Anda di halaman 1dari 51

Akta Pendidikan 1996 & Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN)

Oleh: Arif Arifin Bin Alias Engku Mohd rafi Bin Che Ku Nera Mohd Musthaqim Bin Shafie Ziham Zawawi Bin Mazlan

Akta Pendidikan 1996

Asas Kewujudan
Merupakan lanjutan Akta Pelajaran 1961. Akta ini telah menggugurkan beberapa peruntukan dari Akta Pelajaran 1961 yang tidak sesuai. Hanya mengekalkan mana-mana peruntukan yang masih sesuai. Juga berpaksikan perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956.

Tujuan
# Memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi. # Menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Kategori Institusi Pendidikan

(a) institusi pendidikan kerajaan; (b) institusi pendidikan bantuan kerajaan (c) institusi pendidikan swasta.

Sistem Pendidikan Kebangsaan


Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada (a) pendidikan prasekolah (b) pendidikan rendah (c) pendidikan menengah (d) pendidikan lepas menengah (e) pendidikan tinggi [tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.]

Prasekolah
Peruntukan perundangan Menteri Pendidikan diberi kuasa untuk menubuhkan dan menyelenggara tadika. Kanak kanak daripada keluarga yang kurang berada di bandar bandar berpeluang untuk menerima pendidikan prasekolah. Penggunaan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia adalah wajib bagi semua jenis dan ketegori prasekolah.

Rendah dan Menengah


Murid murid dari semua jenis dan kategori sekolah wajib memduduki peperiksaan awam. Pendidikan islam dijadikan pelajaran tera dan diajar kepada murid-murid Islam di semua kategori sekolah ( SK, SRJK dan SMK). Peruntukan diberi kepada pendidikan khas. Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) dan 60 buah sekolah cina swasta dikekalkan

Unified Examination yang diambil oleh murid murid SRJK dikekalkan. Lembaga Pengelola Sekolah dan sekolah mission dikekalkan. Pengajaran bahasa suku kaum diadakan (sekiranya munasabah dan praktik) Kelas-kelas agama seperti kelas Bible tidak perlu didaftar.

Teknik dan Vokasional


Pendidikan teknik dipertingkatkan lagi di sekolah menengah teknik dan politeknik sejajar dengan usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi. Sekolah-sekolah vokasional ditukar taraf menjadi sekolah teknik. Contoh: SMT Perdagangan Johor Bahru.

Politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengendalikan program berkembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusiinstitusi pendidikan tinggi tempatan atau luar negeri.

Latihan Perguruan
Program pendidikan guru ditawarkan bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga diperingkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

Pendidikan Tinggi
Penubuhan universiti dan kolej swasta. Pengkopratan universiti-universiti awam yang sedia ada. Perkembangan pendidikan swasta dari aspek kawalan taraf pendidikan dan pelaksanaan institusi-institusi tersebut. Pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan pendidikan Islam atau moral di institusi pendidikan swasta.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN)

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


Pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya

Pendekatan PIPP
Bagi melaksanakan PIPP, KPM menggunakan dua pendekatan utama iaitu, pertama, KPM akan menyelesaikan tugas yang belum selesai dengan menyediakan kemudahan yang sempurna dan terkini kepada sekolah yang daif di pedalaman supaya mereka boleh beroperasi di padang yang sama rata. Oleh itu, usaha merapatkan jurang merupakan salah satu agenda utama KPM dalam Rancangan Malaysia Ke-9 ini.

Dalam pendekatan kedua pula, komitmen KPM adalah untuk memberi perhatian khusus kepada sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan tetapi mempertingkatkannya ke tahap yang lebih tinggi setaraf dengan sekolah-sekolah terkemuka dan ternama di dunia.

Dua pendekatan ini akan digunakan bagi melaksanakan enam teras strategik yang telah dikenal pasti, iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi Pendidikan.

Kerangka konsep PIPP 2006-2010

TERAS STRATEGIK PIPP


Teras 1 Teras 2 Teras 3 Teras 4 Teras 5 Teras 6 Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Teras Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Ringkasan Teras PIPP 2006-2010


Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Membangunkan modal insan


Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

Merapatkan jurang pendidikan


Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

Memartabatkan profesion keguruan


Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Sekolah Bestari

SEKOLAH BESTARI
Sekolah bestari ditubuhkan sebagai usaha mengbahsuaikan sistem pendidikan negara bagi menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan sedia ada di sekolah rendah dan menengah. Menyediakan tenaga kerja untuk menghadapi cabaran abad akan datang.

KONSEP
Berpegang kepada konsep perubahan budaya yang berasaskan ingatan dan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan. Pemupukan budaya berfikir, kreatif dan kemahiran meyelesaikan masalah. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

MATLAMAT
Penghasilan tenaga kerja yang celik, berdaya fikir dan mahir teknologi. Pendemokrasian pendidikan. Peningkatan penglibatan stakeholders. Pembangunan menyeluruh dengan mengambilkira keupayaan individu. Penekanan kepada aspek-aspek jasmasi, emosi, rohani dan intelek.

Melibatkan sebanyak 90 buah sekolah yang dikategorikan kepada tiga tahap: >tahap A : terdiri daripada 9 buah sekolah baru yang dilengkapi dengan teknologi canggih. >tahap B+ : melibatkan 2 buah sekolah bestari yang dilengkapi dengan kemudahan komputer di 15 buah makmal sains atau kelas dan di pejabat pentadbiran.

>tahap B : terdiri daripada 79 buah sekolah Bestari yang dilengkapi dengan sebuah makmal komputer di Pusat Sumber dan komputer untuk guru.

Sekolah Wawasan

Sekolah wawasan
Merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang akan menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat cintakan negara.

Konsep
Merupakan pengelompokan tiga buah sekolah dalam satu kawasan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil. Pendek kata, semua murid yang berbilang bangsa akan duduk bersama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.

Isu-Isu yang timbul


Pemupukan kepelbagaian dari segi etnik dan budaya. Keadilan dan kesaksamaan dari segi pelaksanaan peraturan-peraturan sekolah selaras dengan budaya dan kepercayaan setiap kaum etnik. Kesedaran etnik yang positif dan ketiadaaan unsur kompleks superior dan inferior berasaskan kaum etnik.

Cabaran sekolah wawasan


Banyak cabaran yang dihadapi dari sektor awam dan komuniti.
Contoh : kes kompleks sekolah wawasan tasik permai, Pulau Pinang, dimana sekolah sekolah sekolah cina enggan melibatkan diri dengan alasan bahawa sekolah akan kehadiran murid murid berbilang kaum di bawah satu bimbug sekolah akan menyebabkan murid murid berbangsa cina kehilangan identiti dan budaya mereka. Oleh itu, kompleks tersebut hanyan terdiri daripada sebuah sekolah kebangsaan (Melayu) dan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)


Mulai tahun 2003 Tujuan = memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam globalisasi dunia yang kian meningkat. Selain itu, tujuan program ini adalah untuk membantu generasi muda negara untuk mudah mencari maklumat di internet yang mana medium bahasa yang digunakan di internet adalah bahasa Inggeris.

Implikasi Dasar Ini


Guru-guru subjek matematik dan sains perlu menguasai bahasa Inggeris dari segi pertuturan dan penulisan. Pihak kementerian perlu menyediakan buku teks sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Pihak bertanggungjawab perlu menyediakan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian dalam bahasa Inggeris.

Pendidikan Wajib

PENDIDIKAN WAJIB
Mulai tahun persekolahan 2003, tempoh pendidikan wajib di sekolah rendah adalah selama enam tahun. Ibu bapa yang gagal akan dikenakan denda RM 5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Semua kanak-kanak yang telah mencapai umur mempunyai hak untuk menerima pendidikan secara percuma. Hak asasi kanak-kanak ( keluarga miskin) terpelihara.

STATUS MATA PELAJARAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL

STATUS MATA PELAJARAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL


April 2005, mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dijadikan sebagai mata pelajaran elektif sahaja di sekolah-sekolah kebangsaan. a) Bilangan murid-murid di sekolah kerajaan kurang. b) Peningkatan murid-murid bukan Cina di sekolah-sekolah veskular Cina. Implikasi bilangan guru ini perlu ditingkatkan.

Program Kelas Intensif Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Program Kelas Intensif Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)


Tujuan
untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Strategi KIA2M melibatkan langkah berikut :
Percalonan ujian penapisan

Perancangan
Pengajaran Penilaian Tindakan susulan

Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian: Berpusatkan guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. Berpusatkan murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Berpusatkan bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Pendekatan KIA2M
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

Teknik
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah: teknik bercerita teknik latih tubi teknik tunjuk cara teknik bersoal jawab teknik main peranan teknik menyanyi teknik lakonan teknik kuiz

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai