Anda di halaman 1dari 27

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

BAHASA MELAYU (PENULISAN)

GAMBAR
AKTIVITI SITUASI

CARTA GRAF PELAN PETA JADUAL

TENTANG GAMBAR

SOALAN POPULAR (Bhg A)


Tulis lima ayat tentang aktiviti Tulis lima ayat tentang situasi Tulis lima ayat tentang gambar INGAT Walau apapun soalan (situasi, aktiviti, tentang gambar) pastikan ayat yang dibina merupakan ayat AKTIVITI

Soalan UPSR 2010

Gambar di bawah menunjukkan suasana perkhemahan unit beruniform di sebuah padang.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana perkhemahan tersebut.

Berkawad

Menjinjing

Membimbing

Memasak Memberi rawatan

Mendirikan khemah

Memetik gitar

Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar


Mendirikan khemah Memetik gitar Menyanyi Membawa sebaldi air / menjinjing Menanak nasi Berkawad Memerhati Mengawasi Membimbing Memberi rawatan

Bina pelan maklumat. Tanya diri untuk mencari jawapan


Siapa (watak) Buat apa (aktiviti) kata hubung

(keterangan) di mana bila guna apa dengan siapa mengapa bagaimana

1. Tiga orang pengakap 2. Ah Chong

mendirikan khemah memetik gitar menjinjing sebaldi air

sambil

diperhatikan oleh guru pengakap mereka.

manakala dua orang kawannya menyanyi mengikut irama yang dimainkan. sambil berjalan menuju ke arah rakannya yang sedang memasak.

3. Abu

Jawapan contoh (Calon Cemerlang/poteni Cemerlang)


1. Tiga orang pengakap mendirikan khemah sambil diperhatikan oleh guru pengakap mereka. 2. Ah Chong memetik gitar manakala dua orang kawannya menyanyi mengikut irama yang dimainkan. 3. Abu menjinjing sebaldi air sambil berjalan menuju ke arah rakannya yang sedang memasak.

4. Beberapa orang ahli Pandu Puteri berkawad di padang sambil diawasi oleh guru penasihat mereka.
5. Encik Ali, guru Bulan Sabit Merah membimbing ahli-ahlinya cara memberi rawatan kecemasan sambil berdiri.

Soalan UPSR 2009 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Jawapan contoh (lulus/potensi lulus)


1
2

3 4 5

Encik Muthu menebas rumput menggunakan sabit. Encik Harun membuang sampah ke dalam tong sampah. Encik Lim membersihkan longkang. Puan dewi dan Puan Mary menyediakan makanan. Encik Salim menghulurkan ranting kayu kepada Encik Jimmy.

Soalan : Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.

Jawapan contoh
1 Terdapat beberapa cara yang kita perlu amalkan supaya dapat melintas jalan raya dengan selamat. 2 Kita haruslah menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya supaya selamat. 3 Kita patutlah melintas jalan raya di lampu isyarat yang disediakan supaya selamat. 4 Azman melintas jalan di lintasan belang dengan berhati-hati supaya selamat. 5 Puan Suri memimpin tangan anaknya semasa melintas jalan agar anaknya selamat.

INGAT Bahagian A
Anda perlu bina lima ayat

BUKAN
menulis cerita

30 MARKAH

FORMAT
BAGAIMANA MENGECAM
MEMBACA DAN MEMAHAMI

MENGECAM KEHENDAK SOALAN


MENENTUKAN FORMAT

MENCARI ISI ISI PENTING


MEMBINA KARANGAN

BAHAGIAN C

TEKNIK DAN STRATEGI


1. Baca arahan / soalan dengan teliti. Kenal pasti kehendak soalan / arahan / maklumat.

Ulaskan nilai murni yang terdapat dalam petikan. Ulaskan tentang pengajaran yang dinyatakan /aspek penting dalam petikan. Ulaskan perwatakan yang terdapat dalam petikan. Ulaskan amalan baik yang terdapat dalam petikan.

INGAT.
Soalan tentang nilai, pengajaran, perwatakan atau amalan baik, semuanya perlu ada NILAI Cara penulisan Tulis watak atau kita

Cara penulisan Bahagian C

Tulis watak atau menggunakan kata ganti nama kita

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Menemui sahabatku Ramli, semoga sihat sejahtera


Walaupun seminggu telah berlalu, namun ingatan saya terhadap suasana damai di kampung saudara tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, sikap penduduk kampung yang mudah bergaul membuatkan saya seolah-olah berada di kampung halaman sendiri. Saya berasa bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka. Di sana, saya juga berkesempatan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Selain itu, pengalaman saya menghabiskan masa di dusun sungguh menyeronokkan. Saya tidak akan lupa keseronokkan memetik, mengutip, makan, dan menjual buah-buahan

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga atas layanan yang diberikan sepanjang saya berada di Melaka. Semoga saudara dan keluarga sentiasa bahagia dan gembira. Sekian, terima kasih. Sahabatmu,

Alvin

Pelan Maklumat
Bil 1 2 3 Nilai prihatin peramah bersyukur Frasa semoga sihat sejahtera sikap penduduk kampung yang mudah bergaul bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka membeli cenderamata

baik hati

menghargai

mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga

Nilai-nilai dan huraian 1. Prihatin terhadap rakan dan mendoakannya semoga sihat sejahtera. 2. Peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar mereka selesa datang ke tempat kita seolah-olah berada di kampung sendiri. 3 Bersyukur kerana berpeluang mengunjungi bandar Melaka.

4. Baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita.
5. Menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan kepada kita semasa kita berkunjung ke rumahnya.

JAWAPAN CONTOH Menggunakan kata ganti nama kita Berdasarkan petikan, terdapat empat nilai murni yang boleh dicontohi. Antaranya kita patutlah prihatin terhadap rakan kita dan mendoakannya semoga sihat sejahtera. Selain itu kita haruslah peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar orang yang datang ke tempat kita rasa selesa dan berasa seolah-olah berada di kampung mereka sendiri. Seterusnya kita haruslah bersyukur kerana berpeluang berkunjung ke negeri Melaka untuk menambahkan pengetahuan.Di samping itu, kita mestilah baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita. Akhir sekali kita disarankan agar menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan sepanjang kita berkunjung ke rumahnya.

Jawapan contoh menggunakan watak

Alvin seorang yang prihatin. Dia mendoakan rakannya agar sihat sejahtera. Penduduk kampung Ramli peramah. Mereka mambuatkan Alvin berasa seperti berada di kampung sendiri. Alvin juga baik hati. Dia membelikan cenderahati untuk rakanrakannya. Alvin juga menghargai jasa Ramli sekeluarga kerana telah memberi layanan yang baik ketika dia berkunjung ke rumah sahabatnya.

Gunakan penanda wacana dan kata penegas.


Berdasarkan petikan, terdapat lima nilai yang boleh dicontohi.Antara kita patutlah (nilai).(huraian) Selain itu kita haruslah (nilai)(huraian) Seterusnya kita sewajarnya (nilai)(huraian) Di samping itu kita mestilah(nilai).. (huraian) Akhir sekali kita disarankan agar (nilai)..(huraian)

Sekian. Sekian. Terima kasih.. Terima kasih..

Anishah Salman