Anda di halaman 1dari 12

Definisi Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan pembacaan Al-Quran bermula daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah An Nas dalam masa tertentu.

Hukum Khatam Al-Quran


hukum khatam al-quran ialah sunat. tidak ada nas yang mewajibkan amalan khatam al-quran ini. Dari Abdullah bin `Amru R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya :

Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali. Aku berkata: Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu. (HR al-Bukhari)

Khatam Al-Quran Zaman Rasulullah


Sepanjang bulan Ramadan setiap tahun, Rasulullah akan bertadarus dengan Jibrail hingga khatam. Bertujuan memperbaiki sebutan dan mendalami isi kandungan dan pelaksanaan tuntutan AlQuran. Tahun kewafatannya, baginda khatam sebanyak dua kali. Masih belum terdapat majlis khatam Al-Quran beramai-ramai seperti sekarang.

Khatam Al-Quran Zaman Sahabat


Terdapat sahabat yang dapat mengkhatamkan AlQuran dalam masa yang singkat. 1 malam > Abdullah bin Zubair, Said bin Jubair,Uthman bin Affan, Saleh bin Kaisan. 1 hari > Thabit Bunani, Abu Harrah RA. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa seseorang yang mengkhatamkan bacaan al-Quran kurang daripada tiga hari tidak akan dapat merenung makna al-Quran. Namun, hadis ini hanya untuk orang awam sahaja.

Khatam Al-Quran Zaman Ulama Salaf


Mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang tidak lebih daripada empat puluh hari. Mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Imam Syafie diriwayatkan mampu khatam alQuran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.

Terdapatnya amalan menghimpun keluarga dan berdoa khatam Al-Quran oleh Anas bin Malik. Tetapi ini hanya amalan peribadi Anas dan keluarganya sahaja bukannya majlis khatam seperti sekarang. Ada yang tidak berdoa setelah khatam al Quran. Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu. Ada daripada ulama salaf yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat daripada Allah dan sebagai hamba sangat berhajat kepada Tuhan. Ada daripada ulama salaf apabila selesai khatam al Quran terus menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah tanpa diselangi dengan doa. Ada pula ulama salaf apabila selesai khatam al Quran ters menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah dan surah al Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam.

Panduan Perlaksanaan
1. Memilih waktu yang sesuai untuk mengkhatamkan Al-Quran. - Jika pengkhataman Al-Quran dilakukan di dalam solat maka waktu yang afdal adalah pada solat Subuh. - Jika pengkhataman Al-Quran dilakukan di luar solat maka waktu yang afdal adalah di awal pagi ataupun di awal malam. 2. Disunatkan berpuasa pada hari mengkhatamkan Al-Quran. 3. Disunatkan mengucapkan takbir bermula surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas.

4. Selepas selesai membaca surah An-Nas disunatkan membaca surah AlFatihah dan diikuti awal surah Al-Baqarah sebanyak lima ayat.

: : . : :
Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yg lebih afdhal? Sabda Baginda s.a.w. : al-Hal wa al-Murtahil. Kata lelaki itu : Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?. Jawab Nabi s.a.w. : Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya (HR. at-Tirmidzi)

Adalah Nabi s.a.w. apabila membaca membaca sampai surah an-Nas, dibuka kembali dengan al-Fatihah, kemudian Nabi s.a.w. membaca surah al-Baqarah sampai la ayat ke 5.

5. Disunatkan berdoa selepas selesai mengkhatamkan pembacaan Al-Quran.

Fadilat Khatam Al-Quran


Mendapat ketenangan hati dan jiwa: Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Tidaklah berhimpun satu kaum itu di dalam rumah Allah yang mana mereka membaca Al-Quran dan bertadarus di antara mereka melainkan turun kepada mereka itu ketenangan serta kerahmatan daripada Allah s.w.t Mendapat rahmat daripada Allah s.w.t: Diriwayatkan daripada Mujahid katanya: Sesungguhnya mereka (sahabat-sahabat Nabi s.a.w) berkumpul ketika majlis khatam Al Quran dan mereka berkata: Sesungguhnya telah turun rahmat Allah.

Doa di aminkan oleh malaikat: Diriwayatkan daripada Hamid Al Araj katanya: Sesiapa yang membaca Al-Quran kemudian berdoa, maka sebanyak 4000 malaikat akan mengaminkan doanya. Waktu doa dimustajab (diperkenan): Diriwayatkan daripada Hikam Bin Utaibah katanya: sesungguhnya doa dimustajabkan (diperkenankan) ketika majlis khatam Al-Quran. Dijanjikan pohon di dalam syurga: Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Ketika majlis khatam Al Quran itu doa dimustajabkan serta disediakan sebatang pohon di dalam syurga (bagi sesiapa yang menghadiri majlis tersebut).

Rujukan
http://masjidabidin.org.my/KHATAM%20AL%20QURAN%20 ANTARA%20ADAB%20DAN%20FADILAT.pdf http://www.ustazamin.com/2011/06/diari-311-khatam-alquran-mqa.html http://ms-my.facebook.com/notes/saya-cintakanrasulullah-saw-sesungguhnya-islam-itu-indahalhamdulillah/maksud-doa-khatam-alquran/296396717037968?comment_id=4436860 http://asyzsufi.multiply.com/journal/item/22/KEGHAIRAHA N-AHLULLAH-MENGKHATAMKAN-BACAAN-ALQURAN?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem http://syababgr.blogspot.com/2009/09/khatam-al-quranmemang-sudah-biasa-dan.html

Anda mungkin juga menyukai