Anda di halaman 1dari 18

HIJRAH RASULULLAH PERISTIWA DAN PENGAJARAN

PENGERTIAN HIJRAH
Pada Bahasa : Perpindahan dari suatu tempat

ke satu tempat
Segi Istilah

: Perpindahan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah.

Hijrah juga bermaksud : Perubahan diri drpd

keadaan yg kurang baik kpd keadaan yg lebih baik.

MASA BERLAKU HIJRAH


12 Rabiul Awal, tahun ke-13 Nabi

Muhammad menjadi Rasul .


Bersamaan 2 Julai 622 masihi

SEBAB-SEBAB BERLAKU HIJRAH


Perintah dari Allah SWT - untuk mempertahankan Islam. Dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh Musyrikin Mekah. Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak & menjadi-jadi Permintaan dari penduduk Madinah & mereka memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah dan sahabat. Salah satu strategi dakwah Rasulullah S.A.W.

USAHA-USAHA MUSYRIKIN MEKAH MENYEKAT DAKWAH RASULULLAH.


Memujuk Rasulullah untuk mempraktikkan

ajaran Islam & kepercayaan mereka secara bergilir-gilir .


Menawarkan Rasulullah S.A.W pangkat, harta

kekayaan & wanita supaya meninggalkan dakwah Islam.

Memulaukan dan mengenakan sekatan

ekonomi kepada Rasulullah , Bani Hasyim, Bani Abdul Mutalib dan orang Islam selama 3 tahun. Melakukan pelbagai penyiksaan terhadap orang Islam. Merancang membunuh Rasulullah S.A.W.

KRONOLOGI PERISTIWA HIJRAH


MASA / TARIKH PERISTIWA Sehari sebelum Hijrah Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke Madinah Mengambil keputusan membunuh Rasulullah ketika sedang tidur

Malam Hijrah Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung rumah Rasulullah, dan bersedia menyerbu dan membunuh baginda. Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah meminta Saiyidina Ali tidur di tempat baginda. Rasulullah ditemani Saiyidina Abu Bakar keluar dari Mekah ke gua Thur.

Setelah 3 hari 2 malam di gua Thur Rasulullah

dan Saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah.


Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina

masjid Quba (masjid pertama

dalam Islam).

12 Rabiul Awal ,tahun 13 kerasulan / 2 JULAI 622 MASIHI. Rasulullah, Abu Bakar dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran

STRATEGI RASULULLAH MENGUKUHKAN KEDUDUKAN ISLAM DAN UMAT ISLAM DI MADINAH.

Muhajirin : Orang Islam Mekah yang

berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah.


Ansar :Penduduk Islam Madinah yang

membantu Rasulullah & orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah.

Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan

Ansar. Membina masjid Nabawi sebagai tempat beribadat & perjumpaan umat Islam. Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah termasuk orang-orang Yahudi untuk mengiktiraf baginda sebagai pemimpin Madinah.

Iktibar dari peristiwa Hijrah


Usaha dakwah hendak mempunyai strategi

yang mantap. Umat Islam wajib bekorban untuk meninggikan martabat Islam. Kesatuan aqidah menjadi asas perpaduan umat Islam.

Firman Allah s.w.t memuji golongan

Muhajirin : (Harta rampasan itu juga) untuk orang-orang fakir yang berhijrah yang terusir dari kampung halamannya dan meninggalkan harta bendanya demi mencari karunia dari Allah dan keredhaanNya dan (demi) menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Mengapa Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin dan

Ansar? Allah telah memuji mereka disebabkan mereka telah membenarkan Iman mereka. Iman bukan semata-kata ucapan aku beriman, tetapi ia perlu disertai dengan dalil atau pembuktian. Golongan Muhajirin membenarkan iman mereka sehingga mereka diusir dan diambil harta hanya disebabkan kalimah lailahaillah, muhamadur rasulullah. Golongan Ansar punya membuktikan keimanan mereka dengan bukti ukhuwwah sehingga mencapai darjat yang tertinggi didalam ukhuwwah iaitu ithar (mementingkan orang lain daripada diri sendiri).

SOALAN LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah. 2. Terangkan 2 faktor Rasulullah dan Umat

Islam berhijrah ke Madinah. 3. Jelaskan 3 tindakan yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah untuk menghalang dakwah Rasulullah S.A.W.

Sekian. Terima kasih .