Anda di halaman 1dari 16

MOHD FARIZ BIN ZULKIFLI 900626-11-5285 PJ/PK/MO1

DEFINISI HOMOSEKSUAL
Perkataan homoseksual diterjemah secara

harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Kecenderungan hubungan seksual sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.

Gay & Lesbian

Secara tradisinya istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.

PUNCA-PUNCA HOMOSEKSUAL
BIOLOGI

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan secara biologi. Amtaranya dalam satu kajian oleh Simon LeVay pada tahun 1991 ia mendapati kelompok kecil neuron pada anterior hypothalamus, yang dipercayai mengawal tabiat seksual dua kali ganda pada imbasan otak homoseksual berbanding orang normal

FAKTOR-FAKTOR HOMOSEKSUAL
Keluarga

Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa

Persekitaran

Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.

Dorongan individu

Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.

Aktiviti seksual

Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.

Peringkat homoseksual
TERAHSIA

Juga dikenali sebagai CLOSET. Bermula sebagai Homoseksual Sulit.Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat. Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.

PENDEDAHAN AWAL Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat. Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.

PERKONGSIAN
1.

Tahap Perkongsian Pertama

Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakanrakan.Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang 2. Tahap Perkongsian Kedua Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka. Bersedia untuk menerima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.

KOMUNITI HOMOSEKSUAL

Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain

KESAN HOMOSEKSUAL
Memusnahkan kekuatan moral masyarakat

Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar tabii. Dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat

Mencerminkan kemunduran masyarakat

Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabiI manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlaK akan berleluasa

Penyakit Sosial

Mereka dipertanggungjawab terhadap gelaja kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti AIDS dan STD. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama.

Pembunuh institusi kekeluargaan

Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat.