Anda di halaman 1dari 24

BUDAYA KOLABORASI DAN KOPERATIF

Definisi Budaya
Definisi budaya budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.

Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Ciri-ciri Budaya
Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

KOPERATIF
Koperatif melibatkan guru bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya Mengikut Panitz (1996), cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the accomplishment of an end product or goal.

Ciri-ciri
kumpulan boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja. penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut Dalam koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan ahli

Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat
Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli guru lain mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

Budaya Koperatif
Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses untuk membantu interaksi manusia agar mencapai matlamat tertentu atau membangunkan produk yang spesifik. Mementingkan hasil @ produk

Roger dan David Johnson mengatakan bahawa tidak semua kerja kelompok boleh dianggap cooperative learning. Untuk mencapai hasil yang lebih baik, lima unsur kerjasama harus diterapkan :
Saling ketergantungan positif Tanggungjawab perseorangan Bersemuka Komunikasi antara anggota Evaluasi proses kelompok (Anita Lie, 1999 : 30)

Kolaboratif
memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan Mengikut Panitz (1996), Collabortion is a philosophy of interaction and personal lifestyle

Ciri-ciri
Semasa kolaboratif, guru akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi yang baik

Pengurusan kolaboratif

para pengurus dan aktiviti-aktiviti kerja seharusnya meningkatkan harga diri dan kepentingan diri setiap anggota individu, menggunakan pendekatan

membuat keputusan secara pasukan yang bersesuaian, menetapkan matlamat prestasi yang tinggi.

menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid.
Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Aplikasi membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana menyelesaikan masalah di sekolah & p&P Wujud bimbingan dari guru-guru lain

Budaya Kolaboratif
Budaya kolaboratif merupakan suatu falsafah peribadi. Dalam semua situasi kolaboratif, orang berinteraksi dalam kumpulan dan memerlukan penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahli kumpulan. Terdapatnya perkongsian autoriti dan penerimaan tanggungjawab di antara ahli kumpulan terhadap tindakan kumpulan. Premis asas pembelajaran kolaboratif ialah pembinaan konsensus melalui koperasi ahli kumpulan.

Ini bertentangan dengan persaingan di mana setiap ahli cuba mengatasi orang lain.

Pengamal pembelajaran kolaboratif menggunakan falsafah ini dalam bilik darjah, mesyuarat jawatankuasa, kumpulan komuniti, keluarga dan secara amnya apabila berhubung dengan orang lain.

Mementingkan proses kerja

Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan, dan reaksi yang didapati dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya.
Intipati asas kepada budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif, dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja.

Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama, dan kepimpinan berkarisma. Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan antara guru guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi peningkatan produktiviti

Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi
bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama. Budaya kolaboratif ini akan membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).

guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang kuat supaya mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlangdan seterusnya menghasilkan motivasi yang tinggi.

Faktor yang mempengaruhi budaya kolaboratif


Komunikasi Hubungan Pengurusan kolaboratif

Semua guru dapat mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama. (Kohm & Nance, 2009) Semua guru merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid.

Kesan Budaya Kerja Secara Kolaborasi dan Koperatif Kepada Guru

Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian Sebarang permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain.
Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar

Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guruguru baru untuk menjadi lebih profesional. Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid.
Semasa proses membuat keputusan setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama.

Ini menjadikan keputusan yang dibuat adalah merupakan keputusan bersama. Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan guru.