Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAFIZ BIN IBRAHIM@HUSAIN MOHD FIKRI BIN CHE HAMID LAWRENCIA LAJIUS
PENGENALAN
Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir.
Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.
Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu.
Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal.
Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, hingga tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
Oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya: - Di Wales dikenali sebagai banty atau bandy. - Di Perancis sebagai hoquet.
Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi hockey.
Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturanperaturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan PRINCES OF WALES pada masa itu, (bakal raja King Edward VII) dilantik sebagai presiden pertama.
Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A.
Pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.
Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada 1896, hoki telah dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954. Di Malaysia, hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula, barulah permainan tersebut mula dimainkan.
Pada tahun 1948 pula, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan. Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan hoki di peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di mana ketika itu Malaysia menduduki tempat ke- 4 dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. ( Kuala Lumpur Tuan Rumah )
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF(1957) dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri-negeri.
Piala ini dinamakan Piala Razak, sempena dengan nama beliau. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
PADANG PERMAINAN
PERTUKARAN PEMAIN
Tiada had pertukaran bagi sesebuah pasukan semasa perlawanan berlangsung. Setiap pertukaran mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas. Pertukaran hanya dibenarkan apabila pemain yang ditukarkan meninggalkan kawasan padang. Bagi pemain yang cedera didalam padang, pertukaran boleh dilakukan secara terus tanpa menunggu pemain tersebut dikeluarkan ataupun memasuki kembali ke padang. Masa akan diberhentikan jika penjaga gol digantikan dan semasa penjaga gol membetulkan peralatan pakaiannya.
PERTUKARAN PEMAIN
PEMAIN
Sebuah pasukan mestilah memakai pakaian/ jersi yang seragam ( warna ). Pemain tidak dibenarkan memakai sebarang benda yang boleh membahayakan pihak lawan.
Pemain dibenarkan menggunakan sarung tangan ( gloves ), asalkan tidak mempengahruhi kepada saiz genggaman tangan pada kayu hoki.
Pemain Diwajibkan memakai alat pelindung tulang kering ( shin guard ), pelindung mulut dan pelindung kaki ( ankle guard ).
PERMULAAN PERLAWANAN
Pengadil akan membuat undian dengan lambungan syiling untuk menentukan siapa yang memulakan sepak mula. Jika pasukan A yang memulakan sepak mula pada separuh masa pertama, maka pasukan B pula yang akan memulakan sepak mula pada separuh masa kedua.
Bola akan dikira out apabila keseluruhan bola keluar melintasi garisan sisi padang dan belakang padang. Permainan dimulakan dengan, bola diletakkan di atas garisan tepi dan dipukul oleh pasukan yang mengambilnya. Jaringan hanya dikira sah atau gol, apabila bola melepasi garisan dalam kawasan gawang gol dan pukulan dan sentuhan yang dilakukan dalam kawasan gol
pemain yang melakukan kesalahan pertama akan diberikan amaran tanpa kad. kad hijau akan diberikan oleh pengadil kepada pemain apabila melakukan kesalahan kedua, selepas diberi amaran tanpa kad.
Amaran
Pengadil akan memberikan kad kuning kepada pemain yang melakukan kesalahan dan kekasaran. Dan ini akan menyebabkan pemain tersebut dikeluarkan dari kawasan permainan selama 5 minit. Pemain ini tidak boleh digantikan oleh pemain lain. Bagi pemain yang menerima kad merah, pemain ini akan disingkirkan terus daripada perlawanan dan diminta meninggalakan kawasan padang dan juga kawasan pertandingan.
KAD KUNING : 5 MINIT DIREHATKAN TANPA GANTIAN 2 KAD KUNING : GANTUNG 1 PERLAWANAN 1 KAD MERAH : GANTUNG SEPANJANG KEJOHANAN
PENGADIL &
ISYARAT
PENALTI
Situasi apabila kesalahan dilakukan di luar bulatan. Pasukan lawan akan diberi pukulan percuma. Jika pemain daripada pasukan pertahanan dengan sengaja membuat mana-mana jenis faul di dalam kawasan 25 ela, maka pasukan penyerang akan mendapat pukulan sudut penalti. Situasi apabila kesalahan dibuat di dalam bulatan.
Oleh penyerang, pasukan pertahanan mendapat pukulan percuma. Oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang mendapat pukulan sudut penalti. Dengan sengaja oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang akan mendapat strok penalti.