Anda di halaman 1dari 112

Topik 2

Tamadun Islam
INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!
hussain othman copyright 2011

TERUS

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda


Pembelajaran Pantas (Quick Learning)
Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti
menonton video persembahan slaid menjawab soalan latihan

Pembelajaran Proses (Process Learning)


Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:
Pembelajaran berbantukan pensyarah Proses pembelajaran melengkapkan semua tugasan Ulangkaji menyeluruh

Kaedah ini sesuai untuk;


Mendapatkan gambaran awal tentang topik Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum peperiksaan

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Quick Learning!

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick Learning

Process Learning

Quick Learning
Klik:

TONTON VIDEO

Klik:

PERSEMBAHAN SLAID

Klik:

JAWAB SOALAN LATIHAN


Tamat Sesi Quick Learning

Tangga 1
Mengenalpasti Isu Pembelajaran
5. Refleksi 4. Mengenalpasti Isu Pembelajaran 3. Mengenalpasti Idea 2. Mengenalpasti Fakta 1. Pengenalan Kepada Kes Senario

Process Learning

TERUS

Profesor Kamal mengangkat penutup kanvas yang menutupi jentera merentas masa yang siap diciptanya. Terserlah sebuah jentera yang amat mengkagumkan pandangan mata Amir. Wow, menakjubkan! tersembul kata-kata kekaguman dari mulut Amir. Ok, Amir, inilah dia saya persembahkan...Musafir Zaman atau Pengembara Masa, umum Profesor Kamal dengan penuh rasa bangga.

Senario Kes:
Topik 2 Slaid 1

Senario Kes:
Topik 2 Slaid 2
Baik, kemana kita nak mengembara sekarang ini? tanya Profesor Kamal kepada Amir. Sudah tentu kita melawat ke Tamadun Islam dahulu kerana saya baru sahaja mempelajari tentang tamadun ini minggu lepas, jawab Amir. Ingatannya masih jelas tentang beberapa perkara penting berkaitan Tamadun Islam yang dipelajarinya di dalam kelas TITAS.

Antaranya berkaitan pandangan semesta atau worldview dalam Tamadun Islam, konsep, asas, sifat, matlamat, dasar dan sumber-sumber Tamadun Islam. Selain itu Amir juga belajar tentang sejarah kelahiran dan perkembangan Tamadun Islam, Piagam Madinah, sumbangan tamadun Islam kepada dunia, konsep Jihad dan isu-isu berkaitan kebangkitan semula Islam pada masa kini sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia. Semuanya ini masih jelas di dalam ingatannya. Namun begitu semuanya masih dalam bentuk konsep dan idea. Dengan adanya mesin Musafir Zaman ini dapatlah dia dan Profesor Kamal cuba mengalami sendiri apa yang berlaku sepanjang kewujudan Tamadun Islam.

Profesor Kamal dan Amir telah berada di dalam mesin Musafir Zaman. Kedua-dua pintu ditutup rapat. Profesor Kamal menghidupkan enjin dan menekan beberapa butang;
Tarikh : 12 haribulan. Hari : Isnin Bulan : Rabiulawal. Tahun : Gajah. Lokasi : Semenanjung Tanah Arab.

Senario Kes:
Topik 2 Slaid 3

Profesor Kamal menekan butang LANCAR! Dalam sekelip mata Musafir Zaman lenyap daripada pandangan.

Aktiviti Tangga 1
Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik. Soalan yang perlu anda fikirkan

Kemanakah destinasi yang dituju oleh Musafir Zaman yang membawa Profesor Kamal dan Amir? Gambarkan situasi yang berlaku pada tarikh dan dilokasi yang dimasukkan oleh Profesor Kamal pada papan kekunci Musafir Zaman. Bincangkan sejauh mana Amir akan dapat menemui fakta-fakta yang telah dipelajarinya di dalam kuliah berkaitan Tamadun Islam.

Aktiviti Tangga 1
Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A! Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri
5. Refleksi 4. Rujukan Bahan Tambahan 3. Ulangkaji Keseluruhan Modul 2. Ulangkaji Ringkasan Modul 1. Ulangkaji Bahan Video
TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 2 yang disediakan di dalam CD;
Tayangan Video Persembahan Slaid Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 2 di dalam modul TITAS. Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumbersumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Ulangkaji Bahan Video


Hayati intipati topik dengan menonton video ini

Terus ke Process Learning Kembali ke Quick Learning

hussain othman copyright 2011

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

NOTA Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.
hussain othman copyright 2011

TERUS

PERSEMBAHAN SLAID
TOPIK 2

TAMADUN ISLAM

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)


Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat:
Menjelaskan secara terperinci konsep dan beberapa aspek fundamental berkaitan Tamadun Islam Membandingkan secara kritis kedudukan Tamadun Islam pada hari ini dengan zaman kegemilangannya yang lampau Mempamerkan akhlak terpuji dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

PENGERTIAN ISLAM
Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama iaitu:
1. 2. 3. Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin Damai, aman atau sejahtera Taat dan menyerah

Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang terakhir.

AKIDAH
Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim

AKIDAH
Akidah tauhid juga menjadi tunjang kepada pembinaan Tamadun Islam. Tamadun Islam bergerak atas dasar akidah dan lunas-lunas hukum Islam. Seluruh kehidupan ummahnya mesti berlegar dalam ruang lingkup keagamaan. Seluruh aktiviti-aktiviti hidup mesti berpaksikan keimanan kepada Allah S.W.T.

AKIDAH
Asas-asas akidah Islam ialah:
1. Beriman kepada Allah 2. Beriman kepada Malaikat 3. Beriman kepada KitabKitab 4. Beriman kepada Rasulrasul 5. Beriman kepada Hari Akhirat 6. Beriman kepada Qadha dan Qadar

Kesan Akidah Islam


Melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat bur Melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat Melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia Mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Melahirkan insan soleh yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.

SYARIAH
Terminologi syariah atau syariat yang biasa diungkap dalam Bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab. Secara literalnya perkataan syariah membawa dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang saling berkait di antara satu sama lain.
Pertamanya, ia membawa maksud sumber air dan Keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus.

SYARIAH
Dari segi istilah atau teknikalnya frasa syariah membawa maksud segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk hambaNya melalui perantaraan para RasulNya. Dinamakan hukum-hakam ini dengan syariah kerana ia adalah lurus tanpa ada kepalsuan (simpang-siur) dari jalan yang benar.

SYARIAH
Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi, syariah bersifat muqaddas iaitu sangat murni serta terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun kekurangan. Kebenarannya pula bersifat mutlak.

SYARIAH
Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
1. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain. 2. Hubungan antara manusia sesama manusia. 3. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.

AKHLAK
Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah.

AKHLAK
Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamak (plural) dari perkataan alkhuluq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat . Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan .

AKHLAK
Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah alkhuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.

AKHLAK
Dari sudut istilah, Imam alGhazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM


Antara ciri-ciri keistimewaan Islam:
Rabbani. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia. Tidak Membebankan Menyeluruh

Sederhana dan seimbang. Positif Sesuai untuk sepanjang zaman. Tetap dan Anjal

PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsipprinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat yang jelas. Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan manusiawi bukan sifat kebinatangan Kesucian dan keharmonian hidup keluarga Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah

PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Dalam konteks pembinaan tamadun manusia, Islam menekankan aspek:
Hubungan Manusia Dengan Allah Hubungan Manusia Sesama Manusia Hubungan Manusia Dengan Alam

MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM


Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara yang dianggap penting dalam tamadun manusia iaitu : Menjaga Agama Menjaga Nyawa Menjaga Akal Menjaga Kehormatan Dan Keturunan Menjaga Harta Benda

MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM


Antara sifat-sifat tersendiri Tamadun Islam ialah:
Universal atau sejagat Terbuka Sesuai Sepanjang Zaman Toleransi Terhadap Tamadun Dan Budaya Lain Kesatuan Dalam Kepelbagaian Keseimbangan Antara Rohani Dan Jasmani Rabbani Sempurna Dan Menyeluruh Idealistik Dan Realistik

SUMBER TAMADUN ISLAM


Tamadun Islam mempunyai sumbersumbernya tersendiri yang memungkinkan ia berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia antaranya;
Al-Quran Al-Sunnah Ijtihad Tamadun Dan Budaya Lain

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah. Sesudah itu, selama 10 tahun Rasulullah S.A.W. mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Keadaan ini berterusan sehingga kewafatan baginda pada tahun 632 Masehi.

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Sesudah itu, para sahabat baginda dan pengikutpengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan baginda sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin iaitu pada tahun 660 Masehi dan telah menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq dan Teluk Parsi. Selepas itu, Tamadun Islam telah diganti oleh daulah atau dinasti Bani Umayyah yang bermula pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia.

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Apabila Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiyah pada tahun 750 Masehi dan menubuhkan Daulah Abbasiyah, era Daulah Abbasiyah dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam. Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki). Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina (980-1037 M), seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik dan juga al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr , 1984).

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Selama 736 tahun Islam telah berjaya bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) sehinggalah pada tahun 1492 Masehi, Sultan Muhammad II telah dilucutkan dari takhtanya oleh tentera Kristian. Pada tahun 1258 Masehi, tenteratentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan telah menakluk Kota Baghdad. Sementara itu, Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II al-Fatih yang berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia. Begitu juga perluasan daerah empayar mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Di akhir kurun ke 18, Kerajaan Uthmaniah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh Kumpulan Belia Turki atau The Young Turks pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal yang seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Dengan ini, maka berakhirlah sistem khilafah dalam Islam sekaligus era kecemerlangan Tamadun Islam mulai malap. Sehingga negara-negara umat Islam mulai dijajah oleh Barat satu persatu dan akhirnya menjadi negara yang mundur dan tidak berwibawa

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA


Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam. Selama lapan abad (897M1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol). Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA


Faktor-Faktor Kecemerlangan
Tradisi mengkaji dengan bebas di samping menghargai fikiran manusia merupakan kejayaan di dalam kehidupan intelektual Muslim.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA


Faktor lain yang mendorong kepada kecemerlangan Tamadun Islam;
Gesaan al-Quran dan al-Sunnah Galakan Pemerintah Kestabilan Andalus Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA


Pengaliran Ilmu Islam ke Eropah Dalam menganalisa pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah, para sejarawan sepakat mengatakan terdapat beberapa faktor pendorong seperti; Peranan orang-orang Mozarrab Perdagangan Hubungan diplomatik Aktiviti penterjemahan Pembukaan Pulau Sicily dan Andalus

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA


Antara aspek ilmu dan intelektual yang menonjol:
Ekonomi Perubatan Astronomi Matematik Senibina

TAMADUN ISLAM ERA PASCA PENJAJAHAN


Pada era kolonial Barat, banyak negaranegara Islam yang dijajah mula mengalami kemunduran dan keruntuhan akibat serangan dan kongkongan dari kuasa-kuasa besar dunia seperti Eropah, Rusia, Amerika dan sebagainya. Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam adalah disebabkan oleh serangan yang kuat dari pihak kolonial di samping ketiadaan semangat jihad di dalam jiwa masyarakat Islam serta pemimpinpemimpinnya

TAMADUN ISLAM ERA PASCA PENJAJAHAN


Dr. Yusuf al-Qardhawi, sarjana Islam kontemporari telah merumuskan empat medium utama ke arah penguasaan Barat ke atas umat Islam melalui :
Sistem Pengajaran dan Pendidikan Akhbar dan Media Massa Serangan sosial Pengaruh Sekularisme

JIHAD DALAM ISLAM


Tiga pendekatan jihad dalam Islam;
Jihad Nafsu Jihad Ilmu dan pendidikan Jihad Mempertahankan Kesucian Islam

JIHAD DALAM ISLAM


Jihad Nafsu Jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.

JIHAD DALAM ISLAM


Jihad Ilmu dan pendidikan Jihad pembangunan ilmu dan pendidikan, menghidupkan budaya penyelidikan dan penerokaan kepada bidangbidang baru dalam dunia intelektual kini.

JIHAD DALAM ISLAM


Jihad Mempertahankan Kesucian Islam Jihad mempertahankan Islam dan Ummahnya dari pencerobohan musuh-musuh Islam sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran di Malaysia ialah segala usaha untuk mempertingkatkan daya produktiviti negara melalui amalan nilai-nilai amanah, rajin, bersih, tekun serta usaha untuk menegakkan masyarakat di jalankan dengan lancar, teratur dan efisyen sesuai dengan kehendak Islam.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Rasional dasar penerapan nilai-nilai Islam;
Pembangunan negara sebelum ini lebih mementingkan kepada aspek kebendaan. Islam sebagai agama rasmi negara mengandungi prinsipprinsip dan nilai-nilai murni untuk faedah dan keselamatan manusia sejagat. Kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat memerlukan bimbingan.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi Penubuhan Bank Islam dan sistem kewangan dan muamalat Islam adalah untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa sistem kewangan Islam ini boleh berdaya saing dan memberi manfaat bukan sahaja kepada orang Islam, bahkan juga kepada orang-orang bukan Islam.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Pendekatan Islam Hadhari Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. A. B. Perdana Menteri, Dato seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, malah telah dijadikan dasar dalam pembangunan negara adalah satu usaha untuk mengenengahkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia di samping mengembalikan semula kegemilangan Islam di persada dunia.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Islam Hadhari bermaksud suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisahpisah seperti Islam bersifat politik (al-Islam al-Siyasi), Islam bersifat tasawuf (al-Islam al-Sufi) dan seumpamanya. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang memberi fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jatidiri serta penjajahan fikiran.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Misi Islam Hadhari pula ialah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran semasa serta bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA


Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari 1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah 2. Kerajaan Adil dan Beramanah 3. Rakyat Berjiwa Merdeka 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif 6. 7. Kehidupan Berkualiti Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 8. Keutuhan Budaya Dan Moral 9. Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar 10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan

KESIMPULAN
Islam adalah agama yang bersifat sejagat, untuk seluruh manusia. Kemunculannya memberi sinar baru kepada dunia yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah, kepada dunia petunjuk dan rahmat. Islam telah membawa perubahan kepada tamadun manusia dengan bertunjangkan akidah, berpaksikan perlaksanaan syariat dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia.

Kembali ke Quick Learning

Tamat Persembahan Slaid


Terus Kepada Process Learning

hussain 2011

60

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang! Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

hussain othman copyright 2011

TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 2 di dalam modul TITAS.

Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN B2? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 3!

Tangga 3
Laporan Kepada Kumpulan
5. Refleksi 4. Persediaan Pembentangan 3. Rumusan Kumpulan 2. Laporan Kepada Kumpulan 1. Perjumpaan Bersama Kumpulan
TERUS

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.
Nota: anda juga boleh menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik. Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4. Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel. Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN C? Jika sudah selesai anda telah bersedia untuk bergerak ke TANGGA 4!

Tangga 4
Pembentangan
5. Refleksi 4. Rumusan (Bersama Pensyarah) 3. Perbincangan (Bersama Pensyarah) 2. Penilaian Keserakanan 1. Pembentangan (Selari / Forum)
TERUS

TANGGA 4
Pembentangan - (Oral @ Forum)

Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum. Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Pembentangan Selari
Pembentangan selari; antara dua kumpulan atau berpecah
Setiap dua ahli panel yang dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain. Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah. Sesi pembentangan adalah antara 20 30 minit sahaja.

Sesi Forum
Forum di dalam kumpulan atau di antara dua kumpulan. Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 30 minit. Akan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik bagi topik ini. Jika forum antara dua kumpulan, moderator daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Untuk sesi penilaian: Setiap kumpulan akan melantik seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Refleksi
Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN D? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 5!

Tangga 5
Refleksi Keseluruhan
5. Refleksi Keseluruhan
4. Refleksi Hasil Pembelajaran
Insaniah)
(Kemahiran

3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif) 2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji 1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji
TERUS

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah


Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN E1? Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab Soalan Latihan Topik

Jawab Soalan Ulangkaji


Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual. Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIF

SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF


Sila jawab semua soalan. Pilih A, B, C atau D

hussain 2011

TERUS76

Klik Soalan Pilihan Anda


1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

25

26

27

28

29

30

Kembali ke Quick Learning

Tamat menjawab

S1
Pengertian Islam dari segi syarak ialah
A. Taat dan menyerah B. Damai, aman atau sejahtera C. Mentauhidkan Allah dan patuh kepadaNya D. Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin

Jawapan anda

78

S2
Akidah dalam Islam merupakan A. B.

C.

D.

Penampilan akhlak murni dan baik dalam kehidupan seharian Kesungguhan dalam melaksanakan amalan solat, haji dan membaca al-Quran Kehebatan melaksanakan perkara yang disuruh dengan penuh yakin kepada Allah Keyakinan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim

Jawapan anda

hussain 2011

79

S3
Berikut adalah kenyataan yang benar hubungan antara akidah dengan tamadun Islam KECUALI A. B. C. Akidah tauhid adalah tunjang kepada pembinaan Tamadun Islam. Seluruh aktiviti kehidupan hendaklah berpaksikan keimanan kepada Allah Seluruh kehidupan umat Islam mesti berlegar dalam ruang lingkup keagamaan Tamadun Islam bergerak atas dasar pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial

D.

Jawapan anda

hussain 2011

80

S4
Beriman kepada perkaraperkara berikut adalah asas dalam akidah Islam A. Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qadha dan Qadar B. Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar C. Allah, Malaikat, Al-Quran dan Injil, Rasul, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar D. Allah, Malaikat, Kitab, Nabi Muhammad S.A.W, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar

Jawapan anda

hussain 2011

81

S5
Kekuatan perkara ini dalam kalangan umat Islam akan melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendirian, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia A. Kekuatan meningkatkan amalan akhlak mahmudah B. Kekuatan keyakinan luaran dan dalaman terhadap Allah C. Kekuatan amalan muamalah Islam seperti perbankan Islam D. Kekuatan amalan kemasyarakatan dan kebajikan dalam komuniti

Jawapan anda

hussain 2011

82

S6
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang syariah secara umum dan khusus Ia membawa maksud sumber air Hukum-hakam yang ditetapkan di dalam Al-Quran Ia membawa maksud pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus Hukum-hakam yang dikembangkan oleh manusia berdasarkan kefahaman terhadap sumber asasi Islam I. II.

A. B. C. D.

I dan II II dan III I, II dan IV Semua di atas

III.
IV.

Jawapan anda

hussain 2011

83

S7
Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi, syariah bersifat muqaddas iaitu A. B. C. Sangat tegas dan tidak boleh dipertikaikan Sangat murni terpelihara daripada sebarang cacat cela Sangat jelas sehingga tidak memerlukan tafsiran para ulama dan mujtahid Sangat menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan keduniaan manusia

D.

Jawapan anda

hussain 2011

84

S8
I. II. Syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut Hubungan antara manusia sesama manusia Hubungan antara alam fizikal dengan alam ghaib Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini A. B. C. D. I dan II I, III dan IV II, III dan IV Semua di atas

III.
IV.

Jawapan anda

hussain 2011

85

S9
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang akhlak Islam KECUALI A. B.

C.

D.

Akhlak Islam selari dengan konsep moraliti dalam tradisi barat Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang terlahir tanpa memerlukan proses taakul Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah Akhlak Islam membentuk kemuliaan tingkah laku manusia terhadap Allah S.W.T, diri sendiri dan makhluk lain

Jawapan anda

hussain 2011

86

S10
Berikut adalah kenyataan yang benar tentang akhlak Islam A. Keindahan luaran adalah akhlak bagi umat Islam B. Keindahan dalaman adalah akhlak bagi umat Islam C. Keindahan ciptaan dalaman dan luaran iaitu al-khalq dan al-khuluq D. Keindahan ciptaan dalaman dan luaran iaitu al-khuluq dan al-khalq

Jawapan anda

hussain 2011

87

S11
Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu Definisi ini dikemukakan oleh A. B. C. D. Imam Shafie Imam Malik bin Anas Imam Abu Hamid al-Ghazali Imam Muhammad al-Ghazzal

Jawapan anda

hussain 2011

88

S12
Kepercayaan umat Islam tentang Ketuhanan Yang Esa tidak boleh diubah sekalipun umat Islam dibenarkan berijtihad untuk memperbaiki kehidupan mereka. Kenyataan ini menggambarkan ciri Islam yang A. B. C. D. Menyeluruh Tetap dan Anjal Sederhana dan seimbang Sesuai untuk sepanjang zaman

Jawapan anda

hussain 2011

89

S13
Matlamat Tamadun Islam amat jauh berbeza daripada matlamat tamadun Barat dari sudut A. B. C.

D.

Kesejahteraan dunia dan akhirat Pencapaian dan kemajuan santifik yang tinggi Kesejahteraan hidup dengan peningkatan aktiviti ekonomi Pelaksanaan undang-undang mencegah kerosakan dalam masyarakat

Jawapan anda

hussain 2011

90

S14
Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara agama, nyawa, akal, kehormatan diri dan keturunan dan harta benda. Hal ini disebut sebagai
Jawapan anda

A. B. C. D.

Maqasid al-Akhlak Maqasid al-Akidah Maqasid al-Syarie Maqasid alSyariyyah

hussain 2011

91

S15
Pengharaman arak, dadah dan bendabenda yang memabukkan adalah manifestasi penjagaan Islam terhadap A. Menjaga akal B. Menjaga nyawa C. Menjaga harta Benda D. Menjaga kehormatan dan keturunan

Jawapan anda

hussain 2011

92

S16
Berikut adalah di antara sifat-sifat tersendiri Tamadun Islam KECUALI A. Universal atau sejagat B. Berkembang dalam budaya Timur Tengah C. Toleransi terhadap tamadun dan budaya lain D. Keseimbangan antara kerohanian dan kebendaan

Jawapan anda

hussain 2011

93

S17
Berikut adalah sumber bagi Tamadun Islam

A. B. C. D.

I dan II III dan IV I, II dan III Semua di atas

I. II. III. IV.

Ijtihad Al-Quran Al-Sunnah Tamadun Dan Budaya Lain

Jawapan anda

hussain 2011

94

S18
Para ulama berusaha sedaya upaya mencari hukum bersandarkan wahyu Allah dan pengajaran RasulNya. Ini menggambarkan salah satu daripada sumber tamadun Islam iaitu
Jawapan anda

A. B. C. D.

Ijtihad Al-Quran Al-Sunnah Tamadun Dan Budaya Lain

hussain 2011

95

S19
Islam bermula sebagai sebuah negara dan tamadun selepas berlakunya peristiwa A. Hijrah dari Mekah alMukarramah ke Yaman B. Hijrah dari Mekah alMukarramah ke Madinah al-Munawwarah C. Hijrah dari Madinah alMunawwarah ke Mekah al-Mukarramah dan peperangan Badar D. Hijrah dari Madinah alMunawwarah ke Mekah al-Mukarramah dan pembukaan kota Mekah

Jawapan anda

hussain 2011

96

S20
Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W membina tamadun Islam berlaku selama A. 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah B. 10 tahun di Mekah dan 12 tahun di Madinah C. 12 tahun di Mekah dan 11 tahun di Madinah D. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah

Jawapan anda

hussain 2011

97

S21
Berikut adalah susunan perkembangan zaman dalam tamadun Islam

A. Zaman Nabi, sahabat, Umayah dan Abbasiyah B. Zaman Nabi, sahabat, Abbasiyah dan Umayah C. Zaman Nabi, sahabat, Abbasiyyah dan Fatimiyah D. Zaman Nabi, sahabat, Fatimiyah dan Uthmaniyah

Jawapan anda

hussain 2011

98

S22
Beliau adalah di antara tokoh falsafah, sains dan perubatan Islam yang ulung. Dilahirkan pada tahun 980 Masehi dan mati pada tahun 1037. A. B. C. D. Ibn Sina Al-Ghazali Ibnu Rushd Ibn al-Haitham

Jawapan anda

hussain 2011

99

S23
Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh
Jawapan anda

A. Mustaffa Jamal Ataturk B. Mustaffa Kamil Ataturk C. Mustaffa Kamal Ataturk D. Mustaffa Akmal Ataturk

hussain 2011

100

S24
Berikut adalah faktor paling utama yang mendorong kepada kecemerlangan Tamadun Islam A. Kestabilan Andalus B. Galakan Pemerintah C. Gesaan wahyu dan Rasul D. Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan

Jawapan anda

hussain 2011

101

S25
Berikut adalah di antara faktor pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah KECUALI A. Peranan orangorang Mozarrab B. Aktiviti percetakan buku-buku Arab C. Pembukaan Pulau Sicily dan Andalus D. Hubungan diplomatik dan perdagangan
hussain 2011

Jawapan anda

102

S26
Berikut adalah di antara aspek ilmu dan intelektual yang menonjol dalam Tamadun Islam KECUALI A. Perubatan B. Teknologi letupan C. Matematik dan astronomi D. Ekonomi dan perdagangan

Jawapan anda

hussain 2011

103

S27
Kuasa barat menguasai umat Islam melalui sistem pendidikan, kawalan media, serangan sosial dan pengaruh sekularisme. Pandangan ini diutarakan oleh
Jawapan anda

A. Yusuf al-Qardhawi B. Seyyed Hossein Nasr C. Muhammad alGhazali D. Syed Muhammad Naquib al-Attas

hussain 2011

104

S28
Berikut adalah di antara pendekatan jihad yang utama dalam Islam Jihad Nafsu Jihad Ilmu dan pendidikan Jihad Mempertahankan Kesucian Islam Jihad menguasai empayar dan negara baharu I. II. III. IV. A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, II dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

105

S29
Antara usaha terbesar Malaysia dalam mengaplikasi amalan ekonomi Islam menyeluruh di Malaysia ialah A. B. C.

D.

Penubuhan Lembaga Tabung Haji Penubuhan Sistem Takaful dan Insuran Islam Penubuhan Koperasi Islam yang pertama di Malaysia Penubuhan bank dan sistem kewangan Islam yang pertama di Malaysia

Jawapan anda

hussain 2011

106

S30
Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Kenyataan ini menggambarkan
Jawapan anda

A. B. C. D.

Visi Islam Hadhari Misi Islam Hadhari Dasar Islam Hadhari Objektif Islam Hadhari

hussain 2011

107

JAWAPAN ANDA

SALAH
Maaf, sila cuba lagi!
Kembali
hussain othman copyright 2011

TAHNIAH!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI!
Kembali
hussain othman copyright 2011

Tamat Sesi Pembelajaran Quick Learning

Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji Topik


Tamat sesi pembelajaran Process Learning
hussain 2011 110

Anda telah tamat sesi Quick Learning!


Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya
Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!

Teruskan usaha meningkatkan ilmu dan hikmah kebijaksanaan dalam kehidupan anda!

Tahniah!
Anda telah berlabuh di pelabuhan kedua!

Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!


hussain othman copyright 2011

Ulang Semula Proses Pembelajaran