Anda di halaman 1dari 15

DISEDIAKAN OLEH : SITI RAIHANA BT ZAINAL KHATIJAH BT ABDULLAH.

ASPEK-ASPEK PENULISAN KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH


1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 Latar Belakang/ Pengenalan Rasional Nama,misi dan Visi Prasekolah Objektif Penubuhan Lokasi Tapak dan Bangunan Pelan lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah Kurikulum dan Program Pembelajaran Aspek Pemakanan Aspek Kebersihan dan Keselamatan Aspek Kesihatan Kos Penubuhan Staf Penutup

1.0 Latar Belakang/ Pengenalan


Pengenalan melibatkan serba sedikit apa itu pendidikan di peringkat

Prasekolah.
Pengenalan juga menekankan kepentingan pendidikan awal kepada kanak-

kanak.
Motto Prasekolah juga dinyatakan iaitu Ke arah Pembentukan Peribadi

Muslim dan bertemakan Fun In Learning.


Turut diterangkan ialah Dasar Prasekolah Kebangsaan yang menyatakan

bahawa kerajaan menyediakan pendidikan prasekolah kepada kanakkanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan Akta

Pendidikan 1996 : Seksyen 2 menyatakan Pendidikan Prasekolah


ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun.

2.0 Rasional
Titik tolak mengapa perlunya prasekolah ini

ditubuhkan. Rasional juga merupakan sesuatu yang difikirkan dimana pada akhirnya nanti semuanya akan beroleh manfaat. Antaranya ialah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak serta mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.

3.0 Nama, Misi dan Visi Prasekolah


Nama dipilih sebagai menandakan bagaimanakah sesebuah

prasekolah itu akan menjalankan operasinya.


Sebagai contoh, Cadangan nama prasekolah yang dipilih

ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih adalah

disebabkan maknanya iaitu agama dalam bahasa Arab dan


hampir dengan sebutan dinar yang membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin dibina.
Misi dan visi pula merupakan matlamat yang ingin dicapai

sepanjang proses pendidikan di prasekolah tersebut.

4.0 Objektif Penubuhan


Objektif merupakan tujuan atau pun matlamat utama

mengapa sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.


Antaranya ialah membentuk perkembangan mental dan

intelektual kanak-kanak serta membantu


perkembangan sosial dan perhubungan serta melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif dan mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.

5.0. Lokasi Tapak dan Bangunan


Lokasi Tapak dan Bangunan merupakan cadangan di

mana tempat sesebuah prasekolah itu akan didirikan.


Pelan lantai yang dicadangkan terdiri daripada 2 iaitu

bahagian dalam dan luar.


Pelan merangkumi keluasan kawasan, sekiranya disewa

berapakah jumlahnya, bilik-bilik yang terdapat dalam


premis tersebut, serta sudut-sudut pembelajaran.

7.0

Kurikulum dan Program Pembelajaran

Kurikulum sebagai satu pelan atau program untuk

segala pengalaman pembelajaran di bawah bimbingan sekolah.


Terdiri daripada Kurikulum Utama (KSPK), Kurikulum

Tambahan (Cth : Ilmu Fardhu Ain,Iqra,Muqaddam), Jadual Pembelajaran, Buku-Buku Khas yang digunakan, serta Program Tambahan seperti Sambutan Hari Kebangsaan.

8.0 Aspek Pemakanan


Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan

(menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)

Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Dimasak? Ditempah? Menyertakan menu makanan harian dalam

seminggu

Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu

makanan yang disediakan

9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan


Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan

kawasan prasekolah
Langkah-langkah kebersihan: Panduan cuci tangan,

menggosok gigi dll


Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran

tiada benda tajam/ licin, plug elektrik, fibre di kawasan permainan, pengawasan dari kawasan jalan raya dll.

10.0 Aspek Kesihatan


Mendapatkan surat sokongan 3 agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pihak berkuasa Tempatan Pejabat Kesihatan Daerah Masalah kesihatan yang dikenalpasti Kudis buta Obesiti Rabun warna Jangkitan cacing

Kanak-kanak menerima perkhidmatan pencegahan penyakit,

saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Tujuannya adalah :
Mengekalkan tahap kesihatan murid secara optima melalui

pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.


Mengesan

masalah-masalah awal untuk

kesihatan

murid

yang

boleh dan

menghalang pencapaian akademik dan menlakukan pencegahan pada peringkat menjalankan intervensi penempatan murid dalam pendidikan khas.
Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi bagi membentuk

sekolah sebagai satu tempat yang selamat dan sihat bagi membolehkan pembelajaran berjalan dengan berkesan.

11.0 Kos Penubuhan


Kos bangunan
Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat

bantu mengajar) Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman.

12.0 Staf
Menyatakan berapa orang staf
Menyediakan carta organisasi staf Kelulusan pendidikan staf Program pembangunan profesionalisme staf (kursus

dll)

13.0 Penutup
Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi

kelulusan
Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang

dipohon
Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal

kanak-kanak kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai