Anda di halaman 1dari 43

USK 1032

KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

PATRIOTISME & NASIONALISmE

PATRIOTISME DAN NASIONALISME TUNJANG BERNEGARA


OBJEKTIF
1. Menghuraikan konsep patriotisme dan nasionalisme. 2. Mengaitkan peranan patriotisme dan nasionalisme dalam perkembangan negara.

1. PATRIOTISME

PERJALANAN KULIAH
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.

Pengenalan ; Definisi ; Ciri-ciri Patriotisme ; Pendekatan ; Konteks Patriotisme ; Nilai Patriotisme Dalam Islam ; Realiti di Malaysia ; Rumusan .

DEFINISI

Kata dasar; patriot yang bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air. Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya. Ia juga mempunyai kaitan untuk memartabatkan negara dan semangat berkorban.

Perasaan cinta yang kuat kepada tanah air dan memerlukan kepada satu pegangan kental dan teguh yang diasaskan di atas nilai-nilai agama yang luhur. Tanpa nilai-nilai berkenaan semangat patriotisme akan luntur dan lesu tanpa meninggalkan sebarang kesan kepada generasi akan datang.

Kemerdekaan -bebas dari kongkongan/cengkaman penjajah -rakyat bebas mengatur dan pilih corak kehidupan mereka -Msia-demokrasi berparlimen dgn raja berperlembagaan -semangat kebangsaan-taat setia, cintakan t.air, ingin melihat kemajuan, keamanan, kemakmuran Negara

CIRI-CIRI PATRIOTISME
Patriotisme akan meluapkan dan menyemarakkan perasaan kesetiaan kepada negara dan menjadi unsur penting nasionalisme. Keadaan di mana seseorang itu, sanggup mengorbankan nyawa untuk negara tercinta; cth. Angkatan bersenjata dan sukarelawan yang terlibat di dalam pertempuran.

Patriotisme adalah satu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara serta kesanggupan untuk berjuang dan menggadaikan nyawa mempertahankan negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang boleh wujud pada diri seseorang warganegara.

PENDEKATAN

Pengajaran

matapelajaran sejarah Malaysia

(sebelum dan selepas kemerdekaan).

Pendidikan.
Pengenalan konsep MALAYSIA BOLEH. Pembangunan sukan khususnya sukan yang popular.

Media massa.

10

KONTEKS PATRIOTISME
Patriotisme

tidak harus difahami dalam konteks politik sahaja.

Patriotsime juga berlaku dalam konteks ekonomi, seni, sastera, muzik dll. Contoh; melepaskan ekonomi dari belenggu ekonomi asing. Contoh; menggubah muzik untuk lagu-lagu berbentuk patriotisme.Ia merupakan ekspresi perasaan.

11

NILAI PATRIOTISME DALAM ISLAM

Kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah agama, bangsa dan negara merupakan perkara yang dituntut. Islam menggalakkan umatnya menanam semangat dan sikap patriotik di dalam diri masing-masing. Surah Al-Anfal, ayat 60: Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenagamu, kekuatan dan kuda yang terpaut, dengan demikian kamu menakutkan musuh

12

Perancangan yang jelas, pemikiran yang pro-aktif, iltizam yang sungguh-sungguh dan kesedaran yang ikhlas untuk membangunkan negara dan mengisi kemerdekaan yang dikecapi oleh negara.

Sikap patriotik khususnya mempertahankan hak dan kemerdekaan negara amat dititikberatkan.

13

TOKOH
Penghulu Dol Said; Naning (1831-1832) Sultan Abdullah; Perak (1875) Dato Bahaman & Mat Kilau; Pahang (1891-1895) Engku Besar Jeram & Tok Janggut; Kelantan (1915) Hj Abdul Rahman Limbong; Terengganu (1922-1928) Mat Salleh;Sabah

14

REALITI DI MALAYSIA
Seseorang

itu harus melepaskan diri daripada belenggu etniksiti.

Sekarang wujud penjajahan secara halus iaitu penjajahan minda. Perkembangan teknologi maklumat yang merentasi sempadan.

Maka harus disediakan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai positif.

15

APAKAH KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME TERHADAP NEGARA ???

16

KEPENTINGAN PATRIOTISME
1.
2.

3.

4.

5.

Pertahanan akhir kepada bangsa dan negara. Elemen perisai spiritual/kejiwaan dalam mempertahankan kedaulatan. Elemen memartabatkan maruah dan prestij negara. Penyuburan dan pembugaran terhadap sejarah pembinaan negara. Kepekaan dan kesedaran terhadap halatuju negara.
17

2. NASIONALISME

18

PERJALANAN KULIAH
1. 2. 3. 4. 5. 6.

7.

Pengenalan ; Definisi ; Asas Utama Nasionalisme ; Gerakan Sosi-Budaya ; Gerakan Anti-British ; Nasionalisme Ke Arah Kemerdekaan ; Rumusan .

19

DEFINISI
Satu keadaan fikiran, yang menyerap masuk di kalangan semua anggotanya, mengiktiraf negara sebagai organisasi yang paling unggul dan bangsa sebagai punca bagi segalanya, kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi.

20

ASAS UTAMA
Nasionalisme merupakan rasa atau pemikiran yang mengarah kesetiaan kepada negara. 3 asas utama menurut J. Romein: Keinginan mahu bebas daripada penjajahan. Keinginan mahu bebas dari belenggu ekonomi asing. Keinginan melihat taraf hidup bangsa sendiri itu sama dengan bangsa-bangsa lain yang maju dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
Maka, nasionalisme merupakan sentimen di kalangan penghuni di sesebuah wilayah yang tertentu.

i. ii. iii.

21

NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Kegiatan nasionalisme di Tanah Melayu hanya bermula pada awal abad 20. Disebabkan oleh 2 perkara asas; i. Gerakkan sosio-budaya. ii. Gerakan Anti British.

22

GERAKAN SOSIO-BUDAYA
Wujud sebelum Perang Dunia Ke-2.

Gerakan lebih berkisar kepada sosio-budaya seperti pendidikan, kesihatan dll.

Kerana cara hidup daif dan tahap pemikiran yang rendah.

Ia merupakan halangan kepada perubahan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

23

NASIONALISME ETNIK MELAYU


Pendidikan diberikan kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kemahiran berbahasa ditekankan; 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Pendidikan berkaitan dengan ilmu Al-Quran juga ditekankan.

Maka, wujud perkembangan institusi sekolah pondok, madrasah dll.

24

PENDIDIKAN SELEPAS PERANG DUNIA KE-2

25

PERINGKAT NASIONALISME

Peringkat 1 1900-1920 (Golongan berpendidikan agama)

Peringkat 2 1920-1930 (Golongan berpendidikan Melayu)

Peringkat 3 1930-1941 (Golongan Berpendidikan Inggeris)

26

GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA

Kaum Muda telah memainkan peranan yang penting. 23 Julai 1906, menerbitkan majalah Al-Imam- motto; Majalah Pelajaran, Pengetahuan dan Perkhabaran. Saluran kepada idea gerakan. Media kepada perkembangan intelektualisme Melayu yang merangkumi ekonomi, politik, sosial dan agama.

27

Golongan yang berpandangan jauh kerana sentiasa memberi kritikan kepada penjajah Inggeris, golongan raja dan golongan tua.

Bercorak menyedar, membangun dan mengukuhkan konsepsi Islam


Tokoh:Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abas Taha, Sheikh Tahir Jalaluddin dll.

28

GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYU

Maktab Perguruan Sultan Idris (1922), institusi pengajian tinggi Melayu. Kebanyakan lepasan MPSI (guru) kembali bertugas di dalam masyarakat. Mereka bergerak aktif di dalam masyarakat dan menjadi pemimpin nasionalisme. Meyumbangkan idea-idea berguna.

29

Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Buyong Adil, Abdul Hadi Hassan, dll. Sebelum MPSI, pendidikan tertinggi Melayu adalah Darjah 6. Tiada sekolah menengah untuk Melayu. Melayu hanya diberi kemahiran 3M, bertukang dan bertani sahaja.

30

GOLONGAN BERPENDIDIKAN INGGERIS


PENANG FREE SCHOOL
1816, Penang Free School diwujudkan (Rev. R.S. Hutchings).

Ibubapa Melayu enggan menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. 1930an, Tanggapan Melayu tentang sekolah Inggeris mula berubah.

31

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK)


Khusus untuk anak raja, pembesar dan rakyat

terpilih sahaja. Diwujudkan pada 1905 untuk membolehkan jadi pentadbir.

32

JUNIOR CAMBRIDGE
Lulus; Akan berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir

SENIOR CAMBRIDGE
Lulus; Akan menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan British atau melanjutkan pelajaran ke Singapura/England.

33

NASIONALISME ETNIK CINA


Berkisar kepada persoalan kehidupan, pendidikan dll. Wujud 2 pecahan iaitu nasionalisme di TM dan di negara China. Etnik Cina membuka sekolah-sekolah Cina berdasarkan kehendak TM dan negara asalnya. Tenaga pengajar adalah orang Cina dari negara China. Buku teks juga dibawa dari China.

34

Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa penghantar. Jepun telah bertanggungjawab menyemarakkan nasionalisme etnik Cina di TM dengan mengeksploitasi. Etnik Cina telah bekerjasama dengan Kuomintang dan Komunis.

35

NASIONALISME ETNIK INDIA

Berkisar kepada suasana di negara India. Jepun telah bertanggungjawab menyemarakkan nasionalisme etnik India di TM dengan menjadikan British sebagai faktor utamanya. Menimbulkan isu kerajaan dalam buangan; Azad Hind/India Bebas.

36

GERAKAN ANTI-BRITISH
Tindakbalas terhadap perubahan yang dilakukan; Sistem Residen dan NNMB. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa. Kedudukan British semakin stabil di TM. Penguasaan ekonomi dan politik oleh British.

37

NASIONALISME KE ARAH KEMERDEKAAN

Persekutuan Tanah Melayu (1948) Sistem Ahli (1951)

Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan (1951-52)


Pilihanraya Persekutuan (1955) Suruhanjaya Reid (1956)

Kemerdekaan (1957)

38

RUMUSAN
Nasionalisme

di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada perkembangan pendidikan dalam masyarakat berdasarkan etnik dan disemarakkan lagi oleh pengaruh luar.

Kebangkitan dan Gerakan Anti-British juga telah menyumbangkan kepada perkembangan nasionalisme.

39

LATIHAN PENGUKUHAN

1.

Pada pandangan anda kenapa gerakan nasionalisme peringkat awal mengalami kegagalan ?

2.

Semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Tanah Melayu pada peringkat awal dipengaruhi oleh perkembangan di luar negara. Bersetujukah anda ? Apakah relevan semangat nasionalisme dalam konteks Malaysia pada hari ini ?

3.

40

SESI DIALOG

41

KUIZ 1 15 minit(5 markah)

Pada pandangan anda adakah semangat nasionalisme masih relevan di kalangan rakyat Malaysia .

42

SEKIAN TERIMA KASIH

43