Anda di halaman 1dari 120

Topik 4

Tamadun India
INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!
hussain othman copyright 2011

TERUS

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda


Pembelajaran Pantas (Quick Learning)
Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti
menonton video persembahan slaid menjawab soalan latihan

Pembelajaran Proses (Process Learning)


Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:
Pembelajaran berbantukan pensyarah Proses pembelajaran melengkapkan semua tugasan Ulangkaji menyeluruh

Kaedah ini sesuai untuk;


Mendapatkan gambaran awal tentang topik Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum peperiksaan

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Quick Learning!

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick Learning

Process Learning

Quick Learning
Klik:

TONTON VIDEO

Klik:

PERSEMBAHAN SLAID

Klik:

JAWAB SOALAN LATIHAN


Tamat Sesi Quick Learning

Tangga 1
Mengenalpasti Isu Pembelajaran
5. Refleksi 4. Mengenalpasti Isu Pembelajaran 3. Mengenalpasti Idea 2. Mengenalpasti Fakta 1. Pengenalan Kepada Kes Senario

Process Learning

TERUS

Sejak awal pagi Amir sudah berada di hadapan gudang yang menempatkan makmal dan bengkel Profesor Kamal. Setelah kembali daripada pengembaraan merentas masa meneroka ke seluruh pelusuk Tamadun Islam, Amir begitu teruja untuk meneruskan pengembaraannya bersama Profesor Kamal meneroka beberapa tamadun lain yang wujud pada zaman lampau untuk beberapa tujuan.

Senario Kes:
Topik 4 Slaid 1
Ketika berada di Mesir mereka menemui satu petanda bahawa terdapat dua orang pengembara masa lain yang datang dari Malaysia dan telah sampai ke sana. Berdasarkan kepada maklumat yang tercatat pada bahagian akhir pantun yang mereka temui menunjukkan bahawa nama kedua-dua pengembara masa tersebut adalah Koh dan Samy. Amir merasa yakin bahawa Profesor Kamal mengenali kedua-dua mereka berdasarkan riak wajahnya semasa Amir membaca nota tersebut. Hari ini Amir akan meminta Profesor Kamal berterus terang dan memberikan jawapan yang sebenar tentang mereka dan yang lebih penting lagi ialah cuba membantu mereka untuk kembali ke zaman ini.

Senario Kes:
Topik 4 Slaid 2
Tepat jam 7.45 pagi pintu gudang tersebut dibuka oleh Profesor Kamal. Wajahnya nampak ceria. Rambutnya nampak terurus, janggutnya nampak kemas sekalipun bercampur aduk antara warna putih dan hitam.

Assalamualaikum Prof., sapa Amir. Alaikum salam Amir, masuklah, ajak Profesor Kamal sambil menutup kembali daun pintu setelah Amir melangkah masuk. Daripada laluan masuk pintu gudang tersebut Profesor Kamal berjalan lurus menuju ke makmalnya dan diekori rapat oleh Amir dari belakang. Sampai sahaja di dalam pejabat yang terletak disudut makmalnya, Profesor Kamal menjemput Amir duduk di kerusi berhadapan dengan meja utama tempat beliau menjalankan kerja-kerja penulisan. Dinding disekeliling bilik pejabat tersebut dipenuhi dengan gambargambar, poster dan rajah-rajah saintifik yang pelbagai. Sebahagian besar daripada rajah tersebut tidak difahami oleh Amir.

OK, Amir, saya tahu awak ada soalan yang nak Topik 4 Slaid 3 dikemukakan kepada saya, Profesor Kamal Prof., seperti dapat memulakan perbualan. membaca fikiran saya. Tapi, sebelum awak Itulah soalan yang masih kemukakan soalan terngiang dalam fikiran tersebut baik saya jawab saya sejak kembali dari terlebih dahulu. Awak Mesir tempohari, Amir tentunya tertanya-tanya mencelah. kenapa saya tidak begitu ghairah berusaha mencari identiti Koh dan Samy yang awak temui nama mereka di atas kertas di Kaherah tempoh hari, sambung Profesor Kamal.

Senario Kes:

Senario Kes:
Topik 4 Slaid 4
Ya, sebenarnya mereka berdua adalah sahabat baik saya yang belajar di universiti yang sama dengan saya sehingga kami memperolehi ijazah Doktor Falsafah. Selepas tamat belajar kami bekerja bersama dalam satu kumpulan penyelidik untuk menghasilkan sebuah mesin merentas masa. Kami telah berjaya membina mesin pertama kami pada tahun lepas. Setelah siap dibina kami bersetuju untuk menguji mesin tersebut. Namun begitu disebabkan mesin tersebut hanya boleh memuatkan dua orang sahaja maka kami telah bersetuju agar Koh atau nama sebenarnya Dr. Koh Boon Leong dan Samy atau nama sebenarnya Dr. Sundarasamy Perumal menguji mesin tersebut.

Saya bertugas mengawal selia sistem komputer di makmal yang boleh mengesan di mana mereka berada. Namun begitu setelah mereka berjaya merentas masa dan sampai ke zaman Tamadun Islam akhir abad ke sembilan belas sistem komputer di dalam mesin tersebut tidak dapat berfungsi untuk membawa mereka pulang ke zaman ini. Sebaliknya ia hanya boleh digunakan untuk merentas masa ke belakang atau ke zaman lampau. Oleh itu terpaksalah saya membina semula sebuah lagi mesin masa dengan menggunakan blue print dan pelan yang telah kami siapkan untuk mesin pertama. Saya juga telah memperbaiki sistem komputer pengiraan masa agar mesin ini dapat membawa ke masa lampau atau masa hadapan dan kemudiannya dapat membawa kembali ke masa sekarang. Panjang lebar penjelasan Profesor Kamal dan akhirnya terjawablah segala persoalan yang bersarang dalam fikiran Amir berkaitan dua orang pengembara masa tersebut.

Jadi sekarang apa perancangan kita Prof? tanya Amir ingin tahu. Saya telah membuat perancangan rapi untuk pergi menemui mereka dan membawa bersama perisian komputer yang dapat memperbaiki mesin merentas masa mereka. Saya yakin Musafir Zaman yang telah kita uji sehingga dapat meneroka seluruh pelusuk Tamadun Islam akan dapat membantu kita menemui Dr. Koh dan Dr. Samy.

Senario Kes:
Topik 4 Slaid 5
Komputer di makmal menunjukkan bahawa mesin mereka berada di zaman awal Tamadun India iaitu di Harappa dan Mohenjo Daro. Jika bernasib baik kita akan dapat menemui mereka di situ dengan syarat mereka tidak merentas pergi ke masa yang lebih lampau, jelas Profesor Kamal.

Senario Kes:
Topik 4 Slaid 6
Sebaik sahaja mendengar tentang nama Harappa dan Mohenjo Daro, hati Amir merasa begitu teruja untuk pergi ke sana. Inilah satusatunya peluang untuknya melihat sendiri bagaimana Tamadun India lahir dan berkembang. Kuliah TITAS pada minggu hadapan akan membincangkan tentang Tamadun India. Sudah tentu penerokaan ini akan dapat memberikan manfaat besar kepada Amir untuk berkongsi dengan rakan sekuliah dan juga pensyarahnya.

Sebelum mengakhir kuliahnya pada minggu lepas Dr. Abdul Shakur meminta Amir dan rakanrakannya membuat ulangkaji berkaitan Tamadun India. Menurut beliau amat penting untuk dibaca terlebih dahulu isi kandungan kuliah berkaitan Tamadun India kerana latar belakang sejarah tamadun ini agak rumit untuk difahami. Antara perkara penting yang diingatkan oleh Dr. Abdul Shakur ialah memahami tentang konsep dan takrif berkaitan Tamadun India, wilayah, sejarah kerajaan dan pentadbiran, masyarakat dan budaya, pandangan semesta dan nilai, pencapaian, hubungan dengan dunia luar, sumbangan Islam dan juga sumbangan Tamadun India sendiri kepada dunia. Semuanya ini masih jelas diingati oleh Amir.

Harap-harap kesemuanya akan dapat dipelajari sepanjang penerokaan ke Tamadun India ini, bisik hati kecil Amir. Kedua-dua mereka sudah berada di dalam Musafir Zaman. Profesor Amir menekan butang pelepasan. Antara yang dimasukkan ialah;
Tahun mula : 10,000 sebelum Masihi Tahun akhir : 1947 Masihi Lokasi : Benua India

Senario Kes:
Topik 4 Slaid 7
Musafir Zaman telah sampai ke zaman Tamadun India di Mohenjo Daro. Setelah menyembunyikan Musafir Zaman di tempat yang selamat mereka berdua berjalan masuk ke kota dan mencari koordinat di mana kali terakhir Dr. Koh dan Dr. Samy di kesan berada. Usaha pencarian mereka di Mohenjo Daro tidak membuahkan hasil. Akhirnya Profesor Kamal dan Amir bergerak menuju ke Harappa dengan harapan dapat menemui mereka di sana.

Aktiviti Tangga 1
Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik. Soalan yang perlu anda fikirkan dan bincangkan adalah berkaitan dengan peringatan yang diberikan oleh Dr. Abdul Shakur kepada para pelajarnya serta butiran penting yang dikaitkan dengan sejarah Tamadun India. Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A. Setelah selesai mengisi ruangan ini sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Aktiviti Tangga 1
Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A! Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri
5. Refleksi 4. Rujukan Bahan Tambahan 3. Ulangkaji Keseluruhan Modul 2. Ulangkaji Ringkasan Modul 1. Ulangkaji Bahan Video
TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 4 yang disediakan di dalam CD;
Tayangan Video Persembahan Slaid Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 4 di dalam modul TITAS. Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumbersumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Ulangkaji Bahan Video


Hayati intipati topik dengan menonton video ini

Terus ke Process Learning Kembali ke Quick Learning

hussain othman copyright 2011

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

NOTA Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.
hussain othman copyright 2011

TERUS

Persembahan Slaid Topik 4

Tamadun India

hussain 2011

18

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)


Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat: Menghuraikan dengan jelas latar belakang sejarah, kerajaan dan pentadbiran yang wujud dalam Tamadun India Menganalisis secara kritis isu-isu berkaitan kepelbagaian masyarakat, budaya dan agama serta sumbangan yang diberikan oleh Tamadun India kepada dunia. Mempamerkan sikap menghormati budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza melalui tugasan secara berkumpulan
hussain 2011 19

Konsep dan Takrif


Tamadun ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama, spirituilisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya. Tamadun ini unggul kerana mengandungi beberapa agama seperti Hindu, Islam, Buddha, Jaina dan Sikh. Dianggap tertua di dalam dunia Semenjak orang-orang India berhijrah ke rantau Asia Tenggara, Semenanjung Tanah Melayu, pengaruh tamadun ini sudah mula dirasai.

Penghijrahan orang India ke Asia Tenggara


Kedatangan atau penghijrahan orang-orang India ke rantau Asia Tenggara dan Persekutuan Tanah Melayu berlaku dalam beberapa fasa. 1. Pada awalnya mereka datang sebagai pahlawan semasa pemerintahan Raja Chola di India. Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang-orang India pernah bertapak di kawasan Kedah. 1. Peringkat kedua ialah kedatangan orang-orang India sebagai pedagang khususnya selepas pembukaan Melaka yang menjadi pusat perniagaan di rantau ini. Mereka bersama-sama dengan pedagang Arab dan Cina menjalankan perniagaan di rantau ini. 2. Fasa ketiga menyaksikan penghijrahan orang-orang India dengan jumlah yang banyak semasa pemerintahan Inggeris. Mereka dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja di sektor perladangan dan lain-lain bidang tertentu.

WILAYAH
Kedudukan Geografi Negara India terletak di antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya. Negara ini boleh dibahagi kepada India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya merupakan sempadan yang membahagikan India Utara dan India Selatan.

WILAYAH
Tamadun Indo-Arya Penduduk-penduduk di India Utara pada amnya dikenali sebagai masyarakat Indo-Arya. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa utama dalam kumpulan bahasabahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab ini mencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat IndoArya. Tamadunnya bermula dari Sungai Indus.

Perpindahan penduduk Indo-Arya

WILAYAH
Tamadun Dravida Rakyat di India Selatan pula dikenali sebagai masyarakat Dravida. Bahasa Tamil menjadi asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran, amalan dan kehidupan penduduk-penduduk kawasan ini adalah berasaskan kepada Saivisme dan Vaisanavisme. Tamadun Dravida ini banyak dibicarakan dalam puisi-puisi Sangam.

Masyarakat Dravida

Bahasa Masyarakat Dravida

Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran


Zaman Prasejarah (10 000 S.M. 1000 S.M.): Zaman ini meliputi tiga peringkat iaitu 1. Zaman Batu Awal (Paleolitik), 2. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) dan 3. Zaman Batu Baru (Neolitik)

Zaman Protosejarah (3000 S.M. 1500 S.M.)


Zaman ini bermula di Lembah Sungai Indus. Tamadun yang muncul dalam zaman ini dianggap tertua dan terpenting kerana pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan kebudayaan yang begitu unggul. Dua buah bandar iaitu Harappa dan Mohenjadaro telah memberi banyak maklumat tentang tamadun India pada masa ini.

Zaman Awal
Zaman Vedik (1500 S.M. 1000 S.M): Zaman ini menyaksikan kedatagan masyarakat Arya dari Asia Tengah.

Zaman Awal
Zaman Empayar Maurya (326 S.M. -185 S.M.): Apabila orang-orang Arya mengalih pengaruh mereka ke bahagian timur, khususnya di persekitaraan Lembah Ganges, tumpuan di Lembah Indus sudah berkurangan.

Zaman Awal
Zaman Empayar Gupta (280-550 T.M): Zaman ini dikenali juga sebagai zaman klasik kerana perkembangan kesusasteraan Hindu khususnya dalam seni bina kuil. Dua karya iaitu Sakunthala dan Kama Sutra dihasilkan pada zaman ini.

Zaman Awal
Zaman Sangam (300 S.M. 300 T.M): Zaman ini merujuk kepada pemerintahan di bahagian selatan India. Tiga buah kerajaan yang terkenal dalam zaman ini ialah Chera, Chola dan Pandya.

Zaman Awal
Zaman Gelap (250 T.M.- 600 T.M): Zaman ini memperlihatkan pemerintahan oleh raja-raja Kalabhra yang datang dari Utara India. Mereka berjaya menundukkan raja-raja Chera, Chola dan Pandya untuk memerintah Negara Tamil. Zaman Pallava (600 T.M. 900 T.M.): Kerajaan Pallava menggantikan pemerintahan Kalabhra. Raja-raja ini banyak membantu dalam meningkatan kembali kegemilangan zaman keagamaan Hindu. Raja-raja mengembalikan pemerintahan Tamil di India Selatan

Zaman Awal
Zaman Chola (900 T.M. 1350 T.M). Zaman Chola merupakan zaman yang paling subur dalam sejarah negara Tamil. Antara kurun 9 hingga pertengahan kurun 13. Mereka melancarkan seranganserangan luar dan memperluaskan sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri Lanka. Zaman Pertengahan: Islam dan Dinasti Mughal (1526 T.M. 1857 T.M.). Zaman ini dianggap penting kerana menyaksikan kedatangan Islam dan pengaruhnya yang begitu berkesan diperhatikan di bahagian India Utara. Proses Islamisasi berlaku dengan pesat tetapi kuasa tempatan yang memerintah masih berterusan terutamanya di Selatan India.

Zaman Awal
Kerajaan Vijayanagar (1350 T.M. 1750 T.M.): Apabila Islam berkuasa di bahagian Utara India, Kerajaan Viyayanagar mula menakluki kawasan Tamil Nadu di selatan.

Zaman Eropah (1750 T.M. 1947 T.M.): Perkembangan agama Kristian dan usaha untuk mencari bahan rempah mendorong orang Eropah datang ke India.

MASYARAKAT DAN BUDAYA


Sistem Keluarga Sistem Kasta Bahasa dan Kesusasteraan Agama Aliran Falsafah

Masyarakat dan Sistem Keluarga


Masyarakat India boleh dibahagikan kepada masyarakat Indo-Arya dan masyarakat Dravida. Kumpulan Indo-Arya berasal dari kawasan Asia Tengah dan menetap di India Utara. Masyarakat Dravida pula menetap di bahagian selatan India.

Masyarakat dan Sistem Keluarga


Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang diistilahkan sebagai Ashrama dharma. Wujud dalam empat peringkat kehidupan Brahmacarya, Grahasta,Vanaprasta, Sannyasa.

Sistem Kasta
Empat kasta yang utama ialah Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Brahmin ialah golongan pendidik. Tugas mereka ialah mengajar dan menghasilkan lebih banyak guruguru agama. Ksatriya menjadi golongan pemerintah. Mereka harus menjaga keamanan dan keselamatan negara. Vaisya pula golongan peniaga yang menguruskan perdagangan. Kelas Sudra merupakan golongan pekerja.

Bahasa dan Kesusasteraan


Dua bahasa utama ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Dravida. Bahasa Sanskrit digunakan oleh kumpulan Indo-Arya. Bahasa ini digunakan dalam penulisan kitab-kitab Veda.

Bahasa dan Kesusasteraan


Kesusasteraan Sanskrit mengandungi banyak karya yang bermutu dan memiliki ajaran yang matang. Kesusasteraan Vedik, epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama tergolong ke dalam kesusasteraan Sanskrit. Kesusasteraan Vedik disusun pada tempoh 1500 T.M. hingga 300 S.M.

Mahabharata dan Ramayana,

Bahasa dan Kesusasteraan


Istilah Sruti dan Smriti digunakan untuk menerangkan kesusasteraan Vedik. Ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Tuhan Maha Esa kepada para pendeta disebut Sruti. Manakala segala tafsiran dan ulasan tentang sastera ini dan diperturunkan kepada generasi akan datang dikatakan smriti.

Bahasa dan Kesusasteraan


Ramayana dihasilkan oleh Valmiki antara tahun 200 S.M. hingga 200 T.M. Epik ini mengandungi sejumlah 24000 seloka.

Bahasa dan Kesusasteraan


Mahabharata dihasilkan oleh pujangga Vyasa antara tahun 400 S.M. dan 400 T.M. Epik ini merangkumi lebih daripada 74,000 seloka dan dimuatkan dalam 18 buah buku.

Bahasa dan Kesusasteraan


Bhagavadgita merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata. Bhagavadgita mengandungi ajaran agama yang bercorak falsafah

Bahasa dan Kesusasteraan


Kesusasteraan Dravida khasnya Sastera Tamil Tolkappiyam adalah buku tatabahasa yang pertama dan masih menjadi teks rujukan sehingga pada hari ini. Kesusasteraan Sangam mengandungi dua koleksi yang disebut Ettutokai (antologi lapan buah teks) dan Pattupattu (koleksi nyanyian). Tirukkual merupakan sastera klasik yang penting dan tertua di dalam Kesusasteraan Tamil. Pengarangnya ialah pujangga Tiruvalluvar.

Agama
Agama Hindu: sering disebut dengan istilah Sanatana dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi. Tarikh bermulanya agama ini juga tidak diketahui.

Agama
Agama Buddha: Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama, putera kepada Raja Suddhodana Gautama, seorang raja daripada suku bangsa Shakya di India

Agama
Agama Jaina: Jainisme diasaskan oleh Mahavira (597527 S.M.) lebih kurang 2600 tahun dahulu.

Agama
Agama Sikh: Ajaran agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) dan sembilan orang Guru Sikh termaktub dalam Sri Guru Granth Sahib Ji.

Aliran Falsafah
Istilah Falsafah India merujuk kepada beberapa tradisi pemikiran falsafah yang berakar umbi di India termasuk Falsafah Hindu, Falsafah Buddha dan Falsafah Jaina. Sekolah-sekolah falsafah India boleh dibahagi kepada ortodoks (astika) dan heterodoks (nastika) berasaskan penerimaan kewibawaan kitabVeda.

Pandangan Semesta dan Nilai-nilai


Sifat Penerimaan: Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman malah menerima pentadbiran Hindu, Muslim dan Inggeris.

Pandangan Semesta dan Nilai-nilai


Sifat Toleransi: Bahasa, agama, kedudukan geografi semuanya membezakan rakyat. Tetapi sikap toleransi dan sifat hormatmenghormati telah menyatupadukan mereka

Pandangan Semesta dan Nilai-nilai


Nilai-nilai: Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma hidup diterangkan secara terperinci dalam teks-teks agamaagama yang wujud dalam tamadun India

Pencapaian dalam Seni


Seni halus: Tiga aspek yang terkandung dalam seni halus ialah tarian, muzik dan drama.

Pencapaian dalam Seni


Seni Bina: Hindu, Buddha dan Islam. Hindu dengan kuil-kuil, Buddha dengan patung dan Islam dengan Qutb-Minar dan Taj Mahal.

Pencapaian dalam Seni


Seni Ukir: Hindu dan Buddha dengan ukiran patung dan Islam dengan ukiran kaligrafi.

Pencapaian dalam Seni


Seni Lukis: Lukisan juga menjadi salah satu daripada hasilan tamadun India khususnya di kuil-kuil sebagai melambangkan imej sembahan dan kisah sejarah.

Pencapaian dalam sains dan teknologi


Matematik: Tamadun India memberi angka sifar kepada dunia.

Pencapaian dalam sains dan teknologi


Astronomi: Astronomi klasik India direkodkan dalam kesusasteraan dari Zaman Maurya (5 S.M.) hingga Dinasti Mughal (16 TM).

Pencapaian dalam sains dan teknologi


Fizik: Ahli falsafah yang bernama Kanada dan Katyayana telah mengemukakan teori-teori tentang atomic energy.

Pencapaian dalam sains dan teknologi


Kimia & Logam: Iron Pillar di Delhi ialah satu contoh bagi kemahiran orang India.

Pencapaian dalam sains dan teknologi


Perubatan: Amalan perubatan tradisi Ayurveda telah diamalkan pada masa Buddha

Hubungan Tamadun India dengan Dunia Luar


Perdagangan Peperangan Asimilasi Pengaruhnya sampai ke Asia Tenggara sejak ribuan tahun lalu Bidang-Bidang utama
Keagamaan & Kepercayaan Kesenian dan Hiburan Bahasa dan Kesusasteraan Pentadbiran Kerajaan politik

Kesimpulan
Tamadun India penting dipelajari untuk memahami lebih lanjut latar belakang tamadun Malaysia yang berakar umbi daripada tamadun India sejak ribuan tahun lalu.

Kembali ke Quick Learning

Tamat Persembahan Slaid


Terus Kepada Process Learning

hussain 2011

68

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang! Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

hussain othman copyright 2011

TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 4 di dalam modul TITAS.

Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN B2? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 3!

Tangga 3
Laporan Kepada Kumpulan
5. Refleksi 4. Persediaan Pembentangan 3. Rumusan Kumpulan 2. Laporan Kepada Kumpulan 1. Perjumpaan Bersama Kumpulan
TERUS

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.
Nota: anda juga boleh menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik. Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4. Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel. Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN C? Jika sudah selesai anda telah bersedia untuk bergerak ke TANGGA 4!

Tangga 4
Pembentangan
5. Refleksi 4. Rumusan (Bersama Pensyarah) 3. Perbincangan (Bersama Pensyarah) 2. Penilaian Keserakanan 1. Pembentangan (Selari / Forum)
TERUS

TANGGA 4
Pembentangan - (Oral @ Forum)

Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum. Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Pembentangan Selari
Pembentangan selari; antara dua kumpulan atau berpecah
Setiap dua ahli panel yang dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain. Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah. Sesi pembentangan adalah antara 20 30 minit sahaja.

Sesi Forum
Forum di dalam kumpulan atau di antara dua kumpulan. Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 30 minit. Akan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik bagi topik ini. Jika forum antara dua kumpulan, moderator daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Untuk sesi penilaian: Setiap kumpulan akan melantik seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Refleksi
Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN D? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 5!

Tangga 5
Refleksi Keseluruhan
5. Refleksi Keseluruhan
4. Refleksi Hasil Pembelajaran
Insaniah)
(Kemahiran

3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif) 2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji 1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji
TERUS

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah


Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN E1? Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab Soalan Latihan Topik

Jawab Soalan Ulangkaji


Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual. Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIF

SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF


Sila jawab semua soalan. Pilih A, B, C atau D

hussain 2011

TERUS84

Klik Soalan Pilihan Anda


1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

25

26

27

28

29

30

Kembali ke Quick Learning

Tamat menjawab

S1
Tamadun India mempunyai keistimewaannya yang tersendiri KECUALI A. Kepelbagaian agama B. Antara yang tertua di dunia C.Penamaan berdasarkan agama D.Mempunyai hubungan yang amat rapat dengan rantau Asia Tenggara sejak ribuan tahun

Jawapan anda

86

S2
Berikut adalah kenyataan yang TIDAK BENAR tentang kedudukan geografi Tamadun India
A.

B.
C.

D.

Terletak di antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya. Terbahagi kepada India Utara dan India Selatan. Pergunungan Himalaya merupakan sempadan yang membahagikan India Utara dan India Selatan India Selatan terbentang dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Kannyakumari di selatan

Jawapan anda

hussain 2011

87

S3
Empat buah kitab utama menjadi pegangan kuat penduduk di India utara iaitu A. B. C. D. Kitab Veda Rig, Yajur, Sama dan Atharva Kitab Veda Rig, Yajur, Ramayana dan Mahabarata Kitab Veda Sama, Atharva, Ramayana dan Mahabarata Kitab Veda Atharva, Ramayana, Mahabarata dan Bhagavad Gita

Jawapan anda

hussain 2011

88

S4
Berikut adalah kenyataan berkaitan dengan masyarakat Dravida yang tinggal di India Selatan dikenali I. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa asas masyarakat II. Kepercayaan berasaskan Saivisme dan Vaisanavisme III. Tamadun Dravida banyak dibicarakan dalam puisi-puisi Sangam IV. Kitab Upanishad adalah kitab ajaran utama masyarakat ini

A. B. C. D.

I dan II II dan III III dan IV III dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

89

S5
Zaman Prasejarah Tamadun India berlangsung antara

A. Tahun 10,000 S.M hingga 5,000 S.M B. Tahun 10,000 S.M hingga 1,000 S.M C. Tahun 5,000 S.M hingga 2,000 S.M D. Tahun 5,000 S.M hingga 1,000 S.M

Jawapan anda

hussain 2011

90

S6
Zaman Paleolitik dalam tamadun India menyaksikan A. Rumah dibuat daripada tanah lumpur. B. Mereka menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan C. Terdapat teknologi pembuatan yang menghasilkan alatan batu untuk memburu D. Penempatan yang tetap bermula dengan pembinaan rumah-rumah dan konsep perkampungan wujud

Jawapan anda

hussain 2011

91

S7
Pada Zaman Vedik berlaku penghijrahan beramai-ramai A. Masyarakat Arya dari Asia Tengah B. Masyarakat Eropah dari Macedonia C. Masyarakat Dravida dari Utara ke Selatan D. Masyarakat Dravida dari Mohenjaro dan Harappa ke Selatan India

Jawapan anda

hussain 2011

92

S8
Empayar Maurya didirikan oleh pemerintah yang bernama A. B. C. D. Asoka Magadha Kublai Khan Chandragupta

Jawapan anda

hussain 2011

93

S9
Agama Buddhisme dan Jainisme menjadi popular pada Zaman Maurya kerana A. Ramai pemuka agama yang tersohor B. Agama Buddha dan Jaina mudah diikuti C.Ramai pemerintah memeluk kedua-dua agama ini D.Rakyat tidak dapat menerima sistem kasta Hindu

Jawapan anda

hussain 2011

94

S10
Pemerintah Asoka dalam Empayar Maurya terkenal kerana A. Memenangi peperangan Kalinga B. Membina kuil Hindu terbesar dalam empayar C. Dapat mengembangkan ajaran Hindu kepada semua rakyat D. Memeluk agama Buddha dan menaungi pengembangannya

Jawapan anda

hussain 2011

95

S11
Sakunthala dan Kama A. Zaman Vedik Sutra adalah dua B. Zaman Sangam karya kesusasteraan C. Zaman Empayar yang terkenal lahir Gupta pada D. Zaman Empayar Maurya

Jawapan anda

hussain 2011

96

S12
Berikut adalah di antara kerajaan yang terkenal wujud pada zaman Sangam A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV

I. Chera II. Chola III. Pandya IV. Madurai


Jawapan anda

hussain 2011

97

S13
Berikut adalah di antara karya sastera klasik yang dihasilkan pada zaman Sangam A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

I. II. III. IV.

Ettuttokai Pattupattu Sakunthala Kama Sutra

Jawapan anda

hussain 2011

98

S14
Zaman Gelap dalam Tamadun India melahirkan A. Larangan kepada penulisan karya berbahasa Sanksrit B. Dua epik terkenal iaitu Ettuttokai dan Pattupattu C. Empat kelas sosial iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra D. Upacara perkahwinan orang Dravida yang mempengaruhi masyarakat Arya

Jawapan anda

hussain 2011

99

S15
Tiga karya agung iaitu Tirukkural, Cilappatikaram dan Manimekalai dihasilkan pada zaman ini A. B. C. D. Zaman Gelap Zaman Gupta Zaman Maurya Zaman Sangam

Jawapan anda

hussain 2011

100

S16
Tempoh antara kurun 9 hingga pertengahan kurun 13 memperlihatkan zaman gemilangan kerajaan ini kerana pada masa itulah mereka melancarkan seranganserangan luar dan memperluaskan sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri Lanka

A. B. C. D.

Chola Gupta Pallava Maurya

Jawapan anda

hussain 2011

101

S17
Zaman ini dianggap penting kerana menyaksikan kedatangan Islam dan pengaruhnya yang begitu berkesan diperhatikan di bahagian India Utara A. B. C. D. Zaman Gupta Zaman Pallava Zaman Maurya Zaman Pertengahan

Jawapan anda

hussain 2011

102

S18
Bermula dengan Dinasti Subaktigin, kerajaan Islam di India menjadi kuasa dominan selama 400 tahun sehingga berakhir dengan
A. B. C. D. Kerajaan Khilji Kerajaan Ghori Kerajaan Babur Kerajaan Mughal

Jawapan anda

hussain 2011

103

S19
Raja-raja kerajaan Vijayanagar adalah berbangsa A. B. C. D. Tamil Aryan Telugu Singhala

Jawapan anda

hussain 2011

104

S20
Seorang penyair terkenal pada zaman Vijayanagar bernama Umaru Pulavar masyhur kerana karya Cirappuranam yang menerangkan tentang A. B. C. D. Ajaran agama Jaina Ajaran agama Islam Ajaran agama Hindu Ajaran agama Buddha

Jawapan anda

hussain 2011

105

S21
Antara tujuan utama kedatangan orang Eropah ke India dan rantau timur adalah untuk A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV I. Mencari rempah ratus II. Menjajah dan menakluk III. Menyebarkan agama Kristian IV. Membuat kajian saintifik tentang agama Hindu dan Buddha

Jawapan anda

hussain 2011

106

S22
Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang diistilahkan sebagai A. B. C. D. Dharma Varuna thapa Dharma nanda Ashrama dharma

Jawapan anda

hussain 2011

107

S23
Mereka terdiri dari golongan peniaga dan pedagang. Kenyataan ini menggambarkan golongan __________ dalam sistem kasta Hindu A. B. C. D. Sudra Vaisya Brahmin Ksatriya

Jawapan anda

hussain 2011

108

S24
Istilah Smriti digunakan untuk menerangkan
A. B. C. D. Karangan karya sejarah yang menceritakan kelahiran sesebuah kerajaan Karangan karya sastera yang mendidik masyarakat dengan seni nyanyian Ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Tuhan Maha Esa kepada para pendeta Segala tafsiran dan ulasan tentang kitab wahyu yang diperturunkan kepada generasi akan datang

Jawapan anda

hussain 2011

109

S25
Beliau adalah pujangga yang menghasilkan epik Ramayana yang mengandungi 24,000 seloka sebagai antara sumber pengajaran yang amat dihormati dalam kalangan masyarakat Hindu A. B. C. D. Vyasa Panini Valmiki Sri Krishna

Jawapan anda

hussain 2011

110

S26
Epik ini mengisahkan peperangan antara Pandava dengan Kaurava dan Arjuna yang menghadapi dilema kerana diwajibkan membunuh saudara dan ahli-ahli keluarganya
Jawapan anda

A. Tirukkural B. Ramayana C. Mahabharata D. Bhagavadgita

hussain 2011

111

S27
Buddha sendiri mengasaskan ___________, satu angkatan yang mengandungi biara
A. B. C. D. Sangha Dhamma Jalan Lapan Lapis Empat Kebenaran Mulia

Jawapan anda

hussain 2011

112

S28
Duhkha nirodha menggambarkan bahawa penderitaan itu boleh diatasi . Ini adalah ajaran Buddha berkaitan dengan A. B. C. D. Sangha Dhamma Jalan Lapan Lapis Empat Kebenaran Mulia

Jawapan anda

hussain 2011

113

S29
Sekolah-sekolah falsafah India boleh dibahagikan kepada dua iaitu A. B. C. D. Astika dan nastika Mastika dan astika Rastika dan nastika Mastika dan rastika

Jawapan anda

hussain 2011

114

S30
Sumbangan terbesar Tamadun India dalam bidang matematik adalah A. Pengenalan aljebra B. Pengenalan geometri C. Pengenalan angka sifar D. Pengenalan angka satu hingga sembilan

Jawapan anda

hussain 2011

115

JAWAPAN ANDA

SALAH
Maaf, sila cuba lagi!
Kembali
hussain othman copyright 2011

TAHNIAH!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI!
Kembali
hussain othman copyright 2011

Tamat Sesi Pembelajaran Quick Learning

Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji Topik


Tamat sesi pembelajaran Process Learning
hussain 2011 118

Anda telah tamat sesi Quick Learning!


Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya
Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!

Teruskan usaha meningkatkan ilmu dan hikmah kebijaksanaan dalam kehidupan anda!

Tahniah!
Anda telah berlabuh di pelabuhan keempat!

Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!


hussain othman copyright 2011

Ulang Semula Proses Pembelajaran