Anda di halaman 1dari 10

KELEMAHAN PENILAIAN FORMAL

ASRAF AZMAN FIRDAUS ZULHASRI FIRDAUS

JENIS PENILAIAN FORMAL

CONTOH PENILAIAN FORMAL


1. Ujian Kertas Pensel 2. Laporan 3. Tugasan

4. Folio

KELEMAHAN UJIAN FORMAL (FORMATIF)


Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, daerah dan negara. Menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individidu murid sekiranya jumlah murid adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas. Tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara murid untuk berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik kerana pencapaian murid hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu murid lain.

Menyukarkan tindakan guru untuk membetulkan kelemahan murid serta merta semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama jika gagal diurus dengan baik.

Kelemahan murid adalah pelbagai dan tidak sama antara satu sama lain. Sukar untuk guru memberi perhatian kepada sesuatu kelemahan dengan tidak mengabaikan mereka yang lain.
Perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara suatu kelas dengan kelas yang lain atau sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain lantas kemampuan murid tidak diuji secara sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran atau kemahiran.

Mungkin akan wujud berat sebelah oleh guru. Guru mungkin akan memberikan markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang disukai olehnya. Menggalakkan penerimaan rasuah dalam kalangan guru oleh pelajar untuk mendapatkan markah atau penilaian yang bagus daripada guru.

KELEMAHAN UJIAN FORMAL (SUMATIF)


Memberi tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah.

Melahirkan murid-murid yang berorientasikan peperiksaan dengan menghafal isi pelajaran tertentu dan bukan memahaminya secara mutlak.
Menimbulkan rasa rendah diri dalam kalangan murid yang mendapat gred pencapaian yang rendah kerana keputusannya kelak akan dibandingkan dengan pencapaian murid-murid lain.

Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala berasaskan nasib dan tuah, bukannya usaha murid tersebut. Murid yang cemerlang tetapi kebetulan menghadapi masalah lain seperti kesihatan ketika menduduki peperiksaan tidak dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak dapat menduduki peperiksaan seperti asal. Penyediaan soalan yang meliputi kesemua topik pembelajaran yang telah diajar sukar untuk diseimbangkan dengan baik kerana topik yang banyak dan jumlah soalan yang terhad. Masa perlaksanaan ujian adalah singkat tidak bertepatan untuk menguji pemahaman dan pengetahuan murid terhadap pembelajaran yang berlaku untuk pada suatu penggal atau beberapa tahun.

Semua ibu bapa dan guru-guru mahukan anak atau murid mereka berjaya dalam pelajaran. Umum biasanya akan bertanyakan apakah keputusan yang diperolehi di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan ia menjadi tajuk perbualan dalam kalangan jiran tetangga, sanak saudara dan rakan sejawat. Situasi ini mewujudkan tekanan kepada murid, guru dan ibu bapa. Tekanan inilah yang menyebabkan ramai ibu bapa cuba melakukan pelbagai usaha dalam membantu anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Tekanan yang diterima dari masyarakat ini membuatkan ibu bapa ada ketikanya memaksa anak-anak supaya cemerlang.

Walaupun kebanyakkan mahasiswa mempunyai sijil yang berstandard tinggi, tetapi kebanyakkannya tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi. Peperiksaan dikatakan menyebabkan murid belajar dan guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana muridmurid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR.

Anda mungkin juga menyukai