Anda di halaman 1dari 23

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

4.4 Perhubungan luar Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (United Nations)

Kawasan Kajian

Soviet Union dan Amerika Syarikat

Masa Kajian

Abad ke-20

Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat :

Membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua : (i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)

SOVIET UNION

AMERIKA SYARIKAT

Pendahuluan
Pada Ogos 1941, Franklin Roosevelt dan Winston Churchill telah buat perisytiharan yang dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selepas itu, beberapa siri pertemuan telah diadakan oleh Britain, Amerika Syarikat, Soviet Union dan China. Pada 24 Oktober 1945, lahirlah PBB. 51 buah negara telah tandatangani perisytiharan PBB di San Francisco.

Kerjasama Amerika Syarikat dengan Soviet Union melalui PBB

1. Bertanggungjawab membentuk PBB

AS dan SU bertanggungjawab bentuk PBB. Kedua-duanya terlibat secara langsung dalam beberapa siri persidangan seperti Persidangan Dumbartons Oaks dan Persidangan di San Francisco yang akhirnya membawa kepada penubuhan PBB secara rasmi pada 1945.

2. Sumbangan kewangan

Dari segi sumbangan kewangan kepada PBB, AS dan SU mendahului dari segi jumlah yang disumbangkan setiap tahun. AS sumbangkan 25% daripada jumlah perbelanjaan PBB. SU sumbang sebanyak 10.54 %. Berdasarkan sumbangan tersebut, jelas AS dan SU begitu komited kepada pertubuhan yang dianggotai hampir semua negara di dunia ini.

3. Peranan penting dalam bidang ekonomi

AS mainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Pada 1944, Amerika Syarikat menjadi tuan rumah Bretton Woods Conference. Melalui persidangan ini, 2 institusi kewangan dibentuk iaitu : a) International Monetary Fund (IMF) b) International Bank for Reconstruction and Development (IBRD).

IBRD yang dikenali juga sebagai Bank Dunia banyak bantu negara anggota bangunkan prasarana di negara mereka. AS juga biayai 40 % program yang menjadi beban kepada PBB seperti program yang dilaksanakan di bawah Special UN Fun For Economic Development (SUNFED) dan UN Conference on Trade and Development (UNCTAD).

4. Persepsi Soviet Union terhadap PBB sebagai alat AS

SU lihat PBB sebagai alat yang digunakan oleh pihak Barat khususnya AS untuk lemahkan pengaruh SU dan kukuhkan kapitalisme Barat. SU sedar bahawa Amerika Syarikat ada pengaruh yang besar ke atas PBB. Selain sekutu rapat, iaitu Britain dan Perancis dalam Majlis Keselamatan, AS juga ada negara anggota PBB yang lebih menyebelahinya daripada sokong SU.

Secara umumnya, SU anggap sistem antarabangsa dikaitkan dengan teori imperialisme. Golongan kapitalis dalam usaha kaut keuntungan berlipat ganda mencari bahan mentah, mencari pasaran, dan membuat pelaburan yang kesemuanya akan bolehkan mereka kuasai negara-negara miskin dan kecil.

5. Keseimbangan kuasa

Persaingan sengit AS dengan SU khususnya dalam aspek perlumbaan senjata ketara khususnya dalam era Perang Dingin. Tetapi perlumbaan senjata tersebut bawa kepada keseimbangan kuasa yang menyebabkan peperangan antara dua pihak tidak meletus.

Anda mungkin juga menyukai