Anda di halaman 1dari 15

KONSEP ILMU DAN INSAN

DISEDIAKANOLEH : JUWAIRIYAH BINTI MUHAMED WAN NUR FATIN SYUHADA BINTI WAN MUDA PPISMP PRA SEKOLAH

Dalam menjalani hidup ini setiap insan seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup seseorang itu akan gagal mencapai tujuannya. Kemajuan sesuatu umat atau sesebuah negara bergantung kepada kemajuannya ilmu pengetahuannya.

PENGENALAN

Konsep Ilmu -Ilmu merupakan suatu pengetahuan, kebolehan atau pengalaman yang diberi oleh Allah setelah melalui beberapa proses seperti pembelajaran, pengalaman, latihan, perjalanan dan sebagainya. -Konsep ilmu dalam Islam sangat luas, ia merangkumi semua jenis ilmu pengetahuan yang memberi faedah kepada kehidupan manusia.

DEFINISI

-Ianya tidak terhad kepada ilmu-ilmu agama sahaja seperti tauhid, feqah dan hadis malah merangkumi ilmu-ilmu lain seperti ilmu sains, geografi, teknologi dan sebagainya. -Lantaran itu al-Quran menyebutkan ilmu itu sebagai al-Hikmat dan kadang-kadang sebagai al Fadhl.

Konsep Insan -Insan ataupun manusia merupakan khalifah Allah. -Allah jadikan manusia sebagai khalifah iaitu untuk mentadbiralam dengan baik. -Jadi manusia tidak seharusnya merosakkan alam ini. -Insan juga sebagai hamba iaitu hamba kepada Allah S.W.T

-Sebagai hamba, manusia semestinya mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan suruhan-Nya dan meningggalkan larangan-Nya.

Ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi wajib dituntut. Ilmu agama atau ukhrawi dituntut supaya kita kenal diri kita ini sebagai hamba dan khalifah Allah yang sentiasa tertakluk kepada perintah-perintah Allah. Supaya faham bahawa setiap hamba Allah itu bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba dan tugas sebagai khalifah.

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

Contoh tugas sebagai hamba Allah,amar makruf dan nahi mungkar. Contoh suruhan:sembahyang,puasa dan sebagainya. Jadi dengan adanya ilmu, semuanya dapat dilakukan dengan lancar.

Khalifah Allah bermaksud wakil Allah. Menjadi pemerintah untuk memakmurkan bumi dan membentuk masyarakat manusia yang diredaiNya. Contoh:membentuk masyarakat yang diredaiNya dengan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan untuk menjamin masyarakat yang mulia dapat dilahirkan serta dapat menggambarkan pandangan yang positif tentang cara hidup Islam pada golongan bukan Islam.

TUGAS MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

Menggunakan segala ilmu pengetahuan dalam menggunakan nikmat yang Allah kurniakan di muka bumi ini seperti bukit,gunung dll. Sebagai khalifah Allah,kita harus tahu bagaimana mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian tanpa mengandungi unsur-unsur negatif.

Membuktikan bahawa ilmu banyak memberi sumbangan kepada kita dalam kehidupan seharian.Oleh sebab itu,keredaan Allah amat penting dalam mempelajari sesuatu ilmu. Contoh:ilmu perubatan mampu memberi sumbangan dari aspek kesihatan.Jadi,dengan kemajuan ilmu sains dan teknologi,pelbagai kaedah ubat dihasilkan untuk mengubatai sesuatu pesakit. Malah,dengan penciptaan pelbagai peralatan moden,penyakit dapat diubati tanpa perlu ke luar negara.

ILMU MEMBINA MANUSIA DAN KEMANUSIAAN

Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu.Di sini menunjukkan bahawa ilmu memainkan peranan yang penting dalam menaikkan taraf sesuatu bangsa dari pandangan dunia.
Ilmu juga turut dapat membentuk peribadi seseorang supaya dikasihi oleh Allah dan manusia.Namun begitu,ada segolongan manusia yang tidak mengaplikasikan ilmu yang dia ada terhadap dirinya.Sebagai contoh,seseorang itu tidak mampu mengawal kemarahannya,lantas,sanggup mengeluarkan kata-kata yang kesat.Perbuatan ini bukan sahaja mampu menyebabkan dirinya dipandang negatif,malah memutuskan silaturrahim antara umat Islam.Bukankah ini memberi gambaran buruk kepada bukan Islam?Tepuk dada tanya minda.

Semakin banyak membuat kajian,semakin banyak tahap ketaqwaan seseorang.Perkara ini hanya berlaku kepada orang yang beriman.Hal ini kerana,setelah banyak mengkaji ilmu Allah,makin banyak kita mengetahui rahsiarahsia Allah. Namun begitu,tidak semestinya apabila seseorang itu emngkaji,dia akan semakin dekat dengan Allah. Orang yang banyak berfikir tentang kejadiankejadian Allah akan lebih faham kejadian itu dan mengangungkan kekuasaan Allah.Jadi,ini akan menjadikan seseorang itu bertaqwa.

ILMU PENGETAHUAN ASAS TAKWA

Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semua ilmu milik Allah dan kita disuruh menuntut tidak kira samada guru teresbut bukan Islam selagi ilmu itu berguna bagi kita. Dengan ilmu pengetahuan,dapat membentuk peribadi manusia dan meningkatkan tahap keimanan seseorang hamba Allah.Insyaallah..

KESIMPULANNYA

ABIS SUDA.. SYUKRAN JAZILAN


Created by:atinsyuhada Juwairiyah Mohamed..

Anda mungkin juga menyukai