Anda di halaman 1dari 48

DEFINISI SEKSUALITI

Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan setiap remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual. Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki, identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan keintiman kepada individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan seksual dan reproduktif yang menyeluruh.

TANGGUNGJAWAB SEKSUALITI
6 Prinsip Tanggungjawab Seksual :
Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, budaya dan masyarakat. Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan tepat. Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi, mental, fizikal dan seksual. Tidak menunjuk kuasa atau mengawal perhubungan. Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat keputusan mengenai aktiviti seksual. Menghormati hak dan keselamatan pasangan anda. Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur. Berkompromi bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya. Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan seksualiti.

Pengetahuan Tentang Seksualiti


Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan komuniti.

Diri anda sendiri


Adalah penting anda menghargai tubuh badan anda Memahami perubahan normal pada tubuh. Mengamalkan kebersihan diri yang baik. Mengelak tingkahlaku berisiko :
Merokok Mengambil dadah dan alkohol Seks sebelum berkahwin

Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati).
Ketahui nilai diri anda Timbang tara perlakuan yang betul dan salah Pilih untuk melakukan perbuatan baik Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau orang lain Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada di sekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang gambar dan majalah) Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan dengan nilai hidup anda

TANGGUNGJAWAB SEKSUALITI
Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin. Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Lihat Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual. Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling. Fahami dan terima identiti jantina anda. Fahami orientasi seksual anda. Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza. Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.

Rakan anda
Berkomunikasi dengan berkesan Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan. Lihat Bulatan Perhubungan. Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.

Komuniti anda
Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :
Guru Pemimpin Sahabat handai Saudara-mara Ahli agama

Ibubapa dan ahli keluarga anda


Berkomunikasi dengan berkesan. Tahu peranan dan tanggungjawab anda Bertindak dengan bijak Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas pergaulan Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain. Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :
Terima dan hargai mereka seadanya Dengar pandangan mereka Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka Berbincang secara terbuka dan berkompromi

Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap ahli komuniti. Berkomunikasi dengan berkesan. Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain. Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda. Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

KELUARGA DAN SEKSUALITI


Peranan ibubapa dan ahli keluarga: Tingkatkan pengetahuan remaja tentang seksualiti Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin. Ketahui akibat daripada perhubungan seksual iaitu Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual. Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling. Fahami dan terima identiti jantina remaja. Fahami orientasi seksual remaja. Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza. Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai. Kesihatan seksual bukan hanya meliputi perhubungan seksual tetapi merupakan satu konsep yang meluas iaitu melibatkan fizikal, mental, emosi dan sosial seseorang:
.Ia melibatkan:

* Badan yang sihat * Minda yang sihat dan cerdas * Emosi yang sihat * Komuniti yang sihat Kesihatan seksual yang sihat meningkatkan: * Personaliti * Komunikasi * Perhubungan dengan orang lain * Perancangan keluarga * Keadaan sihat sejahtera

Peranan ahli keluarga dalam mendidik remaja tentang seksualiti


Menawarkan pendidikan asas seksualiti untuk membantu remaja memahami fungsi seksualiti mereka. Menyatakan keperluan mengenali dan menjaga kebersihan organ seksualiti. Menjelaskan kesan dan akibat pengabaian dan tindakan yang boleh menjejaskan kesihatan seksualiti.

Menjadi sumber rujukan untuk sebarang kemusykilan remaja mengenai seksualiti serta perubahan tubuh mereka semasa proses perkembangan dan pertumbuhbesaran.

Peranan ahli keluarga dalam mendidik remaja tentang seksualiti


Mengawal tingkah laku remaja

dengan membimbing remaja daripada terlibat dalam masalah seksualiti. Membantu dalam memenuhi kehendak dan keperluan perkembangan diri remaja seperti menyokong dan membantu remaja dalam perkembangan dirinya Menghargai tingkah laku yang baik Memantau perubahan agar tidak terjerumus ke kancah keseronokan yang melampau.

Kesimpulannya: Setiap ahli keluarga yang dewasa perlu mengambil peranan membimbing dan mendidik remaja menjalani arah kehidupan yang lebih terkawal dan sempurna. Remaja yang berjaya menangani corak kehidupan yang mencabar akan menjadi tunggak yang cemerlang di masa depan. Keakraban ibubapa dengan anakanak memberi semangat keyakinan dan percaya pada kemampuan diri serta berfikiran positif. Remaja mampu bertindak dengan bijak dalam menangani masalah. Mereka akan mampu berdikari jika mendapat bimbingan yang baik sejak dari kecil.

SEKSUALITI & REMAJA


Seksualiti Kalangan Remaja
Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan

Tingkatkan pengetahuan anda tentang seksualiti


Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin. Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Fahami dan terima identiti jantina anda. Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai. Remaja boleh merujuk kepada ibu bapa atau ahli keluarga mengenai perkembangan diri dari segi fizikal dan mental serta peraturan dan batas batas pergaulan.

mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga,


rakan dan komuniti. Remaja perlu mengetahui perubahan diri dari segi fizikal, mental, organ pembiakan dan lain lain. Ajaran agama perlu dijadikan sebagai panduan hidup agar tidak melakukan perkara yang dilarang dalam ajaran agama.

Remaja seharusnya mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan.

Nilai nilai murni dan budaya komuniti perlu diamalkan agar tidak melakukan perkara yang akan membiasakan diri sendiri.

REMAJA DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL


Masa peralihan dari masa kanak-kanak ke masa remaja Batasan usia remaja menurut WHO adalah 12 hingga 24 tahun (Rogers, 1981)-Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) - remaja merupakan mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan 'cinta'.

Definisi remaja

Konsep Remaja
Muss (1966) mentakrifkan : i) Sudut kronologi; di usia 12 hingga 13 tahun kepada awal 20an secara umumnya, ii) baru yang Sudut psikologi; individu berada di untuk menukar sifat dan kelakuan keanak-anakan kepada sifat dan orang dewasa dalam pinggir keadaan dalam mencari keselarasan

kelakuan masyarakat dan iii)

Sudut sosiologi; zaman peralihan anak-anak yang

daripada yang berdikari

bergantung kepada orang lain menuju dewasa

REMAJA DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Peringkat Usia Remaja


Peringkat awal
Tingkatan 1 dan 2 Peringkat pertengahan Tingkatan 3 hingga 5 Peringkat akhir

Peringkat usia remaja

Tingkatan 6

REMAJA DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL


Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akil baligh. Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.

Perkembangan Fizikal

REMAJA DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL


Perkembangan Fizikal Lelaki Pertukaran suara Misai mula tumbuh Janggut mula tumbuh Badan menjadi lebih tegap

Bulu kemaluan tumbuh


Otot-otot membesar Bahu menjadi lebih lebar

Perkembangan Fizikal Lelaki

10-13 Tahun
Badan bertambah gagah Otot-otot membesar Bahu melebar Dada menjadi bidang Suara menjadi garau Skrotum membesar Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap Saiz zakar membesar

14-17 Tahun

Tubuh bertambah tinggi Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat Skrotum semakin membesar Kulit skrotum semakin kasar Saiz zakar semakin membesar Jerawat mula tumbuh Mengalami mimpi ghairah

Perkembangan Fizikal Lelaki

18-20 Tahun
Ketinggian bertambah Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada Misai dan janggut mula tumbuh Warna kulit skrotum bertambah gelap Saiz zakar semakin membesar

Organ-Organ Sistem Reproduktif

Panduan Penjagaan Organ Reproduktif


Bersihkan tubuh badan termasuk organ reproduktif dua kali sehari dengan sabun dan air. Gunakan seluar dalam bagi menampung zakar dan skrotum. Pilih seluar dalam yang sesuai dengan saiz tubuh. Penggunaan seluar dalam yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, menyakitkan atau boleh memusingkan kedudukan testis serta menyebabkan kepanasan. Kepanasan yang berlarutan boleh menggangu fungsi normal testis. Masalah Organ Reproduktif Teruna UNDESCENDED TESTIS Satu keadaan di mana salah satu atau kedua-dua testis tidak turun ke dalam skrotum HYDROCELE Satu keadaan di mana skrotum kelihatan membengkak akibat pengumpulan cecair dalam selaput skrotum. HERNIA Hernia adalah keadaan di mana sebahagian dari usus telah turun dan memasuki dalam selaput skrotum. Ini berlaku apabila dinding abdomen tidak kuat atau tidak normal.

Mimpi ghairah
Mimpi ghairah berlaku semasa seorang teruna tidur dan mendapat mimpi yang menghairahkan seperti bermesra atau melakukan hubungan seksual dengan seorang gadis. Bilaterjaga dari mimpi, didapati telah berlaku enjakulasi ( terpancutnya air mani ) dan terdapat tompokan lendir di kain atau seluar dalam.Mimpi ghairah yang pertama adalah tanda seorang teruna mencapai usia baligh. Anda tidak perlu risau kerana semua lelaki samada tua atau muda mengalami mimpi yang ghairah. Dapatkan penerangan dan nasihat dari orang yang anda percayai sekiranya mempunyai kemusykilan mimpi ghairah.

PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN Perkembangan Fizikal Perempuan


Pertumbuhan buah dada Kedatangan haid Perubahan pada punggung

Pertumbuhan jerawat
Bulu kemaluan tumbuh Pertumbuhan bulu anggota Menjadi lebih tinggi

PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN


9-10 Tahun
Puting payudara mula ketara Tulang punggung mula melebar. Lemak akan tersimpan di bahagian punggung dan peha. Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan.

11-13 Tahun Bulatan areolar payudara semakin membesar Organ reproduktif bertambah matang dan menjadi nyata 9-16 Tahun Bulu ari-ari menjadi lebat Bulu mula tumbuh di bawah ketiak Kedatangan haid 16-18 Tahun Gadis akan mencapai ketinggian yang maksima

10-11 Tahun

Saiz puting payudara mula membesar Bulu ari-ari mula tumbuh

Seksualiti semasa kanak-kanak dan remaja


Umumnya, kanak-kanak mungkin mengalami banyak masalah psikoseksual kerana terlibat terlalu awal dalam seks ataupun tiba-tiba terpendam naluri seksual mereka. Masalah mental kerana penderaan diri dan tingkah laku seksual yang lain boleh menyebabkan ketakutan mental, neourosis, kebimbangan, dan melancholia. Kekurangan pendidikan yang betul boleh menyebabkan remaja mengalami kesakitan dan penderaan mental. Salah laku seks adalah punca kesilapan, kekurangan moral dan jenayah remaja. Salah laku seks dapat dielakkan dengan kegiatan berfaedah seperti aktiviti permainan, gotongroyong, pendidikan komuniti dan sebagainya. Pendidikan seksualiti yang diberikan oleh sekolah membantu remaja memahami sifat fenomena seks yang berlainan. Naluri ingin tahu remaja tentang seks dipenuhi dengan memberi pendidikan secara objektif dan adil. Mengikut beberapa penulis, pendidikan bersama lelaki dan perempuan meningkatkan kesusilaan seks lelaki dan perempuan.

PERKEMBANAGAN SOSIAL & KAWALAN IBUBAPA


Perhubungan antara remaja dengan ibu bapa mereka melibatkan pengaruh timbal balik, terutamanya dalam bidang disiplin. Biasanya disiplin kawalan termasuk hukuman fizikal, meningkatkan pergantungan dan pemberontakan di kalangan remaja. Disiplin yang amat permisif juga membawa kepada pergantungan. Kematangan fizikal semasa akil baligh menyebabkan remaja menjadi lebih tegas dalam perhubungan mereka dengan ibu bapa. Penyelidikan menunjukkan kurang perbezaan dramatik antara sikap dan nilai remaja dengan ibu bapa mereka. Remaja mengakui orang dewasa mempunyai lebih banyak sifat positif daripada mereka tetapi pengaruh kumpulan sebaya lebih kuat daripada pengaruh ibu bapa. Sikap remaja terhadap ibu bapa semakin negatif, manakala kecenderungan untuk mengesahkan kesilapan sebaya semakin meningkat. Bukti penyelidikan menunjukkan bahawa remaja lebih berdikari, mereka kurang akur kepada ibu bapa dan rakan sebaya apabila mereka semakin dewasa. Pengakuran kepada tingkah laku antisosial paling kuat pada sekitar umur 15 tahun tetapi pada umumnya, mereka kurang akur kepada tingkah laku antisosial daripada tingkah laku pra-sosial.

PERKEMBANGAN EMOSI REMAJA


Tempoh remaja adalah tempoh keghairahan dan emosi yang tidak stabil. Kasih sayang ialah perasaan paling kuat semasa remaja. Minat awal remaja bersifat peribadi, tetapi perubahan sosial dan emosi yang muncul di peringkat ini dibayangkan dalam perkembangan minat terhadap orang lain, dan perubahan sikap serta perasaan terhadap rakan berlainan jantina. Aktiviti remaja lebih melibatkan semangat berpasukan dan tindakan kumpulan apabila dibandingkan dengan peringkat praremaja. Remaja lelaki terus berminat dalam pengembaraan, tetapi pengembaraan kurang bersifat fantasi dan lebih berkaitan dengan keadaan dan masalah harian. Apabila minat remaja tidak dilahirkan secara nyata, ia muncul sebagai khayalan, angan-angan dan imaginasi. Ibu bapa dan guru perlu mengambil tahu tentang minat remaja, supaya mereka dapat membantu memahami diri sendiri serta membimbingnya ke arah mencapai cita-cita dan potensi. Tanggungjawab utama pendidik ialah untuk memastikan perasaan kasih sayang remaja tidak bersifat negatif. Kasih sayang remaja perlu digunakan untuk memanfaatkan masyarakat.

MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT


GAYA HIDUP SIHAT
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah : KEPENTINGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Makan secara sihat


Lakukan aktiviti fizikal Tidak merokok

Membekalkan keperluan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Tubuh memerlukan protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral & air secukupnya.

Belajar menangani stres

KEPENTINGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT


MEMELIHARA KESIHATAN MENTAL

Nutrien daripada makanan mempengaruhi fungsi dan kesejahteraan mental. Otak berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang diperolehi daripada makanan yang dimakan.

Untuk mencegah dan merawat keadaan kekurangan zat makanan atau malnutrisi Untuk mencegah dan merawat obesiti dan penyakit yang berkaitan dengannya.

KEPENTINGAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT DIABETES


Untuk mencegah dan merawat obesiti penyakit yang berkaitan dengannya
GOUT JANTUN G

Untuk mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, hipertensi, gout, kanser, diabetes dan osteoporosis.

KANSER DARAH TINGGI OSTEOPOROSIS OBESITI

14 mesej pemakanan utama di dalam Panduan Diet Malaysia 2010


1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut cadangan keperluan pengambilan tenaga anda. 2. Kekalkan berat badan yang ideal 3. Menjadi lebih aktif setiap hari 4. Makan kuantiti nasi dan produk bijirin terutamanya bijirin penuh dan ubi-ubian dalam kuantiti yang disarankan 5. Banyakkan memakan buahbuahan dan sayur-sayuran 6. Ambil ikan, daging, ayam, itik, telur, kekacang dalam kuantiti yang sederhana. 7. Ambil susu dan produk hasil tenusu dalam kuantiti yang sederhana

14 mesej pemakanan utama di dalam Panduan Diet Malaysia 2010


8. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan minimumkan penggunaan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan. 9. Pilih dan sediakan makanan dengan mengurangkan penggunaan garam dan sos 10. Pilih makanan dan minuman yang kurang kandungan gula. 11. Banyakkan meminum air 12. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak lahir sehingga enam bulan dan teruskan sehingga berusia 2 tahun 13. Ambil makanan dan minuman yang bersih dan selamat 14. Baca maklumat pemakanan pada label makanan

AMALAN MAKAN SECARA SIHAT


Tidak ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang kita perlukan. Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Makanlah secara sederhana dan waktu yang teratur.

KUMPULAN MAKANAN

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama : Kumpulan 1: Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian Kumpulan 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran Kumpulan 3 : Ikan, ayam, daging dan kekacang Kumpulan 4 : Susu dan hasil tenusu Kump ulan 5 : Lemak, minyak dan gula

OBJEKTIF
1. 2. 3. 4. 5. Memahami pelbagai sentuhan, pergaulan dan perhubungan Mentakrif maksud pergaulan dan mengenal pasti objektif Mengkaji pelbagai sikap terhadap pergaulan Mengenal pasti teman pergaulan yang unggul Menyelesaikan masalah berkaitan dengan pergaulan

Sentuhan Perhatian atau sentuhan yang baik dan selamat adalah bentuk perlakuan menyebabkanpenerima berasa selesa. Melalui sentuhan sebegini serta perhatian yang diberikan penerima (kanak-kanak) berasa mesra, disayangi, dibelai dan dibantu. Ia tidak akan mengurangkan minat penerima dan tidak akan mengambil apa-apa daripada penerima. Setiap individu patut menerima sentuhan sebegini. Perhatian atau sentuhan yang buruk dan tidak selamat adalah bentuk perlakuan yang mengecewakan penerima. Ia membuatkan mereka berasa diri ini jahat, terluka atau seolah-olah menolak atau mengetepikan perasaan penerima(kanakkanak).Jelas sekali kanak-kanak menolak perhatian dan sentuhan sebegini disebabkan mereka merasakan diri dipergunakan, dipaksa, didera dan berada dalam ketakutan.

SENTUHAN TIDAK SELAMAT Perhatian atau sentuhan yang buruk dan tidak selamat adalah bentuk perlakuan yang mengecewakan penerima. Ia membuatkan mereka berasa diri ini jahat, terluka atau seolah-olah menolak atau mengetepikan perasaan penerima (kanak-kanak).Jelas sekali kanak-kanak menolak perhatian dan sentuhan sebegini disebabkan mereka merasakan diri dipergunakan, dipaksa, didera dan berada dalam ketakutan.

Perhatian atau sentuhan yang mengelirukan adalah bentuk perlakuan yang membuatkan penerima berasa tidak selesa, rimas, keliru dan tidak pasti. Kekeliruan dan konflik diri yang dialami oleh penerima melalui sentuhan atau individu yang melakukan sentuhan atau perhatian yang diberi. Motif sebenar individu tersebut kemungkinan tidak jelas dan sentuhan atau perhatian yang dilakukan adalah tidak biasa dilakukan. Terdapat juga ketika perhatian sebegini disukai tetapi ia juga menakutkan, disebabkan oleh sentuhan tersebut menyebabkan wujud tindak balas seksual atau memuji diri anda di hadapan rakan sebaya, namun ia kurang disenangi kerana dilakukan oleh seorang dewasa.

1. Tidak ada garis panduan dalam bahagian ini kerana murid merupakan sumber terbaik dalam budaya pergaulan. Perbincangan boleh diberi mengenai sejarah budaya pergaulan di seluruh pelosok dunia. Beberapa contoh pergaulan yang menarik termasuk budaya pergaulan tempatan perlu dibincangkan. 2. Salah satu daripada tujuan bahagian ini ialah untuk membenarkan kelas berkongsi maklumat dalam kumpulan dan membantu mereka menjelaskan ciri-ciri pergaulan dan sebab-sebab pergaulan. Bincangkan tujuan pergaulan dan isu-isu yang penting bagi murid. Jangan terus andaikan bahawa seks merupakan isu dalam pergaulan. Ingatlah; Pergaulan bukan merupakan perkara atau hal yang diambil berat oleh sesetengah murid.

Ciri yang diingini dalam rakan istimewa berlainan jantina : Dalam latihan ini murid akan meneliti pelbagai ciri yang mereka ingin terhadap rakan istimewa berlainan jantina. Pastikan latihan ini dibuat tanpa nama supaya murid dapat memberi pendapat sebenar mereka dan tidak menghadapi tekanan rakan sebaya. 1. Bekalkan setiap murid dengan senarai ciri peribadi yang diingini terhadap rakan Istimewa berlainan jantina. Minta mereka menyusun ciri ini mengikut kepentingan.Beritahu mereka latihan ini tidak memerlukan nama mereka dan hanya skor kumpulan dikehendaki. Ingatkan murid supaya tidak menulis nama mereka pada kertas. Mereka hanya perlu menunjukkan sama ada mereka lelaki atau perempuan. 1. Rupa paras yang menawan 2. Kepintaran 3. Adil dan sedia berkongsi beban 4. Sama bangsa 5. Kaya 6. Suka bersukan 7. Pengasih dan penyayang

8. Jujur dan sensitif 9. Suka berjenaka 10. Sihat tubuh badan 11. Mempunyai tindak balas terhadap rangsangan seks 12. Pandai menjaga rumah 13. Pandai memasak 14. Dara 15. Keinginan mempunyai anak 16. Lain-lain (nyatakan) 1. (Jika perlu) Edarkan satu lagi senarai dengan ciri yang sama dan minta mereka susun mengikut kepentingan bagi suami/isteri. 2. Kumpul dan hitungkan. Asingkan senarai lelaki daripada senarai perempuan supaya dapat membandingkan skor. 3. Pamerkan dapatan latihan. Bincangkan dapatan latihan dan galakkan murid memberi pendapat mereka. Bincangkan tentang implikasi perbezaan antara senarai teman istimewa dan suami isteri serta perbezaan di antara senarai lelaki dan senarai perempuan.

KEIBUBAPAAN DAN ANAK REMAJA

KEIBUBAPAAN Anak-anak tidak dilahirkan terus,


berjaya, bahagia, pandai, menang

BAGAIMANA ANAKDAN ANAK REMAJA ANAK

INGIN DILAYAN ?
Kasih sayang difahami diterima dihormati ditolong keselesaan berkembang bukan bukan bukan bukan bukan bukan bukan dibenci dihakimi ditolak dihina disakiti digunakan beku/statik

Anak-anak juga tidak dilahirkan terus,


gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah

Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

Ibu bapa tidak terlatih / terdidik

ISU KEIBUBAPAANPERANANANAK PADA PERINGKAT DAN IBU BAPA REMAJA ANAK REMAJA
Membentuk keperibadian Mengawal pengaruh sosial

Jenayah dikalangan anak-anak Masalah anak lelaki vs Perempuan Ibu bapa dan kecemerlangan akademik Ibu bapa sibok Ibu / bapa tunggal Pengaruh media massa

Kegagalan kefungsian remaja dikaitkan dengan kegagalan institusi sosial Membekalkan diri anak-anak tentang keremajaan, disiplin, membina hubungan, membentuk tabiat dll

Kaedah mendidik anak yang betul !


Penjaga pemimpin guru / pendidik kaunselor doktor penguatkuasa pengikut Penyelesai masalah kawan peransang perkembangan mental pengawas model pendakwah

CIRI IBU BAPA SEBAGAI MODEL


Mempunyai nilai diri yang tinggi mengamalkan cara hidup yang sihat pemikiran positif berkemahiran sosial kemas / anggun fleksibel Menjaga kesihatan mental fizikal mengawal emosi mempamerkan kasih sayang tumpuan masa untuk keluarga optimistik masa depan

CIRI IBUBAPA SEBAGAI MODEL


Orang yang soleh / solihin menyangi menjiwai kehidupan berkeluarga berdakwah kepada anak-anak berilmu / maklumat berdoa PETUA IBU BAPA CEMERLANG Analisis diri dari kaca mata anak sedari perbezaan anak bercakap benar praktis amalan baik didik anak adab / kemahiran sosial masa jitu mengajar anak tunjuk pelakuan baik

MENDORONG/MEMBANTU ANAK KE ARAH KECEMERLANGAN:


Beri arahan sekali sahaja. Jangan bertengkar menggugut anak. Tunjukkan alternatif tingkahlaku tidak baik. Konsisten pengharapan disiplin. Kawal emosi. Jangan beri ganjaran pelakuan negatif. Belaian selepas memarahi anak Penghormatan kasih sayang. Disiplin secara hikmah. Nasihat secara dakwah. Bincang matlamat anak. Berdoa secara khusus.

Panduan mendisiplinkan anak remaja:


Berunding dengan anak untuk tetapkan peraturan Beri maklumat yang jelas tentang peraturan dan batasan. Laksanakan peraturan secara konsisten dan kerjasama. Utamakan yang positif. Elakkan perasaan marah semasa mendisiplinkan anak. Beri sokongan bukan kritikan. Disiplin merupakan hadiah dari ibubapa sepanjang hayat anak. Bantu anak bentuk matlamat Galakkan anak rakamkan kejayaan. Ingatkan anak supaya sentiasa berdoa.

PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA: Cari tempat dan masa yang sesuai tanpa gangguan. Elakkan menasihati anak dalam keadaan letih atau marah. Hormati anak remaja dengan cara tidak memalukan mereka. Yakinkan ibu bapa ingin membantu. Bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan anak, Fokus kepada pelakuan bukan fizikal / diri sebagai individu Jelaskan kesan pelakuan anak remaja terhadap perasan ibu bapa sekeluarga. Bincangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki.

PANDUAN CARA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA;


Amalkan nilai murni (percaya mempercayai, mengasihi, menghormati) Saluran komunikasi terbuka. Elakkan sikap mencari kelemahan remaja. Fokus kebaikan - beri pujian. Luang masa berkualiti. Jadi pendengar baik - JANGAN berleter. Senyum - bahasa badan menggalakkan.

PERKARA YANG PERLU DIKONGSIKAN DENGAN ANAK REMAJA:


Kasih sayang Sokongan Nilai murni Adab sopan Nilai-nilai agama Isu gender Pendidikan seks Penjaggan diri Pemilihan rakan Pengurusan masa Ketrampilan diri / disiplin diri Peraturan keluarga

REMAJA & RAKAN SEBAYA


Pengganti keluarga Mekanisma transisi hidup Pemberi sokongan sosial dan akademik Agen sosialisasi Memperkembangkan konsep perhubungan sosial Pembentukan personaliti Kumpulan rujukan Pembentukan konsep kendiri Tempat meluahkan perasaan dan penyelesaian masalah Pendengar Membina nilai komitmen dalam persahabatan Tempat mencari identiti

PERANAN IBU BAPA TERHADAP RAKAN SEBAYA REMAJA.


Kenali rakan sebaya anak Kenali ibu bapa rakan sebaya anak Aktiviti bersama keluarga Raikan Peluang bersama mereka

Masalah seksualiti remaja:

Sekian terima kasih