Anda di halaman 1dari 11

Apakah Itu Bimbingan dan Kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling berlandaskan teori berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling.
Antara jenis teori dalam kaunseling ialah:
Teori Psikoanalisis. Teori pemusatan klien Teori Gestalt provokasi Teori Terapi Rasional Emotif Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)

Teori Psikoanalisis
Dipelopori oleh Sigmund Freud pada tahun 1986. Menekankan pendekatan tingkah laku dan humanistik.

KONSEP DAN TEMA UTAMA TEORI

Menurut Freud akal fikiran terbahagi kepada 3 iaitu: Alam sedar : Di mana manusia menyedari dan mengetahui apa yang sedang berlaku pada persekitarannya. Misalnya, rasa takut.
Alam prasedar : Di mana individu tidak menyedari sesuatu sedang berlaku melainkan ia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang berlaku. Alam tidak sedar : Individu memang tidak menyedari langsung apa yang berlaku.

STRUKTUR PERSONALITI

Konsep teori ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu: Id


Komponen biologi, tempat-tempat penumpuan naluri-naluri, diwarisi, tahap alam tidak sedar (naluri hidup/ naluri mati), mengandungi unsur tidak bermoral.

Ego
Komponen psikologi, bersifat realistik, rasional dan logikal. Mencari jalan yang realistik dan pertimbangan wajar dalam memenuhi keperluan serta tugas utamanya mengimbangi id dan superego.

Super ego
Mengandungi komponen sosial dan nilai-nilai moral masyarakat. Ia adalah cabang moral berfungsi menghalang keinginan-keinginan id dan ego.

Ketiga-tiganya merupakan proses-proses yang berinteraksi di antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah laku tertentu.

CARA RAWATAN KAEDAH PSIKOANALISIS

Perkaitan Bebas Klien baring dan kaunselor berada di kepala klien. Klien luah perasaan dan kaunselor kenalpasti masalah yang dihadapi di alam tidak sedar.

Penafsiran

Pendekatan Psikoanalisis menumpukan kepada analisis tentang perimbangan antara id,ego dan superego yang berlaku dalam diri seorang insan.
Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisis melibatkan interaksi antara kaunselor dengan kliennya. Interaksi secara bersemuka adalah perlu dan digalakkan bagi menjaga kepentingan proses hormat menghormati antara kaunselor dengan kliennya.

Anda mungkin juga menyukai