Anda di halaman 1dari 24

Penetapan Matlamat

Disediakan Oleh: Muhamad Zahid bin Mohamad Khalid

Apa Itu Penetapan Matlamat ?

Satu proses koginitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa di nilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.

PENETAPAN MATLAMAT (GOAL-SETTING)


OBJEKTIF:
1. Untuk memahami 6 prinsip-prinsip penetapan matlamat. 2. Untuk mengetahui bagaimana hendak mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam merancang matlamat-matlamat.

PENGENALAN
Atlet perlu menetapkan matlamat-matlamat untuk

memberi arah tuju usahanya. Penetapan matlamat penting bukan hanya ia merangsang pemikiran atlet untuk menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkat peringkat untuk sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat diperlukan untuk pertandingan & latihan. Jurulatih harus berupaya membantu atlet menentukan matlamat-matlamat ini.

MATLAMAT
Goal atau Matlamat mempunyai ciri-ciri

penting:1. Ia mempunyai pergerakan ke arah sesuatu. 2. Ia mempunyai sedikit intensiti ke arah sesuatu.

OUTCOME vs PERFORMANCE GOAL


Matlamat mungkin menjadi sesuatu yg SANGAT

PENTING dalam hidup atlet atau hanya sbg. SEDERHANA PENTING sahaja Jurulatih/atlet selalu menetapkan matlamat untuk MENANG: Menang pertandingan akan datang, atau menang

banyak pertandingan dlm. sesuatu musim.


Ini adalah Matlamat Hasil ( Outcome Goal)

Matlamat Perlakuan (Performance Goal)


Jurulatih/atlet perlu juga menetapkan matlamat

perlakuan. Matlamat Perlakuan terhad kepada tingkah laku atlet secara spesifik. Contoh: Mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam rejaman bola tampar atau lain-lain kemahiran.

Matlamat Individu & Pasukan


Matlamat individu mesti ditekankan. Matlamat pasukan - kabur

Dalam latihan, matlamat perlakuan lebih bermakna

/berguna, kerana atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding dengan matlamat hasil sesuatu pertandingan.
Hasil sesuatu pertandingan kadang-kadang sukar

dikawal/ ditentukan oleh atlet kerana ia bergantung kepada faktor- faktor lain seperti rakan sepasukan atau lain-lain.

Tahap kawalan:

Sebaik-baiknya, atlet hendaklah menetapkan matlamat perlakuan yg 100% di bawah kawalannya, tetapi kebanyakan matlamat ini tidak boleh 100% di bawah kawalan atlet. Oleh itu, atlet hendaklah menetapkan matlamatmatlamat yg dia sendiri boleh kawal sebanyak mungkin.

Mengapa perlu matlamat perlakuan?


Bantu atlet dapatkan keyakinan diri yang stabil

dan merasa ada harga diri walaupun kalah. Gantikan matlamat kemenangan dengan matlamat perlakuan yg lebih realistik. Kejayaan mestilah dimaksudkan apabila atlet mencapai sesuatu melebihi matlamat perlakuannya dan bukannya untuk mengatasi matlamat perlakuan orang lain.

TIGA TAHAP PENETAPAN MATLAMAT


a) Matlamat Jangka Panjang - matlamat terakhir dalam perancangan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. b) Matlamat Jangka Sederhana - Matlamat pertengahan dalam perancangan untuk menilai sama ada atlet atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.

c) Matlamat Jangka Pendek

- matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang.
- Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin utk memotivasikan individu tersebut di samping menjadi panduan utk menilai sama ada yang dirancangkan menepati matlamat.

Matlamat yang mencabar


Matlamat yg mencabar menghasilkan prestasi yg

baik. Matlamat yg mencabar sukar ditentukan. Kaitan di antara kesukaran matlamat dan motivasi mendapati apabila matlamat terlalu sukar motivasi atlet akan jatuh dengan jelas.

Matlamat yg munasabah (realistic goal)


Adalah penting atlet mengetahui dirinya dan tidak

bercelaru dengan siapa dia berada dan harapannya dia hendak menjadi apa? Ukurlah kemampuan diri sebelum menetapkan matlamat supaya ianya realistik/munasabah.

Matlamat yang spesifik


Matlamat yg menyatakan untuk lakukan yg

terbaik merupakan matlamat UMUM (general). Atlet tidak boleh mencapainya, kerana tiada siapa tahu apakah yg terbaik untuk dirinya. Matlamat SPESIFIK lebih berkesan kerana ia mengarahkan perlakuan yg lebih tepat dgn menentukan kriteria kejayaan secara spesifik. Matlamat spesifik mesti boleh diukur (quantifiable). Contoh: Untuk berlari 1500m dlm masa 3:50 di pertandingan esok.

Prinsip Penetapan Matlamat


Matlamat itu harus boleh diukur (bersifat

kuantitatif). Matlamat itu harus realistik. Penetapan matlamat yang ditetapkan oleh jurulatih / atlet. Dapat dicapai berhubung dengan taraf pencapaian atlet. Matlamat harus dapat dikawal.

Garis Panduan Untuk Pembentukan Matlamat


Jurulatih dan atlet sama-sama berbincang untuk

menetapkan matlamat. Nyatakan matlamat dalam bentuk tulisan. Matlamat haruslah boleh dicapai, diukur, realistik dan mencabar. Matlamat mempunyai struktur jangka masa. Semua faktor berkaitan pencapaian matlamat harus diberi perhatian. Matlamat mempunyai kaitan dengan tujuan am keseluruhan.

Kepentingan Penetapan Matlamat


Membekalkan satu siri sukan untuk atlet,

pasukan dan jurulatih memberi arahan untuk sesi latihan. Boleh menstruktur kelakuan dan tingkah laku. Mengeratkan hubungan serta komunikasi yang baik. Meningkatkan prestasi. Meningkatkan kualiti latihan. Boleh bantu melegakan kebosanan. Meningkatkan keazaman bagi motivasi dalaman. Meningkatkan kepuasan, kebanggaan dan keyakinan diri.

Langkah-Langkah Mencapai Matlamat


Identifikasi semua kemahiran yang diperlukan.
Analisis keupayaan, kekuatan dan kelemahan

individu atau pasukan. Aktiviti susulan haruslah diadakan sebagai kawalan dan peneguhan. Matlamat diperiksa dan diubahsuai dengan kerap.

Masalah yang Dihadapi dalam Penetapan Matlamat

Kekurangan kemahiran yang dikehendaki untuk

pencapaian matlamat. Kekurangan maklumat yang diperlukan. Keengganan ahli sukan mengambil risiko. Kekurangan latihan daripada jurulatih.

Bagaimana Penetepan Matlamat boleh Menjadi Silap/Lemah

Matlamat yang ditetapkan terlalu tinggi dan tidak

realistik. Sebaliknya, matlamat pada tahap rendah tidak menguntungkan. Matlamat yang menjadi samar. Penetapan matlamat yang tidak sistematik. Penetapan yang terlalu banyak.

Rumusan
Melibatkan penetapan sasaran tertentu yang

perlu dinilai secara berterusan untuk kekalkan landasan pencapaian matlamat. Terbahagi kepada 2:
Matlamat Hasil: Hasil sesuatu pertandingan

(UMUM) berpasukan Matlamat Perlakuan : Terhad kepada tingkah laku atlet (SPESIFIK) individu
Matlamat haruslah boleh dicapai, diukur, realistik

dan mencabar. Mempunyai struktur jangka masa (Panjang, Sederhana, Pendek)

Anda mungkin juga menyukai