Anda di halaman 1dari 10

KESAHAN UJIAN(validity)

Definisi & konsep


Kesahan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer,2004) Sejauh mana ujian dapat memehuhi objektifnya Misalnya, sesuatu alat yang dibina untuk mengukur sikap, hendaklah berupaya mengukur sikap, dan bukannya konstruk lain, seperti minat atau motivasi. alat ukur memiliki kesahan untuk tujuan tertentu sahaja bukan untuk semua tujuan(..penggredan, diagnos dsb)

Jenis Kesahan
(1) Kesahan Kandungan/isi (2) Kesahan Konstruk/gagasan (3) Kesahan Muka (4) Kesahan Hubungan-Kriteria -kesahan ramalan -kesahan serentak

Kesahan Kandungan
Soalan ujian hanya boleh dianggap sebagai sampel/wakil kepada sukatan pelajaran yang begitu luas sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan Sekiranya soalan ujian tidak meliputi secukupnya kandungan pelajaran tersebut, penilaian terhadap pencapaian pelajar menjadi tidak sah/bais.

Meningkatkan kesahan kandungan: - semak semula buku rekod pengajaran dan juga sukatan pelajaran - menggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan untuk membina soalan-soalan ujian

Kesahan Konstruk/gagasan
sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan Ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu jenis ujian yg digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental calon. Cth. Jika konstruk adalah tentang keimanan, maka soalan- soalan ujian mesti bercirikan keimanan. Rumusan dapat dibuat dengan tepat ttg gagasan tersebut.

Kesahan Muka
Ini bermaksud, sekali pandang, nampak alat ukuran itu sah, atau orang biasa/tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah mempengaruhi orang yang menjawab item inventori merasa yakin terhadap inventori tersebut Sekiranya inventori ini dirasakan tidak sesuai, besar kemungkinan orang tidak akan menjawab item-itemnya secara serius, skornya dirasakan tidak sah

Kesahan Hubungan-Kriteria
sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa ukuran luaran (kriteria) Dua jenis ukuran luaran iaitu ukuran serentak dan ukuran ramalan.

Kesahan Serentak- Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil serentak.ATAU mentadbir dua set ujian serupa dalam masa berlainan Kesahan Ramalan- Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian. Cth. ujian percubaan dapat meramal keputusan SPM

Mengira indeks
kesahan kandungan dan kesahan muka tidak dapat diukur/dijelas dengan menggunakan indeks kesahan-dijelaskansecara kualitatif sahaja kesahan konstruk, kesahan serentak dan kesahan ramalan boleh diukur dengan menggunakan pekali korelasi Pearson Persamaan regresi seperti ,y = ax + b untuk kesahan ramalan boleh digunakan