ia menjelaskan bahawa manusia
tidak berupaya menyerap kenyataan
mutlak alam semesta kerana mereka
hanya dapat mengalami perkara-
perkara yang terdapat di dunia luar,
iaitu menderia, menaakul, merasa
dan bertindak.
 Segala pengetahuan yang diperoleh
oleh manusia itu adalah diperoleh
daripada pengalaman dan apa-apa
yang diketahui oleh manusia itu
hanya merupakan kenyataan yang
telah ditapis oleh pengalaman
 Ia mengutamakan kemahiran yang
boleh mempertingkat atau
memperkembangkan tahap
kecerdasan. Kemahiran-kemahiran
yang dimaksudkan adalah seperti
kemahiran membaca,
berkomunikasi, mengira, mengumpul
data, menyelesaikan masalah dan
sebagainya yang sentiasa
memerlukan murid menggunakan
tahap kecerdasan mereka secara
maksimum mengikut umur dan
tahap pencapaian mereka.
 Ia juga berpusatkan murid,
 Kurikulum yang diterima di dalam
pragmatisme alah kurikulum yang
dapat membantu murid membina
kefahaman dan penggunaan intelek
bagi menyelesaikan apa-apa sahaja
masalah sosial (Zais, 1976).
 Kurikulum di Malaysia juga
menekankan aspek yang sama iaitu
berpusat dan berorientasikan pelajar
di mana guru sebagai fasilitator dan
murid mencari sendiri cara untuk
menyelesaikan sesuatu masalah
dalam usaha untuk mengembang
dan mempertingkatkan lagi tahap
Asas Falsafah dalam Liputan
Kurikulum sekolah di Malaysia
 Pendidikan di Malaysia mempunyai
asas falsafah eklektisme yang
menyatukan berbagai-bagai falsafah
yang bersifat tradisional dan
progresif (Arof & Kasa, 1987).
 Oleh kerana terdapat berbagai-bagai
falsafah yang sentiasa menegaskan
tuntutan masing-masing, maka
wujud kebuntuan dalam mencari
falsafah yang benar-benar sesuai
untuk dijadian sebagai asas kepada
 Walaupun begitu, di dalam kurikulum
Kemahiran Hidup, Khasnya sekolah
rendah. Adalah berdasarkan
gabungan kepada beberapa jenis
falsafah yang kandungannya
menyokong dan mengesahkan
kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah di Malaysia ini.
 Sebagaimana yang berlaku ke atas
Falsafah Pendidikan yang telah
dicipta oleh Kementerian Pendidikan.
Dimana ia juga telah
menggabungkan beberapa jenis
falsafah yang telah dkaji dan dilihat

Anda mungkin juga menyukai