Anda di halaman 1dari 19

NAMA AHLI KUMPULAN: MOHAMMAD SAIFUL BIN BOHARI FATIN SYAZRINA BINTI MOHD YUSOF NUR SYAHMIMI BINTI

IBARAHIM NURUL NAJIAH BINTI AWANG


NAMA PENSYARAH: PUAN NOOR ZAMRINA

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial.

Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.
Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.

Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).

Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanakk-anak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi

lebih banyak masa.

Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas.

Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut dis-lek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik.

Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.

Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Mampu mengawal tingkah laku pelajar bermasalah pembelajaran

Sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran

Bergantung kepada keupayaan sendiri untuk menentukan strategi pembelajaran yang digunakan

Melatih pelajar bermasalah pembelajaran untuk berdikari dalam menghadapi proses pembelajaran

Membolehkan pemantauan terhadap tahap kemajuan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dilaksanakan dengan mudah

Berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri

Berpusatkan guru memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku

Berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga

Membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan prosesproses pembelajaran dalam kelas biasa.

kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga

Berpusatkan pelajar pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapatbimbin gan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.

Berpusatkan guru

Berpusatkan keluarga Apabila ibubapa dilibatkan dalamproses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaandan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas

guru yangmenentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberia rahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka melatih pelajar Intervensi berpusatkan untukberdiri di atas kaki guru sepenuhnya sendiri.(c) sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran

Berpusatkan pelajar

Berpusatkan guru

Berpusatkan keluarga memperbaiki interaksi di antarakanak-kanak dengan golongan dewasa

guru yangmenentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberiarahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.

Pelajar akan diajarprosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menanganikekecewaan dan cara mengatasi masalah.

Membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami Mengelakkannya menjadi serius

Memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas


Mengurangkan bebanan masyarakat Meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama (komunikasi & mobiliti) Meningkatkan keyakinan kanak-kanak

Mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan

Mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak


Mengurangkan perbelanjaan pendidikan khas, rehabilitasi dan keperluan kesihatan Mengurangkan perasaan keseorangan, tekanan dan kekecewaan yang mungkin dialami oleh keluarga

Membantu kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari