Anda di halaman 1dari 14

Lakaran adalah elemen yang sangat penting untuk menggambarkan (visual) rupa dan bentuk sesuatu idea.

Melalui lakaran, komunikasi lebih berkesan berbanding perkataan. Pereka mengikut cara dan gaya lakaran tersendiri, mengikut keperluan dan kesesuaian; asalkan mudah difahami dan memberi maklumat yang ingin disampaikan.

Sebagai persediaan membuat lukisan realistik (rendering) imej produk dilukis secara lakaran, untuk memastikan lakaran reka bentuk yang betul dan menyerupai produk sebenar. Lakaran ini digunakan sebagai panduan untuk menekap garisan out line sebagai persediaan untuk membuat lukisan realistik.

Lakaran 2D ialah lakaran yang menunjukkan sama ada pandangan hadapan, sisi atau atas dengan menjelaskan profil sebenar objek dari setiap pandangan berkenaan. Ia menunjukkan ukuran-ukuran panjang dan lebar objek, dalam satah Cartesan dua paksi (X dan Y). Lakaran 3D dibuat dengan menunjukkan butiran ketiga-tiga pandangan sekaligus dalam satu lakaran. Walau bagaimanapun, ia tidak menunjukkan profil sebenar. Ia menunjukkan ukuran panjang (dalam), tinggi dan lebar objek. Bahan atau proses. Pemilihan komponen dan bagaimana disambungkan. Maklumat tentang bahagian terlindung. Sumber inspirasi idea. Kemasan. Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian serta masalah yang mungkin timbul. Aspek-aspek teknikal.

Penggayaan dalam lukisan berperanan mempengaruhi persepsi dan minda seseorang. Penggayaan boleh dilakukan melalui sudut pandangan perspektif yang berbeza bagi menggambarkan reka bentuk produk sebenar, supaya sesuatu idea difahami serta menghasilkan lakaran yang cantik dan menarik. Salah satu kaedah melakar perincian sesuatu bahagian komponen bagi memperlihatkan bagaimana komponen itu berfungsi dan bergerak.

Rendering ialah satu teknik yang digunakan untuk menghasilkan lakaran yang hidup dan menarik. Ia memberikan lebih terperinci seperti rupa, bentuk, corak, tekstur, warna dan grafik sebenar produk. Ia tidak mempunyai label melainkan nama produk. Rendering boleh dilukis secara 2D atau 3D dari sudut pandangan yang bersesuaian. Beberapa medium yang boleh digunakan : Pensel warna Pen dan dakwat Pen marker Pastel kapur (chalk pastel)

Lukisan perspektif membantu menggambarkan reka bentuk sebenar secara 3D dari pelbagai sudut. Ciri-ciri: Garisan selari di hadapan akan bertemu di penghujung menjadi satu titik. Objek-objek yang sama saiz dan bentuk akan mengecil semakin ia berada di belakang. Jarak dan ukuran yang sama akan menjadi kurang dan pendek apabila semakin ke belakang.

Dalam satah Cartesan dua paksi (X dan Y). Unjuran ortografik.

Tinggi, panjang (dalam), lebar. Lukisan isometrik - simulasi bentuk 3D dalam keadaan tidak sebenar. Pembinaan merujuk satah ufuk bersudut 30.

Lukisan susunan komponen bertujuan memudahkan proses pemasangan serta mendapatkan kedudukan yang betul semasa pemasangan komponen. Menggabungkan prinsip-prinsip lukisan unjuran, keratan, pendimensian. Setiap bahagian lukisan dilukis secara berceraicerai kedudukannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.