Anda di halaman 1dari 18

Doa (3 minit)

Taaruf (10 Minit)

Kata2 Penutup (10 Minit)

Bacaan AlQuran (5 Minit)

Perbincanga n Umum (20 Minit)

Sharing Fikrah Islamiah (15 Minit)

Kategori : Usrah Muslimin (Lelaki Sahaja) Masa : 10 : 30 Malam Waktu Malaysia Tempat : Go To Meeting Tarikh : 03 September Makluman Lanjut : Facebook (facebook.com/syihabudinahmadmy)

Nama Sebenar dan Nama Panggilan Negeri asal dan tempat tinggal sekarang Umur dan Tarikh Lahir Pekerjaan / Pengajian Latar Belakang Keluarga Minat dan Kecenderungan

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (01) (11)

NAQIB : Syihabudin Ahmad Mohd Yatim Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir

Kalimah tauhid bermakna mengEsakan Allah Subhanahuwataala. Dari sudut penghayatan dalam kehidupan, ia membawa erti mengenal, berikrar, mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah hanya sanya Allah Subhanahuwataala sematamata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah ini meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan amalan.

Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri'tiqad bahawa Allah Subhanahuwataala bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu yang menyamai Allah dari
sudut Rububiyyah. Antaranya:
1.

Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.

2.

Semua benda di alam ini, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-'Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.

3.

Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah Subhanahuwataala. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah Subhanahuwataala. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendirinya.

4.

Begitu hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .

Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan daripada menyembah Allah? ( Surah Az-Zukhruf: 87) Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui." (Surah Az-Zukhruf: 9)

Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya, maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan. (Surah An-Naml: 14)
Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepadaNya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar (Surah Luqman: 32)

Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Tujuan asas Allah Subhanahuwataala mengutuskan para rasul ialah menyeru kepada hakikat Tauhid al-Uluhiyyah.
Firman-firman Allah Subhanahuwataala ini membuktikan hal tersebut:

Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada ilah melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku. (Surah Al-Anbiya': 25)

Menyembah atau beribadah kepada Allah Subhanahuwataala dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah Subhanahuwataala dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah Subhanahuwataala apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepadaNya, bertawakkal kepada-Nya, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran-Nya, berpaut kepada ketentuanNya, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada-Nya, mengingatiNya, melaksanakan segala syariat-Nya dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai-Nya.

Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhid al-Uluhiyya h

Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah Subhanahuwataala sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah.

Dengan tauhid yang kuat, maka akan terbentukkan pelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepada Allah Subhanahuwataala dan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dipersaksikan dalam sirah Rasulullah dan para sahabat:
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah memerintahkan Ali Radhiallahuanhu agar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah ke Madinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip baginda. Namun Sayyidina Ali sanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam kerana beliau yakin atas Kehendak dan Kekuasaan Allah. Khalid Ibn al-Walid Radhiallahuanhu pernah mengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah Subhanahuwataala. Namun dia tetap yakin dengan Kekuasaan Allah Subhanahuwataala. Dia tetap meneruskan pertempuran melawan musuh.

Bilal bin Rabah Radhiallahuanhu sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankan keimanannya.

Program Kebajikan Kemboja 1. Lembu Korban ttp ahad ini 2. 400 Telekung untuk Muslimat kemboja RM 25 sehelai 3. Sumbangan Gaji Guru MADi RM 200 sorg 4. Sumbangan umum 5. Sumbangan Alat bantu belajar

Misi :
Menyampaikan

sumbangan masyarakat Islam Malaysia ke Kemboja Melaksanakan program Korban Lembu Membuat kajian potensi pendidikan masyarakat Islam Kemboja Mengeratkan hubungan umat Islam Kemboja dengan Pertubuhan Belia Halaqah (Malaysia)

TARBIAH

Usrah Online : RM 160/month Radio Online : RM 150/month Selenggara Radio Online :


Studio : USD 199 (RM 607)

Program Korban Kemboja


Tiket : RM 1,000
Perjalanan + Makan + Tempat Tinggal = RM 400

DAKWAH

Pengurusan Pejabat : RM 100/month Gaji Guru MADI : RM 1,200/month

Anda mungkin juga menyukai