Anda di halaman 1dari 17

Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam

sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

Air Udara

Tanih Bunyi

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera.

Pembakaran terbuka Merokok Pembuangan udara bahaya dari kilang&kenderaan

Kerosakkan tumbuhan kekurangan sumber makanan dan ekonomi Menjejaskan kesihatan manusia Kenaikan suhu bumi

Menyebabkan jerebu

Pencemaran air, seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.

Pertanian

Perlombongan

Projek Perumahan

Pembalakan

Pembinaan Lebuh Raya

Menjejaskan kesihatan manusia/haiwan

Menyebabkan kerosakkan hidupan marin

Menjejaskan kualiti air minuman

Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuhtumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah). Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian. Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

Punca-Punca Pencemaran Bunyi Sistem Pengangkutan

Orang Bising

Pembinaan Bangunan

Kilang

Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara physiological dan psychological health. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.

mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral .

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai