Anda di halaman 1dari 39

BAB1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

PEMBENTUKAN

TAMADUN INDUS

TAMADUN INDUS

LOKASI
Terletak di Lembah Sg. Indus (barat laut India) Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab

LOKASI TAMADUN INDUS

Ada Apa Dengan...

TAMADUN INDUS?
Tamadun terawal di India Dikenali sebagai Tamadun Harappa sempena nama bandar utama Dikelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchistan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tenggara )

BILA TAMADUN INI BERLAKU?


Muncul pada 2500 S.M. Merosot pada 1800 S.M.2.

Punca kemorosotan: Serangan orang Aryan Bencana seperti banjir , kemarau dan gempa bumi

SERANGAN ORANG ARYAN

BENCANA ALAM

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN


1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan
2. Wujud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus

3. Hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan: Perkembangan Bandar seperti Mohenjo Daro dan Harappa Pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor

BANDAR MOHENJO-DARO

PELABUHAN LOTHAL

Ciri ciri Tamadun Indus

1. Bandar terancang Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Bahagian utama mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian. Bahagian kedua kawasan perumahan.

Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan. Bandar di sini berasaskan blok blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain. Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.

TEMPAT MANDI AWAM (THE GREAT BATH)

2. Organisasi sosial Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan. Golongan atasan ialah pendeta dan pedagang. Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya. Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.

Golongan bawahan ialah petani dan buruh. Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa. Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan.

Susun Lapis Masyarakat Tamadun Indus

PATUNG RAJA PENDETA- MOHENJO DARO

3. Pengkhususan pekerjaan Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan.

Perdagangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.

CAP MOHOR DIJUMPAI DI MESOPOTAMIA

Hasil perdagangan: Emas, gading gajah, manik


dan hasil pertanian.

Petani menanam barli dan kacang.


Artisan menghasilkan barang logam dan

tembikar.

4. Amalan agama

Patung proto Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu. Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.

Ukiran Proto-Siva

5. Sistem tulisan
Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.

Sumbangan Tamadun Indus

Perancangan Bandar Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi

Pembinaan batu bata

Sifat Keterbukaan
Memperlihatkan bahawa hubungan luar dan pertukaran pendapat perlu bagi memastikan kecemerlangan masyarakat. Berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba. Hubungan ini menguntungkan kedua-dua pihak dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.

Dalam konteks hubungan dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan tempatan. Sumber Mesopotamia ada nama bandar seperti Makan dan Meluhha. Bandar Makan dikenal pasti sebagai Makran. Bandar Meluhha pula berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo-Daro. Sumber ini secara tidak langsung membuktikan kewujudan hubungan antara kedua-dua tamadun ini.

Hubungan dengan masyarakat luar

RUMUSAN
Tamadun Indus memperlihatkan kepada dunia bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
Kematangan Tamadun Indus terbukti melalui pencapaiannya yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Kegemilangan Tamadun Indus bukan sahaja bergantung kepada kelebihan geografi, tetapi juga kreativiti masyarakatnya menjadikan sumber tersebut sebagai tonggak kejayaan. Kemampuan masyarakat Tamadun Indus mencapai tahap kecemerlangan dalam pelbagai aspek seharusnya dicontohi dan menjadi ikutan manusia sepanjang zaman.

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH