Anda di halaman 1dari 21

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK KAJIAN


DISEDIAKAN OLEH: NURAINI NASIR & HANIS ATHIRAH RUSLI

Apakah itu Penyelidikan?


Suatu percubaan sistematik untuk memberi jawapan kepada masalah dan persoalan ke arah menghasilkan ilmu baru dengan menggunakan pendekatan saintifik. Pendekatan saintifik berasaskan data empirikal yang diperolehi melalui cara terkawal dan sistematik ke atas realiti.

Konsep Kajian
kajian boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kajian menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru

Ciri-ciri Kajian
Dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik

Langkah-langkah logikal
Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu. Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. Membuat kesimpulan dan generalisasi.

Mematuhi kaedah saintifik


mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum. Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus

Jenis-Jenis Kajian
Kajian Tinjauan (Survey research) Kajian Kes Kajian Reka bentuk Eksperimen Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment) Kajian Ex-pos Facto (After the fact) Kajian Tindakan

Kajian Kes
merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang suatu detik pada waktu tertentu. suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan bagaimana atau ` mengapa tentang sesuatu fenomena

Kajian Tindakan
suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu

Kesahan
berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat:
Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity. Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity

Kebolehpercayaan
merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan claim yang dibuat. Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.

Tujuan Kajian
Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction) Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program Memberi penjelasan Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena Membantu menyelesaikan masalah

Pendekatan Kajian Pendidikan


kajian kuantitatif
kajian di mana data yang dikumpul berbentuk nombornombor / ANGKA memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah

kajian kualitatif
datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan

Proses Kajian
5 langkah asas

Mengenal pasti focus/isu/masalah Merancang strategi kajian Melaksanakan strategi Mengumpul dan Analisis data Membuat kesimpulan / generalisasi (Mereflek)

Proses Kajian
Pernyataan Masalah kajian Hipotesis atau Persoalan kajian

Definisi Istilah Instrumentasi

Sampel Prosedur/ Rekabentuk

Tinjauan Bacaan

Analisis Data

Laporan

Mengenal pasti focus/isu/masalah


Proses
Pernyataan masalah kajian Persoalan kajian /hipotesis Definisi istilah Tinjauan literatur Kerangka konsep kajian

Catatan
Bacaan awal dan tinjauan awal yang luas perlu dilakukan untuk memahami isu /focus/masalah yang ingin dikaji atau difahami. Perbincangan dan pemikiran perlu fokus, khusus dan perinci atau didefinisikan sendiri Pembinaan kerangka konsep menentukan skop kajian dan akan memudahkan perbincangan kelak.

Merancang strategi kajian


Proses
Metodologi kajian -rekabentuk kajian -persampelan -instrumentasi -prosedur kajian -kaedah analisis data (Langkah 1 & 2 terkandung dalam kertas cadangan kajian)

Catatan
Komponen perancangan adalah standard dan boleh berubah mengikut jenis kajian atau rekabentuk yang dibina. Rekabentuk kajian harus berpotensi menjawab semua persoalan dan hipotesis kajian dengan menyakinkan.

Melaksanakan strategi
Proses
Melaksanakan kerja lapang mengikut rancangan sambil mengumpul data

Catatan
Prosedur kajian mungkin perlu diubahsuai mengikut reality dan keadaan kerja lapang Pengumpulan data harus mengikut prosedur yang tepat dan sah

Mengumpul dan Analisis data


Proses Data dikumpul, disusun dan dianalisis mengikut kaedah analisis yang sesuai Catatan Pengumpulan dan penyusunan sebaikbaiknya setelah dikumpul semasa kerja lapang. Data dianalisis mengikut kaedah yang dikenal pasti. Membuat intepretasi.

Membuat kesimpulan / generalisasi (Mereflek)


Proses Catatan

Membuat taksiran dan Kesimpulan harus kesimpulan berdasarkan dapatan Menjawab soalan kajian kajian sahaja Membincangkan implikasi dapatan kajian Mencadangkan tindakan atau kajian lanjutan

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai