Anda di halaman 1dari 7

PKP 3117 SENI BAHASA & SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN (CERPEN)

Pensyarah : Pn. Jaimah Binti Abdul Manaf Pembentang : Netty Azieana Binti Mohd Ayob Nor Aishah Binti Adenan Nur Zuliana Izyan Binti Zolkalple Nurazura Binti Yusof PISMP PEMULIHAN 1 JANUARI 2009

DEFINISI
Singkatan daripada cerita pendek. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang) Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod

CIRI-CIRI
Menurut pendapat Sumarjo dan Saini (1997 : 36) sebagai berikut. Ceritanya pendek ;
Bersifat rekaan (fiction) ; Bersifat naratif ; dan Memiliki kesan tunggal.

Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut.
Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang konsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung maupun tidak langsung. Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama menguasai jalan cerita. Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku atau tokoh utama. Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik.

CIRI-CIRI
Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177), ciri-ciri cerita pendek adalah sebagai berikut.
Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat, padu, dan intensif (brevity, unity, and intensity). Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan, tokoh, dan gerak (scena, character, and action). Bahasa cerita pendek harus tajam, sugestif, dan menarik perhatian (incicive, suggestive, and alert).

GAYA BAHASA
Sinopsis - Merujuk kepada keseluruhan cerita secara kasar. Ringkasan yang memberikan gambaran secara umum tentang sesuatu cerita. Tema - Perkara yang menjadi dasar kepada sesuatu cerita ; apa yang hendak disampaikan. Persoalan - Sesuatu yang dipersoalkan ; menimbulkan masalah. Mesej - Perkara yang hendak disampaikan. Pengajaran yang terdapat di dalam sesebuah cerita. Nilai - Terdapat dua nilai iaitu ;
*Kemanusiaan *Kemasyarakatan.

Latar - Latar mempunyai tiga perkara iaitu ; 1. Latar Tempat ( tempat ---> peristiwa ) , 2. Latar Masa 3. Latar Masyarakat ( merangkumi aspek kategori masyarakat, pekerjaan, golongan, bangsa dan agama serta corak hidup )

Plot - Kenali jenis plot. Bersifat Kronologi ( peristiwa disusun mengikut urutan waktu ). Teknik Imbas Kembali juga ada digunakan. Plot mempunyai beberapa bahagia iaitu ;
Permulaan, Perkembangan, Perumitan, Puncak, Peleraian Akhir Cerita.

Teknik Plot - Mempunyai dua bahagian iaitu Saspens dan Konflik. Watak dan Perwatakan - Watak merangkumi Watak Utama dan Watak Sampingan. Dipengaruhi oleh Antagonis ( jahat ) dan Protagonis ( baik ) . Watak bermaksud nama, asal usul, umur dan latar belakang/sejarah hidup. Perwatakan pula bermakud sikap, perangai atau tingkahlaku samada baik atau jahat. J. Sudut Pandangan - Ianya terdiri daripada tiga aspek iaitu Sudut Pandangan Orang Pertama,Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu dan Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Orang Pertama = Saya, Aku, Orang Kedua = Engkau, awak, kamu Orang Ketiga = Mereka, dia,

Gaya Bahasa - Bahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Simpulan bahasa. Teknik Penceritaan - Berbentuk Dialog, Imbas Kembali dan Pemerian.

FUNGSI
Fungsi rekreatif; memberikan rasa senang, gembira, serta menghibur para penikmat atau pembacanya. Fungsi didaktif; mengarahkan dan mendidik para penikmat atau pembacanya karena nilai-nilai kebenaran dan kebaikan yang terkandung didalamnya. Fungsi estetis; memberikan keindahan bagi para penikmat atau para pembacanya. Fungsi moralitas; fungsi yang mengandung nilai moral sehingga para penikmat atau pembacanya dapat mengetahui moral yang baik dan tidak baik bagi dirinaya. Fungsi relegiusitas; mengandung ajaran agama yang dapat dijadikan teladan bagi para penikmatnya atau pembacanya.