Anda di halaman 1dari 39

Masalah Pembelajaran Khusus

Susunan

Shafie bin Haji Mohd Noor


Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (Diubah suai oleh Cikgu Isa)

APA ITU DISLEKSIA?


Dari segi bahasa, disleksia (dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani dys yang bermaksud "sukar" dan lexia yang bermaksud bahasa. Apabila kedua-dua perkataan itu digabungkan, maksudnya ialah kesukaran berbahasa.

Susah menguasai kemahiran membaca dan menulis, TETAPI memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang lain Disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat -terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.

Otak terbahagi kepada dua sfera:

Sebelah kiri penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan, struktur

Sebelah kanan- visual, daya kreatif, dan kemahiran seni

Kebanyakan orang dapat mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi satu bahagian otak akan menjadi dominan.

Orang disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. cara berfikir dan belajar mereka berlainan berbakat kreatif atau seni lemah dalam kemahiran bahasa, logik,turutan dan struktur.

Cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah

Membawa kesan yang berbeza, pada darjah/tahap yang berbeza, kepada individu yang berbeza. 10-15% mengalami masalah tahap ringan 4% mengalami masalah yang teruk. Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding perempuan, terlibat: lebih kurang dengan nisbah 3:1.

Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait. Cantuman kesukaran berbeza cth. kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan otot

Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.

Kita tidak dapat merawat disleksia kita tidak boleh ubah cara otak berfungsi. TETAPI kaedah pengajaran yang sesuai boleh membantu Kebanyakan kanakkanak disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan memuaskan.

MENGENALPASTI KANAK-KANAK DISLEKSIA


Dapat dikenalpasti melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai Boleh dikenalpasti melalui pemerhatian yang teliti dan interaksi dengan kanak-kanak.

CATATAN:-

Tidak kelihatan dari sifat fizikal Satu petunjuk tidak mencukupi Petunjuk adalah tanda, bukannya bukti Pemeriksaan medikal perlu untuk kenalpasti tidak ada masalah kurang upaya lain

Gangguan Penglihatan 1

Gangguan Penglihatan 2

40 Variasi Perkataan Cat

Petanda bagi Kanak-kanak Prasekolah


kemajuan pertuturan yang lambat susah faham dan/atau ingat arahan lemah kemahiran gerakan kasar, cth. sentiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola

lemah kemahiran gerakan halus, cth. memegang alatulis atau tiada tangan menggunting yang dominan sukar mengesan perkataan berima sukar bertepuk mengikut irama sering lupa perkataan yg telah dipelajari kesukaran dengan preposisi - cth. atas/bawah, dalam/luar, masuk/keluar

berbakat kreatif dan/atau seni cekap dengan mainan binaan fikir mengikut gerak hati melihat penyelesaian masalah dengan pentas sifat ingintahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru, suka tanya banyak soalan

Petanda bagi Kanak-kanak Sekolah Rendah


lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u tulisan cermin masalah mengingati perkataan kesukaran memahami konsep masa

sering berangan-angan pengetahuan am yang luas dan baik bertutur dengan baik tidak teratur perbezaan ketara dalam pencapaian

Contoh Tulisan Budak Disleksia

Contoh tulisan

The sad blue There were crayons, all the colours were used but blue. No-one liked blue. But one girl liked blue. The end. Hannah

Kunci utama untuk mengecam kanakkanak disleksia ialah kepicangan:


fahaman lisan baik tetapi lemah dalam bacaan bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi kerja tulisan lemah pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan

pencapaian tidak menentu, berbeza pada hari atau waktu yang berlainan tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah

Kanak-kanak disleksia membingungkan. Dia tampak cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik tetapi kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, semacam dibawah potensinya. Dia senang dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai.
- Memahami Disleksia:Institut Disleksia

Petanda untuk Ibubapa


Kesukaran berpakaian sendiri -cth. memakai butang, mengikat tali kasut Lambat, atau menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung salahguna perkataan

Tidak cekap atau kekok dalam gerakgiri seperti melompat, meloncat, tangkap dan tendang bola Boleh guna dua tangan atau lambat menentukan mana satu tangan lebih cekap

Terdapat ahli keluarga yang menghadapi kesukaran yang serupa Enggan ke sekolah terutama kalau bermula dengan cergas tetapi semakin ketinggalan atau kehilangan minat Masalah emosi dan kelakuan menjadi pendiam atau suka menyendiri, degil, agresif dan memberontak

Implikasi Disleksia Terhadap Kanak-kanak


Menyedari ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dapat memahaminya Cuba menyembunyikan kesukarannya Menggunakan strategi-strategi seperti menyalin kerja budak lain untuk menyembunyikan masalahnya

mengelak dari membuat kerja sekolah

Perasaan Budak-budak Disleksia Otak saya macam ada terlalu banyak perkataan berpusing-pusing di dalamnya.

Setiap kali saya menulis, saya sendiri tak dapat baca apa yang ditulis kerana begitu banyak kesilapan. Saya selalu cuba menulis dan mengeja apa yang saya fikirkan. Tetapi saya tidak dapat pindakan fikiran saya daripada otak kepada tangan. Saya perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga saya lupa apa yang saya sedang cuba menulis itu.

Bagaimana membantu
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu Mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki Mengenalpasti pola kesilapan atau masalah spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan matematik

Mengenalpasti samada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan - cth. masalah emosi di rumah? Cuba berbagai cara untuk menarik minat dan tambah motivasi Memahami gaya pembelajaran budak berkenaan

Pendekatan Pengajaran
Guna pelbagai deria:

sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh, cth. menulis atas pasir, bina bentuk huruf
Kerap ulang:

Melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan

Memupuk sifat otomatik:

Kemahiran asas, cth. kenalan huruf dan perkataan mesti menjadi otomatik sebelum daya fikiran boleh digunakan untuk fahaman ayat
Bersifat struktur dan turutan:

Bertindak dari unit kecil dalam turutan jelas, usahakan kemajuan melalui langkah kecil dan berperingkat

Kumulatif:

Kaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari, gunakan contoh berbezabeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakindiri
Gunakan strategi ingatan/hafalan:

cth. peta minda, lukisan, carta

Dekati kanak-kanak melalui kekuatan mereka


Ingatkan ciri-ciri otak kanan Kecerdasan visual, kepekaan warna, bentuk/pola-pola
Kreatif, berbakat seni atau muzik Daya imaginasi kuat Fikiran spontan,intuitif, holistic

Izinkan kanak-kanak bentang kerjanya melalui cara yang sesuai dengan bakat/keupayaan:
jaringan gambarajah carta aliran pita rakaman (lisan) menaip ganti menulis

Ingatlah budak disleksik:


Mudah letih kurangkan bebankerja Sukar ingat arahan panjang

jangan berikan arahan yang banyak serentak berikan arahan jelas gunakan kod warna untuk membantu ingatan

Tidak teratur - susunkan struktur dan rutin Mungkin tidak upaya salin dari papanhitam - sediakan salinan nota atau nomborkan setiap baris ayat Izinkan penggunaan kalkulator bila boleh

Mungkin tidak berupaya menulis karangan dengan ejaan betul serentak izinkan mereka tulis dahulu, betulkan ejaan kemudiaan Mungkin sukar mengukur masa sediakan jam

Mungkin sukar menentukan arah tidak dapat pastikan mana kiri/kanan

Pengesanan dan intervensi awal sungguh penting Fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu Kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan Tindakan tidak diambil budak yang berpotensi nanti menjadi masalah sosial

RUMUSAN

Anda mungkin juga menyukai