Anda di halaman 1dari 10

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Teori ini berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori .

Menurut Gestalt
Celik akal bermaksud penyelesaian masalah yang berlaku mendadak dan lengkap. Individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan di dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas.

Teori David Ausuble


Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model ini menekankan keterangan bahan pembelajaran guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan lengkap.

Teori Pembelajaran Bruner


Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif : -keupayaan kawalan emosi -keupayaan menyerapkan peristiwa -keupayaan penggunaan perkataan dan simbol -pertambahan aktiviti tindak balas -penggunaan bahasa -keupayaan menghadapi berbagai situasi. Pembelajaran teori penemuan ini merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran


Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada.

Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti muridmurid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik.

Bagi kanak-kanak khas, guru perlu menyediakan BBM yang berbentuk besar, maujud ataupun benda yang senang dilihat dan disentuh. Manakala dalam mendidik kanak-kanak khas, guru perlu mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka terhad. Contohnya, guru ingin mengajarkan tentang buahbuahan, guru menunjukkan buah-buahan sebenar serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencium bau dan merasa buah tersebut. Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada hari itu.

Kanak-kanak khas perlu diajar mengikut subjek yang telah disusun dan diperingkatkan. Pemeringkatan perlulah dari yang senang kepada susah. Guru mengubahsuai kaedah dan pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan keadaan murid-murid khas tersebut. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang dikategorikan sebagai autisme, kaedah pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan interaksi terutamanya yang melibatkan eye contact.

Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi.

Kaedah P&P yang digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu menerima laras bahasa yang tinggi.