Anda di halaman 1dari 57

TEATER

Teater merupakan tempat persembahan persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi

pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan


sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater, antaranya

ialah: opera, balet, pantomim dan wayang kulit.

Selain itu, menurut prof. datin. dr. rahmah hj bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu pula teater adalah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang

ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan


menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.

TEATER

TEATER TRADISIONAL

TEATER KONTEMPORARI

TEATER TRADISIONAL
Teater tradisional adalah seni teater

yang bersifat kedaerahan berdasarkan


tradisi, bergerak dengan sistem

kekerabatan yang kental.

CIRI-CIRI TEATER TRADISIONAL


Secara umum teater tradisional mempunyai ciri-ciri sebagai berikut: a. lakon/ceritanya tidak tertulis; b. media pengungkapannya berupa dialog, tarian, dan nyanyian; c. akting bersifat spontan; d. dialog dibawakan secara improvisasi; e. dalam pertunjukan selalu terdapat unsur lawakan; f. umumnva menyertakan iringan musik tradisional; g. penonton mengikuti pertunjukan secara santai dan akrab, bahkan dapat berdialog langsung dengan pemain; h. bahasa yang digunakan, yaitu bahasa daerah; dan i. umumnya menggunakan tempat pertunjukan terbuka yang berbentuk arena (dikelilingi penonton).

Mak Yong

PENGENALAN
Mak Yong merupakan satu taridra Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya. Ia merupakan satu kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling. Pelakonnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau Peran.

Mak Yong lahir di istana Melayu Petani kirakira 400 tahun yang lampau dan kemudian tersebar ke negeri di timur Semenanjung, terutamanya Kelantan. Kita tidak dapat mempastikan dari mana asal perkataan Mak Yong atau erti sebenarnya perkataan itu. Besar kemungkinan ia berasal dari satu upacara pemujaan roh-roh; dan Mak Hiang atau Roh Ibu yang juga Roh Padi.

Dalam persembahan Mak Yong dia mungkin berlagak seperti perantaraan mewakili Raja dan rakyatnya bagi tujuan meminta sesuatu. Pada permulaan persembahan Mak Yong, seorang bomoh bertindak sebagai Syaman atau orang perantaraan akan hadir.

Pakaian
Persembahan Mak Yong tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam Mak Yong diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walau untuk apa cerita sekali pun. Pakaian Pak Yong Muda adalah sama.

Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat daripada baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa ikat Bunga Melur juga digantung pada atas telinga kiri.

Seabad yang lalu, Pak Yong Muda (watak utama) memakai setangan batik dan tujuh ulas ikatan Bunga Melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu, pakaian Pak Yong Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patani dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bungabunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Manakala setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.

Kedua-dua Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning, kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. Lai atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya hingga hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.

Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian ialah watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga Melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu lain boleh juga diikatkan ke pinggang. Selain perkakas-perkakas ini Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil Rotan Bera. Rotan ini digunakan untuk memukul Peran. Kain lepas (benang) juga digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.

Alat-Alat Muzik
Muzik ialah unsur yang sangat penting dalam Mak Yong dan fungsinya ialah : Bunyi alunan muzik terutama daripada Rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan Mak Yong akan bermula. Membentuk suasana yang menggambarkan emosi dan perasaan di setiap adegan. Selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus (Jong Dondang)

Mengiringi tarian dan nyanyian. Menandakan permulaan dan penamatan adegan-adegan; keluar dan masuk watak juga diiringi oleh muzik (terutama bunyian gendang) diselitkan antara dialog-dialog.

Kumpulan Muzik Mak Yong yang lengkap mengandungi alat-alat : Sebuah Rebab Sepasang Gendang, ibu dan anak Sepasang Geduk, ibu dan anak Sepasang Gong, ibu dan anak Sepasang serunai Sepasang Gedombak, ibu dan anak Canang Kesi

Biasanya kumpulan Muzik Mak Yong tidak akan menggunakan kesemua alat muzik yang disebutkan tadi, tetapi sekurang-kurangnya menggunakan alat-alat muzik : Sebuah Rebab Sepasang Gendang, ibu dan anak Sepasang Gong, ibu dan anak Sebatang Serunai

Tempat Pertunjukan
Kerana persembahan Mak Yong dikhaskan untuk hiburan di raja maka cerita-cerita Mak Yong dimainkan di sekitar istana sahaja. Setelah ia menjadi lebih popular dan keluar dari istana barulah Mak Yong dipersembahkan untuk tontonan rakyat biasa.

Struktur Mak Yong


Cerita Mak Yong mempunyai struktur yang tersendiri. Bentuknya adalah sama dalam semua cerita yang dimainkan. Setiap cerita bermula dengan upacara menghadap rebab dalam mana watak utama akan menyanyi solo dan diikuti oleh korus. Pelakon-pelakon akan membuat gerak seni jari, bahu dan badan sambil menyanyi. Akhirnya mereka bangun secara perlahan dan berdiri tegak sebaik sahaja habis nyanyian solo. Mereka kemudian mengelilingi pentas dengan tarian perlahan dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian di sini adalah Sedayong Mak Yong.

WAYANG KULIT

Pengenalan
Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari berbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan Wayang Kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau Gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (Rebab).

Jenis dan Bentuk Wayang Kulit Di Malaysia


a. Wayang Kelantan Cerita: Berdasarkan cerita Hikayat Seri Rama yang merupakan saduran dari Kitab Ramayana. Patung-patung: 1. Ukiran hiasan pada patungnya terdapat pengaruh dari Patani (Salatan Thai) 2. Diukir dengan bentuk yang mengiring dan kebanyakannya terletak di atas kenderaan. 3. Hanya tangan disebelah hadapan digerak dan tangan belakang memegang alat senjata atau kebesaran.

Alat Muzik: Serunai, sepasang gedombak (anak dan ibu), sepasang geduk, sepasang gendang, sepasang gong (tetawak), canang dan kesi.

b. Wayang Melayu Cerita: 1. Berdasarkan episod-episod dari kitab Mahabharata iaitu cerita Pendawa Lima. 2. Cerita-cerita panji. Patung-patung: 1. Sama seperti Wayang Purwo dan kedua belah sendi tangan boleh digerakkan. 2. Patung berwatak baik biasanya menunduk kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya lebih kecil dan sopan. 3. Patung berwatak kasar dan sombong biasanya berhidung besar dan mendongak ke atas.

Alat Muzik: Rebab, canang, (5 biji), sepasang gong, sebiji mong, sepasang gendang dan sepasang kesi.

c. Wayang Gedek Cerita: 1. Banyak persamaan dengan wayang kulit di Negeri Thai (Nang Talung) tetapi telah berlaku pengubahsuaian mengikut pewarnaan setempat. 2. Banyak diselitkan babak-babak kelakar sezaman.

Patung-patung: 1. Mempunyai ciri wayang kulit di Negeri Thai dari segi pakaian, alat hiasan dan sebagainya. 2. Patung diukir menghadap ke depan. Alat Muzik: Gedombak (satu biji), serunai, sepasang canang, sepasang kesi dan geduk (satu biji).

d. Wayang Porwo Cerita: 1. Berasaskan kepada epik Kitab Mahabharata dan Ramayana. 2. Sema cerita dengan wayang Melayu melainkan ianya tidak membawa cerita-cerita Panji.

Patung-patung: 1. Mirip patung wayang Melayu yang berunsur Jawa. 2. Perbezaan pada mata patung mata Jaitan untuk watak pahlawan dan mata Pelelengan untuk watak kasar dan Mata Prebes untuk watak orang pertapa. Alat Muzik: Menggunakan alat muzik gamelan seperti kenong, gambang, sarung, demung, gendang, gong dan kempul.

Teater Bangsawan

Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon, mereka hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja. Para pelakon bangsawan hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan dan ada kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah.

Apa yang penting dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk menonton pementasan tersebut, selain pelakon yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius.

Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya Jula Juli Bintang Tujuh. Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.

Menora

Menora adalah satu lagi bentuk drama tarian. Ia adalah berasal dari negaraThailand dan diamalkan terutamanya di negeri-negeri di Malaysia yang bersempadan dengan Thailand. Antara negeri-negeri tersebut ialah Kelantan, Kedah dan Perlis. Ia juga dikenali sebagai Nora atau Lakon Chatri dilakukan sebagai hiburan, bersempena dengan ritual agama dan pada hari cuti Buddha, terutama Hari Wesak

Sebeum memulakan persembahan,pemimpin kumpulan itu akan mengadakan upacara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan semasa mengadakan persembahan itu. Alatan yang digunakan semasa upacara ini ialah lilin dan pinang.

Selepas sahaja upacara itu,muzik lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan itu ialah serunai, canang, geduk dan gedombak. Panjangnya permainan muzik ini ialah adalah lebih kuarang sepuluh minit. Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mantera secara nyanyian di samping muzik dimainkan untuk mengiringinya.

PANTANG LARANG DALAM MENORA Setiap permainan mempunyai pantang larang tertentu dan perlu dipatuhi oleh setiap penari. Sebagai contonhnya, topeng,kecopong dan lain-lain lagi perlu disimpan di tempat yang tertentu kerana dikhuatiri spirit akan menggangu pada persembahan seterusnya.

ADAT BUKA PANGGUNG Sebuah panggung khas mesti didirikan atas tanah. Terdapat bahan yang perlu disediakan sebelum buka panggung iaitu colok,pulut kuning,darah,beras, sirih dan lain-lain.

BUSANA MENORA-ZAMAN SILAM

BUSANA MENORA- ZAMAN MODEN

Kini, persembahan menora lebih cenderung

kepada urusan keagamaan iaitu persembahan yang diadakan sebagai satu upacara yang dianjurkan dan dibiayai oleh kuil-kuil untuk mengutip derma. Pada zaman dahulu orang kaya membiayai persembahan menora adalah untuk majlis perkahwinan atau upacara pengkebumian tetapi dalam konteks baru persembahan menorah adalah bertujuan membayar niat iaitu cara berterima kasih kepada semangat kerana mengkabulkan sesuatu permintaan.

Jika ini tidak dilaksanakan mereka percaya akan ditimpa malapetaka. Tradisi ini masih berterusan dilaksanakan di Bangkok iaitu di lak muang yang terletak berhadapan dengan kuil Buddha emerald.

TEATER KONTEMPORARI
Teater modern adalah seni
teater yang mempunyai dasar-

dasar keilmuan yang mapan.

Teater kontemporari mengutarakan beberapa ciri teater lama yang diubahsuai kepada bentuk baharu. Pengaruh teater kontemporari

Melayu sebenarnya adalah pengaruh perkembangan teater


kontemporari Barat yang sedang menular ke negara-negara timur. Drama seharusnya membentuk plot yang mempunyai awalan, pertengahan dan pengakhirannya. Suatu situasi cerita dikembangkan oleh aksi tertentu dan situasi yang dirasakan benar-benar perlu sahaja.

Watak yang ditonjolkan dalam drama kontemporari tidak berkembang seperti struktur cerita realisme. Situasi ini menyebabkan konsep heroism seolah-olah terhapus. Peranan watak

utama menjadi samar-samar seperti dalam drama realisme


sebelumnya.

Dialog dalam drama kontemporari adalah bersifat asumi. Sifat ini


mengelirukan dan bertujuan untuk menerangkan peranan watak atau situasi dalam sesebuah cerita. Dialog ini merupakan permainan kata-kata, berunsurkan lirik, lebih puitis, dan bicara unik yang dikombinasikan dengan gaya prosa formal. Hal ini telah melahirkan satu stail baharu.

Taridra
gabungan di antara tarian dan drama drama yang ditarikan beramai-ramai. biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera Cth: Taridra Katakkali yang berdasarkan bahanbahan epik Purana Taridra Manipuri pula berdasarkan tematema dari Bhagavata Purana dan Gita Govinda.

Puisidra
Gabungan antara puisi dengan drama deklamator berada dalam ruang pentas bersama pembantu yang lain. Pembantu mungkin menari ataupun melakukan gerak kreatif untuk membantu menterjemahkan sajak.

Drama Moden

a)Drama Sandiwara b)Drama Realisme c) Drama Absurd

Drama Sandiwara
drama pentas yang memiliki skrip dan menggunakan khidmat pengarah Zaman sandiwara di Malaysia memiliki tiga bentuk drama, iaitu:
Drama Sejarah (drama yang paling banyak dihasilkan) Drama Purba (mengandungi cerita yang berkisar di istana/ rakyat biasa di perdesaan) Drama Pra-realisme ( lahir sebelum kemunculan drama realisme)

termasuk di dalam aliran romantisisme

Cth karya drama Sandiwara

Dramatis
Shaharom Husain

Judul Drama
Lawyer Dahlan

Syed Alwi al-Hady


Kalam Hamidy

Hang Tuah Pahlawan Melayu


Kepalsuan Maya

Drama Realisme
Muncul pada tahun 1960-an menggunakan bahan cerita yang diambil daripada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam kehidupan sehari-hari menggunakan bahan, dialog, setting dan cara pementasan yang realistik aliran yang digunakan untuk menghasilkannya ialah realisme

Cth karya drama Realisme

Dramatis
Kala Dewata Syed Alwi Awang Had Salleh

Judul Drama
Atap Genting Atap Rumbia Alang Rentak Seribu Buat Menyapu Si Air Mata

Drama Absurd
mempersoalkan hal-hal yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia menyeret eksistensialisme yang dilihat dari kaca mata Timur dan penonjolan watak surealis absurdisme di Malaysia merupakan karya-karya yang anti-realisme, sukar difahami, cenderung kepada fantastik, abstrak, berunsur mimpi dan sukar dihayati dilahirkan melalui pengaplikasian aliran absurdisme

Cth karya drama Absurd Dramatis Noordin Hassan Dinsman Hatta Azad Khan Judul Drama Bukan Lalang Ditiup Angin Ana Patung-patung

Unsur-unsur dalam Drama Moden


unsur sinkop (syncope)- untuk mewujudkan senario yang realistik unsur humor- untuk menimbulkan kesan dan kepuasan unsur protes - untuk menimbulkan kesan dan kepuasan unsur kolokuil- untuk meninggalkan tradisi bahasa berpuisi unsur perbandingan- untuk menguatkan dan memperjelas apa-apa yang hendak digambarkan unsur perulangan- untuk melahirkan keseronokan apabila dilafazkan dan didengari