Definisi
Retorik ialah seni penggunaan bahasa yang melibatkan
penyampaian idea menarik dan berkesan dengan tujuan
untuk memujuk , mempengaruhi, dan menyakinkan
pembaca tentang sesuatu perkara.(Nik Safiah dan Wan
Malini)
Retorik ialah teknik penggunaan bahasa sama ada dalam
bentuk lisan atau tulisan yang mengandung aspek
tatabahasa yang betul dan penguasaan bahasa yang baik
dalam menyampaikan idea. (Sharifah Nor Syed Abd.
Rahman dan rakan)
Retorik dapat diertikan sebagai seni pemakaian
bahasa untuk menyampaikan idea dengan
menarik dan berkesan dalam sesuatu wacana,
baik dalam bentuk ucapan mahupun tulisan.
(Goay Teck Chong dan rakan)
Jenis-jenis dan Ciri-ciri Retorik
Pemerian
Penggunaan bahasa penjelasan atau huraian
tentang sesuatu idea.
Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan
maklumat yang lengkap kepada pembaca atau
pendengar
Ciri-ciri teknik pemerian
Pemerian dilakukan secara objektif, tepat, dan jelas
Realistik (fakta yang konkrit) dan impresionistik
Contoh (Realistik):
T-REX, motosikal tiga roda yang dibina di Kanada
ini pernah menggunakan pelbagai enjin termasuk
enjin V-Twin Harley Davidson.Terbaru mereka
menggunakan enjin kawasaki 1400 cc berkuasa 187
hp yang memberi prestasi mantap dan mampu
mendapatkan kelajuan tertinggi 260 km/j dan
memecut dari 0-100 km/j di bawah empat saat.
Contoh Impresionistik (cetuskan imaginasi)
Pagi telah meninggi.Matahari mencapai
sesuku dari dada langit sebelah timur.Kesegaran
sinar matahari mulai mengalahkan sisa kesejukan
malam.Tetapi embun di hujung rumput dan anak-
anak kayu masih belum kering.Di lereng bukit
kabus masih mengapas, menipis sebelum
menghilang disirna matahari yang semakin lama
semakin panas.
Pemujukan
Retorik pengaruhan menggunakan bahasa pujukan
untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan
orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan.
Ciri-ciri
Menggunakan bahasa yang manis, menarik, dan
mementingkan kehalusan berbahasa serta
berunsurkan aspek psikologi.
Dua jenis pemujukan iaitu pemujukan rasional
peleraian.
Gaya bahasa bersifat imaginatif dan menggunakan
ekspresi.
Contoh:
Aku menyelak setiap lembar album yang dengan
gambar-gambar keluargaku. Pelbagai kenangan
bermain di mataku takala aku menatap gambar-
gambar itu.Setiap kali aku menatap gambar mama,
bunga-bunga kerinduan serta merta mengharum di
ruang hatiku.Oh, Tuhan! Di mana mama sekarang?
Pendedahan
Retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang
perbandingan;
Sesuatu topik perlu dihuraikan secara objektif
pencerakinan
Contoh:
Islam Hadhari diertikan sebagai ajaran Islam yang progresif
dan dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Konsep Islam
Hadhari menekankan sistem sosial yang berasaskan prinsip
moral bagi menjamin keseimbangan antara kebebasan individu
dengan kesetabilan masyarakat. Antara ciri penting Islam
Hadhari termasuklah sistem pemerintahan demokrasi yang
telus, usaha pembasmian kemiskinan yang berterusan, dan
mengagihkan kekayaan yang saksama. Pelaksanaan Islam
Hadhari memerlukkan penghayatan yang menyeluruh
terhadap ajaran Islam serta pemupukan budaya mencintai ilmu
pengetahuan secara berterusan bagi mencapai kesejahteraan
kehidupan di dunia dan di akhirat.
Penghujahan
Retorik penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan
Contoh:
dan kesimpulan.
Contoh:
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan pendidikan asas komputar untuk para
pelajar. Langkah tersebut amat dialu-alukan oleh ibu bapa
kerana dapat mengisi kekosongan dalam bidang tersebut
terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Melalui program
tersebut, diharapkan dapat memberi peluang kepada
pelajar luar bandar untuk mempelajari komputer.
Teknik Induksi
Dimulai penyataan khusus dan diikuti penyataan umum.
Contoh:
Apabila membicarakan warga tua, kita
seharusnya sedar bahawa kebahagian warga tua terletak
pada kerukunan sesebuah keluarga.Sekiranya wujud
suasana harmoni dalam keluarga, sudah tentu hubungan
antara keluarga akan menjadi erat dan dapat
membahagiakan warga tua. Oleh itu, institusi keluarga
memainkan peranan penting dalam soal menangani
masalah pengabaian terhadap warga tua.
Teknik Analogi
Analogi ialah kaedah perbandingan.
Contoh:
Sebenarnya amat sukar bagi kita menilai
hati orang. Bak kata orang, rambut sama hitam,
hati lain-lain. Paparan luaran tidak memberi
gambaran sebenar sifat seseorang. Macam buah
mangga, kadang-kadang luarnya cantik tetapi
isinya busuk atau masam tetapi ada buah yang
luarnya tidak cantik tetapi isinya sungguh manis.
Begitu juga manusia. Oleh itu, berhati-hatilah
semasa memilih teman.
Teknik Pencerakinan
Kaedah ini dikenali juga sebagai teknik analisis. Kaedah ini
mengembangkan topik yang dibincangkan kepada beberapa
komponen dan kemudian menghuraikan setiap komponan.
Setiap komponen membincangkan isi yang berbeza tetapi