Anda di halaman 1dari 33

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia FROEBEL
Pendidikan sebagai suatu proses yang memberikan bantuan kepada setiap individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan JOHN STUART MILL

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


Orang berpendidikan sempurna akan bersedia untuk berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakatnya, serta ikhlas dalam pekerjaan dan patuh kepada segala undang-undang - T.H HUXLEY

Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak - MARIA MOTESSORI

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan individu dan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya, supaya hidup dengan lebih berguna. - JOHN DEWEY

Tradisional

Perenialisme Essensialisme

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Progresivisme Rekonstruktivisme Eksistensialisme Moden


William C. Bagley James B. Conant Hyman G. Rickover

Diasaskan oleh William C. Bagley (1874-1946), antara pendukung ialah James B. Conant (1893-1978) & Hyman George Rickover (1900-1986).

Banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme.

Semakin diberi penekanan dalam inovasi kurikulum sekolah setelah Rusia berjaya menghantar satelit Sputnik 1 ke angkasa pada tahun 1957.

Russian Sputnikl

Tujuan Pendidikan:

1. Mengekalkan tradisi dan tamadun sesuatu masyarakat.

2. Menggalakkan perkembangan intelektual pelajar.


3. Menyerap perkara-perkara yang telah ditetapkan.(selari dengan pendapat ahli-ahli realisme)

Berpendapat fitrah manusia kekurangan nilai murni.

Ianya dapat dibaiki dengan baik bergantung kepada kebudayaan masyarakat yang melatih menjadi personaliti yang harmoni dan intelek yang sempurna. Guru berperanan penting membekalkan kualiti kehidupan orang dewasa kepada murid supaya dapat bersosialisasi. Pembelajaran ilmu secara amnya berkesan jika pelajar menumpukan perhatian dan adanya kerajinan.

Dari sudut kurikulum, ahli essensialisme berpendapat kurikulum hendaklah mengikut situasi semasa, bahan pembelajaran hendaklah rapi, aktiviti pengajaran sistematik & kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi.

Di sekolah rendah : 3M harus dipupuk, subjek bahasa, sains, sejarah, geografi merupakan subjek utama, subjek seni & muzik adalah subjek tambahan. Di sekolah menengah : membaca/menulis lebih khusus, subjek arithmetik, geometri, algebra subjek utama, subjek pendidikan seni, jasmani dan muzik subjek tambahan.

Ahli essensialisme juga berpendapat, ilmu tentang nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan hendaklah diajar sepanjang tempoh persekolahan.

Masyarakat hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai masyarakat tradisi & moden.


Jacques Maritain Robert M. Hutchins Mortimer J. Adler

Diasaskan oleh R.M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Adler (1902-2001) dan Jacques Maritain (1882-1973)

Perenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman falsafah Plato dan Aristotle. Menerangkan akibat pengaruh materialistik, pragmatisme & sains menyebabkan nilai moral & rasional manusia merosot.

Pendidikan harus mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, bagi mereka menemui pinsip mutlak dan seterusnya memahami dunia sebenar.

Tugas utama pendidikan ialah mendisiplinkan mental dan jiwa murid-murid, mengembang potensi menaakul. Ahli perenialisme berpendapat, dengan membaca karya cendekiawan lama, dapat membentuk pemikiran. Mereka berpendapat, pendidikan teologi keagamaan harus dipelajari dahulu sebelum belajar ilmu sains.


Jean J. Roussea u Heinrich Pestaloz zi Freidric h Froebel

Diasaskan oleh Jean J. Rousseau (1712-1778), Heinrich Pestalozzi (17461827) & Freidrich Froebel (1782-1852)

Banyak dipengaruhi oleh falsafah naturalisme dan pragmatisme. Menurut Rousseau, manusia dilahirkan bagai kain putih dan persekitaran yang akan mempengaruhinya, konsep ini dipengaruhi oleh konsep naturalisme.

Rousseau mewujudkan Teori Pembelajaran Semula Jadi yang menerangkan pembelajaran individu ditentukan oleh persekitaran.

Teori ini menekankan pembelajaran haruslah berlaku apabila adanya kesediaan individu itu untuk belajar. Pengaruh konsep pragmatisme dalam falsafah progresivisme dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrik, Boyd H. Bode dan Harold V. Rugg. Konsep pragmatisme menerangkan ilmu pengetahun diperoleh akibat interaksi dengan manusia dan persekitaran.

Konsep pragmatisme menerangkan idea, prinsip atau fakta haruslah diuji secara saintifik serta objektif dan membawa kepada hasil yang memuaskan.

Charles S. Pierce & John Dewey berpendapat kaedah paling berkesan untuk mendapatkan ilmu ialah menggunakan Kaedah Penyelesaian Masalah.

Charles S. Pierce

Konsep Penyelesaian Masalah akan berkesan sekiranya ada minat dan keperluan untuk menyelesaikan masalah itu.

Teori progresivisme 1930-an lahir untuk menentang fahaman perenialisme, iaitu pembelajaran kaku (hanya mengingat) dan mengamalkan autoriti guru yang tegas.

Teori ini mengatakan murid mempunyai naluri ingin tahu dan guru harus menjadi pembimbing kepada mereka. Ahli pragmatisme progresivisme menyokong kaedah strategi kolaboratif dan koperatif dalam pendidikan. Guru juga harus menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan pengalaman sedia ada untuk memperoleh ilmu.

Diasaskan oleh George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960)

George S. Counts

Merupakan satu falsafah serpihan dari fahaman progresivisme.

Harold O. Rugg

Ahli rekonstruktivisme mengatakan falsafah progresivisme hanya sesuai kepada masyarakat yang stabil, justeru satu falsafah yang kritikal harus wujud untuk menyelamatkan kebudayaan masyarakat yang diancam keruntuhan

Mereka berpendapat, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan/proses pendidikan, mengabaikan objektif dam hasil pendidikan

Berpendapat, pendidikan harus mempunyai objektif eksplisit bagi membentuk Order Baru Masyarakat. Rekonstruktivisme menjadi perhatian apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-1987) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial science sebagai asas rekonstruktivisme

Theodore Burghard Hurt Brameld

Theodore Burghard Hurt Brameld berpendapat hasil interaksi manusia dengan elemen alam sekitar merupakan tempat utama proses pendidikan.

Sekolah haruslah mengamalkan rekonstruktivisme kerana bagi menjamin murid mengikut peraturan dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Peranan guru bukan sahaja mendidik, tetapi lebih pentingnya membawa isu sosial yang penting untuk diselesaikan secara usahasama. Ringkasnya, rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.

Diasaskan oleh Carl Rogers (1902-1987)

berasaskan fahaman Falsafah yang


naturalisme Rousseau dan mazhab humanis.

Carl Rogers

Berpendapat murid tidak patut mengorbankan individualiti mereka untuk memperoleh ilmu.

Berpendapat bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai hendaklah ditentukan oleh murid. Guru hendaklah menghormati pandangan & pemilihan murid dan tidak memaksa murid menerima nilai diajar oleh guru.

Berpendapat permainan yang ada unsur kreatif, seni dan nilai estetika tinggi akan mengembangkan potensi murid.

Sekolah hendaklah memberikan peluang kepada pelajar berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan diri. Amalan eksistensialisme ini banyak diamalkan di sekolah terbuka di US, Taiwan, Jepun dan UK.


Definisi Pendidikan Islam. Dasar-dasar pendidikan Islam. Matlamat pendidikan Islam.

Skop dan bidang Pendidikan Islam.

Pembentukan kurikulum pendidikan Islam.

Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Hassan Langgulung(1986)

Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang merancangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. -Al-Syaibani

Keesaan Tuhan(Tauhid).

Kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh yang diangkat oleh Tuhan di antara bangsa-bangsa di dunia ini. Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi.

Manusia semula jadi tidak berdosa dan mempunyai potensi yang tidak terbatas dalam perkembangan moral dan kerohanian.

Setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Kehidupan sudah mati. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam.

1 2

Melahirkan manusia bertakwa.

Melahirkan manusia taabbudi, iaitu manusia yang meletakkan segenap hidupnya kepada mencari keredaan Allah s.w.t.

Melahirkan manusia yang bercita-cita tinggi dengan menjadi al-falah sebagai tujuan hidup.

Skop/ Bidang Pembinaan otak.

+
Menekankan aspek alam sekeliling dan rangsangan sahaja.

+
Berusaha membentuk individu manusia yang beriman, berakhlak tinggi, berpengetahuan dan beramal salih.

Mampu melahirkan individu muslim yang menyeluruh dan seimbang untuk hidup di dunia dan di akhirat.

Agama Pengajaran al-Quran, Hadis dan juga Bahasa Arab dan Islam cabang-cabangnya.

Bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia Manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat.

Bidang ilmu yang mengenai alam PEMBENTUKAN tabii atau sains KURIKULUM natural, yang meliputi bidangAlam bidang seperti astronomi, biologi,botani dan lain-lain yang berkaitan.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

DEFINISI: Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan AsSunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

DEFINISI: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan akhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SUMBER: 1. Al-Quran 2. Sunnah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA SUMBER: 1. Rukun Negara dan dasardasar pendidikan yang telah digubal. 2. Penggubalan pemimpin bidang pendidikan negara mengikut keadaan dan masa.
Prinsip dan ideologi selaras dengan Islam dengan menghormati penganut agama lain. Semua agama diutamakan.

Semua prinsip dan ideologi hendaklah selaras dengan Islam. Agama Islam diutamakan.


Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor