Anda di halaman 1dari 58

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA (TITAS SSX0012)

ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN Dr Haji Zulmahari Bin Haji Marawi @ Merawi

Pengenalan Dunia Berbilang Tamadun Teori Pertembungan Tamadun Cabaran Peradaban Abad ke-21 Dialog Peradaban di Malaysia

Perkembangan Dialog Peradaban


Isu-isu Semasa Dialog Peradaban Persepsi Jihad Kesan Perkembangan Kontemporari kepada Masyarakat dan Negara

Menjelaskan secara tepat tentang konsepkonsep Islam yang selalu dikelirukan oleh media Barat. Mendedahkan kesan perkembangan semasa dunia kepada masyarakat Malaysia. Menejelaskan cabaran daripada tamadun Barat dari segi politik, ekonomi & budaya; Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog antara tamadun. Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun harus dijalankan.

Bab ini membincangkan cabaran semasa peradaban di abad ke-21 dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam seperti media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. Bab ini juga menekankan kepentingan dialog peradaban dan langkah-langkah ke arah perkembangannya sebagai salah satu cara penyelesaian kepada beberapa isu-isu semasa dialog peradaban di Malaysia. Akhir bab ini menghuraikan berkenaan persepsi jihad, kepentingan dan kesan pengabaiannya dalam Islam yang sering disalahertikan oleh dunia hari ini dengan menjelaskan tentang pandangan dunia yang salah terhadap jihad.

Pendedahan kepada pelbagai tamadun; sepatutnya memberi pengetahuan yang berguna kepada kita semua untuk meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun perlu terus diperkukuhkan; a sepatutnya memperkayakan pemkiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain, dan seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti dengan rasa muhibah; dan memungkinkan kita membuat penilaian yang lebih tepat dan seterusnya mengakui wujudkan perbezaan ketara antara tamadun, yang tidak bermakna dialog tidak dapat dilakukan khususnya tentang perkara-perkara yang disepakati bersama.

Semua tamadun mengajar kita tentang moral dan kemanusiaan, dan menyedarkan kita tentang keperluan memelihara alam dari bencana akibat perbuatan manusia.

Pengajaran untuk Dunia Barat daripada Tamadun Islam dan Tamadun Asia Masyarakat Timur memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama dengan tamadun-tamadun lain dan telah menjalani hidup secara harmoni dengan bertunjangkan nilai toleransi dan persefahaman. Nilai ini merupakan sumbangan besar tamadun Timur kepada tamadun Barat khasnya dan tamadun manusia amnya, dan seharusnya disedari dan diikuti oleh tamadun Barat yang selama ini bersikap mendominasi.

Samuel P. Huntington telah mengemukakan teori The Clash of Civilizations , dan menjangkakan akan berlakunya petembungan antara tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat. Teori ini telah mengundang pelbagai reaksi, sama ada dalam kalangan masyarakat Islam mahupun dalam kalangan masyarakat Barat sendiri.

Secara am, teori Huntington berdasarkan tiga andaian utama; 1. selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik, dan ekonomi tetapi budaya, 2. tamadun merupakan entiti budaya terbesar, juteru itu, konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun, dan 3. teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.

Menurut Hunting, kewujudan kepelbagaian tamadun menyebabkan pertembungan tidak dapat dielakkan. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamaduntamadun lain terutama tamadun Islam, dan pertanda awal ialah peristiwa Perang Teluk pada tahun 1990. Teori Hunting sangat penting dari segi percambahan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains politik. Walaupun terdapat pelbagai kritikan akademik terhadap teori ini, konflik antara dunia Islam dengan pelancaran Perang Tehadap Keganasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seolah-olah membenarkan gagasan Hunting (ramalan bahawa pertembungan tamadun akan berlaku).

Dampak Peristiwa 11 September Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dengan dunia Barat. Sebelum peristiwa ini, beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku; World Trade center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef pada tahun 1993,

19 tentera Amerika Syarikat telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahram, Arab Saudi pada tahun 1966, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salam dan Nairobi telah dibom pada tahun 1998 menyebabkan 250 terkorban, dan kapal USS Cole telah diserang di Yamen pada tahun 2000 menyebabkan kematian 17 orang dan 38 cedera.

Peristiwa-peristiwa ini dikaitkan dengan pengganas muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Kecurigaan dunia Barat sudah pasti semakin memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001. Pada umumnya, peristiwa 11 September ini telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam (menjadi semakin tidak menentu). Perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti yang digambarkan oleh media Barat adalah pandangan prejudis yand tidak berasas.

MEDIA

SOSIAL
HEGEMONI

CABARAN
GLOBALISASI

KEPELBAGAIAN CABARAN

POLITIK ISU
SOSIAL

HAK ASASI

PENGARUH

POLITIK

EKONOMI

EKONOMI

HEGEMONI

Berasal daripada perkataan: Hegemony (English) Hegemonia (Latin) Kamus Dewan: Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satusatu negara/kumpulan dan sebagainya ke atas negara/kumpulan yang lain.

GLOBALISASI

Penguasaan, pemaksaan, penyebaran, penerapan nilai-nilai budaya, ekonomi dan sistem politik masyarakat dunia oleh negara maju (Barat). Globalisasi menjadi medan negara atau kuasa besar memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. Kamus Dewan: Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Secara umum globalisasi boleh ditakrifkan sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebagai sebuah pekampungan yang kecil. Proses ini meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Secara komprehensif, globalisasi didefinisikan sebagai himpunan pengaliran global berbagaibagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia.

KEPELBAGAIAN CABARAN HEGEMONI & GLOBALISASI

Terdapat pelbagai cabararan hegemoni dan globalisasi, antaranya ialah: Dampak Budaya Kebendaan Barat; Dominasi Politik; Dominasi Ekonomi; Dominasi Media; Dominasi Budaya; dan Hak Asasi

Dampak Budaya Kebendaan Barat Dampak atau pengaruh kuat dunia Barat moden terhadap masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang Islam atau seseorang Asia khasnya, dan jati diri tamadun dan budaya Islam dan Asia amnya. Pada hari ini, sebuah dunia Barat yang besar, seolah-olah kelihatan bersifat hegemoni (pengaruh dan dominasi sesebuah negara ke atas negara-negara lain dari segi politik,ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan seumpamanya), yang hanya memperlihatkan identiti tamadun Barat.

Dampak dunia Barat ini ke atas seluruh bangsa dunia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budaya masyarakat Islam dan Asia. Selain itu, ia telah menyebabkan masyarakat Islam dan Asia mengalami perasaan rendah diri, dan meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri. Di samping itu, tamadun Barat juga telah dijadikan piawai untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara pada masa kini walaupun negara mereka telah merdeka.

Dominasi Politik
Blok Barat menguasai kuasa politik dan berjaya menguasai agensi-agensi penting seperti PBB, IMF, Bank Dunia dll. Dalam banyak keadaan, negara yang merdeka masih lagi terikat dengan telunjuk Barat dalam membuat keputusan politik terutama sekali di peringkat antarabangsa. Jelasnya, politik antarabangsa hari ini didominasi hampir sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar yang secara tidak lansung menggambarkan dominasi dunia Barat. Struktur Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua, dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah mengalahkan Jepun dan Jerman, memperoleh kuasa veto, manakala Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis dan China mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB.

Dominasi Ekonomi

Semasa zaman penjajahan, penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah. Keadaan ini hampir sama berlaku pada hari ini di mana syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan negara-negara Eropah yang lain telah menguasai perdagangan antarabangsa. Selain itu, sistem kewangan antarabangsa juga dikawal oleh sejumlah kecil syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang mata wang dan juga pegurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa. Dengan cara ini, dunia Barat, dengan secrara tidak langsung meneruskan dominasinya ke atas bangsa lain.

Pola dominasi ini disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetory Fund (IMF), Bank Dunia, World Trade Organisation (WTO) dan kumpulan G8 (kumpulan yang dianggotai lapan buah negara; Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Rusia dan United Kingdom) Fenomena ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang kenali sebagai economic globalisation. Negara-negara kecil bergantung kepada kuasa besar dunia. Negara-negara miskin dan membangun mengamalkan dasar ekonomi liberal dengan membuka ruang syarikat gergasi Barat menguasai ekonomi mereka.

Dominasi Sosial Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas daripada pegangan agama seperti hedonistic, pornografi dan kebebasan tanpa batas. Budaya hidup Barat ditonjolkan melalui budaya pengguna dijelmakan melalui 3F (Food, Fashion, Fun) .

Dominasi Media Barat menentukan polisi pemberitaan Dunia Barat melalui bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasikan penyebaran berita antarabangsa. Media cetak dan elektronik misalnya, adalah dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi yang berpusat di Barat seperti CNN, BBc, Bloomberg, Reuters, UPI, AP dan lain-lain.

Terdapat agensi berita antarabangsa dari Amerika Syarikat yang menentukan bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Semua berita yang disebarkan adalah berdasarkan: Persepsi Barat Kehendak & kepentingan Barat Saluran berita barat Selain itu, berlaku juga sesuatu peritiwa di luar dunia Barat, dipesong dan ditafsirkan oleh agensi berita Barat bagi maksud tertentu .

Dominasi Budaya Dalam tiga dekad kebelakngan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Antara pengaruhnya yang paling berkesan ialah dalam bidang hiburan. Gaya hidup Barat yang berteraskan hedonisme melalui filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik telah tersebar luas ke seluruh dunia. Syarikat-syarikat multinasional Barat juga menjadi permain utama dalam mengekspot budaya mereka melalui produkproduk perniagaan mereka.

Hak Asasi Berlaku pencerobohan hak:

Hak mentadbir negara diceroboh oleh kuasa besar seperti pencerobohan hak di Palestin,Iraq, Afghanistan dll Menurut Islam, hak adalah sesuatu yang benar dan bersesuaian dengan fitrah kejadian serta matlamat penciptaan manusia

Budaya hidup Islam dikesampingkan

Sistem masyarakat terjejas pemilihan model masyarakat berubah

Institusi keluarga terjejas

Hilang jati diri muslim dan Melayu

Perubahan nilai dalam masyarakat

Nilai-nilai hedonisme mempengaruhi golongan remaja dan mencemar budaya Timur

KESAN SOSIAL & BUDAYA

Kemungkaran berleluasa

Dialog Peradaban sebagai Makanisme Mengahdapi Cabaran Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Peradaban (Tamadun). Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan dalam hubungan antara tamadun di dunia hari ini. Selain itu, wujud juga salah faham dan prejudis dalam hubungan antara tamadun di peringkat antarabangsa.

Di peringkat dalam negara, walaupun hubungan antara kaum berdasarkan pelbagai tamadun Melayu/islam, India dan Cina adalah agak baik, usaha ke arah menjalinkan persefahaman antara kaum di kalangan rakyat Malaysia mesti terus dipupuk dan tidak boleh dibaikan. Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani melalui dailog, dan bukan dengan secara keganasan dan konfrontasi.

Pembinaan kesedaran bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekanakan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia adalah penting dan boleh dilakukan melalui dialog di semua tempat.

Dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun juga banyak manfaatnya khususnya dari segi menangani masalahmasalah besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS.

Dialog yang berterusan perlu diadakan ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat yang berbilang agama, etnik dan kebudayaan Oleh yang demikian dialog sama ada di peringkat antarabangsa maupun di peringkat dalam negara perlu diwujud dan diadakan.

Pemupukan Nilai-nilai Sepunya Menerusi Dialog Peradaban (Tamadun) Untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, dialog dalam semua peringkat masyarakat adalah perlu dan hendaklah diadakan. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi/universiti boleh memainkan peranan yang penting dengan memasukkan pengajian tentang tamadun Islam dan tamadun Asia dalam kurikulum sekolah dan universiti.

Dalam pertubuhan-pertubuhan belia dialog hendaklah dijadikan sebagai perkara utama. Majalah dan akhbar popular mestilah memperkenalkan ruang-ruang yang dikhaskan untuk dialog peradaban, manakala program radio dan televisyen hendaklah turut serta membicarakan tema ini. Untuk memastikan kejayaan dialog yang telah dibincangkan, dialog dalam kehidupan sebenar adalah perlu dan tidak kurang pentingnya. Justeru itu, manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain.

Mewujudkan kesedaran, kesatuan dan kejujuran bersama-sama

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing

Membina satu barisan bersama menentang dominasi Barat Mencari jalan penyelesaian bagi masalah global seperti pencemaran alam, penyalahgunaan dadah, terorisme dan AIDS Memupuk semangat perpaduan dan mengelakkan perselisihan

Pertubuhan NGO Adakan sesi dialog dalam semua peringkat Agamawan

PERKEMBANGAN DIALOG PERADABAN

Jadikan agenda & aktiviti utama


Budayawan Wujudkan subjek berkenaan dalam pengajian peradaban Ahli akademik

Dialog antara Tamadun di Malaysia Dialog antara tamadun di Malaysia melibatkan golongan etnik yang berlainan budaya, dan antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah: persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai budaya & tamadun sepunya; Rukunegara sebagai asas tamadun Malaysia; dan mengambil kira kepercayaan & amalan setiap budaya & tamadun di Malaysia.

Semangat dan amalan dialog, di peringkat global, sebenarnya telah banyak dibangkitkan. Misalnya, semasa The Islamic Symposium on Dialogue pada tahun 1999, Pertubuhan Negara-negara Islam telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini telah diterima sebagai satu resolusi semasa Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu 53/22 yang telah mengisytiharkan tahun 2001, melalui UNESCO 2001, sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia (United Nations Year of Dialogue Among Civilizations). Ia berpandukan ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama yang berkaitan dengan maruah manusia, keadilan, toleransi, meraikan kepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog ke arah kesalingfahaman berdasarkan sifat saling hormatmenghormati.

Dialog Tiga Segi: Tamadun Islam, Asia Dengan Tamadun Barat Perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: nilai-nilai sepunya; menghormati realiti dunia berbilang tamadun; saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan; memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat & Islam; dan memahami isu keganasan bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam & Asia.

Terdapat beberapa isu utama dalam dialog peradaban (tamadun), antaranya ialah; Persepsi yang salah, Interaksi antara peradaban yang terhad, Perebutan kuasa politik & ekonomi, Keganasan & ketidakadilan, Kejahilan tentang tamadun lain, dan Layanan buruk orang Barat terhadap orang Islam.

Persepsi yang Salah Hakikat sebenar ialah Islam dan umat Islam tidak memusuhi Barat. Islam menentang ketidakadilan dan penindasan Barat ke atas umat Islam.

Islam tidak pernah memperakui tindakan ganas individu Muslim ke atas mana-mana masyarakat awam bukan Islammembalas dendam terhadap kekejaman yang dideritai umat Islam.

Interaksi antara peradaban yang terhad Interaksi merupakan langkah terpenting ke arah menghilangkan salah faham dan salah tanggapan.

Dialog sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ketegangan yang wujud antara dua pihak yang berlainan budaya dan peradabanpemahaman terhadap budaya orang lain mampu menghalang seseorang terjebak dalam kancah salah faham.

Perebutan Kuasa Politik dan Ekonomi Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia Islam dangan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.

Keganasan & ketidakadilan Keganasan & ketidakadilan boleh berlaku apabila pelbagai golongan yang terlibat gagal mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan.

Kejahilan tentang tamadun lain Unsur-unsur kejahilan yang wujud dalam kalangan yang terbabit boleh mencetuskan keganasan yang dilihat sebagai permusuhan tamadun.

Layanan buruk orang Barat terhadap orang Islam Layanan buruk terhadap orang Islam di negara-negara Barat terhadap boleh mengakibatkan tindak balas yang negatif dan tidak terkawal.

BAHASA

Al-juhd: kesungguhan atau keberatan dan kesusahan

ISTILAH

Berusaha bersungguh-sungguh menegakkan kalimah Allah di muka bumi berlandaskan ketentuan syarak; atau Menggunakan segenap potensi dan keupayaan jasmani dan rohani dalam mengalahkan musuh Allah SWT.

JIHAD FISABILILLAH

Usaha dan pengorbanan yang tinggi dilakukan untuk menegakkan kalimah Allah SWT sama ada dengan harta, jiwa, pena, atau lidah.

Melalui harta

Infak ke jalan Allah

Medium jihad

Jihad melalui jiwa raga

Kemahiran diri, persenjataan dan perang di jalan Allah Kemahiran tutur bicara ke jalan Allah

Jihad melalui tutur kata

Mencari harta secara halal. Berbelanja harta ke jalan Allah SWT. Menjaga harta sebagai anugerah Allah SWT. Mengagihkan dan perkongsian harta di antara umat Islam.

SOSIAL

KESAN

EKONOMI

POLITIK

Sosial Golongan muda-mudi terpengaruh dengan budaya hidup Barat.

Ekonomi Syarikat gergasi Barat menguasai ekonomi negara lain.

Politik Sistem politik demokrasi ala Barat berjaya mengambil alih sistem politik feudal tradisional. Barat menyebarkan pengaruh melalui media massa yang dikuasai mereka. Rakyat bebas bersuara dan mengambil bahagian dalam pentadbiran.

Misalnya budaya skinhead, punk dll meresap dalam kalangan belia. Masalah sosial sukar dibendung dan melemahkan jati diri bangsa.

Memberi peluang kepada syarikat Malaysia melabur di luar negara. Manfaat kepada rakyat mendapat peluang pekerjaan.

Dunia kini sedang berhadapan dengan suatu zaman yang cukup mencabar akibat daripada pertembungan tamadun yang dibawa oleh globalisasi. Cabaran ini memerlukan kita proaktif dalam mengenengah wacana sendiri mengenai dialog tamadun. Perkembangan semasa yang berlaku merupakan sebahagian daripada proses globalisasi. Fenomena ini berlaku kepada oleh semua masyarakat di dunia.

Isu-isu yang berkaitan dengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asas kehidupan dan pandangan alam yang berlainan, dan kita tidak harus membiarkan perbezaan dan kepelbagaian menjadi faktor pertelingkahan dan peperangan. Juteru itu, ia perlu dihadapi dengan penuh hikmah.

Dialog Peradaban Sebagai Mekanisme Mengahadapi Cabaran Pengisytiharan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun Pemupukan Nilai-nilai Sepunya Menerusi Dialog Tamadun Dialog di semua peringkat masyarakat

Jalan terbaik untuk mengelak konflik adalah dengan melalui dialog dan menghormati budaya dan tamadun lain. Dialog peradaban boleh menghasilkan keuntungan kepada semua pihak dan mampu mengekalkan keamanan dunia.

1.

2.

Bincangkan kenapa dialog tamadun penting diadakan. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi daripada tamadun Barat