Anda di halaman 1dari 115

Topik 6

Isu-Isu Kontemporari Dan Cabaran Tamadun


INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!
hussain othman copyright 2011

TERUS

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda


Pembelajaran Pantas (Quick Learning)
Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti
menonton video persembahan slaid menjawab soalan latihan

Pembelajaran Proses (Process Learning)


Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:
Pembelajaran berbantukan pensyarah Proses pembelajaran melengkapkan semua tugasan Ulangkaji menyeluruh

Kaedah ini sesuai untuk;


Mendapatkan gambaran awal tentang topik Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum peperiksaan

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Quick Learning!

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick Learning

Process Learning

Quick Learning
Klik:

TONTON VIDEO

Klik:

PERSEMBAHAN SLAID

Klik:

JAWAB SOALAN LATIHAN


Tamat Sesi Quick Learning

Tangga 1
Mengenalpasti Isu Pembelajaran
5. Refleksi 4. Mengenalpasti Isu Pembelajaran 3. Mengenalpasti Idea 2. Mengenalpasti Fakta 1. Pengenalan Kepada Kes Senario

Process Learning

TERUS

Setelah puas meneroka Tamadun Cina sehingga ke Topik 6 Slaid 1 zaman Maharaja Terakhir, Amir mengucapkan terima kasih Profesor Kamal, Amir, Dr. Koh yang tidak terhingga kepada dan Dr. Samy akhirnya Profesor Kamal kerana membenarkannya mengikuti bersedia untuk pulang ke pengembaraan merentas masa Malaysia. Kedua-dua mesin yang penuh dengan ilmu dan yang mereka naiki akhirnya maklumat serta cabaran. Dia selamat sampai di hadapan juga tidak lupa dengan jasa Dr. gudang yang menempatkan Samy yang banyak berkongsi maklumat dengannya berkaitan makmal dan bengkel Profesor Tamadun India dan Dr. Koh yang Kamal. Waktu menunjukkan banyak membantu mereka tepat jam 5.30 pagi.
ketika berada di zaman Tamadun Cina.

Senario Kes:

Senario Kes:
Topik 6 Slaid 2
Amir, gunakanlah dengan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah awak pelajari sepanjang pengembaraan kita. Sesungguhnya terlalu banyak yang dapat kita perolehi daripada generasi terdahulu yang telah lama membina tamadun gemilang manusia, begitulah antara nasihat yang diberikan oleh Profesor Kamal kepada Amir sebelum dia mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Amir berjalan menuju ke rumahnya. Profesor Kamal, Dr. Koh dan Dr. Samy kembali ke makmal untuk menyambung tugas penyelidikan mereka. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumahnya Amir terlihat akhbar harian yang dilanggani oleh ayahnya. Sambil menekan loceng pintu rumahnya dia membaca berita utama halaman hadapan akhbar yang bertarikh 12 September 2001, World Trade Center diserang pengganas...

Senario Kes:
Topik 6 Slaid 3
Semua akhbar, internet, berita TV dan radio tidak putus-putus melaporkan perkembangan yang berlaku di New York pada tarikh 11 September 2001. Video yang menunjukkan dua menara bangunan World Trade Center dilanggar oleh pesawat penumpang dan akhirnya runtuh menyembah bumi ditayang berulang-ulang kali. Semua saluran berita TV yang dilanggani oleh ayahnya melaporkan berita yang sama sepanjang hari itu.

Senario Kes:
Topik 6 Slaid 4
Sambil menonton laporan berita TV Amir berfikir jauh membayangkan situasi yang sedang dan bakal berlaku dalam politik dunia hasil daripada peristiwa ini. Laporan-laporan awal menunjukkan bahawa pengganas yang disyaki adalah dari kalangan orang Islam. Perkara ini sudah tentu akan melibatkan salah faham yang amat besar berkaitan konsep Jihad yang ada dalam ajaran Islam.

Apakah semuanya ini salah orang Islam? Fikir Amir. Laporan media barat dengan jelas menunding jari kepada agama Islam dan umatnya. Namun begitu Amir masih berhati-hati dalam perkara ini kerana sepanjang pengetahuannya situasi politik dunia hari ini sebenarnya didominasi oleh kuasa barat. Apa sahaja boleh berlaku akibat daripada hegemoni yang ditunjukkan oleh kuasa barat khususnya melalui amalan globalisasi dalam semua perkara. Amir berharap perbincangan dalam topik terakhir TITAS bersama Dr. Abdul Shakur nanti akan dapat menjawab persoalan ini. Amir juga amat bersedia untuk berkongsi dengan rakan sekuliah dan juga Dr. Shakur tentang pengalamannya melihat bagaimana tamadun terdahulu boleh hidup dalam keadaan aman berasaskan usaha dialog yang berterusan antara mereka. Jelas terlihat perbezaan antara tamadun terdahulu dengan Tamadun Barat hari ini. Tamadun terdahulu memberikan tumpuan kepada dialog sedangkan Tamadun Barat hari memberikan tumpuan kepada pertembungan atau the clash!

Senario Kes:
Topik 6 Slaid 5

Aktiviti Tangga 1

Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik. Soalan yang perlu anda fikirkan;
Apakah yang dikatakan Perang Dingin? Apakah di antara aspek penting yang boleh dipelajari oleh Tamadun Barat daripada Tamadun Islam, Melayu, India dan China? Apakah yang anda tahu tentang Samuel Huntington dan bukunya the Clash of Civilizations? Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi dan apakah di antara cabaran yang dibawa olehnya? Apakah perbezaan di antara pertembungan dengan dialog? Apakah di antara isu yang dibincangkan dalam dialog tamadun? Apakah di antara dimensi dalam dialog tamadun?

Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A. Setelah selesai mengisi ruangan ini sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Aktiviti Tangga 1
Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A! Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri
5. Refleksi 4. Rujukan Bahan Tambahan 3. Ulangkaji Keseluruhan Modul 2. Ulangkaji Ringkasan Modul 1. Ulangkaji Bahan Video
TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 6 yang disediakan di dalam CD;
Tayangan Video Persembahan Slaid Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 6 di dalam modul TITAS. Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumbersumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Ulangkaji Bahan Video


Hayati intipati topik dengan menonton video ini

Terus ke Process Learning Kembali ke Quick Learning

hussain othman copyright 2011

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

NOTA Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.
hussain othman copyright 2011

TERUS

Persembahan Slaid Topik 6


Isu-Isu Kontemporari Dan Cabaran Tamadun

hussain 2011

16

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)


Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat: Menghuraikan dengan jelas faktor-faktor kemunculan salah faham terhadap Tamadun Islam dan Tamadun Asia oleh masyarakat Barat Menganalisis secara kritis isu-isu berkaitan globalisasi dan langkah yang sepatutnya dilaksanakan untuk menanganinya. Mempamerkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dalam melaksanakan tugasan berkumpulan Menunjukkan penguasaan akhlak mulia dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan
hussain 2011 17

Pengenalan
Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turuntemurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain.

Dunia Berbilang Tamadun


Dunia kita adalah sebenarnya dunia berbilang tamadun. Penganut pelbagai agama ingin melihat dunia global ini terus wujud sebagai dunia berbilang budaya dan tamadun.

Cabaran Globalisasi
Dampak Budaya Kebendaan Barat Realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden.

Cabaran Globalisasi
Dampak Budaya Kebendaan Barat Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamaduntamadun Asia pada peringkat kolektif.

Cabaran Globalisasi
Dampak Budaya Kebendaan Barat Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.

Cabaran Globalisasi
Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya.

Cabaran Globalisasi
Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri. Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Politik Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Politik Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua, di mana negaranegara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Politik Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Ekonomi Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Ekonomi Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikatsyarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagangpedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Ekonomi Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negaranegara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negaranegara miskin di hemisfera selatan.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Media Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwaperistiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Media Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Budaya Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia.

Cabaran Globalisasi
Dominasi Budaya Rancangan-rancangan televisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilainilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenamajanama seperti Coca-cola, McDonalds, Levis dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Pada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika, Francis Fukuyama telah mengemukakan teori The End of History yang menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukuyama ini hampir menjadi kenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi dan politik masingmasing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blok Timur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik.

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Bagaimanapun telahan ini kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Universiti Harvard, Samuel P. Huntington mengemukakan teori The Clash of Civilizations (Pertembungan Tamadun).

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993 bertajuk The Clash of Civilizations?, Huntington telah menjangkakan akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat.

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang pelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat Barat sendiri.

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga andaian utama: 1. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya. 2. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun. 3. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations), ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamaduntamadun lain terutama tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun 1990.

Teori Pertembungan Tamadun Huntington


Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi perhatian oleh semua pihak, di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik pandangan beliau. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.

Dampak Peristiwa 11 September


Peristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan dunia Barat. Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, World Trade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorang fundematalis Islam.

Dampak Peristiwa 11 September


Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikat telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi. Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11 September, pada Oktober tahun 2000, Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.

Dampak Peristiwa 11 September


Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian pengganas.

Dampak Peristiwa 11 September


Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagai fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan ke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia Barat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001.

Dampak Peristiwa 11 September


Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan, Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia mereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sains dan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.

Dampak Peristiwa 11 September


Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup peluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negaranegara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negara yang sebelumnya dilihat tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasar luar mereka berkaitan dengan dunia Islam.

Dampak Peristiwa 11 September


Pada umumnya, peristiwa September 11 telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak di dunia Islam menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islam minoriti dan golongan bukan Islam majoriti semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dialog Peradaban Sebagai Mekanisme Menyahut Cabaran


Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di dunia hari ini. Usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis akan terus terjalin. Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini. Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun dunia

Pemupukan Nilai-Nilai Sepunya Menerusi Dialog Tamadun


Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhanpertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruangruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini

Pemupukan Nilai-Nilai Sepunya Menerusi Dialog Tamadun


Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi seperti inilah sebenarbenarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan.

Isu-Isu Yang Perlu Ditangani Dalam Dialog Tamadun


Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungan domestik dan antarabangsa pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian dari permasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah menimbulkan keganasan dan ketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskan dialog, termasuk dialog tamadun.

Isu-Isu Yang Perlu Ditangani Dalam Dialog Tamadun


Untuk mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihak yang terlibat, untuk cuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lainlain.

Dialog Tamadun: Dimensi Dalaman dan Dimensi Luaran


Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia Persefahaman kaum yang berasaskan nilainilai budaya dan tamadun sepunya Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia

Dialog Tamadun: Dimensi Dalaman dan Dimensi Luaran


Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia Isu nilai-nilai sepunya Dunia Barat perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia

Kesimpulan
Zaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukup mencabar dan salah satu sebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yang dibawa oleh proses globalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh, kerana itu akan memburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemah dan mudah tertindas. Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacana kita sendiri mengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antara pelbagai pihak dan tamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah.

Kembali ke Quick Learning

Tamat Persembahan Slaid


Terus Kepada Process Learning

hussain 2011

63

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang! Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

hussain othman copyright 2011

TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 6 di dalam modul TITAS.

Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN B2? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 3!

Tangga 3
Laporan Kepada Kumpulan
5. Refleksi 4. Persediaan Pembentangan 3. Rumusan Kumpulan 2. Laporan Kepada Kumpulan 1. Perjumpaan Bersama Kumpulan
TERUS

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.
Nota: anda juga boleh menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik. Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4. Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel. Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN C? Jika sudah selesai anda telah bersedia untuk bergerak ke TANGGA 4!

Tangga 4
Pembentangan
5. Refleksi 4. Rumusan (Bersama Pensyarah) 3. Perbincangan (Bersama Pensyarah) 2. Penilaian Keserakanan 1. Pembentangan (Selari / Forum)
TERUS

TANGGA 4
Pembentangan - (Oral @ Forum)

Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum. Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Pembentangan Selari
Pembentangan selari; antara dua kumpulan atau berpecah
Setiap dua ahli panel yang dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain. Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah. Sesi pembentangan adalah antara 20 30 minit sahaja.

Sesi Forum
Forum di dalam kumpulan atau di antara dua kumpulan. Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 30 minit. Akan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik bagi topik ini. Jika forum antara dua kumpulan, moderator daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Untuk sesi penilaian: Setiap kumpulan akan melantik seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Refleksi
Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN D? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 5!

Tangga 5
Refleksi Keseluruhan
5. Refleksi Keseluruhan
4. Refleksi Hasil Pembelajaran
Insaniah)
(Kemahiran

3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif) 2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji 1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji
TERUS

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah


Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN E1? Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab Soalan Latihan Topik

Jawab Soalan Ulangkaji


Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual. Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIF

SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF


Sila jawab semua soalan. Pilih A, B, C atau D

hussain 2011

TERUS79

Klik Soalan Pilihan Anda


1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

25

26

27

28

29

30

Kembali ke Quick Learning

Tamat menjawab

S1
Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah Nilai budaya Institusi politik Pegangan agama Struktur ekonomi A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, II dan IV

I. II. III. IV.

Jawapan anda

81

S2
Penjajahan ___________ adalah kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan dominasi mereka ke atas bangsa lain A. B. C. D. Ekonomi Pemikiran Nilai sosial Ketenteraan

Jawapan anda

hussain 2011

82

S3
Berikut adalah di antara negara yang memperolehi Kuasa Veto di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selepas Perang Dunia Kedua Jepun Britain Jerman Perancis A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III II dan IV I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

83

S4
Amerika Syarikat seringkali bertindak secara bersendirian dan membelakangkan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu seperti yang terbukti dalam peristiwa A. B. C. D. Pengeboman di Mumbai, India Pengeboman kilang ubat di Sudan Pengeboman di Peshawar, Pakistan Pengeboman di Semenanjung Gaza, Palestin

Jawapan anda

hussain 2011

84

S5
Beberapa konflik di negara ini membuktikan bahawa Amerika Syarikat terlibat secara langsung sebagai polis dunia Palestin Somalia Khasmir Bosnia-Herzegovina A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III Semua di atas

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

85

S6
Dua buah negara berikut sering diancam supaya tidak membangunkan program nuklear mereka oleh Amerika Syarikat Iran Cuba China Korea Utara A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

86

S7
Persoalan penguasaan ekonomi global oleh negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mengatasi A. Persoalan nilai moral negara Timur B. Persoalan perdagangan negara membangun C. Persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan D. Persoalan ekonomi berasaskan pengetahuan (Keconomy) negara kecil

Jawapan anda

hussain 2011

87

S8
Kemajuan dan pencapaian yang tinggi dalam teknologi komunikasi mempergiatkan usaha globalisasi ________ dalam kalangan kuasa besar barat
Jawapan anda

A. B. C. D.

Media Hiburan Perdagangan Perhubungan

hussain 2011

88

S9
Rancangan-rancangan realiti televisyen berbentuk hiburan yang tersebar luas dan ditiru di beberapa negara termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya menyebabkan A.

B.
C.

D.

Cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif Kualiti hiburan meningkat dalam masyarakat Nilai-nilai menghormati dan menjaga perasaan individu diutamakan Golongan kurang bernasib baik boleh mendapat peluang menjadi kaya dalam masa yang singkat

Jawapan anda

hussain 2011

89

S10
Kebanjiran siri kartun dari negara Jepun, muzik dan filem dari Hollywood, Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan A. B. C. D. Globalisasi budaya Globalisasi hiburan Globalisasi korporat Globalisasi ekonomi

Jawapan anda

hussain 2011

90

S11
Pengaruh tamadun Barat melalui globalisasi juga telah mengubah tafsiran berkaitan perkara berikut Akauntabiliti awam Kebebasan individu Kehakiman yang bebas Hak menyuarakan bangkangan A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III Kesemua di atas I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

91

S12
Layanan buruk yang diterima oleh tahanan perang di Iraq dan Teluk Guantanamo, Cuba membuktikan A. B. C. Sifat hipokrit Amerika Syarikat berkaitan penjagaan hak beragama Sifat hipokrit Amerika Syarikat berkaitan penjagaan nilai demokrasi Sifat hipokrit Amerika Syarikat berkaitan penjagaan hak asasi manusia Sifat hipokrit Amerika Syarikat berkaitan penjagaan hak banduan perang

D.

Jawapan anda

hussain 2011

92

S13
Kemunculan sistem ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-negara perindustrian kuat di Barat, sebahagiannya bertanggungjawab terhadap A. Kekayaan sebahagian kecil manusia yang rakus B. Kemiskinan yang berterusan golongan tertentu di negara membangun C. Kemunculan bank-bank perdagangan antarabangsa di negara membangun D. Ketidakseimbangan pengagihan kuasa antara negara perindustrian

Jawapan anda

hussain 2011

93

S14
Globalisasi ekonomi juga telah melahirkan Kapitalisme Kasino, istilah yang merujuk kepada A. Berleluasanya perniagaan judi B. Berleluasanya perniagaan pasaran gelap C. Berleluasanya jenayah pemerdagangan manusia D. Berleluasanya masalah perjudian dalam kalangan masyarakat bawahan

Jawapan anda

hussain 2011

94

S15
Homogenising di dalam konteks globalisasi difahami sebagai A. B. C. Kuasa menjajah yang dimiliki oleh kerajaan kuasa besar Kuasa penyamarataan yang dimiliki oleh kerajaan kuasa besar Kuasa berdialog secara sehala yang dimiliki oleh kerajaan kuasa besar Kuasa bertolak ansur yang diberikan oleh kerajaan kuasa besar kepada kerajaan negara membangun

D.

Jawapan anda

hussain 2011

95

S16
Teori Francis Fukuyama menyatakan bahawa dunia akan A. B. C. menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran sekularisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran sekularisme dan teknologi Barat setelah keruntuhan komunisme menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran sekularisme dan sosialisasi Barat setelah keruntuhan komunisme

D.

Jawapan anda

hussain 2011

96

S17
Setelah runtuhnya ideologi komunis, dua negara ini telah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik Rusia China Vietnam Korea Utara A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

97

S18
Teori The Clash of Civilizations menjangkakan bahawa
A. B.

C.

D.

Akan berlaku pertembungan antara kepentingan tamadun Barat dengan kepentingan syarikat multi nasional Akan berlaku pertembungan nilai antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun cemerlang pada zaman lepas Akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan ekonomi sejagat Akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan suasana politik sejagat

Jawapan anda

hussain 2011

98

S19
Menurut teori The Clash of the Civilizations, di antara petanda awal pertembungan tamadun ialah A. Peristiwa pengeboman di Iraq B. Peristiwa 11 September 2001 C. Peristiwa Peperangan Teluk pada tahun 1990 D. Peristiwa peperangan di Bosnia Herzegovina

Jawapan anda

hussain 2011

99

S20
Teori The Clash of Civilizations dianggap sebagai satu realiti sehinggakan Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan A. Perang Terhadap Islam B. Perang Terhadap Musuh C. Perang Terhadap Tamadun D. Perang Terhadap Keganasan

Jawapan anda

hussain 2011

100

S21
Nyatakan kesan daripada pengaruh penjajahan dan dominasi barat terhadap dunia Islam dan Asia? A. Rasa tinggi diri yang berpanjangan B. Rasa megah diri yang berpanjangan C. Rasa bangga diri yang berpanjangan D. Rasa rendah diri yang berpanjangan

Jawapan anda

hussain 2011

101

S22
Apakah faktor yang menyebabkan Amerika Syarikat menganggap dirinya sebagai sebuah kuasa politik global?

A. Kekuatan ketenteraan dan pertahanannya B. Negara-negara lain memberi pengiktirafan akan kekuatan pengaruhnya C. Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa bersaru melantiknya sebagai polis dunia D. Tidak ada negara-negara lain yang ingin menyaingi kekuatan pengaruh dan kehebatan ketenteraannya

Jawapan anda

hussain 2011

102

S23
Antara kenyataan berikut yang manakah bukan merupakan kesan positif hasil daripada interaksi Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam dan Asia A. B.

C.

D.

Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Asia dan dunia amnya Meningkatkan perkembangan Sains dan Teknologi dan memberi manfaat kepada dunia Islam dan Asia Membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan membawa keselesaan material kepada masyarakat Asia Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan kemewahan golongan menengaj di kebanyakan negara dunia

Jawapan anda

hussain 2011

103

S24
Kenyataan yang berikut adalah merupakan asas kepada Teori Pertembungan Tamadun sepertimana yang dikemukakan oleh Huntington kecuali A. B.

C.

D.

dunia akan menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun selepas era perang dingin, perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi berkaitan ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun

Jawapan anda

hussain 2011

104

S25
Manakah di antara cabaran berikut yang paling dominan terhadap pertembungan antara peradaban dan tamadun? A. Proses globalisasi B. Perbezaan matawang C. Kepelbagaian tamadun D. Persaingan senjata nuklear

Jawapan anda

hussain 2011

105

S26
Manakah antara kenyataan berikut yang tidak berkaitan dengan dialog antara tamadun?
A.

B.

C.

D.

Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan Tamadun Islam dan Tamadun Asia sentiasa menekankan penerimaan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri Setiap bidang dalam masyarakat menurut pendirian Islam dan tamdun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral Manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia

Jawapan anda

hussain 2011

106

S27
Apakah kesan besar peristiwa 11 September 2001 kepada umat Islam?
A. B.

C.

D.

Islam semakin diterima oleh masyarakat Barat Presiden Amerika selalu menziarahi negara-negara Islam Golongan minoriti Islam di Barat sering diberikan perhatian Dialog antara golongan Islam Minoriti dan golongan Islam Majoriti semakin meningkat

Jawapan anda

hussain 2011

107

S28
Berikut merupakan perkaraperkara yang perlu diberikan perhatian dalam mengadakan dialog antara tamadun di Malaysia kecuali A. B. C. Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia Jumlah penguasaan ekonomi setiap bangsa di Malaysia Persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya Mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan taamdun di Malaysia

D.

Jawapan anda

hussain 2011

108

S29
Apakah cabaran globalisasi yang dihadapi oleh dunia yang berbilang tamadun pada masa kini? Dominasi Media oleh Barat Dominasi Politik oleh Barat Dominasi Ekonomi oleh Barat Dominasi Budaya Kebendaan Barat A. B. C. D. I dan II II dan III II,III dan IV Semua di atas I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

109

S30
Apakah kesan yang paling ketara akan berlaku jika usaha untuk mengadakan dialog antara peradaban tidak diberikan perhatian? A. B. C. D. Setiap tamadun akan lebih maju Tiada sebarang kesan yang akan berlaku Saling tidak mengenal antara satu sama lain Terdedah kepada suasana konflik yang berterusan

Jawapan anda

hussain 2011

110

JAWAPAN ANDA

SALAH
Maaf, sila cuba lagi!
Kembali
hussain othman copyright 2011

TAHNIAH!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI!
Kembali
hussain othman copyright 2011

Tamat Sesi Pembelajaran Quick Learning

Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji Topik


Tamat sesi pembelajaran Process Learning
hussain 2011 113

Anda telah tamat sesi Quick Learning!


Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya
Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!

Teruskan usaha meningkatkan ilmu dan hikmah kebijaksanaan dalam kehidupan anda!

Tahniah!
Anda telah berlabuh di pelabuhan utama!

Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!


hussain othman copyright 2011

Ulang Semula Proses Pembelajaran