Anda di halaman 1dari 110

Topik 1

Pengajian Ilmu Ketamadunan


INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!
hussain othman copyright 2011

TERUS

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda


Pembelajaran Pantas (Quick Learning)
Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti
menonton video persembahan slaid menjawab soalan latihan

Pembelajaran Proses (Process Learning)


Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:
Pembelajaran berbantukan pensyarah Proses pembelajaran melengkapkan semua tugasan Ulangkaji menyeluruh

Kaedah ini sesuai untuk;


Mendapatkan gambaran awal tentang topik Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum peperiksaan

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Quick Learning!

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick Learning

Process Learning

Quick Learning
Klik:

TONTON VIDEO

Klik:

PERSEMBAHAN SLAID

Klik:

JAWAB SOALAN LATIHAN


Tamat Sesi Quick Learning

Tangga 1
Mengenalpasti Isu Pembelajaran
5. Refleksi 4. Mengenalpasti Isu Pembelajaran 3. Mengenalpasti Idea 2. Mengenalpasti Fakta 1. Pengenalan Kepada Kes Senario

Process Learning

TERUS

Hai, Prof., sedang buat apa tu? Soal Amir sebaik sahaja melihat Profesor Kamal semasa melangkah masuk ke dalam makmal dan bengkel tempat Profesor Kamal menjalankan ujikajinya. Shhh jangan ceritakan kepada orang lain, saya sedang menjalankan ujikaji satu projek rahsia, jawab Profesor Kamal. Apa? Projek rahsia? soal Amir sekali lagi dengan penuh rasa ingin tahu. Ya, projek rahsia. Tiada sesiapa yang sepatutnya tahu tentang projek ini kecuali sahabat baik saya, sambung Profesor Kamal sambil tersenyum memandang Amir. Saya bukan sahabat baik Prof. ke? Sampuk Amir seperti merayu. Ok, dengan satu syarat. Jangan sesekali membocorkan rahsia ini kepada sesiapa pun. Ok, prof., saya berjanji, Amir memberikan jaminannya. Sebenarnya saya telah berjaya mencipta mesin merentas masa dan hari ini adalah hari yang amat penting dalam hidup saya kerana saya akan menguji mesin ini untuk merentas ke masa lampau, Profesor Kamal mendedahkan rahsianya.

Senario Kes:
Topik 1 Slaid 1

Senario Kes:
Topik 1 Slaid 2

Kalau begitu bolehlah saya ikut sama. Kalau boleh saya nak mengembara ke zaman kegemilangan tamaduntamadun lepas supaya saya boleh membuktikan apa yang telah saya baca dan pelajari di dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di universiti, kata Amir. Apa yang menarik sangat tentang pembelajaran awak di dalam kursus tersebut?, tanya Profesor Kamal. Banyak prof., kami belajar tentang maksud tamadun, kedudukan agama dalam tamadun, budaya, ciri-ciri tamadun, bagaimana sesebuah tamadun lahir, berkembang dan akhirnya jatuh, jawab Amir.

Kalau begitu baik awak terangkan dengan jelas kepada saya semua yang awak belajar tentang pengajian ilmu ketamadunan di dalam kuliah. Saya rasa banyak maklumat yang dapat membantu saya untuk merancang ke mana saya nak mengembara dengan mesin ini. Selepas ini bolehlah kita mengembara bersama, cadang Profesor Kamal. Amir merasa amat teruja dengan cadangan Profesor Kamal itu dan tak sabar rasanya dia nak berkongsi pengetahuan yang diperolehinya dalam topik 1 kursus TITAS yang dipelajarinya minggu lepas.

Senario Kes:
Topik 1 Slaid 3

Aktiviti Tangga 1
Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik Soalan yang perlu anda fikirkan;
Pernahkah anda menonton filem Back to the Future? Siapakah watak yang sebanding dengan watak Amir dan Profesor Kamal? Apakah yang direka oleh Profesor Kamal? Kenapa Profesor Kamal merekanya? Apakah faedah yang diperolehi oleh Amir melalui rekaan Profesor Kamal? Apakah isu utama yang ingin diketengahkan oleh kisah Amir dan Profesor Kamal ini? Apakah di antara hasrat Amir sekiranya dapat menaiki mesin merentas masa yang direka oleh Profesor Kamal?

Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A. Setelah selesai mengisi ruangan ini sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Aktiviti Tangga 1
Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A! Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri
5. Refleksi 4. Rujukan Bahan Tambahan 3. Ulangkaji Keseluruhan Modul 2. Ulangkaji Ringkasan Modul 1. Ulangkaji Bahan Video
TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 1 (Pengajian Ilmu Ketamadunan) yang disediakan di dalam CD;
Tayangan Video Persembahan Slaid Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 1 di dalam modul TITAS. Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Ulangkaji Bahan Video


Hayati intipati topik dengan menonton video ini

Terus ke Process Learning Kembali ke Quick Learning

hussain othman copyright 2011

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

NOTA Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.
hussain othman copyright 2011

TERUS

Persembahan Slaid Topik 1

Pengajian Ilmu Ketamadunan


hussain 2011 14

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)


Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat:
Menghuraikan kepentingan pengajian ilmu ketamadunan dalam konteks Malaysia dan global Menjelaskan secara terperinci faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada kelahiran, perkembangan dan kejatuhan sesebuah tamadun. Mempamerkan sikap kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan
hussain 2011 15

Persoalan
Apakah tamadun? Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadun? Apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?

Persoalan Terdahulu
Zaman Greek: Plato mengemukakan konsep polis dalam karyanya The Republic Pemikir Islam, al-Farabi mengemukakan konsep al-madinah al-fadilah, Ibn Khaldun mengemukakan konsep umran badawi dan umran hadhari.

hussain 2011

17

Tujuan persoalan
Untuk memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan Untuk mengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah bentuk dan rupa peradaban dan tamadun yang diimpikan oleh manusia.
hussain 2011 18

PENGAJIAN KETAMADUNAN
Pengajian Ketamadunan: satu bidang ilmu dan pengetahuan, pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak tidak begitu terikat kepada batasan masa dan zaman.
hussain 2011 19

SEJARAH TAMADUN
Sejarah Tamadun: merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemundurannya atau ringkasnya kajian mengenai masa lampau - dibatasi oleh faktor masa.
hussain 2011 20

Asas ilmu ketamadunan


Semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia dan kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruang lingkup disiplin yang memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan.
hussain 2011 21

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN


Perkataan tamadun menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T).
hussain 2011 22

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN


Etimologi tamadun - berasal daripada kalimah Arab;
Maddana kata perbuatan = membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Madani - sifat nama - sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Maddana dan madani berasal daripada - deen agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

hussain 2011

23

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN


Bahasa Inggeris - civilization. Daripada civitas - Latin yang bermaksud bandar atau kota. Civilization - penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

hussain 2011

24

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN


Pelopor pengajian ketamadunan Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, Muhammad Abduh dan Malik Bennabi. Lebih awal - Ibn Khaldun, menggunakan istilah umran -makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan oleh Jurji Zaydan dalam karyanya yang masyhur Tarikh alTamaddun al-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah.
hussain 2011 25

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN


Bahasa Melayu - tamadun dan peradaban. Sebelum kedatangan Islam - budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi. Pada masa ini - kemajuan atau pembangunan. Perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi yang jauh lebih sempit daripada tamadun

hussain 2011

26

Ciri-ciri Utama Tamadun


Penempatan kekal. Penempatan manusia di suatu atau beberapa pusat perbandaran yang disatukan (madinah/metropolis). Kualiti hidup. Wujudnya organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosoalisasi dan pendidikan yang teratur dan berwibawa. Kewujudan agama dan kepercayaan. Sistem politik dan pemerintahan. Tahap pencapaian ilmu sains dan teknologi yang tinggi. Pengkhususan pekerjaan.

Ciri-ciri Utama Tamadun


Sistem ekonomi yang stabil. Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun yang menjadi pengungkap dan pengantar segala kegiatan ketamadunan dengan sistem tulisannya yang cekap untuk perakaman, penyampaian, pendidikan dan pewarisannya. Hayat penghidupan stabil yang agak panjang.
Lahir serta meningkatkan produktiviti, kreativiti dan pemikiran falsafah, etika, moral dan metafizik atau keagamaan, sains dan teknologi dan juga kekreatifan seni tersendiri yang membolehkan masyarakat itu mengatasi sebahagian besar daripada permasalahan dan memenuhi tuntutan yang berkaitan dengan penyaraan, pendidikan, kebajikan, pertahanan, keselamatan, kesejahteraan, rekreasi dan segala gelagat penghidupan bersama dalam alam persekitaran sosial dan fizikalnya. Adanya undang-undang, norma dan ethos yang teratur dan berwibawa dan sistem nilai.

Pendapat Sarjana Islam


JURJI ZAYDAN (Tarikh al-Tamaddun al-Islami)
Negara Islam dan pemerintahan. Bandar-bandar Islam. Stratifikasi sosial. Sains dan pengajaran bahasa arab. Bangunan-bangunan Islam dan arkitektur. Kesenian Islam.

Pendapat Sarjana Islam


HUSNI ABD WAHAB (Waraqat an al-Hadarat alArabiyyah fi Ifriqiyya al-Tunisiya)
Bandar-bandar Islam. Bangunan dan arkitektur Islam. Kehidupan ekonomi. Komposisi kaum (etnik) dan penduduk bandar. Sains dan pendidikan. Seni Islam.

Pendapat Sarjana Barat


EDWARD L. FARMER (Comparative History of Civilizations in Asia)
Penempatan kekal. Revolusi pertanian. Stratifikasi sosial. Kewujudan agama. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi. Urbanisasi. Sistem tulisan.

Pendapat Sarjana Barat


DARCY RIBERIO (The Civilized Society) Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan alat-alat baru dalam pertanian. Bermula penternakan dan pembahagian kerja berdasarkan kumpulan. Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial. Penggunaan sistem pengairan.

Penciptaan berteknologi daripada besi, pengeluaran alat-alat baru, perkapalan dan penggunaan wang siling untuk memudahkan perniagaan. Revolusi penternakan. Revolusi perdagangan. Revolusi teknologi. Revolusi industri.

AGAMA DAN TAMADUN


Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan.
hussain 2011 33

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

Budaya merujuk kepada tatacara manusia bertindak ke atas persekitarannya dalam menguruskan kehidupan secara kolektif
hussain 2011 34

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA


Tamadun berbeza daripada budaya dari dua sudut;
Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya. Tamadun melampaui batas negara dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.

hussain 2011

35

PROSES DAN KARAKTERISTIK TAMADUN

Sebagai suatu proses, tamadun merupakan evolusi yang berlaku dalam sesuatu masyarakat daripada kehidupan desa kepada kehidupan bandar, daripada kehidupan tidak tetap kepada kehidupan menetap.
hussain 2011 36

PROSES DAN KARAKTERISTIK TAMADUN


Ciri asas tamadun yang bersifat sejagat;
kewujudan penempatan peningkatan kualiti kehidupan kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial kemunculan bahasa kewujudan sistem perundangan dan sistem nilai kelahiran dan peningkatan daya reka cipta kelahiran dan perkembangan daya kreativiti falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika

hussain 2011

37

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor pendorong kemunculan tamaduntamadun dunia;


Kedudukan yang strategik Rangsangan keagamaan dan kerohanian Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai Tekanan kehidupan Interaksi dengan tamadun lain

hussain 2011

38

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Menurut Ibn Khaldun kebangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah mengikut hukum putaran sejarah.
hussain 2011 39

TEORI KITARAN
Diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun, Abu Zaid Abd. Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Khaldun (1332-1406M) hasil dari analisis beliau terhadap kebangkitan dan kejatuhan beberapa kerajaan seperti Rom, Turki, Constantinople, seluruh Eropah dan beberapa kota di Baghdad. Setiap tamadun akan melalui suatu tahap pencapaian iaitu melalui teori kitaran. Agama merupakan pemangkin kepada kemajuan dan perkembangan tamadun.

KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN TAMADUN


Faktor-faktor kemerosotan tamadun:
Wujud ketidakadilan sosial Berleluasa penindasan dan kezaliman Runtuh moral dan nilai dalam masyarakat Lahir sikap tertutup tidak mahu menerima perubahan Berlaku malapetaka atau bencana alam

hussain 2011

41

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN


Ciri perbezaan dan persamaan melalui tujuh persoalan etika:
Alam sekitar Keluarga Komuniti Kerajaan Ekonomi Pendidikan Kesihatan

hussain 2011

42

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Jenis-jenis interaksi yang wujud:
Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Contoh Interaksi Dalam Sejarah


Interaksi antara budaya Hinduisme dan budaya Buddhisme dalam tamadun India Interaksi antara Islam dan Konfusianisme sejak kurun ketujuh Masehi.

Interaksi Tamadun India dengan Tamadun China


Beberapa perbendaharaan bahasa Pali dan Sanskrit mempengaruhi kesusasteraan China. Beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam Tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China.

Semasa pemerintahan Dinasti Sui, sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi sastera China. Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil pengaruh Tamadun India.

Tamadun Islam dengan Tamadun China


Pembinaan beriburibu masjid dan dewan membaca alQuran. Reka bentuknyanya dipengaruhi oleh ciriciri reka bentuk Arab dan juga China.

Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu


Tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu. Ia turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab telah dilakukan. Pengaruhnya dari segi kesusasteraan, kesenian, seni bina serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu. Seni bina masjid : Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh Arab dan Parsi. Seni bina China dapat dilihat pada beberapa buah masjid di Melaka yang mirip Pagoda China. Ciri-ciri seni bina Islam turut mempengaruhi makam dan kubur-kubur.

Tamadun China dengan Tamadun Melayu


Serapan perkataan Cina dalam bahasa Melayu antaranya cincau, tahil, bangsal, taukeh dan congkak.

Tamadun India dengan Tamadun Melayu


Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara. Pengaruh dari segi kesenian terutamanya alat muzik dan seni tarian.Unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan seni bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.

Tamadun Islam dengan Tamadun India


Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa zaman pemerintahan kesultanan Delhi, bahasa Urdu telah wujud hasil percampuran antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Iran dan Turki dan ia digunakan sebagai bahasa sastera. Akbar Khan menggalakkan penterjemahan karya-karya agama Hindu ke dalam bahasa Parsi dan sebaliknya.
Seni bina: Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit adalah pengaruh Islam. Qutb Minar dan Taj Mahal merupakan hasil seni bina IndiaParsi yang agung. Masjid Mutiara di Agra, istana dan taman-taman di Lahore, kota, istana dan masjid di Kabul, istana di Kashmir dan Mukhlisur dan sebuah kota di Kanadahar turut mencerminkan campuran seni bina India dan Parsi.

DIALOG ANTARA TAMADUN

Pakar tamadun menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) menggantikan Zaman Monolog yang telah lama berlalu.

hussain 2011

52

DIALOG ANTARA TAMADUN

Telah ada pihak yang memulakan usaha-usaha konkrit mengadakan dialog antara tamadun di Malaysia seperti dialog antara agama.

hussain 2011

53

DIALOG ANTARA TAMADUN

Bentuk dialog;
Dialog Kehidupan Seharian Dialog Kemasyarakatan

hussain 2011

54

DIALOG ANTARA TAMADUN


Prinsip-Prinsip Dialog Semangat untuk keduadua pihak mempelajari antara satu sama lain Menggunakan pendekatan intra dan juga inter peradaban Semua pihak ikhlas Semua pihak berupaya mendefinisikan diri dan pandangan yang dipegangnya dengan jelas. Memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya. Bersifat kritikal secara minima terhadap interpretasinya terhadap tradisi orang lain. Tidak mempunyai praandaian yang tidak boleh diubah

hussain 2011

55

DIALOG ANTARA TAMADUN


Halangan Kepada Dialog: Conversion atau fenomena bertukar agama. Rasa rendah diri (inferiority complex) - dan tidak bersedia untuk berdialog Innuendo sosial perasaan tidak senang terhadap rakan seagama yang berbaik dengan penganut agama lain Syak wasangka

hussain 2011

56

KESIMPULAN

Ilmu tentang ketamadunan penting untuk mengetahui sebab kejayaan dan perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan tamadun. Ilmu ini amat relevan kerana manusia sedang berada di persimpangan jalan Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi diiringi oleh kerosakan nilai budi.
hussain 2011 57

Kembali ke Quick Learning

Tamat Persembahan Slaid


Terus Kepada Process Learning

hussain 2011

58

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang! Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

hussain othman copyright 2011

TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 1 di dalam modul TITAS.

Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN B2? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 3!

Tangga 3
Laporan Kepada Kumpulan
5. Refleksi 4. Persediaan Pembentangan 3. Rumusan Kumpulan 2. Laporan Kepada Kumpulan 1. Perjumpaan Bersama Kumpulan
TERUS

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.
Nota: anda juga boleh menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik. Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4. Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel. Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN C? Jika sudah selesai anda telah bersedia untuk bergerak ke TANGGA 4!

Tangga 4
Pembentangan
5. Refleksi 4. Rumusan (Bersama Pensyarah) 3. Perbincangan (Bersama Pensyarah) 2. Penilaian Keserakanan 1. Pembentangan (Selari / Forum)
TERUS

TANGGA 4
Pembentangan - (Oral @ Forum)

Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum. Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Pembentangan Selari
Pembentangan selari; antara dua kumpulan atau berpecah
Setiap dua ahli panel yang dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain. Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah. Sesi pembentangan adalah antara 20 30 minit sahaja.

Sesi Forum
Forum di dalam kumpulan atau di antara dua kumpulan. Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 30 minit. Akan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik bagi topik ini. Jika forum antara dua kumpulan, moderator daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Untuk sesi penilaian: Setiap kumpulan akan melantik seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Refleksi
Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN D? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 5!

Tangga 5
Refleksi Keseluruhan
5. Refleksi Keseluruhan
4. Refleksi Hasil Pembelajaran
Insaniah)
(Kemahiran

3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif) 2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji 1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji
TERUS

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah


Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN E1? Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab Soalan Latihan Topik

Jawab Soalan Ulangkaji


Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual. Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIF

SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF


Sila jawab semua soalan. Pilih A, B, C atau D

hussain 2011

TERU 74 S

Klik Soalan Pilihan Anda


1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

25

26

27

28

29

30

Kembali ke Quick Learning

Tamat menjawab

S1
Berikut adalah di antara kepentingan mengkaji dan mempelajari ilmu dan isu-isu ketamadunan KECUALI A. Dapat mengenalpasti keperluan untuk Malaysia menyisihkan diri dari arena globalisasi B. Dapat menghubungkaitkan perkembangan tamadun dunia dengan idea pembinaan Negara Malaysia C. Dapat memahami bidang ini sebagai wahana pewacanaan isuisu seperti kepelbagaian budaya, jihad dan hegemoni barat D. Dapat mengenalpasti idea clash of civilisation, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi danpembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa.

Jawapan anda

76

S2
Debat mengenai tamadun boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan konsep polis dalam karyanya The Republic yang merujuk kepada I. Rangka jalinan hubungan sosial II. Bentuk dan jenis masyarakat yang mencapai tahap kemajuan III. Kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan IV. Kewujudan pasukan keselamatan yang menjaga ketenteraman awam A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, II dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

77

S3
Dalam kalangan pemikir Islam, A. Al-Farabi mengemukakan konsep al-tamaddun B. Muhammad Abduh mengemukakan konsep umran C. Farid Wajdi mengemukakan konsep madinah al-fadilah D. Ibn Khaldun mengemukakan konsep umran badawi dan umran hadhari

Jawapan anda

hussain 2011

78

S4
Berikut adalah di antara tujuan perbincangan ilmu ketamadunan A. Untuk memperjelaskan konsep dan makna sejarah lampau B. Untuk memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan C. Untuk mengemukakan kerangka konseptual tentang bentuk peradaban yang diinginkan oleh para pemerintah D. Untuk mengemukakan kerangka pelaksanaan pemerintahan sesebuah negara berdasarkan sejarah lampau

Jawapan anda

hussain 2011

79

S5
"History is for human selfknowledge ... the only clue to what man can do is what man has done. The value of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is." Robin G. Collingwood (1946) Kenyataan ini menunjukkan bahawa
A. Ilmu sejarah lebih penting daripada ilmu tamadun B. Ilmu sejarah penting untuk mengetahui perkembangan tamadun lampau C. Ilmu sejarah menceritakan kisah lampau dan boleh digunakan untuk memahami masa sekarang dan akan datang D. Ilmu sejarah menceritakan kisah lampau dan tidak boleh digunakan untuk memahami masa sekarang dan masa hadapan manusia

Jawapan anda

hussain 2011

80

S6
Berikut adalah komponen penting yang menyumbang kepada pengajian ilmu ketamadunan I. Ilmu sains dan teknologi II. Ilmu agama dan falsafah III. Ilmu seni, kesusasteraan dan kebudayaan IV. Semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia, kehidupan dan persekitarannya A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III Semua di atas

Jawapan anda

hussain 2011

81

S7
Perkataan tamadun adalah perkataan bahasa Arab yang
A. B. C. D. belum diterima pakai dalam bahasa Melayu lebih popular disebut sebagai peradaban dalam bahasa Melayu berasal daripada kata madani yang bermaksud perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti berasal daripada kata maddana yang bermaksud perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti

Jawapan anda

hussain 2011

82

S8
Perkataan maddana dan madani berasal daripada perkataan deen yang menggambarkan kehidupan bertamadun dan A. B. C. D. Beribadat Beragama Bermasyarakat Berekonomi sara diri

Jawapan anda

hussain 2011

83

S9
Berikut adalah aspek penting takrif tamadun I. Pencapaian budi pekerti yang boleh diterima II. Pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi III. Pembentukan peribadi dan personaliti komuniti yang terpuji IV. Pencapaian kesenian dan kesusasteraan pada tahap kebiasaan A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV Semua di atas

Jawapan anda

hussain 2011

84

S10
Istilah tamadun di dalam bahasa Inggeris adalah merujuk kepada
A. Perkataan civilization yang berasal daripada perkataan Itali civitas B. Perkataan civilization yang berasal daripada perkataan Latin civitas C. Perkataan civilization yang berasal daripada perkataan Greek civitas D. Perkataan civilization yang berasal daripada perkataan Jerman civitas

Jawapan anda

hussain 2011

85

S11
Berikut BUKAN di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian tamadun pada era ini ialah Jawapan anda A
A. Farid Majdi B. Jurji Zaydan C. Malik Bennabi D. Muhammad Abduh

hussain 2011

86

S12
Beliau adalah penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamadunan A. B. C. D. Ibn Khaldun Jurji Zaydan Abu Hurairah Muhammad Abduh

Jawapan anda

hussain 2011

87

S13
Beliau adalah penulis yang memperkenalkan istilah tamadun dalam penulisannya A. B. C. D. Ibn Khaldun Jurji Zaydan Abu Hurairah Muhammad Abduh

Jawapan anda

hussain 2011

88

S14
Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan bagi maksud peradaban adalah
A. B. C. D. Budaya Hindu yang bertunjang kepada kepercayaan Trimurti dan perbezaan kasta Budaya Melayu yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi pekerti Budaya Buddha yang bertunjang kepada ketinggian nilai Darma kehalusan seni budaya Budaya animisme yang bertunjang kepada kepercayaan nenek moyang dan benda beku

Jawapan anda

hussain 2011

89

S15
Berasaskan fahaman sekular, agama melibatkan A. Kepercayaan terhadap suatu yang merosakkan akal B. Kepercayaan terhadap suatu yang boleh dibuktikan oleh sains C. Kepercayaan terhadap suatu yang mempengaruhi perjalanan alam D. Kepercayaan terhadap suatu yang bersifat luar dari pencapaian akal manusia

Jawapan anda

hussain 2011

90

S16
Berikut adalah tamadun yang lahir bersama dengan tradisi sistem kepercayaan agama KECUALI

A. B. C. D.

Tamadun India Tamadun Aztec Tamadun Barat Moden Tamadun Sumeria Babylon

Jawapan anda

hussain 2011

91

S17
Semua tamadun adalah dibangunkan di atas asas agama. Kenyataan ini dikeluarkan oleh A. B. C. D. Jurji Zaydan Ibnu Khaldun Malek Bennabi Muhammad Abduh

Jawapan anda

hussain 2011

92

S18
Berikut adalah perbezaan antara tamadun dengan budaya KECUALI
A.

B.
C. D.

Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah Budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu Budaya mempunyai konotasi yang lebih luas berbanding tamadun Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya

Jawapan anda

hussain 2011

93

S19
Clive Bell dalam bukunya Civilization menghujahkan bahawa antara perkara yang amat penting dalam tamadun ialah kewujudan leisured class. Kenyataan ini menunjukkan bahawa
A. B. C. Untuk memahami tahap pencapaian ketamadunan kita hendaklah melihat kepada peningkatan jumlah orang miskin yang sibuk mencari nafkah hidup Untuk memahami tahap pencapaian ketamadunan kita hendaklah melihat kepada peningkatan jumlah orang kaya dan berkuasa mengawal masyarakat miskin Untuk memahami tahap pencapaian ketamadunan kita hendaklah melihat keadaan di mana anggota masyarakat tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti hiburan Untuk memahami tahap pencapaian ketamadunan kita hendaklah melihat sejauh mana ahli masyarakat dapat menzahirkan kreativitinya melalui aktiviti masa senggang seperti merekacipta hasil seni dan berkarya

D.

Jawapan anda

hussain 2011

94

S20
Karateristik awal pembentukan tamadun ditunjukkan melalui A. Masyarakat mencari keperluan asas B. Masyarakat mencari keperluan pelengkap C. Masyarakat mencari keperluan untuk kesenangan D. Masyarakat mencari keperluan untuk kemewahan

Jawapan anda

hussain 2011

95

S21
Faktor pendorong kepada kemunculan tamadun di dunia adalah I. Tekanan kehidupan II. Kedudukan yang strategik III. Pengasingan daripada tamadun lain IV. Rangsangan keagamaan dan kerohanian A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan IV Semua di atas

Jawapan anda

hussain 2011

96

S22
Sarjana berikut berpendapat bahawa kelahiran, perkembangan dan kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah mengikut hukum putaran sejarah A. B. C. D. Jurji Zaydan Ibnu Khaldun Arnold Toynbee Edward Sullivan

Jawapan anda

hussain 2011

97

S23
Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut berikut KECUALI A. B. C. D. Etika Teologi Kosmologi Epistemologi

Jawapan anda

hussain 2011

98

S24
Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip _________ sebagai asas pembentukan entiti masyarakat. A. B. C. D. Etika Keagamaan Kekeluargaan Kemasyarakatan

Jawapan anda

hussain 2011

99

S25
Hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India memberi contoh tepat A. Interaksi peradaban dominan dengan minoriti B. Interaksi peradaban dalam lingkungan budaya Hindustan C. Interaksi ketamadunan dalam lingkungan budaya yang sama D. Interaksi ketamadunan dalam lingkungan budaya yang berbeza

Jawapan anda

hussain 2011

100

S26
Interaksi jenis ini menerangkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang sama. A. Interaksi peradaban dominan dengan minoriti B. Interaksi peradaban dalam lingkungan budaya dominan C. Interaksi ketamadunan dalam lingkungan budaya yang sama D. Interaksi ketamadunan dalam lingkungan budaya yang berbeza

Jawapan anda

hussain 2011

101

S27
Dialog peradaban tidak berlaku
A. B. C. D. Apabila ada pihak yang menggangap bahawa pandangannya perlu dibincangkan Apabila ada pihak yang menganggap bahawa pandangan rakan dialognya perlu dipertimbangkan Apabila ada pihak yang menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyelesaian mutlak mengenai sesuatu perkara Wujud komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu

Jawapan anda

hussain 2011

102

S28
Berikut adalah di antara prinsip asas dialog peradaban KECUALI
A.

B.

C.

D.

Setiap perserta dialog perlulah hadir dalam keadaan ikhlas Hendaklah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua belah pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter peradaban Setiap peserta mestilah boleh atau berupaya mendefinisikan diri dan pandangan (kepercayaankepercayaan dan nilai-nilai) yang dipegangnya dengan jelas Sebab utama dialog diadakan ialah untuk mengetahui pihak yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah dan membuat justifikasi ke atas tindakan yang bakal dilaksanakan

Jawapan anda

hussain 2011

103

S29
Berikut adalah di antara etika dialog peradaban yang melibatkan pandangan keagamaan I. Dialog adalah tempat di mana agama boleh diubahsuai II. Agama dan cara beramal pihak-pihak yang terlibat hendaklah dihormati III. Aspek atau peradaban yang bersabit dengan articles of faith tidak boleh disentuh di dalam dialog IV. Kesesatan sesuatu agama hendaklah diperjelaskan sehingga pihak terbabit menerima dan kembali kepada ajaran yang sebenar A. B. C. D. I dan II II dan III II, III dan IV Semua di atas

Jawapan anda

hussain 2011

104

S30
Berikut adalah di antara halangan kepada proses dialog peradaban KECUALI
A. B. C. D. Innuendo sosial Rasa rendah diri Keyakinan terhadap diri yang melampau Conversion atau fenomena bertukar agama

Jawapan anda

hussain 2011

105

JAWAPAN ANDA

SALAH
Maaf, sila cuba lagi!
Kembali
hussain othman copyright 2011

TAHNIAH!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI!
Kembali
hussain othman copyright 2011

Tamat Sesi Pembelajaran Quick Learning

Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji Topik


Tamat sesi pembelajaran Process Learning
hussain 2011 108

Anda telah tamat sesi Quick Learning!


Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya
Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!

Teruskan usaha meningkatkan ilmu dan hikmah kebijaksanaan dalam kehidupan anda!

Tahniah!
Anda telah berlabuh di pelabuhan pertama!

Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!


hussain othman copyright 2011

Ulang Semula Proses Pembelajaran