Anda di halaman 1dari 116

Topik 5

Tamadun Cina
INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!
hussain othman copyright 2011

TERUS

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda


Pembelajaran Pantas (Quick Learning)
Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti
menonton video persembahan slaid menjawab soalan latihan

Pembelajaran Proses (Process Learning)


Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:
Pembelajaran berbantukan pensyarah Proses pembelajaran melengkapkan semua tugasan Ulangkaji menyeluruh

Kaedah ini sesuai untuk;


Mendapatkan gambaran awal tentang topik Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum peperiksaan

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Quick Learning!

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick Learning

Process Learning

Quick Learning
Klik:

TONTON VIDEO

Klik:

PERSEMBAHAN SLAID

Klik:

JAWAB SOALAN LATIHAN


Tamat Sesi Quick Learning

Tangga 1
Mengenalpasti Isu Pembelajaran
5. Refleksi 4. Mengenalpasti Isu Pembelajaran 3. Mengenalpasti Idea 2. Mengenalpasti Fakta 1. Pengenalan Kepada Kes Senario

Process Learning

TERUS

Usaha pencarian mereka di Harappa membuahkan hasil. Topik 5 Slaid 1 Namun begitu mereka hanya Begini Prof., sebaik sahaja kami dapat menemui Dr. Samy sampai di sini kami telah sahaja. berusaha untuk mencari jalan kembali ke zaman kita. Namun Terima kasih Prof. Kerana begitu segala usaha tidak berusaha mencari kami, berhasil. Pada suatu hari Dr. dalam keadaan sebak Dr. Koh membuat beberapa Samy memeluk Profesor percubaan dan tiba-tiba mesin tersebut hilang lenyap Kamal sebaik sahaja mereka bersamanya sebelum dia dapat bertemu di tengah-tengah menekan butang pelancar dan keriuhan orang ramai di kota membuka pintu untuk saya Harappa. masuk ke dalamnya, Dr. Samy memberi penjelasan kepada Tapi, di mana Dr. Koh? mereka berdua. Profesor Kamal tidak sabar nak mengetahui nasib seorang lagi sahabat baiknya.

Senario Kes:

Senario Kes:
Topik 5 Slaid 2
Tak apa Dr. Samy, saya rasa komputer di dalam Musafir Zaman ini akan dapat berkomunikasi dengan komputer di makmal untuk mengetahui di mana lokasi Dr. Koh bersama mesin tersebut. Saya akan cuba usahakan besok hari, Profesor Kamal memberi jaminan. Keesokan harinya mereka menuju ke tempat di mana mereka menyembunyikan Musafir Zaman. Setelah berusaha beberapa jam lamanya akhirnya Profesor Kamal berteriak kesukaan, Ya, berjaya, saya telah berjaya menemui koordinat Dr. Koh.

Mereka bertiga akhirnya bersesak-sesak masuk ke dalam Musafir Zaman, mesin merentas masa yang direka untuk memuatkan dua orang sahaja. Profesor Kamal memasukkan koordinat di dalam paparan komputer Musafir Zaman dan dalam sekelip mata mereka sudah berada berdekatan Tembok Besar Negeri China. Bersebelahan dengan tembok tersebut terlihat sebuah mesin yang cukup dikenali oleh Profesor Kamal dan begitu juga dengan orang yang sedang berdiri bersandar pada kereta tersebut. Mereka akhirnya dapat menemui Dr. Koh dan mesin merentas masa pertama rekaan mereka. Usaha pembaikan dibuat dan akhirnya mesin tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Prof., Dr. Samy dan Amir, saya rasa sebelum kita balik ke Malaysia pada zaman kita elok juga kita terokai dahulu kehebatan Tamadun Cina ini. Walaupun saya sudah hampir setahun di sini tetapi masih terlalu banyak untuk kita pelajari. Dengan adanya mesin merentas masa yang telah dibaiki ini dan mesin Musafir Zaman dapatlah kita terokai Tamadun Cina ini pada pelbagai zaman bersamasama, Dr. Koh memberikan cadangannya.

Senario Kes:
Topik 5 Slaid 3
Pada Amir cadangan Dr. Koh ini seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Kali ini akan bertambahlah lagi ilmu pengetahuan berasaskan pengalaman yang dapat diperolehinya untuk dibawa balik sebagai bekalan mempelajari kursus TITAS. Lebih memudahkan keadaan Dr. Koh ada bersama-sama mereka. Dapatlah mereka menyelesaikan masalah komunikasi dengan masyarakat Cina yang berbahasa Mandarin dan dialek-dialek lain. Amir membuat senarai semak perkaraperkara penting yang perlu dipelajarinya berkaitan Tamadun Cina; sejarah, kerajaan dan pentadbiran, masyarakat, budaya, pencapaian, sumbangan Islam dalam Tamadun Cina, sumbangan Tamadun Cina kepada dunia dan banyak lagi... Penerokaan mereka dijangkakan tamat pada zaman Maharaja Terakhir atau the Last Emperor.

Aktiviti Tangga 1
Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik. Soalan yang perlu anda fikirkan dan bincangkan adalah berkaitan dengan senarai semak yang dibuat oleh Amir... Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A. Setelah selesai mengisi ruangan ini sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Aktiviti Tangga 1
Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A! Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri
5. Refleksi 4. Rujukan Bahan Tambahan 3. Ulangkaji Keseluruhan Modul 2. Ulangkaji Ringkasan Modul 1. Ulangkaji Bahan Video
TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 5 yang disediakan di dalam CD;
Tayangan Video Persembahan Slaid Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 5 di dalam modul TITAS. Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumbersumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Ulangkaji Bahan Video


Hayati intipati topik dengan menonton video ini

Terus ke Process Learning Kembali ke Quick Learning

hussain othman copyright 2011

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

NOTA Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.
hussain othman copyright 2011

TERUS

Persembahan Slaid Topik 5

Tamadun Cina

hussain 2011

14

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)


Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat: Menghuraikan dengan jelas latar belakang sejarah, kerajaan dan pentadbiran yang wujud dalam Tamadun Cina Menganalisis secara kritis isu-isu berkaitan kepelbagaian masyarakat, budaya dan sumbangan yang diberikan oleh Tamadun Cina kepada dunia. Mempamerkan sikap toleransi dan menghormati budaya serta cara hidup masyarakat yang berbeza melalui tugasan secara berkumpulan

hussain 2011

15

Persekitaran Geografi Budaya Cina


Pembentukan tamadun Cina banyak bergantung pada persekitaran dalaman seperti zaman Xia Shang Zhou. Bangsa Xia, Shang dan Sou mengadakan aktiviti kehidupan mereka di wilayah Zhong Yuan dan Barat Laut. Di sebelah selatan terdapat rintangan bukit-bukit, di sebelah utara terdapat padang pasir yang luas dan di sebelah barat terdapat tanah curam.

Kerangka Masyarakat Budaya Cina


Masyarakat Cina dibentuk oleh bangsa Jia Zu dan keluarga. Ia dilengkapi dengan sempurnanya sistem Zong Fa dengan hubungan darah dalam mengawal kerangka keluarga dan sistem bangsa. Jia Zu dan Zong Zu ada sesetengahnya akan menjadi hamba dalam sistem itu. Sistem ini dibahagi kepada Da Zong dengan Xiao Zong seperti dalam prinsip Wu Lun (5 perhubungan).

Ekonomi Pertanian
Susunlapis masyarakat Cina dibahagi kepada 4 peringkat iaitu kaum pelajar, kaum tani, kaum pekerja dan kaum pedagang. Dalam budaya Cina, setiap dinasti dalam mentadbir negara menganggap rakyat sebagai paling asas iaitu memberi perhatian tentang keadaan rakyat dan menyelesaikan persoalan kehidupan rakyat. Cina merupakan negara pertanian yang besar. Oleh sebab itu, pertanian merupakan asas dalam pembangunan negara.

Konsep warisan falsafah Cina


Konsep Ren
Takrif : Ren membawa maksud kemanusiaan, kasih sayang. Ren sebagai kesedaran akhlak, kod nama untuk seluruh akhlak Pengajian Ren sebagai pemikiran falsafah. Pengajian Ren sebagai pemikiran etika. Pengajian Ren sebagai pemikiran politik

Konsep Li
Takrif : Li membawa pengertian tatasusila; sistem masyarakat; peraturan pelakuan perhubungan di antara manusia dengan manusia; untuk membezakan order susun lapis masyarakat; sebagai kerangka pentadbiran negara; lambang adat istiadat corak kehidupan status yang berbeza

Konsep warisan falsafah Cina


Konsep Zhong Yong
Takrif : Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau mengurangi dari segi akhlak; jalan pertengahan untuk mengimbangkan dan mengharmonikan segala perkara sebagai asas konsep jati diri; menekankan kepercayaan akhlak, hasrat akhlak dan harapan akhlak tentang keikhlasan dan kejujuran diri; prinsip membangun diri, prinsip perhubungan sosial, prinsip menjadi manusia. Ia merupakan satu kesedaran dan keinsafan dalam pembentukan akhlak

Konsep warisan falsafah Cina


Konsep Zong
Takrif : Taat dan setia; tidak berbelah bahagi; apa yang kita ingin dirikan untuk diri kita, kita dirikan juga untuk orang lain; melakukan sesuatu kerja sedaya upaya dengan memenuhi tanggungjawab diri sendiri.

Konsep Shu
Takrif : Kemaafan; apa yang kita tidak ingin orang lain lakukan terhadap diri kita, kita jangan lakukan terhadap orang lain

Konsep Yi
Takrif : Kewajaran; keadilan; perkara yang sepatut kita lakukan

Wilayah
Perairan sungai Kuning (Yellow river) merupakan pusat pertumbuhan peradaban Kuno di utara. Pemikiran tradisi Konfusianisme merupakan wakil peradaban di sebelah utara. Perairan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban Kuno di selatan Pemikiran tradisi Daoisme merupakan wakil peradaban di sebelah selatan.

Konsep Chiu Ting dan Chiu Zhou


Perkataan Ting merupakan lambang kuasa raja dan peralatan penting negara. Ting merupakan lambang kuasa raja sekiranya Ting berada negara wujud, sekiranya Ting berpindah tangan maka negara lenyap. Pembesar-pembesar (Chu Hou) tidak boleh memiliki Ting dan juga tidak boleh bertanya berat/ringan atau besar/kecilnya Ting. Pembuatan Ting bermula pada dinasti Xia sebagai peralatan negara yang penting. Konsep Chiu (sembilan) merupakan satu angka yang paling disanjung tinggi dalam masyarakat purba cina dan angka ini bersama dengan angka lima, panggilan untuk sembilan lima adalah untuk menunjukan kemuliaan dan kehormatan pada kuasa raja. Apa yang dimaksudkan penghormatan sembilan lima adalah ditujukan sebagai kuasa raja. Konsep Wu Fan (lima arah) mudah berkembang kepada Chiu Fan (sembilan arah). Wu Fan adalah dimaksudkan timur, barat, selatan, utara, dan tengah. Chui Fan pula selain dari timur, barat, selatan, utara, dan tengah ditambah dengan empat bahagian lagi.

Sejarah
Asal usul dan latar belakang Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di utara dan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di selatan. Kebudayaan Yangshao merupakan tamadun yang paling awal di provisi Shaanxi. Kebudayaan Longshan bertempat di provisi Shandung dan peradaban zaman gangsa terletak di provisi Jiangxi.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Kisah mitos cina Dalam pemikiran orang primitif cina, dunia terbahagi kepada dua, iaitu dunia manusia dan dunia Tuhan. Di antara kuasa Tuhan dengan kuasa manusia, kuasa Tuhanlah yang mengatasi segala-galanya. Pada pemikiran orang dahulu, menganggap Yao, Lao dan Sun merupakan raja-raja dalam mitos dan raja-raja Lao dan Sun menjadi contoh kepada raja-raja di kemudian hari, bahkan menjadi contoh keseluruhan akhlak rakyat purba Cina.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Huang Di merupakan datuk nenek bersama bangsa Zhong Hua. Orang cina moden memanggil dirinya Yen Huang Zi Xun (keturunan cina). Huang Di merupakan datuk bersama orang cina dan juga merupakan akal budaya tionghua. Tidak boleh dinafikan tentang Huang Di. Sebaliknya kalau dinafikan maka tiadalah cina dan ras kemegahan serta rasa keyakinan bangsa cina. Konsep Wu Fan (lima arah) berubah menjadi lima warna atau lima arah warna. Konsep lima warna secara langsung ada hubung kait penyatuan politik dan dinasti raja sebaliknya kuasa raja memerlukan konsep ketuhanan oleh sebab itu pemerintah dinasti Zhou memuja warna kuning dan secara tidak langsung ia menunjukan pemujaan terhadap Huang Di. Perkataan Huang Di sama dengan Wang Di. Pada warna dipanggil Huang (kuning) dan pada kuasa dipanggil Wang (raja) Wu Fan Se (Lima arah warna) ditafsirkan sebagai Wu Di (lima raja) dengan jelas menunjukan Wang Di sebagai raja ditengah.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Konsep San Wang Wu Di: Pada peringkat awal San Wang dirujukan kepada Tian Wang, Ti Wang, Ren Wang. Pada peringkat kedua adalah Wu Di iaitu Wang Di, Tuan Yue, Di Kao, Lao, Sun. Pada peringkat ketiga, pada tiga zaman iaitu Xia, Shang, Zhou dianggap sebagai Wang Dao (raja berakhlak). Pada peringkat akhir, iaitu Zaman Chun Qiu Zhang Guo dianggap sebagai Bao Dao (Hegamono).

Punca Pertumbuhan Tamadun


Tamadun Dinasti Xia Sejarah tamadun cina yang paling penting adalah sejarah bangsa Han. Panggilan orang Han atau bangsa Han bermula pada dinasti Han, raja Kou Chu (Liu Ban). Panggilan orang cina hanya dengan gelaran Xia atau Hua Xia.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Tamadun Dinasti Shang Perhubungan Shang dengan Xia. Dinasti Shang merupakan Dinasti kedua negara cina.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Tamadun Dinasti Zhou Sistem Zong Fa. Sistem negara dan desa. Sistem pematuhan terhadap negara kurnian. Sistem tanah perigi. Persoalan Bandar dan wilayah. Pemujaan terhadap Tian.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Tamadun Chun Qiu: keruntuhan adab dan muzik (peradaban). Sifat perubahan masyarakat pada zaman Chun Qiu. Keruntuhan adab dan muzik. Zaman keruntuhan and sistem rampasan kuasa. Kehancuran sistem darjat masyarakat.

Punca Pertumbuhan Tamadun


Tamadun Zhang Guo Peperangan tujuh negara. Perubahan perundangan setiap negara.

Bangsa
Bangsa Cina adalah digabungkan oleh lima kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu (bangsa Tionghua). Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali dengan nama Bangsa Hua Xia kemudian bertukar nama kepada bangsa Han dan bangsa Tang pada Dinasti Tang.

Bangsa
Konsep Min Zu (Bangsa): Konsep Min Zu (bangsa) lebih dirujukkan kepada penjenisan bangsa Cina, bangsa HuaXia, Han, Tang dan Hui kerana pembentukan bangsa Cina berlandas kepada 5 kumpulan suku bangsa. Konsep Bangsa Tionghua: Konsep bangsa Tionghua pula dirujukkan kepada bahasa Han dan budaya yang diciptakan oleh bangsa Han. Budaya Cina mempunyai ciri-ciri sifat kesatuan, kepelbagaian dan perkembangan wilayah.

Konsep Guo Jia (Negara)


Konsep Negara Cina Zhong Guo (Tiongkok) membawa pengertian Negara Tengah manakala konsep Zhong Hua (Tionghua) pula adalah gabungan dari istilah Zhong guo dengan Hua Xia yang lebih ditujukan kepada konsep wilayah. Konsep Zhong Hua menerangkan tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina yang merujuk kepada Bangsa Han dan mempunyai pengertian Konsep Budaya iaitu budaya Zhong Yen.

Konsep Guo Jia (Negara)


Konsep Negara adalah dirujukkan kepada konsep mengkeluargakan seluruh negara. Istilah negara adalah gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga). Konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem kenegaraan. Konsep Xiao (berbakti) merupakan asas dalam sistem kekeluargaan. Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem kenegaraan. Dalam budaya Cina kesedaran bangsa lebih tinggi daripada kesedaran Negara.

Konsep Tian Xia (Bawah Langit)


Konsep Tian Xia membawa pengertian di bawah langit, kerajaan dan seluruh alam. Dalam budaya global orang Cina membahagikan konsep Guo (Negara) dengan Tian Xia (seluruh alam/bawah langit). Mereka menempatkan Guo di bawah Tian Xia dan menganggap Guo sebagai kuasa politik dan Tian Xia sebagai budaya. Fahaman Tian Xia merupakan pandangan Cina dalam mengendalikan proses integrasi budaya di antara budaya Cina dengan budaya asing.

Bahasa
Bahasa Cina adalah merupakan panggilan pada Hanyu (Bahasa Han) dan kemudian berkembang dengan bahasa baku Beijing sebagai bahasa kebangsaannya. Bahasa Cina juga dikenali dengan panggilan bahasa Mandarin. Pada masa ini, ejaan bahasa cina menggunakan sistem PinYing romanis.

Bahasa
Bahasa Cina terbahagi kepada bahasa lisan dan bahasa tulis. Bahasa lisan terbahagi kepada puluhan dialek yang berbezabeza. Bahasa tulis Cina merupakan bahasa kebangsaannya yang menyatukan seluruh rakyat Cina yang bertutur dengan dialek yang berbeza. Bahasa Cina dipanggil juga bahasa Han yang menunjukkan maksud pada perkataan.

Epoch
Tamadun Xia, Shang, Zhou: Merupakan tamadun kuno cina Tamadan Chunqiu, Changguo: Merupakan zaman pertumbuhan ahli-ahli fikir dan pelbagai aliran falsafah Tamadun dinasti-dinasti Cina
Dinasti Han merupakan zaman tamadun Konfusianisme dan tamadun lain diketepikan Dinasti Tang merupakan zaman keemasan dari segi sosial masyarakat, politik dan pelbagai sistem

Masyarakat dan Budaya


Sistem masyarakat: Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Dalam sistem masyarakat, tradisi mengutamakan order sosial dan lima perhubungan etika Sistem kekeluargaan: Ia menekankan kuasa bapa sebagai pusat dalam sistem kekeluargaan. Nilai sistem Sangkang (hubungan raja dengan pembesar, ayah dengan anak dan suami dengan isteri), Wu Chang (merupakan nilainilai seperti Ren; kemanusian, Yi; kewajaran/keadilan, Li; tatasusila/kesopanan, Zhi; kebijaksanaan, Xin; kepercayaan/amanah)

Pelbagai Agama dalam Tamadun Cina


Agama Buddha dan Falsafahnya Semenjak agama Buddha dari India di bawa masuk ke China dari dinasti Han sampai ke dinasti Tan, orang Cina telah meresapkan falsafah agama Buddha menjadi corak Cina. Agama Buddha yang penting terbahagi kepada aliran Tian Tai Zong, Wei Si Xong, Hua Yuan Zong dan Zen Du Zong.

Pelbagai Agama dalam Tamadun Cina


Agama Dao dan falsafahnya Agama Dao merupakan agama yang sedia ada dalam warisan China. Penganutnya menganggap Lao Zi sebagai ketua agamanya dan diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zi. Mereka memuja dewa dewi dan mencari kaedah untuk hidup lama.

Pelbagai Agama dalam Tamadun Cina


Agama Islam dan Falsafahnya Cina Muslim telah menggunakan kategori konsep Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran agama Islam. Mereka dibawah kerangka pengajian tauhid memberi pengertian Teologi. Falsafah pemikiran agama Islam China merupakan hasil gabungan budaya pemikiran Konfusianisme dengan agama Islam.

Pandangan semesta dan nilai-nilai


Kerangka sistem nilai kepelbagaian dalam peradaban Cina: Empat aliran falsafah iaitu Konfusianisme, Moisme, Daoisme dan Legalis merupakan ukuran sistem konsep nilai yang paling mempunyai pengaruh dan teoritikal.

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Kesusasteraan
Puisi Prosa Drama Fiksyen

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Kesenian
Muzik Klasik Kaligrafi Seni lukis Seni pembinaan

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Sains dan Teknologi Cina Bidang sains dan teknologi cina mengandungi pelbagai aspek seperti ilmu pertanian, ilmu matematik, astronomi, kalendar, ilmu farmatologi, geologi, fizik, kimia, biologi, arkitek, teknik tenunan, melombong emas dan teknik pelayaran.

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Ilmu farmakologi cina: berkembang sejak dinasti Qin dan Han. Astronomi: sumbangan ahli astronomi Islam dengan penciptaan 7 alat astronomi. Bidang Matematik: Dalam aspek matematik telah mencipta sistem nilai anjakan angka puluh

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Teori Yin Yang: Teori Yin Yang merupakan percanggahan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif sesuatu benda. Ia juga saling bergantung di antara satu sama lain dan ia juga saling melenyap dan menghidup antara satu sama lain Konsep Wu Xing: Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah. Konsep ini saling mengawal dan saling mengatasi antara satu sama lain seperti api dengan air Kedua-dua konsep ini digunapakai dalam perubatan Cina.

Pencapaian dalam pelbagai bidang


Empat Penciptaan Agung
Teknik membuat kertas Percetakan Bahan letupan Kompas

Iktibar Tamadun Cina


Keruntuhan sistem moral Hakisan sistem kekeluargaan Perkembangan budaya ke arah ekstrimis Cabaran zaman moden

Interaksi dengan Tamadun Lain


Interaksi budaya cina dengan Barat: Kemasukan budaya barat telah mengubah kerangka budaya cina. Interaksi budaya cina dengan Korea: aspek imigrasi, pengaruh Konfusianisme, sistem pemerintahan, agama Buddha, bahasa, seni tembikar, seni lukis, seni arca. Interaksi budaya cina dengan Jepun: Membawa masuk teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas besi dan gangsa. Interaksi budaya cina dengan Vietnam: Penerapan kebudayaan cina, sistem bahasa, pemikiran dan adat resam dan sistem nilai. Interaksi budaya cina dengan India: Kemasukan agama Buddha dan fonetik bahasa cina, penulisan naratif.

Interaksi dengan Tamadun Lain


Interaksi budaya cina dengan dunia Islam: kelahiran ulama, terjemahan kitab al-Quran dan hadis ke dalam bahasa cina, pertembungan nilai Konfucianisme (Wudie) dengan Islam (Wugong), pertumbuhan pendidikan madrasah, terjemahan kitab perubatan Ibn Sinna dan karya Li Xun iaitu Haiyao bencao (Material Medina Seberang Laut) dan penciptaan tujuh jenis peralatan astronomi dan kalendar Hui Hui.

Kesimpulan
Tamadun Cina memberikan banyak pengajaran kepada kita untuk melihat secara lebih meluas tentang pengimbangan nilai tradisi pelbagai peradaban dan pembinaan negara bangsa.

Kembali ke Quick Learning

Tamat Persembahan Slaid


Terus Kepada Process Learning

hussain 2011

64

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang! Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

hussain othman copyright 2011

TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 5 di dalam modul TITAS.

Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN B2? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 3!

Tangga 3
Laporan Kepada Kumpulan
5. Refleksi 4. Persediaan Pembentangan 3. Rumusan Kumpulan 2. Laporan Kepada Kumpulan 1. Perjumpaan Bersama Kumpulan
TERUS

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.
Nota: anda juga boleh menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik. Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4. Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel. Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN C? Jika sudah selesai anda telah bersedia untuk bergerak ke TANGGA 4!

Tangga 4
Pembentangan
5. Refleksi 4. Rumusan (Bersama Pensyarah) 3. Perbincangan (Bersama Pensyarah) 2. Penilaian Keserakanan 1. Pembentangan (Selari / Forum)
TERUS

TANGGA 4
Pembentangan - (Oral @ Forum)

Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum. Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Pembentangan Selari
Pembentangan selari; antara dua kumpulan atau berpecah
Setiap dua ahli panel yang dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain. Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah. Sesi pembentangan adalah antara 20 30 minit sahaja.

Sesi Forum
Forum di dalam kumpulan atau di antara dua kumpulan. Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 30 minit. Akan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik bagi topik ini. Jika forum antara dua kumpulan, moderator daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Untuk sesi penilaian: Setiap kumpulan akan melantik seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Refleksi
Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN D? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 5!

Tangga 5
Refleksi Keseluruhan
5. Refleksi Keseluruhan
4. Refleksi Hasil Pembelajaran
Insaniah)
(Kemahiran

3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif) 2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji 1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji
TERUS

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah


Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN E1? Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab Soalan Latihan Topik

Jawab Soalan Ulangkaji


Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual. Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIF

SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF


Sila jawab semua soalan. Pilih A, B, C atau D

hussain 2011

TERUS80

Klik Soalan Pilihan Anda


1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

25

26

27

28

29

30

Kembali ke Quick Learning

Tamat menjawab

S1
Apakah fahaman yang merangkumi Konsep Tian dalam pandangan semesta Tamadun Cina? Tian adalah kuasa penentu nasib sesebuah dinasti Tian adalah yang maha agung dan mengatasi segala sesuatu Tian adalah kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan Tian merupakan sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan IV Semua di atas I.

II.
III. IV.

Jawapan anda

82

S2
Di manakah pusat pertumbuhan Tamadun Cina di sebelah utara?

A. B. C. D.

Huang He Chang Jiang Wilayah Shanxi Wilayah Shandong

Jawapan anda

hussain 2011

83

S3
Apakah pengertian konsep Zhong Guo dalam tamadun Cina?

A. B. C. D.

Negara Bangsa Negara Tengah Wilayah Tengah Wilayah Tanah Jajahan

Jawapan anda

hussain 2011

84

S4
Berikut adalah sumbangan terbesar tamadun Cina terhadap perkembangan teknologi dunia Kompas Percetakan Bahan letupan Pembuatan Kertas

A. B. C. D.

I dan II III dan IV I, II dan IV Semua di atas

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

85

S5
Berikut adalah merupakan ajaran utama Konfusius yang menekankan amalan nilai dan sifat yang mulia kecuali A. B. C. D. Li (kesusilaan) Xiou (ketaatan) Ren (kemanusiaan) Fa (undang-undang)

Jawapan anda

hussain 2011

86

S6
Dua kebudayaan utama yang menjadi tanda kepada tamadun awal di China ialah A. Yangshao dan Gangsa B. Yangshao dan Longshan C. Longshan dan Wu Chang D. Zhong Guo dan Zhong Hua

Jawapan anda

hussain 2011

87

S7
Berikut merupakan pengertian kepada konsep Dao yang menjadi asas kepada pandangan semesta tamadun Cina kecuali A.

B.
C.

D.

Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan (the way) Dao adalah prinsip agung yang mutlak serta asal usul semua makhluk (wanwu) Dao adalah sifat mulia yang tidak melampaui batas sama ada yang terlebih atau terkurang Dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka

Jawapan anda

hussain 2011

88

S8
Percanggahan dan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif dikenali sebagai A. Teori Shi dan Shu B. Teori Yin dan Yang C. Teori Feigong dan Feiming D. Teori Zhongyong dan Junzi

Jawapan anda

hussain 2011

89

S9
Kemuncak kegemilangan Islam di China adalah pada zaman A. Dinasti Yuan (12711368) B. Dinasti Ming (13681644) C. Dinasti Han (206 SM-220 SM) D. Dinasti Qin (221 SM207 SM)

Jawapan anda

hussain 2011

90

S10
Bangsa Xia, Shang dan Sou mengadakan aktiviti kehidupan mereka di wilayah Barat Laut Shandong Timur Laut Zhong Yuan A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

91

S11
Berikut adalah di antara susun lapis masyarakat Cina KECUALI A. B. C. D. Kaum petani Kaum pelajar Kaum pekerja Kaum pahlawan

Jawapan anda

hussain 2011

92

S12
Konsep Li membawa pengertian perkara berikut Tatasusila Sistem masyarakat Kerangka pentadbiran negara Peraturan pelakuan perhubungan di antara manusia dengan manusia I. II. III. IV. A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III Semua di atas

Jawapan anda

hussain 2011

93

S13
I. II. Konsep Zhong Yong membawa maksud prinsip mementingkan diri untuk menjadi insan terbaik Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau mengurangi dari segi akhlak jalan pertengahan untuk mengimbangkan dan mengharmonikan segala perkara sebagai asas konsep jati diri menekankan kepercayaan akhlak, hasrat akhlak dan harapan akhlak tentang keikhlasan dan kejujuran diri A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV

III.

IV.

Jawapan anda

hussain 2011

94

S14
Apa yang kita tidak ingin orang lain lakukan terhadap diri kita, kita jangan lakukan terhadap orang lain. Kenyataan ini menjelaskan tentang A. B. C. D. Konsep Li Konsep Yi Konsep Shu Konsep Zong

Jawapan anda

hussain 2011

95

S15
Pilih kenyataan yang BENAR tentang wilayah dalam Tamadun China di bawah A. B.

C.

D.

Pemikiran tradisi Daoisme merupakan wakil peradaban di sebelah selatan Pemikiran tradisi Konfusianisme merupakan wakil peradaban di sebelah timur Perairan sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan peradaban Kuno di selatan Perairan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban Kuno di utara

Jawapan anda

hussain 2011

96

S16
Istilah Wu Fan dirujuk kepada A. B. C. D. Luas atau sempit Berat atau ringan Tinggi atau rendah Kedudukan atau arah

Jawapan anda

hussain 2011

97

S17
Manakah kenyataan yang BENAR tentang pusat pertumbuhan tamadun Cina A. Tamadun Cina di barat berpusat di Tibet B. Tamadun Cina di timur berpusat di Beijing C. Tamadun Cina di utara berpusat di Sungai Kuning D. Tamadun Cina di utara berpusat di Chang Jiang

Jawapan anda

hussain 2011

98

S18
Berikut adalah di antara kebudayaan paling awal tamadun Cina KECUALI
A. B. C. D. Kebudayaan Yangshao Kebudayaan Longshan Kebudayaan Tanah Tinggi Tibet Kebudayaan peradaban zaman gangsa

Jawapan anda

hussain 2011

99

S19
Konsep kewujudan sebuah negara (Guo Jia) paling awal lahir apabila A. Wujudnya sebuah negeri B. Wujudnya sebuah wilayah C. Wujudnya sebuah kampung D. Wujudnya sebuah perbandaran

Jawapan anda

hussain 2011

100

S20
Berikut adalah di antara raja-raja dalam kisah mitos asal usul dalam tamadun Cina Yao Lao Sun Xiao A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, III dan IV

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

101

S21
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang bangsa Cina A. B.

C.

D.

Digabungkan oleh dua kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu Digabungkan oleh tiga kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu Digabungkan oleh empat kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu Digabungkan oleh lima kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu

Jawapan anda

hussain 2011

102

S22
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang konsep Zhong Hua (Tionghua) Asas kepada sistem kekeluargaan dan bernegara Gabungan dari istilah Zhong guo dengan Hua Xia Mempunyai pengertian konsep budaya Zhong Yen Menerangkan tanah jajahan pemerintahan Bangsa Han

A. B. C. D.

I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV

I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

103

S23
Pilih kenyataan yang BENAR tentang bahasa dan tulisan dalam tamadun Cina Hanzi adalah tulisan Hanyu adalah bahasa Mandarin adalah istilah yang digunakan oleh bangsa asing terhadap Hanzi Bahasa dan sistem tulisan Cina diseragamkan pada zaman Dinasti Tang A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, II dan IV I. II. III.

IV.

Jawapan anda

hussain 2011

104

S24
Agama Buddha mula dibawa masuk ke benua Cina pada zaman dinasti A. B. C. D. Xia Han Song Tang

Jawapan anda

hussain 2011

105

S25
Berikut adalah kenyataan yang benar tentang agama Dao dalam tamadun Cina A. Tidak mempunyai kitab ajaran B. Terbahagi kepada tiga aliran utama C. Diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuangzi D. Agama yang dibawa masuk daripada kepulauan Jepun

Jawapan anda

hussain 2011

106

S26
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang agama Islam dalam tamadun Cina A. B. C. Islam telah mengubah rupa bentuk budaya Cina kepada budaya Arab Cina Muslim menggunakan konsep Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran agama Islam Falsafah pemikiran agama Islam China merupakan hasil gabungan budaya pemikiran Moisme dengan agama Islam Ajaran Islam tidak dapat berkembang maju di Cina kerana kebanyakan falsafah hidupnya tidak sesuai dengan budaya Konfusianisme

D.

Jawapan anda

hussain 2011

107

S27
Berikut adalah di antara ajaran penting dalam Moisme KECUALI
A. B. C. D. Benci peperangan Kasih sayang sejagat Menyerah kepada nasib Mengutamakan cerdik pandai

Jawapan anda

hussain 2011

108

S28
Aliran Legalis dirumuskan oleh ahli falsafah Cina bernama Han Feizi yang mengutamakan A. Pemikiran kebajikan rakyat B. Pemikiran kebebasan mutlak rakyat C. Pemikiran kekuasaan ketenteraan ke atas negara D. Pemikiran kekuasaan pemerintah ke atas rakyatnya

Jawapan anda

hussain 2011

109

S29
Fu merupakan bentuk prosa yang berkembang pada dinasti A. B. C. D. Xia Han Song Tang

Jawapan anda

hussain 2011

110

S30
Zaman keemasan fiksyen dalam tamadun Cina berlangsung ketika pemerintahan A. Dinasti Xia dan Han B. Dinasti Tang dan Han C. Dinasti Ming dan Qing D. Dinasti Tang dan Song

Jawapan anda

hussain 2011

111

JAWAPAN ANDA

SALAH
Maaf, sila cuba lagi!
Kembali
hussain othman copyright 2011

TAHNIAH!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI!
Kembali
hussain othman copyright 2011

Tamat Sesi Pembelajaran Quick Learning

Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji Topik


Tamat sesi pembelajaran Process Learning
hussain 2011 114

Anda telah tamat sesi Quick Learning!


Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya
Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!

Teruskan usaha meningkatkan ilmu dan hikmah kebijaksanaan dalam kehidupan anda!

Tahniah!
Anda telah berlabuh di pelabuhan kelima!

Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!


hussain othman copyright 2011

Ulang Semula Proses Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai