Anda di halaman 1dari 34

PRINSIP RETORIK TEKSTUAL

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Retorik berasal daripada perkataan Yunani 'rethor' yang bermaksud pidato. Ia merujuk kepada seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang. Seni ini digunakan terutamanya di dalam karya prosa seperti jenis-jenis teks pidato.

Selain itu, retorik turut merangkumi seni memilih perkataan, memilih susunan ayat dan menggunakan bunga-bunga bahasa.

SAMBUNGAN

Tokoh-tokoh retorik klasik yang terkenal ialah Plato dan Aristotle. Aristotle mendefinisikan retorik sebagai kebolehan mengenal pasti dan memperhatikan dalam suatu situasi yang memberi penekanan dan pemujukan.

Dalam konteks moden, retorik ialah seni penggunaan bahasa persuratan mahupun lisan yang membabitkan penyampaian fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan yang tersusun baik.

Kemampuan dan kemahiran bahasa inilah yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan gagasan idea, menerusi nahu dan gaya yang sesuai bagi mempengaruhi sikap dan perasaan orang.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 mendefinisikan retorik sebagai (1) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan; (2) seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar,

suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato; (3) bahasa yang dibuat-buat atau di besarbesarkan, bahasa retorik.

Asmah (2007:163) mendefinisikan retorik sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa. Leech (1993) mengatakan retorik adalah kajian tentang penggunaan bahasa yang berkesan dalam komunikasi.

Sehubungan dengan itu, retorik perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahasa dengan cara yang sebaik-baiknya, demi mencapai tujuannya dalam berbahasa. Terdapat dua aspek penting yang perlu diketahui mengenai retorik, iaitu pertama, pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik.

CIRI-CIRI UMUM RETORIK


1. Ia mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik. 2. Ia perlu ada kekemasan dan susunan wacana.

Untuk menghasilkan suatu retorik sebagai penulisan yang berkesan, ia seharusnya membabitkan salah satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan penceritaan. Menurut Umar Junus (1989), penggunaan retorik sebagai estetika yang saling berhubungan dengan keindahan.

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Melalui novel yang dikaji, dilihat penulis menerapkan kepelbagaian retorik dalam penulisannya.

Lakuan Lisan (Retorik Interpersonal) Retorik mengikut kamus dewan (1994: 1135), kajian tentang pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan, seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Kamus dewan (1994: 496) menyatakan, interpersonal adalah berkenaan hubungan sesama manusia.

Tujuan retorik interpersonal ini adalah untuk mempengaruhi pendengar yang berkait rapat dengan bidang pragmatik iaitu sesuatu ujaran haruslah mengambil kira konteks sosial.

KONTEKS MAKNA DALAM RETORIK INTERPERSONAL

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting menurut Zulkifle Abd. Ghani (2003: 3). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketikanya kita merasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran kerana kurangnya maklumat kontekstual.

Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran kita.

Contohnya dalam ujaran, Kamal! Kambing!, maknanya yang hendak disampaikan adalah Kamal, tolong halau kambing-kambing itu yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah atau tempat, bergantung kepada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidaktelapan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu-satu ujaran.

Contohnya, untuk membezakan golongan kata dalam menentukan makna seperti dalam kata bilas (basuh/cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif, konteks ujaran amat perlu. Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim.

MAKNA DALAM KONTEKS


Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan ruang lingkup peristiwa. Contoh : i) Rambut di kepalanya sudah putih ii) Sultan ialah kepala negeri

HUBUNGAN MAKNA DENGAN RETORIK KEBUDAYAAN


Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Contoh : Aku : Digunakan dalam hubungan yang rapat untuk menimbulkan kemesraan. Saya : Digunakan dalam hubungan biasa. Patik : Digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja.

KONSEP IMPLIKATUR (RETORIK INTERPERSONAL)

Istilah implikatur menjadi popular setelah diperkenalkan oleh Grice dan menurut beliau penutur bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kehadiran implikatur perbualan mesti disedari oleh pendengar dan mudah pula bagi pendengar menginterpretasikannya.

Sementara itu Carston (1988) pula berpendapat, implikatur ialah mengenai mesej yang tersirat yang cuba disampaikan dengan ujaran yang tersurat. Implikatur melibatkan apa-apa yang diujarkan secara eksplisit dan juga apa-apa yang dilahirkan secara implisit.

Sebenarnya dalam retorik interpersonal (penglibatan komunikasi antara manusia), tanggungjawab penutur lebih berat jika dibandingkan dengan tanggungjawab pendengar sendiri. Sebagai penutur, seseorang itu perlu memastikan ujaran nya selari dengan konteks pendengar. Konteks boleh menjadi satu pengalaman yang begitu luas .

TINDAK BALAS ASERTIF DALAM RETORIK INTERPERSONAL

Menurut Zulkifli Yusof (2000: 23), kenyataankenyataan yang asertif hendaklah disebut dengan nada suara yang betul. Suara anda hendaklah bersahaja, tegas tetapi ramah. Jika tidak, nada kita dianggap sebagai agresif. Anda juga boleh melembutkan nada suara, tetapi masih dianggap asertif.

CONTOH
Saya kurang pasti mengenai keputusan anda. Boleh kita bincang semula? untuk menyatakan kenyataan yang berunsur asertif, tiga panduan berikut perlulah dipatuhi : a) Tunjukkan kepada orang lain bahawa anda memahami sesuatu perkara mengikut sudut pandangan mereka. Jangan kelirukan hal ini dengan mengatakan anda bersetuju dengan mereka.

. Implikatur ini kemudiannya boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu : a) Implikatur Khusus Ada faktor istimewa yang dimiliki dalam konteks ujaran dan selalunya tidak hadir secara terang dalam ayat yang diujarkan. Contohnya : A : Nak tengok wayang? B : Ada kuliah.

b) Katakan apa yang anda fikir dan rasai secara tidak apologetik. Milikilah perasaan, pemikiran dan persepsi anda sendiri dengan menggunakan ganti nama saya semasa menyatakan sesuatu. c) Katakan apa yang anda suka. Ini akan menjelaskan lagi apakah tindakan atau hasil akhir yang anda ingini.

MENGESAN MAKNA TERSIRAT DALAM RETORIK INTERPERSONAL Apabila anda mendengar, cubalah mendengar dan memahami erti di sebalik kata-kata yang diucapkan. Apakah perasaan di sebalik kata-kata yang diucapkan. Menurut Jack G. McAauley (1988: 34), jika anda dapat mengesan perasaan di sebalik kata-kata yang diucapkan, barulah orang lain menganggap anda telah mendengarnya.

Contohnya, adalah sukar untuk mendengar pelanggan yang membuat bantahan atau sungutan secara agresif.

PRINSIP KERJASAMA
Prinsip kerjasama (cooperative principle) adalah prinsip yang terjalin antara pembicara dan penerima (pendengar atau pembaca) agar komunikasi dapat berjalan dengan baik. Ada beberapa aturan dalam prinsip ini yang harus diperhatikan oleh pembicara agar apa yang disampaikan mendapat tanggapan semestinya oleh penerima.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, retorik bermakna seni penggunaan bahasa yang indah dan menarik untuk memaklumkan, memujuk dan mempengaruhi pemikiran pembaca atau pendengar. Pemikiran khalayak pembaca atau pendengar berjaya dipujuk dan dipengaruhi apabila mereka bertindak mengikut apa-apa yang disarankan. Retorik bermula dengan seni berbicara.

Retorik juga diertikan sebagai kesenian untuk berbicara dengan lancar, jelas, singkat, padat dan mengesankan. Lancar dan jelas supaya mudah difahami, singkat dan padat supaya tidak membazirkan waktu dan seterusnya dapat memberi kesan kepada pendengar.