Anda di halaman 1dari 17

MUTASI

MUTASI

Mutasi ialah perubahan yang berlaku secara spontan kepada struktur gen atau kromosom suatu organisma.
Mutasi menyebabkan perubahan sifat dalam anak. Mutasi berlaku dalam sel soma atau dalam gamet. Kesan mutasi akan diwarisi dari satu generasi ke generasi. Terdapat dua jenis mutasi: mutasi gen dan mutasi kromosom.

MUTASI GEN

Melibatkan perubahan dalam struktur satu gen. Mutasi gen mengubah atau menghasilkan gen yang baru untuk menggantikan gen yang normal.

Gen yang telah mengalami mutasi disebut mutan.

Penyakit baka Penerangan yang disebabkan oleh mutasi gen Albinisme Disebabkan oleh perubahan dalam gen yang mengawal warna kulit. Gen baru yang dihasilakan tidak dapat menghasilkan pigmen kulit. Kulit dan rambut albino berwarna putih dan matanya berwarna merah jambu. Anemia sel sabit adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan pada gen yang menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin yang telah mengalami mutasi tidak cekap dalam mengangkut oksigen. Merupakan penyakit baka terangkai seks yang dikawal oleh gen resesif pada kromosom x. Seseorang yang buta warna tidak dapat membezakan warna merah dan hijau. Disebabkan oleh kekurangan sejenis protein dalam darah yang diperlukan untuk pembekuan darah. Merupakan penyakit baka terangkai seks yang dikawal oleh gen resesif pada kromosom x.

Anaemia sel sabit

Buta warna

Hemofilia

P ENYAKIT BAKA YANG DISEBABKAN


OLEH MUTASI GEN

Albinisme Disebabkan oleh perubahan dalam gen yang mengawal warna kulit.

Gen baru yang dihasilakan tidak dapat menghasilkan pigmen kulit.


Kulit dan rambut albino berwarna putih dan matanya berwarna merah jambu.

Anaemia sel sabit Anemia sel sabit adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan pada gen yang menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin yang telah mengalami mutasi tidak cekap dalam mengangkut oksigen.

Buta warna Merupakan penyakit baka terangkai seks yang dikawal oleh gen resesif pada kromosom x.

Seseorang yang buta warna tidak dapat membezakan warna merah dan hijau.

Hemofilia Disebabkan oleh kekurangan sejenis protein dalam darah yang diperlukan untuk pembekuan darah. Merupakan penyakit baka terangkai seks yang dikawal oleh gen resesif pada kromosom x.

albinisme

Anaemia sel sabit

Buta warna

Hemofilia

MUTASI KROMOSOM

Melibatkan perubahan dalam bilangan kromosom atau urutan gen dalam suatu kromosom. Kadangkala sebahagian daripada kromosom mungkin terpisah dan hilang, atau melekat pada kromosom yang lain. Ini menyebabkan urutan pada kromosom berubah dan berbeza daripada yang normal. Bilangan kromosom boleh bertambah atau berkurang. Mutasi kromosom boleh menyebabkan penyakit baka seperti sindrom down, sindrom Klinefelter dan sindrom turner.

S INDROM D OWN

Penyakit ini disebabkan kehadiran satu kromosom tambahan pada kromosom ke-21 dalam sel-sel soma.

Penyakit sindrom Down menunjukkan ciri-ciri:


Mata sepet Kerencatan akal Jari-jari pendek

S INDROM K LINEFELTER
Seseorang yang mengidap penyakit ini mempuyai satu kromosom X tambahan iaitu XXY. Biasanya lelaki mengidap penyakit baka ini. Mereka memiliki beberapa ciri perempuan dan tidak dapat menghasilkan sperma. Dengan itu mereka adalah mandul.

S INDROM T URNER
Seseorang mengidap penyakit ini akan kekurangan satu kromosom X. Biasanya perempuan mengidap penyakit ini. Mereka yang mengidap penyakit ini mempunyai ciri-ciri

Mandul Rendah Tidak mengalami kitar haid

FAKTOR YANG M ENYEBABKAN M UTASI

Semulajadi Bahan kimia

Suhu

Sinaran

K EBAIKAN D AN K EBURUKAN M UTASI

Kebaikan

Menyebabkan variasi Dapat meghasilkan spesies yang lebih tahan terhadap penyakit, cuaca dan persekitaran.

Keburukan menyebabkan penyakit yang tidak boleh diubati dapat membawa maut menyebabkan kecacatan fizikal dan mental

L ATIHAN
1.

Nyatakan definisi mutasi.


perubahan yang berlaku secara spontan kepada struktur gen atau kromosom suatu organisma.

2.

Namakan 2 jenis mutasi.


-mutasi gen -mutasi kromosom

3.

Berikan contoh bagi setiap jenis mutasi.


1. 2.

Mutasi gen-albino,buta warna,hemofilia Mutasi kromosom- sindrom down, sindrom klenifelter,sindrom turner.

4.

Nyatakan dua penyebab terjadinya mutasi. - radiasi/sinaran -Bahan kimia