Anda di halaman 1dari 16

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Disediakan oleh :

MUHAMMAD FUAD BIN ROSLI

kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)

Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :
gaya tapak defisit garis pusat hasil keluaran kuasa

Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya : peka mendap jisim cerakin hablur ketuhar

Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya : gambut (Banjar) engkabang (Iban) dermaga (Jawa) nyeri (Sunda) awet (Jawa) labur (N.Sembilan)

Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya : dening (Kelantan) riam (Johor) engkabang (Iban) nyeri (Sunda)

Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya : atom atom electron- elektron professional profesional psychology - psikologi structure - struktur

Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung

Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuhtujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :
Ungkapan yang paling singkat Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk Ungkapan yang sedap di dengar

Diterbitkan oleh penulis-penulis di dalam karya mereka seperti cerpen, sajak, dan tulisan-tulisan kreatif . Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum.

Antara contoh perkataan ialah :


temu ramah meja berita ibu kota lidah pengarang kempen tarik diri tajuk kecil sidang media nama pena

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa, Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia; dan

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan


istilah asal atau istilah antarabangsa.

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur Nik Safiah Karim et. All (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai