Anda di halaman 1dari 27

STW213: PRAKTIS KERJA SOSIAL (INDIVIDU DAN KELUARGA)

Teori Maslow , Teori Psikoanalitik, Teori Peranan & Dinamik Kekeluargaan


ZULKIPLI BIN HASHIM (107108)

SITUASI YANG BERLAKU

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu Seks.
Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera. Trend menggemparkan itu diakui (Shana dan Yanti, 16 bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga. Menurut Shana, Ratu Seks adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi. Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh. Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi, katanya kepada Metro Ahad.

GAMBARAN MENYELURUH (OVERVIEW)

Remaja perempuan,16thn mengadaikan maruah diri dengan meniduri ramai lelaki hanya untuk mendapat Gelaran Ratu X (Seks).

Apakah Perkaitan permasalahan ini dengan Teori Praktis kerja sosial dengan individu dan keluarga.

Soalan 1

Apakah perkaitan Permasalahan ini dengan Teori Praktis Kerja Sosial dengan Individu dan Keluarga?

Teori Maslow (Abraham Maslow 1908 - 1970)

Teori Maslow
Keperluan asas merangkumi apa yang diperlukan untuk diri dan fizikal seseorang. Keperluan asas utama ialah makanan, tempat tinggal dan seks. Dalam kes di atas, yanti sudah memiliki kesemua keperluan asas tetapi kehendak yang tinggi terhadap keperluan seks nya menyebabkan dia sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki

Keperluan Asas

Keperluan Keselamatan

Telah menjadi lumrah aspek keselamatan adalah penting dalam kehidupan. Tetapi , yanti mungkin merasa kurang selamat bersama keluarga di rumah dan guru-guru di sekolah. Hal demikian kerana, Yanti lebih selamat bersama rakan-rakannya di pusat membeli belah.

Keperluan sosial

Keperluan sosial dapatlah dikaitkan dengan keperluan seseorang untuk mendapatkan kasih sayang, hubungan yang mesra dan perasaan diri. Yanti kemungkinan kurang mendapat kasih sayang di rumah kerana kurangnya pemantauan oleh ibu bapa selepas persekolahan dan emosi dirinya di sekolah mungkin kurang selesa khususnya proses pembelajaran mereka.

Keyakinan diri

Keyakinan diri berkait rapat dengan Penerimaan dari keluarga, ibu bapa dan rakan sebaya. Keyakinan diri yanti lebih kepada bersama dengan rakan sebayanya berbanding dengan keluarganya sendiri. Contoh yanti sanggup memperdayakan ibu bapanya keluar rumah dengan alasan menyertai kokurikulum sekolah.

Kesempurnaan Kendiri

Kesempurnaan Kendiri itu merupakan tahap di mana seseorang itu mempunyai kefahaman atau pengertian yang mendalam terhadap dirinya. Dalam kes ini, Kesempurnaan kendiri Yanti kurang kerana yanti tidak selesa lagi bersama keluarganya. Bagi Yanti kesempurnaan dirinya tercapai apabila dia layak di gelar Ratu X (Seks).

take
5s

SELEPAS INI< Teori Psikoanalitik.

Teori Psikoanalitik (Sigmund Freud)

Teori Psikoanalitik

ID EGO SUPEREGO

ID
Id merujuk kepada bahagian personaliti yang tidak rasional yang berobjektifkan kepuasan naluri individu. Id lebih senang di definisikan sebagai sesuatu yang tidak rasional tidak matang, desakan ,keseronokan yang melampau dan bawah sedar. Dalam situasi ini, Yanti terdorong oleh kepuasan yang melampau apabila id cuba untuk memuaskan nafsunya dengan mengadakan hubungan seks dengan ramai lelaki pilihan.

Id juga mendorong Yanti untuk memiliki kepuasan apabila dia mendapat gelaran Ratu X.

EGO
Ego merupakan komponen personaliti yang lebih bersikap rasional di mana individu akan mencuba untuk utamakan realiti. Individu itu juga akan mencuba sedaya upaya mencari jalan yang lebih realistik untuk memuaskan kehendak naluri. Contohnya , Yanti keluar rumah seminggu dengan alasan bahawa dia mahu pergi aktiviti kokurikulum. Hal ini menunjukkan faktor pendorong Id kuat untuk melakukan Seks tetapi Ego berupaya membantu Yanti dari melakukan seks setiap hari.

SUPEREGO
Superego lebih bersikap rational.
Superego merupakan norma-norma moral yang telah dikuasai oleh seseorang individu. Superego juga merupakan panduan pemikiran yang logik, waras, dan tahap kesedaran yang tinggi. Dalam kes ini, walaupun Yanti Ketagihkan gelaran Ratu X sekali gus Ketagihkan Seks, Superego Yanti menguasai dirinya apabila dia berani untuk menceritakan terhadap pengalaman dan kisah hidupnya kepada umum.(metro)

take
5s

SELEPAS INI< Teori PEranan

Teori Peranan
Peranan merujuk kepada ciri-ciri tingkahlaku yang dimainkan oleh individu dalam satu-satu polisi sosial. Peranan juga ialah satu corak tindakan yang dipelajari dan dilakukan oleh individu dalam situasi interaksi tertentu. Peranan tidak wujud sendiri tetapi terbentuk dalam timbal-balas dengan individu tertentu.

KONSEP ASAS PERANAN


Role Partner
Peranan interaktif antara satu pihak dengan pihak yang lain

Yanti mungkin menganggap peranan yang dimainkan oleh ibu bapanya kurang yang menyebabkan dia cuba menipu.

Role Set
Satu-satu peranan yang spesifik yang dimainkan oleh satu-satu individu Pihak sekolah mestilah memaklumkan kepada pihak ibu bapa mengenai aktiviti luar pelajar melalui surat rasmi.

Role Expectation
Merujuk kepada ekspektasi peranan yang perlu dijalankan oleh seseorang individu seperti yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa Yanti adalah untuk memantau apa aktiviti Yanti lakukan pada hujung Minggu.

Role Complementarity
Berlaku apabila tingkahlaku peranan dan ekspektasi peranan mencapai tahap keharmonian Yanti peranannya adalah seorang pelajar, Yanti sepatutnya menggunakan masa hujung minggu dengan menimba ilmu pelajaran, membuat kerja sekolah dan lain-lain

Konflik Berkaitan Peranan.


Konflik pelbagai peranan(interrole) Konflik peranan intrarole

Merujuk kepada ekspeksi peranan yang ditanggung oleh individu yang mempunyai pelbagai peranan.

Berlaku apabila ekspektasi untuk satu-satu peranan tidak selari

Ibu bapa Yanti berperanan sebagai ibu, pekerja, isteri dan penjaga.

Seorang ibu akan mengalami Konflik apabila banyak peranan yang di pegang sehinggakan dia mengabaikan sesuatu yang di anggap penting (Yanti)

Peranan yang tidak jelas( Role ambiguity)

Peranan yang Melampau(Role Overload)

Konflik terhasil apabila individu gagal mengenal pasti peranan yang harus dimainkan

Konflik berlaku apabila seseorang individu berhadapan dengan pelbagai konflik yang kompleks

Yanti gagal mengenal pasti peranannya sebagai seorang Pelajar.

Peranan yang melampau seperti Yanti menganggap apabila dia di gelar Ratu X, dia akan lebih mendapat perhatian daripada kawan sebayanya sehingga dia sanggup mengadaikan maruahnya kepada seramai lelaki yang mungkin.

Dinamik Kekeluargaan
Keluarga merupakan unit asas kepada kehidupan manusia dan individu. Melalui institusi kekeluargaan, individu dapat disosialisasikan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Peranan kekeluargaan ini adalah asas sama dalam semua budaya.

Fungsi Keluarga
Meningkat populasi
Setiap masyarakat perlu mempunyai sistem untuk menghasilkan individuindividu baru/generasi baru Dalam situasi ini, Yanti dan beberapa kawannya cuba untuk memperluaskan kegiatan mereka dengan ganjaran Ratu X.

Memberi penjagaan
Memberi penjagaan terutama kanak-kanak yang masih kecil sehingga mencapai akil baligh

Sebagai contoh, Yanti mungkin kurang penjagaan ketika dia masih kecil.

Memberi keselamatan
Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk ahli-ahli keluarga.

Sumber kasih sayang


Memupuk perasaan kasih sayang untuk anak-anak, memenuhi keperluan ahli keluarga, memberi sokongan emosi, fizikal dan mental Yanti mungkin telah mendapat segala keperluan tetapi dari segi kasih sayang mungkin yanti memerlukan lagi.

Yanti mungkin merasakan kurang selesa berada di rumahnya.

Sistem Keluarga
Struktur Kuasa Keluarga -setiap keluarga memegang kuasa tertentu.

Peranan Keluarga -Setiap ahli keluarga perlu memberikan kebaikan atau manfaat dari semua ahli keluarga.

Sistem Keluarga

Proses membuat keputusan. - Proses membuat keputusan dalam sistem keluarga melalui cara berkhemah atau paksaan.

Norma-norma kekeluargaan - Menetapkan aturan peraturan yang baik dalam sistem keluarga.

Keluarga dan Kerja sosial


Profesion kerja sosial ternyata memberi penumpuan utama kepada keluarga sebagai unit asas dan fokus intervensi. Penekanan profesion kerja sosial tertumpu pada keluarga dalam persekitaran. Permasalahan yang sering timbul kepada keluarga banyak melibatkan kelemahan faktor seperti komunikasi, kuasa, simptom-simptom tertentu dak faktor turun-temurun.

Intervensi Krisis.
Krisis bermaksud terdapat gangguan pada tahap homeostasis. Krisis sering dikaitkan dengan tekanan, situasi bahaya, proses membuat keputusan, keadaan yang mendatangkan bahaya dan peluang. Dalam situasi Yanti, berasa gagal menghadapi satu situasi kerana tidak bersedia atau tidak menjangka. Mungkin pada mulanya, Yanti hanya berseronok-seronok merebut gelaran Ratu seks itu dan apabila dia selalu melakukan nya. Dia akan ketagih dan Krisis berlaku.

Kesimpulannya
Masalah sosial sememangnya sukar dibendung, Gejala sosial seperti Menggelarkan diri sebagai Ratu Seks merupakan satu masalah yang harus dibendung segera supaya masalah ini tidak merebak kepada masyarakat lain khususnya Remaja. Teori Maslow, Teori Psikoanalitik , dan Teori Peranan perlu diketahui dan di praktis kan dalam kehidupan secara lebih mendalam supaya masalah ini dapat diatasi.

TERIMA KASIH