Anda di halaman 1dari 23

PENTAKSIRAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL PSS 3110

MUHAMMAD IQBAL ZAHANUDDIN AHMAD AMSYAR ABDULLAH

MUHAMMAD ADIB MISSLANI

PENGUJIAN
Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis

PENILAIAN
Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum

KEPENTINGAN PENGUJIAN & PENILAIAN KEPADA GURU

SEBAGAI ALAT MENCARI PUNCA KELEMAHAN


Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan. Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang deperolehi dari PKBS. Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.

UNTUK MENDAPAT MAKLUM BALAS


Meninjau sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid Menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengejarannya berkesan atau tidak Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk membaiki pengajaran selanjutnya

MENILAI PRESTASI / PENCAPAIAN / KEMAJUAN MURID-MURID


Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah muridmurid atau pelajar-pelajar kuasai. Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

UNTUK MENGENALPASTI PENGETAHUAN PEMBELAJARAN LAMPAU PELAJAR-PELAJAR


Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan penilaian dan menguji muridmuridnya bagi meninjau sejauh manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid berkenaan. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.

BAGI PENSIJILAN ATAU PENGKELASAN


Pelajar dapat dibahagikan kepada kumpulan atau kelas mengikut keputusan ujian dan kebolehan (KBSR mengamalkan pengajaran kumpulan). Menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai mata pelajaran dengan memberi markah atau gred Membuat laporan tentang kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan prestasi sekolah kepada orang ramai Memberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya

PEMBAHAGIAN KENAIKAN KELAS & PENEMPATAN JURUSAN MURID


Pertukaran (naik/ turun) kelas bagi murid untuk tahun berikutnya Keputusan pengukuran sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih pelajar ke jurusanjurusan pendidikan yang sesuai Keputusan peperiksaan di negara kita dijadikan asas untuk pemilihan ke Sekolah Asrama Penuh Sebagai asas kepada pelajar memilih pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan.

PENYELIDIKAN & RAMALAN


Mendapat maklum balas, maklumat atau data-data untuk dianalisis dan membuat laporan Untuk meramalkan kejayaan pelajar pada masa akan datang

IMPLIKASINYA KEPADA PELAJAR SEKOLAH

IMPLIKASI POSITIF

SEBAGAI PENGGERAK / MOTIVASI KEPADA PELAJAR


Pengujian dapat menggerakkan murid belajar dengan mendesak mereka belajar bersungguh untuk lulus peperiksaan Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai objektif-objektif tersebut.

MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGETAHUI TAHAP PENCAPAIANNYA DAN BERUSAHA MENCAPAI TARGET

PELAJAR MENDAPAT GAMBARAN MENGENAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI

IMPLIKASI NEGATIF

KURANG KEMAHIRAN VERBAL MEMANDANGKA N KEMAHIRAN INI TIDAK BEGITU DIPENTINGKAN

KURANG BERSOSIAL DAN KURANG EKSPLORASI DUNIA

KREATIVITI PELAJAR AKAN TERHALANG


KAJIAN DIJALANKAN OLEH BALAKRISHNAN. (2002)

MEMBERI TEKANAN KEPADA PARA PELAJAR

BIBILIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din & Mohamad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.