Anda di halaman 1dari 33

PKE3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK: AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH : HAZWANI BINTI KAMALUDIN NOR AMALINA BINTI CHE ZAMZAN 5 PISMP PJK IPGKSM

PENGENALAN
Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di

sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat.

SURAT PEKELILING IKHTISAS


http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam /pekeliling/1259539373.pdf
http://www.salmiahjaba.com/page4/page5/fil

es/pekeliling%20ikhtisas13.pdf http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/cir cularfile/2008/circularfile_file_000231.pdf

KONSEP
Program kebersihan sekolah didefinisikan sebagai lanjutan pendedahan awal tentang kebersihan yang bermula dari rumah,

pengukuhan dan pengembangan di sekolah dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hayat oleh setiap insan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan

bagi mencapai kebersihan maksimum. 3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.

5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI


Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan

bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan ialah salah satu unsur persekolahan yang sihat dan selamat. Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan.

Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah

diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan bendasing dalam makanan

BILIK DARJAH
Tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan bilik

darjah. Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghiaskan kelas dengan bahan-bahan akademik. Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur, lampu dan kipas mestilah ditutup suisnya. Semua murid tidak dibenarkan memindahkah kerusi, meja atau perabut antara kelas. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau bermain di dalam kelas.

TANDAS SEKOLAH
Semua murid mesti menggunakan tandas

dengan betul, menjaga kebersihan serta dilarang membuang sebarang sampah ke dalam lubang tandas. Semua murid dilarang menconteng dinding tandas dengan sebarang alat. Semua murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan

http://ppdpgudang.edu.my/muatturun/20120416_Pertandingan%20Tandas%20Bersih.PDF http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidika n/20130107/pe_02/Tandas-sekolah-diberipenarafan

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk

memastikan makanan bersih dan selamat ialah:


a) Kebersihan bahan mentah. b) Pengendalian makanan yang bersih. c) Kebersihan diri pengendali makanan. d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.

f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.


g) Penyediaan makanan yang betul.

CIRI-CIRI KEBERSIHAN BAHAN MENTAH


Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak

dan perlu dibuat di tempat yang bersih. Bagi makanan di dalam tin, tin tidak kemek dan tidak berkarat. (http://fitrihadi.com/2012/06/bagaimanamakanan-air-dalam-tin-membawa-maut/)

Bilik penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan mentah yang mudah

rosak perlu disimpan dalam peti sejuk. Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan.Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan.

http://fsq.moh.gov.my/v3/media/artikelrencana/item/310-pemilihan-danpenyimpanan-makanan/310-pemilihan-dan-

penyimpanan-makanan

Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun. Gunakan kain yang bersih untuk mengelap

pinggan mangkuk. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan.

CIRI-CIRI KEBERSIHAN DIRI YANG BAIK


Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyedia atau menghidang makanan. Kuku pendek dan bersih.
Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2

kali sehari memakai apron dan bertudung kepala.

Jangan meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan dan jangan

mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan. Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.

Tong sampah bertudung, bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual. Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat. Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.

CIRI-CIRI REKA BENTUK PREMIS MAKANAN YANG SESUAI


Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi

penyediaan, mempamer dan menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa. Almari/rak menyimpan makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk. Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang. Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.

Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi.
Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis

makanan hendaklah mencukupi. Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera diperbaiki. Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerjanya.

TANGGUNGJAWAB SEORANG PENGUSAHA PREMIS MAKANAN


Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid

sebelum bertugas. Pekerja yang sakit perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat. Melatih pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB PEKERJA PREMIS MAKANAN


Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
Lapor kepada majikan apabila sakit dan dapatkan

rawatan segera.

Elakkan dari perbuatan kotor


korek hidung/sentuh makanan rosak dengan

tangan kotor

Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi

tingkatkan kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan tempat kerja.

PEMERIKSAAN KANTIN DAN DAPUR


Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun Pemeriksaan fizikal
ukuran suhu memasak/suhu penyimpanan/suhu

penyajian

Garis Panduan Kantin Sekolah ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1983. Dikaji dan ditulis semula pada tahun 1989 oleh

Jawatankuasa bersama Kesihatan Sekolah. Kajian tersebut hendaklah dilakukan setiap 5 tahun sekali.

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN


Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-

agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah sangat penting.
Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk

sumbangan kewangan tenaga kepakaran bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid menjadi role-model yang baik

Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala


Komuniti datang ke sekolah

Pihak sekolah libatkan komuniti dalam aktiviti

kemasyarakatan di sekitar sekolah.

AMALAN KESIHATAN
(a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah. Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG sekolah Mengamalkan Cara Hidup Sihat

(b)
(c) (d)

PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR


Memberi penerangan jelas kepada guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan.
Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan yg

dianggotai oleh guru-guru, agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan bukan kerajaan. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah.

Mengambil kira pengalaman murid dan guru sebelum menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan. Kesedaran murid-kepentingan kemahiran kesihatan untuk menjaga kesihatan diri.
Pengurusan sumber sedia ada mengikut

kemampuan sekolah. Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU
Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan

Kebersihan.

Menentukan program pembangunan kebersihan murid

dilaksanakan di sekolah. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensiagensi yang berkaitan. Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/ kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT serta pembekal susu sekolah.

Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang


berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah. Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah. Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan. Menyedia dan membuat laporan berkala.

PERANAN MURID
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti.
Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri

sendiri. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktivitiaktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah.

SEKIAN TERIMA KASIH