Anda di halaman 1dari 17

Kepelbagaian Sumber Bumi 1. Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang didiami oleh hidupan.

2. Sumber paling penting di bumi adalah: a)Air b)udara c)tanah d)mineral e)bahan api fosil f) hidupan

Sumber hidup Hidupan

Sumber bukan hidup Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil

3. Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup di bumi.

Air
1. Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. 2. Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration). 3. Fungsi utama air:
a) Habitat b) Kesan keapungan kepada hidupan air

Udara
1. Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil atmosfera (atmosphere). 2. Udara mengandungi gas penting seperti: a) nitrogen b) Oksigen c) Karbon dioksida d) Gas nadir e) Wap air 3. Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).

Tanah dan Mineral


1. Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust). 2. Tanah terdiri daripada campuran pasir, lumpur, mineral, udara, air, humus dan mikroorganisma. 3. Mineral boleh dicari gali dan diekstrak untuk memperoleh bahan seperti besi, timah, kuprum, aluminium, emas, perak, sulfur, silikon

Bahan api fosil


1. Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak), gas asli dan arang batu. 2. Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang. 3. Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk menghasilkan elektrik. 4. Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk memanas, memasak, atau sebagai bahan api kenderaan.

Benda-benda hidup
1. Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan dan tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia untuk mendapatkan makanan, bahan pakaian dan bangunan, dan bahan api. 2. Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan makanan laut dan sayur-sayuran dan buah-buahan. 3. Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit haiwan (seperti biri-biri, ulat sutera, dan buaya) dan tumbuhan (seperti kapas, pokok getah). 4. Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan, casuarina, nibung, dll. 5. Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan pokok getah.