Anda di halaman 1dari 13

Tajuk Karangan :

-Melawat ke Kilang Biskut

Penutup:
- berasa gembira - berharap

Pendahuluan:
- bila / buat apa / dengan siapa Isi 1:

Isi 4: - tempat menarik - mendapat banyak pengetahuan

Melawat ke Kilang Biskut

- berkumpul - bertolak dengan bas

Isi 2: Isi 3: - melihat cara membuat biskut - melihat biskut dibakar - makan biskut - banyak mesin / ramai pekerja / tempat membakar biskut / topi dan pakaian khas / menjaga kebersihan

Pendahuluan:

- bila / buat apa / dengan siapa


Contoh 1:

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah pergi melawat ke sebuah kilang biskut. Saya pergi dengan kawan-kawan dan guru sekolah.
Contoh 2: Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyertai rombongan sekolah ke sebuah kilang biskut yang terletak di Shah Alam. Saya pergi bersama dengan kawan-kawan sekolah saya serta empat orang guru pengiring.

Isi 1: - berkumpul - bertolak dengan bas

Contoh 1:

Pada pagi itu, kami berkumpul di padang sekolah. Setelah taklimat guru, kami pun bertolak dengan bas sekolah.
Contoh 2: Pada pukul 7.00 pagi itu, kami berkumpul di padang sekolah. Setelah taklimat guru, kami pun bertolak dengan sebuah bas sekolah.

Isi 2: Apa yang dilihat? -banyak mesin / ramai pekerja / tempat membakar biskut / topi dan pakaian khas / menjaga kebersihan Contoh 1:

Di kilang biskut itu, saya dapat melihat banyak mesin. Saya juga melawat ke tempat pekerja-pekerja membakar biskut. Kilang itu ada banyak pekerja.
Contoh 2: Tidak lama kemudian, kami pun tiba di kilang biskut itu. Kami disambut oleh pengurus kilang itu. Di kilang itu, saya dapat melihat banyak mesin. Saya juga melawat ke tempat pekerja-pekerja membakar biskut. Kilang itu mempunyai banyak pekerja. Mereka memakai topi dan pakaian khas untuk menjaga kebersihan biskut.

Isi 3: - melihat cara membuat biskut - melihat biskut dibakar - makan biskut Contoh 1:

Saya telah melihat cara-cara membuat biskut. Saya juga dapat melihat biskut-biskut itu dibakar. Selepas lawatan, kami dijemput ke kantin kilang untuk makan biskutbiskut.
Contoh 2: Saya telah berpeluang melihat cara-cara membuat biskut. Saya juga dapat melihat biskut-biskut itu dibakar. Selepas lawatan, kami dijemput ke kantin kilang untuk menikmati biskut-biskut yang sedap.

Isi 4: - tempat menarik - mendapat banyak pengetahuan


Contoh 1: Kilang biskut itu ialah sebuah tempat yang menarik. Saya mendapat banyak pengetahuan daripada lawatan itu. Contoh 2: Kilang biskut itu merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. Saya mendapat banyak pengetahuan daripada lawatan itu.

Penutup: - berasa gembira - berharap Contoh 1:

Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kilang biskut itu. Saya berharap dapat melawat ke kilang itu sekali lagi.
Contoh 2: Saya berasa sungguh gembira kerana berpeluang melawat ke kilang biskut itu. Saya berharap dapat melawat ke kilang lain pada masa akan datang.

Contoh 1: Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah pergi melawat ke sebuah kilang biskut. Saya pergi dengan kawan-kawan dan guru sekolah. Pada pagi itu, kami berkumpul di padang sekolah. Setelah taklimat guru, kami pun bertolak dengan bas sekolah. Di kilang biskut itu, saya dapat melihat banyak mesin. Saya juga melawat ke tempat pekerja-pekerja membakar biskut. Kilang itu ada banyak pekerja.

Saya telah melihat cara-cara membuat biskut. Saya juga dapat melihat biskut-biskut itu dibakar. Selepas lawatan, kami dijemput ke kantin kilang untuk makan biskut-biskut.
Kilang biskut itu ialah sebuah tempat yang menarik. Saya mendapat banyak pengetahuan daripada lawatan itu. Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kilang biskut itu. Saya berharap dapat melawat ke kilang itu sekali lagi.

Contoh 2:

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyertai rombongan sekolah ke sebuah kilang biskut yang terletak di Shah Alam. Saya pergi bersama dengan kawan-kawan sekolah saya serta empat orang guru pengiring.
Pada pukul 7.00 pagi itu, kami berkumpul di padang sekolah. Setelah taklimat guru, kami pun bertolak dengan sebuah bas sekolah. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di kilang biskut itu. Kami disambut oleh pengurus kilang itu. Di kilang itu, saya dapat melihat banyak mesin. Saya juga melawat ke tempat pekerja-pekerja membakar biskut. Kilang itu mempunyai banyak pekerja. Mereka memakai topi dan pakaian khas untuk menjaga kebersihan biskut.

Saya telah berpeluang melihat cara-cara membuat biskut. Saya juga dapat melihat biskutbiskut itu dibakar. Selepas lawatan, kami dijemput ke kantin kilang untuk menikmati biskut-biskut yang sedap. Kilang biskut itu merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. Saya mendapat banyak pengetahuan daripada lawatan itu. Saya berasa sungguh gembira kerana berpeluang melawat ke kilang biskut itu. Saya berharap dapat melawat ke kilang lain pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai